Anda di halaman 1dari 58

Tanggungjawab Pihak Sekolah

• Pentadbir ujian
• Pengskoran ujian
• Pelaporan dan tafsiran keputusan ujian

• Kelayakan personel
• Bias
• Kesahan dan kebolehpercayaan

Nama Pensyarah : Puan Norashikin binti Jasmon


Nama ahli kumpulan : Michelle Ling Min Ming
Shu Kai Hui
Pentadbiran Ujian

• Tujuan – mengukur pencapaian seorang murid atau sekumpulan murid

• Dua cara – (a) Ujian Rujukan Kriteria

(b) Ujian Rujukan Norma

• Jaminan kebolehpercayaan ujian :

1. Aspek Arahan Ujian

2. Lokasi Peperiksaan

3. Jarak Kedudukan Tempat Duduk


Arahan
Ujian Aspek-aspek

Arahan Dalam Kertas Soalan Arahan Dari Ketua Pengawas

• Contoh arahan dalam kertas soalan adalah seperti berikut:


• Jawab semua soalan dalam bahagian A dan bahagian B
dalam kertas soalan yang disediakan.
• Masa peperiksaan 2 jam.
• Sila tulis jawapan pada ruang yang disediakan.
• Jawapan anda hendaklah tidak kurang daripada 50 perkataan
Lokasi Peperiksaan

• Dijalankan di tempat dan suasana yang selesa.

• Menurut Abu Bakar (1996), calon-calon yang lemah dan


yang masih muda amat memerlukan tempat yang selesa
untuk memberi mereka peluang menjawab dengan sebaik-
baiknya.

• mengelakkan daripada memilih tempat peperiksaan yang


diganggu oleh bunyi bising
• aspek pencahayaan juga perlu dititikberatkan.

• memerlukan pengawas peperiksaan mengambil


langkah-langkah sewajarnya

• bilik/dewan yang telah dikhususkan sebagai


bilik/dewan peperiksaan.
Jarak Kedudukan Tempat
Duduk
• Dijarakkan sedikit berbanding semasa pengajaran dan
pembelajaran berjalan.

• Jarak yang diambil kira termasuklah jarak pelajar di hadapan,


kiri dan kanan

• Jarak kedudukan ini ditentukan kerana mengelak dari


berlakunya kecurangan akademik
Pengskoran Ujian
• Skor yang diperolehi seseorang calon turut dipengaruhi oleh cara
pemarkahan oleh pemeriksa

• Skema pemarkahan adalah panduan memeriksa skrip jawapan

• Skema perlu disiapkan lebih awal untuk membantu pemeriksa

• 3 aspek penyedia skema:

i. Kandungan – mencakupi aspek maklumat

ii. Pengelolaan – aspek penggunaan bahasa

iii. Proses – aspek ketepatan, munasabah, keaslian dan daya kreatif


Skema Pemarkahan

Skema pemarkahan Skema Pemarkahan


holistik analitik
Skema Pemarkahan
Holistik
• Sesuai dengan pemarkahan berbentuk karangan atau esei

• Pemarkahan diberikan secara IMPRESSION

• Mengkehendaki pemeriksa untuk membaca terlebih dahulu


jawapan dan kemudian mengelas pencapaian seraca rawak

• Memerlukan pemeriksa yang berpengalaman dan benar-benar


menguasai sesuatu mata pelajaran yang disemak
Contoh Skema Pemarkahan secara holistik

Markah Kriteria

5 Cemerlang – menguasai semua objektif serta dapat memberikan hujah dengan baik dan berkesan

4 Baik – menguasai kebanyakan objektif serta dapat memberikan hujah dengan baik dan berkesan

3 Memuaskan – menguasai hamper sebahagian objektif dan memberikan hujah yang memuaskan

2 Lemah – menguasai sebahagian kecil objektif dan memberi hujah yang tidak memuaskan

1 Kurang memuaskan – belum menguasai sebarang objektif dan memberi hujah yang lemah

0 Gagal – gagal memberikan sebarang jawapan dan hujah yang diberikan amat lemah
Kebaikan dan
kekurangan
Kebaikan Keburukan
• Pemeriksaan skrip jawapan lebih • Kurang objektif
cepat berbanding cara analitik
• Memerlukan mesyuarat dan
pemurnian markah di antara
pemeriksa di mana ketua
pemeriksa akan memberikan
panduan dan latihan memeriksa
skrip berkenaan
Skema Pemarkahan secara Analitik

