Anda di halaman 1dari 10

Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2

http://syazalina83.blogspot.com

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TEMA TAJUK Langkah 1 Standard 1. Guru memperdengarkan dialog Kandungan pelanggan dan penjual FOKUS berinteraksi dalam situasi jual UTAMA beli di gerai atau di kedai makanan. Standard Pembelajaran 2. Guru bersoal jawab cara penjual dan pelanggan membuat urusan jual beli dan Standard meminta murid FOKUS memberi contoh Kandungan dialog yang SAMPINGAN biasa didengar oleh mereka Standard semasa pelanggan menyatakan permintaan ketika membeli. Pembelajaran 1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai Ilmu: Lampiran 1 sumber dalam situasi formal dan tidak Kajian Tempatan Dialog yang formal secara bertatasusila. dirakamkan/dilakonkan Nilai: 1.4.4 Bertutur dan menyatakan permintaan dengan Bertanggungjawab intonasi yang betul tentang sesuatu perkara dalam situasi tidak formal secara bertatasusila. KBT: Keusahawanan Ciri-ciri dan usahawan 3.3 Membina menulis perkataan, frasa, dan ayat dengan betul. KEBUDAYAAN AKTIVITI PENGISIAN Makanan Kita

KURIKULUM CATATAN

3.3.4 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan bahan grafik dengan betul.

3. Guru meminta salah seorang Pada akhir pengajaran, murid dapat: murid mencatat pada papan tulis dialog pelanggan i. Bertutur dan menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul menyatakan permintaan untuk OBJEKTIF dalam situasi tidak formal secara bertatasusila. memesan barang. ii. Membina dan menulis ayat tunggal dengan betul. 4. Guru meminta murid membaca dialog yang telah dicatat pada papan tulis. 5. Guru membimbing murid cara membuat permintaan yang betul PENGISIAN i. Ilmu: Keusahawanan. ketika berurusan dengan orang KURIKULUM ii. Nilaicontoh : Bertatasusila dan bertanggungjawab lain dengan memberi pembeli berurusan dengan iii. KBT: Keusahawanan (sikap dan pemikiran keusahawanan) penjual semasa meminta barang yang dibeli. Penekanan diberi SISTEM Tatabahasa: ayat permintaan pada aspek keusahawanan iaitu BAHASA Kosa kata: karipap, keria, bingka, tepung bungkus cara yang betul membuat permintaan. MEDIA Kad gambar dan petikan dialog. - Bertatasusila - Menggunakan intonasi yang betul. 30 31

Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2


http://syazalina83.blogspot.com

AKTIVITI PENGISIAN Langkah 2 1. Guru memilih beberapa orang murid untuk menjalankan aktiviti main peranan berjual beli di kantin sekolah. 2. Guru memberi kad situasi kepada murid yang telah dipilih: Kad A Peniaga melayan pelanggan Kad B Pelanggan membuat pesanan 3. Guru meminta murid yang dipilih memainkan peranan seperti yang terdapat pada kad situasi dengan menggunakan dialog yang sesuai dan bertatasusila. Guru dan murid berbincang tentang kesesuaian dialog yang digunakan dalam aktiviti main peranan dan makanan yang biasa digemari oleh murid sekolah.

KURIKULUM CATATAN

Ilmu: Kajian Tempatan Nilai: Kerajinan KBT: Keusahawanan Berjual beli secara bertatasusila

Lampiran 2

4.

Langkah 3 1. Guru memperdengarkan beberapa dialog cara murid membuat permintaan untuk membeli barang daripada penjual di kantin sekolah. 2. Guru meminta murid mengecam dialog-dialog yang mengandungi permintaan yang bertatasusila. 3. Murid diminta menulis dialog yang bertatasusila dan membetulkan dialog yang kurang sesuai berdasarkan latihan yang diberi pada lampiran 3. EMK: Keusahawanan Lampiran 3

32

Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2


http://syazalina83.blogspot.com

AKTIVITI PENGISIAN Pentaksiran 1. Guru memaparkan gambar pembeli dan penjual di sebuah gerai.

