Anda di halaman 1dari 6

TAHUN TARIKH DAN MASA MATA PELAJARAN TEMA TAJUK

2 Melati 8 Julai 2012, 11 p.m-12 p.m

Bahasa Melayu

KEBUDAYAAN Jom Ke Pasar

Standard Kandungan 1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila. FOKUS UTAMA Standard Pembelajaran 1.4.4 Berbual dengan menggunakan ayat yang mudah dengan sebutan yang betul Standard Kandungan 3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa, dan ayat dengan betul. FOKUS SAMPINGAN Standard Pembelajaran 3.3.4 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan
bahan grafik dengan betul.

Pada akhir pengajaran, murid dapat: OBJEKTIF i. Menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila. ii. Menulis ayat tunggal dengan betul.

KEMAHIRAN BAHASA PENGISIAN KURIKULUM

i. ii.

Lisan (90%) Menulis (10%)

i. ii. iii.

Ilmu: Keusahawanan. Nilai : Bertatasusila dan bertanggungjawab KBT: Keusahawanan (sikap dan pemikiran keusahawanan)

SISTEM BAHASA

Tatabahasa: ayat permintaan Kosa kata: karipap, keria, bingka, tepung bungkus Kad gambar dan petikan dialog.

MEDIA

PENGETAHUAN SEDIA ADA

Murid pernah melalui proses jual beli

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI Set Induksi Guru menayangkan dialog pelanggan dan penjual berinteraksi dalam situasi jual beli di gerai atau di kedai makanan. Langkah 1 1. Guru bersoal jawab cara penjual dan pelanggan membuat urusan jual beli dan meminta murid memberi contoh dialog yang biasa didengar oleh mereka semasa pelanggan menyatakan permintaan ketika membeli. 2. Guru meminta salah seorang murid mencatat pada papan tulis dialog pelanggan menyatakan permintaan untuk memesan barang. 3. Guru meminta murid membaca dialog yang telah dicatat pada papan tulis. 4. Guru membimbing murid cara membuat permintaan yang betul ketika berurusan dengan orang lain dengan memberi contoh pembeli berurusan dengan penjual semasa meminta barangyang dibeli. Penekanan diberi pada aspek keusahawanan iaitu cara yang betul membuat permintaan. - Bertatasusila -Menggunakan intonasi yang betul Lampiran 1: Video PENGISIAN KURIKULUM CATATAN

KBT: Keusahawaan Ciri-ciri usahawan

Ilmu: Kajian Tempatan Nilai: Bertanggungjawab KBT: Keusahawanan Ciri-ciri usahawan Pelajar diminta untuk menulis dialog yang biasa digunakan dalam urusan jual beli. (pengelolaan papan tulis)

AKTIVITI
Langkah 2

PENGISIAN KURIKULIM

CATATAN

1. Guru memilih beberapa orang murid untuk menjalankan aktiviti main peranan berjual beli di kantin sekolah. 2. Guru memberi kad situasi kepada murid yang telah dipilih: Kad A Peniaga melayan pelanggan Kad B Pelanggan membuat pesanan 3. Guru meminta murid yang dipilih memainkan peranan seperti yang terdapat pada kad situasi dengan menggunakan dialogyang sesuai dan bertatasusila. 4. Guru dan murid berbincang tentang kesesuaian dialog yang digunakan dalam aktiviti main peranan dan makanan yang biasa digemari oleh murid sekolah.

Ilmu: Kajian Tempatan Nilai: Kerajinan KBT: Keusahawanan Berjual beli secara bertatasusila

Lampiran 2 Murid melakukan lakonan.

Langkah 3

1. Murid membacakan beberapa dialog cara mereka membuat permintaan untukmembeli barang daripada penjual di kantin sekolah. 2. Guru meminta murid mengecam dialog-dialog yang mengandungi permintaan yang bertatasusila.

EMK: Keusahawanan

Lampiran 3 Murid mendengar dialog yang dibaca oleh guru.

3. Murid membetulkan dialog yang

kurang sesuai berdasarkan latihan yang diberi pada lampiran


3.

Pentaksiran 1. Guru memaparkan gambar pembeli dan penjual di sebuah gerai. 2. Murid diminta membina dialogdialog yang sesuai dan bertatasusila. 3. Guru menilai ketepatan dialog yang dibina secara lisan. Lampiran 4 Guru menyuruh murid membaca dialog yang dibina.

Pemulihan Lampiran 5 1. Guru membimbing murid menuturkan ayat bertatasusila yang disediakan.

Pengayaan Lampiran 6 1. Murid membina, menuturkan dan menulis ayat bertatasusila berdasarkan gambar yang diberi.

Penutup: Kognitif: Guru merumuskan segala isi pembelajaran pada papan tulis. Sosial: Murid dan guru menyanyikan lagu budi bahasa budaya kita. Guru mencatat hasil pembelajaran yang difahami oleh murid. Lampiran 7

Anda mungkin juga menyukai