• Lebih terperinci dari holistik

• Mengandungi nilai tara isi kandungan, pengelolaan dan proses yang


lebih khusus

• Sebagai contoh, pemberatan jawapan, banyaknya fakta dan kualiti


hujah untuk pertimbangan layak diberikan markah penuh

• Agihan markah berdasarkan aspek markah untuk isi, persembahan,


bahasa atau isi mengikut fakta
Cara-cara meningkatkan keberkesanan pemarkahan secara
analitik
2. Menyediakan skema
1. Memahami kehendak soalan pemarkahan yang fleksibel

4. Memeriksa beberapa skrip 3. Mengadakan penyelarasan


terlebih dahulu sebelum peperiksaan

5. Memeriksa jawapan sehingga 6. Elakkan dari mengenali nama


selesai murid

7. Memberikan ulasan pada kertas


jawapan
Kebaikan dan
kekurangan

Kebaikan Keburukan

• Mengambil masa yang lama lebih-


• Lebih objektif dari holistic kerana
lebih lagi sekiranya calon yang hendak
skemanya yang lebih terperinci
diperiksa itu ramai bilangnya
Pelaporan
Definisi

• Menurut (Dr Ragbir A/P Singh) proses


menyampaikan maklumat penilaian oleh guru dari
semasa ke semasa tentang perkembangan pelajar,
pengetahuan, kemahiran, nilai, sikap, dan
pencapaian.
Kriteria yang perlu ada dalam Pelaporan

i. Objektif
• Ibu bapa/ penjaga dapat menerima catatan yang dibuat
dalam pelaporan berkenaan

ii. Berterusan
• Maklumat berterusan tentang kemajuan pelajar
• Supaya ibu bapa/penjaga mengetahui perkembangan
preatasi pelajar sama ada meningkat atau menurun
iii. Kebolehpercayaan
• Supaya para ibu bapa dapat menaruh kepercaayaan
kepada guru
Kaedah Untuk Melaporkan Kemajuan Pelajar
• Gred Abjad
- Kerap digunakan sebagai pangkat dalam menetapkan prestasi
pelajar

• Konferens
- Pertemuan di antara guru, ibu bapa/penjaga dan pelajar untuk
membincangkan prestasi pelajar secara keseluruhan

• Penilaian bertulis
- Pelaporan bertulis dibuat kepada ibu bapa/penjaga yang tidak
dapat hadir konferens.
Laporan

