Anda di halaman 1dari 5

Soalan Temubual Prosedur Pentadbiran Soalan dan Moderasi Skrip Jawapan

1. Apakah langkah-langkah dalam pentadbiran ujian?

Langkah-langkah pentadbiran ujian terbahagi kepada tiga iaitu : (a) Sebelum pelaksanaan ujian (b) Semasa pelaksanaan ujian (c) Selepas pelaksanaan ujian

2. Terangkan langkah am dalam penyediaan item ujian?

Langkah am dalam penyediaan item ujian adalah seperti berikut : (a) Menentukan tujuan ujian mengesan kemampuan pelajar tentang penguasaannya terhadap

pembelajaran yang telah dijalankan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. (b) Menentukan isi kandungan ujian Berdasarkan tujuan ujian yang telah ditetapkan, isi kandungan bagi tajuktajuk tertentu telah dipilih. Isi kandungan tersebut mengandungi kemahiran-kemahiran dalam satu atau bebarapa topik yang telah dipelajari. Kemahiran-kemahiran yang dipilih sebagai isi kandungan pula adalah berdasarkan sukatan pelajaran.

Aras kemahiran yang dimaksudkan ialah mengikut enam aras kemahiran Taksonomi Bloom iaitu aras pengetahuan, aras kefahaman, aras aplikasi, aras analisis, aras sintesis dan aras penilaian. Selain itu, aras kemahiran telah ditentukan khusus untuk setiap item atau soalan ujian.

(c) Membentuk Jadual Spesifikasi Ujian Dengan adanya Jadual Spesifikasi Ujian, item/soalan yang dibina dapat dipastikan untuk mempunyai ciri-ciri ujian yang baik seperti ciri kesahan dan kebolehpercayaan. Ia juga memastikan kemahiran-kemahiran dapat diuji secara menyeluruh serta pemberatannya adalah mengikut aras kemahiran tersebut dapat dibahagikan secara berpatutan. (d) Menulis item/soalan berdasarkan item ujian Berpandukan Jadual Spesifikasi Ujian yang telah dibentuk, item/ soalan dibentuk dan dibahagikan kepada soalan berbentuk objektif dan soalan berbentuk sumatif. Pemilihan ujian subjektif atau ujian objektif sebagai bentuk ujian bergantung kepada tujuan ujian itu. (e) Menyemak item/soalan Setelah item/soalan selesai digubal, item/soalan tersebut disemak supaya bebas dari sebarang kesilapan sebelum ujian ditadbirkan. Dalam hal ini, item soalan disemak dari segi bentuk, isi dan bahasa yang digunakan untuk menggubal soalan. Di samping itu, arahan perlu dipastikan jelas dan mudah difahami dan masa peruntukan adalah berpatutan dengan bilangan soalan. Item soalan juga dipastikan disusun dari mudah ke sukar. (f) Menilai item ujian Semakan dan penilaian terhadap perkara-perkara berikut :

Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan adalah mudah difahami pelajar.

Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi maklumat yang cukup untuk pelajar menjawabnya.

Soalan-soalan yang dibina adalah mencukupi dan seimbang untuk mengukur kandungan dan objektif pengajaran yang ditetapkan.

Jawapan yang diberikan oleh penulis adalah mencukupi dan seimbang untuk mengukur kandungan dan objektif pengajaran yang ditetapkan.

Jawapan yang diberikan oleh penulis adalah mengikut kehendak soalan dan boleh dijawab dalam masa yang diperuntukkan.

3. Apakah yang harus dilaksanaan semasa pelaksanaan ujian: Memastikan tempat pelaksanaan ujian berada dalam keadaan yang baik. Memastikan pengawas mengambil tempat atau posisi yang betul bagi mengawas perjalanan peperiksaan. Mengedarkan soalan peperiksaan dengan angka giliran yang betul. Membuat taklimat ringkas tentang kertas soalan yang akan dijawab oleh pelajar. Mengawas tingkah laku pelajar semasa ujian dilaksanakan. Mengumumkan perjalanan masa menjawab soalan.

Mengumunkan masa tamat menjawab peperiksaan dan memastikan pelajar mematuhi arahan tersebut Mengutip kertas soalan mengikut tertib kelas atau angka giliran. Membuat kompilasi berdasarkan pembahagian kelas dan menyimpan kertas-kertas tersebut untuk disemak. Mengumumkan masa bersurai daripada kelas atau dewan.

4. Bagaimana pula dengan langkah selepas pelaksanaan ujian? o Mengumpul kertas soalan dan memeriksa jawapan berdasarkan skema jawapan. o Memberikan markah yang sewajarnya kepada pelajar. o Membincangkan hasil keputusan dan membuat penilaian keseluruhan terhadap prestasi.

5. Bilakah perlunya diadakan moderasi skrip jawapan? Penyelarasan dalam peperiksaan kertas jawapan perlu dilakukan terutama apabila melibatkan pemeriksa lebih daripada seorang. Lazimnya pemeriksaan dibuat sebelum pemeriksaan kertas jawapan dilaksanakan. Penyelarasan yang dibuat adalah berdasarkan isi, bentuk, dan pemberatan markah. Pemeriksa hendaklah memeriksa beberapa contoh jawapan dan membandingkannya dengan pemeriksaan oleh pemeriksa yang lain. Tujuan penyelarasan ini dibuat bagi mengurangkan perbezaan antara pemeriksa dalam memberikan markah kepada murid-murid. Dalam peperiksaan umum pula seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), setelah semua pemeriksa selesai menyemak kertas soalan esei, ketua

pemeriksa akan mengambil secara rawak beberapa kertas jawapan yang telah disemak oleh pemeriksa untuk memastikan ketekalan dan keselarasan dalam pemberian markah.

6. Apakah kepentingan moderasi skrip jawapan dilaksanakan?

Keperluan membuat penyelarasan ke atas pemarkahan dan gred adalah berdasarkan keputusan ujian yang diperolehi. Sekiranya terlalu ramai pelajar mendapat markah terlalu rendah dan guru barangkali akan mengambil tindakan memberikan markah bonus kepada murid-murid agar graf pencapaian nampak lebih baik. Penyelarasan pemeriksaan kertas jawapan juga penting dalam menjamin kebolehpercayaan skor yang diperolehi oleh murid-murid terlalu menunjukkan perbezaan yang ketara yang boleh menimbulkan persoalan. Di samping itu juga, penyelarasan juga membolehkan guru memperbaiki taburan skor yang diperolehi. Sebagai contoh, jika mengikut syarat pemberian markah yang ketat, bagi sesebuah sekolah untuk mendapat gred A mungkin tidak ada. Hal ini kerana tidak ada seorang murid pun yang layak kerana ujian yang terlalu sukar.

Anda mungkin juga menyukai