Anda di halaman 1dari 5

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 2

Tahun : 2 Damai
Tarikh : 30 Februari 2014
Hari : Jumaat
Waktu : 2.30 pagi 3.30 pagi
Tema : Kebudayaan
Tajuk : Makanan Tempatan
Objektif : Pada akhir pelajaran ini, murid dapat:
i. Bertutur dan menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul
dalam situasi yang tidak formal secara bertatasusila.
ii. Membaca satu petikan dialog dengan lancar, sebutan yang jelas
dan intonasi yang betul mengikut tanda baca.
iii. Menulis tiga daripada empat dialog bertatasusila berdasarkan
gambar.


Kemahiran :
Fokus utama :

Standard Kandungan
1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada
pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.

Standard Pembelajaran
1.4.4 Bertutur dan menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul tentang sesuatu
perkara dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.

Fokus sampingan:

Standard Kandungan
2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul.

Standard Pembelajaran
2.3.2 Membaca kuat pelbagai jenis ayat dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi
yang betul mengikut tanda baca.
Standard Kandungan
3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul.

Standard Pembelajaran
3.3.4 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan bahan grafik
dengan betul.

Sistem bahasa :
Tatabahasa : Ayat permintaan dan penjodoh bilangan.

Pengisian kurikulum :
i. Ilmu : keusahawanan
ii. Nilai : bertatasusila dan bertanggungjawab
iii. Kemahiran bernilai tambah : kecerdasan pelbagai

Pengetahuan sedia ada :
i. Murid pernah mendengar dan mengenali beberapa jenis macadam tempatan.
ii. Murid pernah pergi ke pasar bersama-sama keluarga untuk membeli
keperluan harian.
iii. Murid pernah berbual-bual dengan ahli keluarga secara bertatasusila.

Alat bantu mengajar :
i. Kuih tradisional
ii. Kad tugasan/situasi (lampiran 1)
iii. Petikan (lampiran 2)
iv. Latihan pemahaman (lampiran 3)
v. Latihan pengayaan (lampiran 4 dan 5)
vi. Latihan pemulihan (lampiran 6)









Langkah/
Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
Catatan

Set Induksi
(5 minit)

Teka-teki :
Badanku berlapis-
lapis. Aku dipotong
empat segi.
Biasanya aku
berwarna putih dan
merah. Rasaku
lemak manis. Aku
sering dihidangkan
dalam majlis atau
dijual pada waktu
pagi atau petang.
(Kuih lapis)

1. Murid diminta mendengar teka-
teki dan memikirkan
jawapannya.
2. Seorang murid diminta untuk
membaca kad teka-teki yang
telah guru sediakan.
3. Murid menjawab soalan teka-
teki.
4. Guru kaitkan teka-teki dengan
tajuk pengajaran pada hari itu
iaitu Makanan Tempatan.

Teknik :
- Soal jawab
- Sumbang
saran
Bahan bantu
mengajar :
- Carta teka-teki
Nilai murni :
- Hemah tinggi
Pelbagai
kecerdasan :
(Naturalis)
Pelbagai
kecerdasan :
(Verbal Linguistik)



















Langkah 1
(15 minit)

Kad situasi tentang
suasana jual beli di
kantin sekolah pada
waktu rehat.
(lampiran 1)

1. Memilih beberapa orang murid
untuk melakonkan peranan.
2. Murid membaca kad main
peranan untuk memahami
tugasan iaitu kad 1 - peniaga
di kantin manakala kad 2 -
murid atau pembeli.
3. Murid melafazkan dialog
berdasarkan kad tugasan
yang dibekalkan.
4. Guru dan murid berbincang
tentang kesesuaian dialog
yang digunakan dalam dialog
tersebut.

Kad tugasan /
main peranan
Nilai tatasusila
KBT keusahawan

Langkah 2
(15 minit)

Petikan (lampiran 2)
Dialog urusan jual
beli yang berlaku di
pasar.

1. Murid membaca petikan dialog
yang guru berikan.
2. Guru dan murid
membincangkan ayat dan
permintaan yang bertatasusila
dalam ayat.
3. Guru dan murid
membincangkan isi petikan
dan unsur tatabahasa iaitu
penjodoh bilangan dan kata
nama.

Teknik
perbincangan
Pendekatan
komunikatif
Pelbagai
kecerdasan
(Interpersonal)
KBT :
- Kecerdasan
pelbagai

Langkah 3
(10 minit)

Latihan
pemahaman:
melengkapkan ayat
dan isi tempat
kosong (lampiran 3).

1. Guru mengedarkan lampiran
latihan kepada semua murid.
2. Murid menjawab soalan
dengan bimbingan guru.
3. Guru membincangkan
jawapan dengan murid. Murid
menyemak jawapan yang
telah ditulis.

Pelbagai
kecerdasan:
Visual-Ruang,
Verbal-Linguistik
dan gaya
pembelajaran.

Langkah 4
(10 minit)

Aktiviti pengayaan
(lampiran 4 dan 5)
- badak
- popia
- loyang
- peneram
- lemang
- baulu
- karas
- keria
- ketayap
- karipap
Pemulihan
(lampiran 6)

1. Guru mengenal pasti murid-
murid untuk aktiviti pemulihan
dan pengayaan.
2. Pemulihan: Guru membimbing
murid menuturkan ayat-ayat
bertatasusila dengan betul.
3. Pengayaan: Murid mencari
nama-nama kuih tradisional
dalam permainan perkataan
tersembunyi.
4. Pengayaan: Murid menulis
ayat bertatasusila berdasarkan
gambar.


Pelbagai
kecerdasan
Gaya
pembelajaran :
Kinestatik
KBT :
- Kecerdasan
pelbagai

Penutup
(5 minit)

Teka isi di dalam
sebuah bekas
(cucur badak)
Rumusan nilai murni
- Hormat
- Kesyukuran
- Keberanian

1. Murid diminta meneka isi di
dalam sebuah bekas yang
dibawa oleh guru.
2. Guru memanggil seorang
murid yang ditutup mata untuk
mengambil dan memakan kuih
tersebut lalu membuat tekaan.
3. Guru member setiap murid
sebiji cucur badak.
4. Murid mengucapkan terima
kasih kepada guru.
5. Guru membuat rumusan
tentang kepentingan
menggunakan ayat yang
bertatasusila.

Teknik :
- Soal jawab
- Sumbang
saran
Bahan bantu
mengajar :
- Cucur badak
Nilai murni :
- Hormat
- Kesyukuran
- Keberanian

Anda mungkin juga menyukai