Sumatif Formatif
Laporan Sumatif

• Wajib disediakan

• Menunjukkan perkembangan pencapaian atau


penguasaan mengikut standard prestasi

• Merumus pencapaian atau penguasaan secara kualitatif


dan kuantitatif
Laporan Formatif
• Tidak wajib, apabila diperlukan sahaja

• Verbal/bertulis berdasarkan rekod hasil kerja murid yang


dikumpul dalam portfolio

• Tidak dilaporkan ke posat secara berkala

• Tidak semestinya mengikut pernyataan standard prestasi


Pelaporan
Formatif
Murid
Pentaksiran

• Satu proses untuk mendapat maklumat tentang prestasi


pelajar

• Membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses


pendidikan

• Proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pelajar


Keputusan-
Pelaporan
keputusan
Pencapaian
Bimbingan
Tujuan
Pentaksiran

Pemilihan/ Keputusan-
Penempatan keputusan
Penyelidikan
Pelaporan Pencapaian
• memberi maklum balas kepada guru dan pelajar.
• dapat menentukan kemajuan dan prestasi pelajar dalam
pembelajaran.
• Pelajar dapat tahu tentang kekuatan dan kelemahan mereka
• Pentaksiran merupakan punca penggerak/motivasi untuk
pembelajaran.
• Pentaksiran diguna untuk mengesan punca kelemahan.
Pemilihan / Penempatan
• Keputusan daripada ujian atau peperiksaan digunakan sebagai asas
untuk memilih dan menempatkan pelajar dalam satu-satu kursus yang
sesuai.
• Ujian yang khusus seperti ujian kesediaan membaca boleh digunakan
untuk mengelaskan pelajar dalam kumpulan kecil yang sesuai.
• Keputusan pentaksiran juga boleh digunakan untuk memilih pelajar
yang layak untuk melangkau kelas dan keputusan SPM dan STPM
menjadi kriteria untuk pelajar melanjutkan pelajaran ke universiti
Keputusan-keputusan Bimbingan
• Ujian tentang aptitud dan pencapaian; inventori minat dan personaliti
akan membantu dalam menyediakan maklumat yang berguna tentang
ciri-ciri signifikan yang dimiliki mereka.

• Ini akan membantu mereka memperkembangkan konsep kendiri yang


realistik.
Keputusan-keputusan Penyelidikan
• Keputusan penyelidikan dibuat apabila maklumat dikumpul daripada
pentaksiran sebagai langkah awalan sebelum membuat keputusan.

• Biasanya penyelidikan tidak dituju kepada penentuan keputusan yang


spesifik tetapi lebih kepada memberi gambaran yang luas untuk
keputusan-keputusan masa depan.
Tujuan-tujuan Lain
• Pentaksiran berbentuk soalan dan pemerhatian penting untuk
menentukan kesediaan murid untuk mempelajari kemahiran baharu.

• Hasil pentaksiran akan memberi input kepada guru tentang


keberkesanan pengajarannya.

• Pentaksiran guru bertujuan memberi maklum balas tentang kemajuan


dan pencapaian murid kepada ibu bapa dalam mata pelajaran dan
aspek sahsiah.
Prinsip dan Ciri-Ciri Utama Pentaksiran
• Antara prinsip–prinsip yang perlu diambil kira termasuk
instrumen atau alat yang digunakan untuk pentaksiran,
kumpulan murid yang ditaksir, respons murid, kumpulan yang
menaksir serta skor yang diperoleh selepas pentaksiran.

Ciri-ciri ujian yang baik termasuk:


• Kesahan
• Kebolehpercayaan
• Keobjektifan
• Kemudahtadbiran
• Kemudahtafsiran
Kelayakan Personel

apa-apa pengalaman
kerja dalam bidang
kemahiran tertentu
kelayakan /apa-apa sijil, diploma,
ijazah yang diiktiraf
oleh Ketua Pengarah
Jabatan
Perbezaan Individu

Emosi Sosial Fizikal

Tingkah laku Kognitif Jantina

Lokasi tempat Kesihatan


tinggal

Bangsa /
Personaliti
bahasa
Definisi Perbezaan Individu
• Papalia (2001), manusia berbeza dari segi jantina, berat, bentuk
badan, kesihatan tahao tenaga personality dan emosi. Faktor
persekitaran pula, seperti gaya hidup keluarga, sosio-ekonomi
keluarga, sekitar sekolah dan di rumah, komuniti masyarakat.

• Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan individu ini adalah dari segi
ketidaksamaan aspek perkembangan secara fizikal, mental, sosial,
emosi di kalangan murid. Terdapat beberapa aspek perbezaan
individu dan masalah kemahiran yang didapati dalam kalangan murid
pemulihan.
Jantina
• Masyarakat Asia
- kanak-kanak lelaki berani, dianggap ketua keluarga, harapan yang
tinggi.