KURIKULUM CATATAN

Lampiran 4

2. Murid diminta membina dialogdialog yang sesuai dan bertatasusila. 3. Guru menilai ketepatan dialog yang dibina secara lisan. Pemulihan 1. Guru membimbing murid menuturkan ayat bertatasusila yang disediakan. Pengayaan 1. Murid membina, menuturkan dan menulis ayat bertatasusila berdasarkan gambar yang diberi. Lampiran 6 Lampiran 5

33

Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2


http://syazalina83.blogspot.com

Lampiran 1 Dengar dengan teliti dialog ini.

Kuih Kesukaan Saya


Ali : Apa khabar, Pak Mail ? Penjual : Khabar baik. Ali : Apakah menu yang menarik hari ini, Pak Mail Penjual : Macam-macam ada, nasi lemak, mi goreng, kuih-muih pun ada. Ali : Oh, ya ke! Apakah jenis kuih-muih yang dijual hari ini Penjual : Ada karipap, keria, bingka, kuih lapis, pulut panggang, buah melaka, tepung bungkus dan banyak lagi. Semuanya kuih tradisional kita. Ali : Saya memang suka makan kuih-muih tradisional. Tolong bungkuskan saya tiga jenis kuih. Setiap jenis RM 2.00. Penjual : Kuih apa yang kamu mahu, kerana ada banyak kuih-muih di sini. Ali : Kalau begitu, tolong bungkuskan saya kuih karipap, bingka dan tepung bungkus. Penjual : Ali, ini kuih yang kamu mahukan. Ali : Terima kasih, ini duitnya, Pak Mail. Penjual : Sama-sama, datanglah lagi.

34

Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2


http://syazalina83.blogspot.com

Lampiran 2 Baca kad situasi ini dan tuturkan dialog yang sesuai dengan peranannya diberi.

Kad A

Kamu menjadi penjual di kantin sekolah kamu. Lakonkan cara kamu melayan pembeli secara bertatasusila.

Kad B Kamu menjadi pembeli. Lakonkan cara kamu membuat permintaan semasa memesan barang daripada penjual di kaunter sekolah secara bertatasusila.

35

Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2


http://syazalina83.blogspot.com

Lampiran 3

Perhatikan gambar dan baca dialog di bawah. Tandakan ( / ) bagi dialog yang dituturkan secara bertatasusila.

Tolong timbangkan 500 gram sayur sawi. Boleh tolong potongkan daging ini anggaran dua kilogram. Saya minta tolong siangkan ikan ini sebelum dibungkus. Hantar bakul ini ke kereta saya. Susun sayur ini dengan teratur ke dalam bakul saya.

36

Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2


http://syazalina83.blogspot.com

Lampiran 4 Pentaksiran Tuturkan dialog yang sesuai cara pembeli menyatakan permintaan untuk membeli salah satu barang yang terdapat dalam gambar.

37

Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2


http://syazalina83.blogspot.com

Lampiran 5 Pemulihan Baca dan tuturkan ayat di bawah secara bertatasusila. Kemudian salin pada kotak di bawah mengikut urutan yang betul.

Pak Mail, saya mahu membeli kuih.

Tolong bungkuskan saya dua ketul kuih karipap. Terima kasih, ini duitnya, Pak Mail.

Ali, ini kuih yang kamu mahu.

Sama-sama, datanglah lagi.

Ak tiviti ini untuk murid yang tidak mencapai standard pembelajaran sahaja

38

Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2


http://syazalina83.blogspot.com

Lampiran 6 Pengayaan Tuturkan dan tulis ayat permintaan yang bertatasusila berdasarkan gambar.

Aktiviti ini untuk murid yang telah mencapai standard pembelajaran sahaja

39

Anda mungkin juga menyukai