• Sekolah
- Murid lelaki nakal dan kurang berdisiplin, manakala murid perempuan
lebih rajin dan berdisiplin serta berjaya dalam pelajaran.
Fizikal
• Terdapat 3 kategori:

Endomorf (bertubuh bulat)

- Suka bergaul relaks dan mementingkan diri sendiri tetapi mudah diserang
tekanan perasaan

Mesomorf (tubuh badan otot yang kuat)

- Bersifat asertif, bertenaga, kuat bersukan

Ektomorf (kurus dan tinggi)

- Bersifat bimbang suka bersendirian, pendiam dan mudah diserang


penyakit skizofronia.
Emosi
• Aspek emosi ialah ketenteraman dan penyesuaian emosi,
kebolehan menanggung kekecewaan dan kesabaran serta
mengawal emosi

Contoh:
Gembira Takut
Sedih Benci
Suka Cinta
Marah
Personaliti
• Merupakan pola pemikiran, perasaan dan tindakan
seseorang individu yang unik.

• Personaliti melambangkan ciri-ciri keperibadian


seseorang (gaya bercakap, tingkah laku, gaya berfikir,
gaya bertindak dan gaya bekerja)

• Carl Jung membahagikan personality kepada ekstrovert,


introvert dan ambivert.
Kognitif
• Individu adalah berbeza dari segi kebolehan kognisi
(menaakul, berfikir, logik, berbahasa, mengira dan
berimaginasi)

• Alfred Binet & Theodore Simon menghasilkan ujian


kecerdasan bernama Stanford-Binet Intelligence Test

• Kajian Santrock (2001) membuktikan pencapaian murid-


murid lelaki lebih baik berbanding murid-murid perempuan
seperti mata pelajaran Matematik, Sains dan Sukan.
Sosial

• Perbezaan aspek sosial boleh dilihat berdasarkan


kelas sosial, latar belakang, budaya, sejarah dan
status ekonomi
Bangsa/Bahasa
• Dalam sesebuah negara berlaku pencampuran pelbagai etnik
dan bangsa akibat daripada migrasi termasuklah dengan
negara Malaysia yang mempunyai masyarakat yang pelbagai
bangsa dan etnik

• Contohnya:
Melayu – Bahasa Melayu
India – Bahasa Tamil
Cina – Bahasa Cina
Kesihatan
• Sebahagian murid-murid dalam kelas terdiri:

Murid yang sihat – sihat, cerdas, riang, normal

Pelajar yang tidaka sihat – lemah dalam aktiviti di luar


bilik darjah
Lokasi Tempat Tinggal
• Lokasi tempat tinggal dibahagikan kepada dua : bandar dan luar
bandar

• Persekitaran antara keduanya tidak sama dan jauh berbeza antara


satu sama lain berdasarkan kepada keadaannya.
Tingkah Laku
• Boleh diperhatikan dari aspek pergaulan, perhubungan,
tingkah laku berinteraksi (bahasa dan gaya), unsur-unsur
kebudayaan seperti sikap dan ketegasan bertindak,
kebolehan bertanggungjawab dan bekerjasama
Kesahan
• merujuk kepada sejauh manakah sesuatu ujian itu benar-
benar menguji perkara-perkara yang hendak diuji itu.

• Secara ringkasnya, ia bermaksud sesuatu ujian sepatutnya


mengukur apa yang sepatutnya diukur Kesahan ujian
adalah berdasarkan tujuan ujian itu diadakan.
Kesahan
kandungan Kesahan
Muka Konstruk

Jenis-jenis
Kesahan

Kesahan
Ramalan Kriteria
Kesahan
Serentak
Kesahan
Kandungan
• Menentukan sejauh mana isi kandungan ujian tersebut dapat
mewakili domain pengetahuan dan kemahiran yang hendak
diukur oleh ujian itu.

Kesahan Teladan / Ramalan


• Mengambil kira sejauh mana skor ujian dapat meramal kriteria
yang diukur
Kesahan Serentak/semasa
• Merujuk kepada pencapaian seseorang dalam ujian itu
sepadan dengan pencapaiannya dalam satu ujian lain yang
diakui sah.

Kesahan Konstruk
• Mengukur sejauh mana seseorang itumenunjukkan trait
personaliti, tingkah laku, atau trait mental
Faktor-faktor yang Mempengaruhi
Kesahan
• Panjang ujian
• Liputan isi kandungan
• Kejelasan soalan
• Syarat-syarat yang diletakkan untuk mentadbir ujian
• Kesilapan semasa memeriksa
• Kelakuan individu bagi calon yang menduduki ujian
• Penelitian yang diberi semasa membina ujian
Kebolehpercayaan
• Kebolehan sesuatu ujian merujuk kepada sejauh mana
tekalnya (consistent) dua set ukuran yang mengukur
perkara yang sama. Ketekalan bermaksud pangkat (rank)
yang terdapat dalam ukuran yang pertama adalah serupa
dengan pangkat (rank) yang dihasilkan bagi ukuran kedua

• Sebaliknya, ujian yang menghasilkan skor yang berubah-


ubah mempunyai kebolehpercayaan yang rendah
Kebolehpercayaan
• Dua set pengukuran boleh diperolehi dengan cara:
1. Mengulangi ujian yang sama selepas sesuatu masa tertentu
2. Mentadbir secara bergilir-gilir dua ujian yang serupa, yang
mengukur domain isi kandungan yang sama
3. Mentadbir dua ujian yang serupa yang mengukur domain isi
kandungan yang sama selepas sesuatu masa tertentu
Faktor yang mempengaruhi kebolehpercayaan
ujian
Panjang ujian
Kesukaran item
Homogeniti (keseragaman) item
Kuasa diskriminasi item
Kepentingan kebolehpercayaan
• Untuk memastikan bahawa jawapan yang
dikemukakan oleh murid mencerminkan
keupayaannya dan bukanlah disebabkan nasib
Bagaimanakah Kesahan Ujian dapat
ditingkatkan
Soalan yang dibina
Soalan ujian dibina
berdasarkan topik
berdasarkan arus
yang telah dipelajari Guru perlu
Taksonomi Bloom memastikan bahawa
oleh murid
soalan yang dibina
dengan arahan yang
jelas dan mudah
Soalan yang dibina Memastikan segala difahami oleh murid
perlulah memenuhi istilah yang diguna
Spesifikasi Ujian pakai dalam soalan
JSU dan Huraian difahami dan diketahui
Sukatan Pelajaran oleh murid
Bagaimanakah Kebolehpercayaan Ujian
dapat ditingkatkan
Skrip Jawapan murid
Ujian perlu ditadbir perlulah dinilai oleh lebih
dalam suasana yang daripada seorang pemeriksa
untuk skrip jawapan yang
sesuai dan kondusif
sama

Elakkan daripada soalan yang


Skrip jawapan murid menggunakan ayat-ayat yang
perlulah ditanda mengikut boleh mengelirukan murid
Panduan Memberi Markah selain mengelakkan masalah-
(PPM) yang telah disediakan masalah teknikal
Perkaitan antara kesahan dengan kebolehpercayaan

• Kesahan akan memastikan ujian yang dibina itu menepati


matlamat atau objektif ujian itu dibina

• Kebolehpercayaan memastikan ketekalan dalam pengukuran


pencapaian murid dalam sesuatu ujian

• Kebolehpercayaan boleh dikaji terus dari data ujian tetapi


kesahan tidak boleh
• Ujian yang boleh diterima mestilah sah dan boleh
dipercayai

• Untuk mengesahkan sesuatu yang digunakan, pengukuran


hendaklah mempunyai kebolehpercayaan

• Konsep kesahan dan kebolehpercayaan lebih merujuk


maklumat yang diperolehi daripada alat pengukur itu dari
menerangkan alat pengukur itu sendiri
Tujuan
• Membolehkan pengurus sekolah memahami ciri-ciri ujian yang baik

• Memperkenalkan kepada pengurus sekolah konsep-konsep kesahan


dan kebolehpercayaan ujian

• Membolehkan pengurus sekolah mempertingkatkan mutu ujian yang


dibina di sekolah dengan mengambil kira faktor-faktor yang
mempengaruhi kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu ujian
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai