Anda di halaman 1dari 6

CONTOH RPH

Rancangan Pelajaran Harian

Tahun : 2 Progresif

Masa : 8.00 – 9.00 pgi

Bilangan Murid : 35 orang

Tema : Kebudayaan

Tajuk : Makanan Kita

Fokus Utama :

Standard Kandungan : 1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu
perkara daripada pelbgai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.

Standard Pembelajaran: 1.4.4 Bertutur dan menyatakan permintaan dengan intonasi yang
betul tentang sesuatu perkara dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.

Fokus Sampingan :

Standard Kandungan : 3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan cara
yang betul.

Standard Pembelajaran: 3.3.4 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk
berdasarkan bahan grafik dengan betul.

Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat

Bertutur dan menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul dalam situasi tidak formal
secara bertatasusila.

Membina dan menulis ayat tunggal dengan betul.

Pengisian Kurikulum : i. Ilmu : Keusahawanan

ii. Nilai : Bertatasusila, Bertanggungjawab

iii.KBT : Keusahawanan ( Sikap Dan Pemikiran Keusahawanan )

Sistem Bahasa : Tatabahasa : Ayat Permintaan

Kosa Kata : Karipap, keria, bingka, tepung bungkus

Media : Kad Gambar dan petikan dialog


STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENGISIAN
AKTIVITI CATATAN
KURIKULUM

Langkah 1 1. Guru memperdengarkan


dialog pelanggan dan penjual
berinteraksi dalam situasi jual beli di
gerai atau di kedai makanan.

2. Guru bersoal jawab cara penjual dan


pelanggan membuat urusan jual beli
dan meminta murid memberi contoh
dialog yang biasa didengar oleh
mereka semasa pelanggan
menyatakan permintaan ketika
membeli. Ilmu:Kajian
3. Guru meminta salah seorang murid Tempatan
mencatat pada papan tulis dialog Nilai:
pelanggan menyatakan permintaan Lampiran 1Dialog yang
Bertanggungjawab dirakamkan/dilakonkan
untuk memesan barang.
KBT: Keusahawanan
4. Guru meminta murid membaca
dialog yang telah dicatat pada papan Ciri-ciri usahawan
tulis.

5. Guru membimbing murid cara


membuat permintaan yang betul ketika
berurusan dengan orang lain dengan
memberi contoh pembeli berurusan
dengan penjual semasa meminta
barang yang dibeli. Penekanan diberi
pada aspek keusahawanan iaitu cara
yang betul membuat permintaan.

– Bertatasusila
– Menggunakan intonasi yang betul.

Langkah 21. Guru memilih beberapa


orang murid untuk menjalankan aktiviti
main peranan berjual beli di kantin
sekolah. 2. Guru memberi kad situasi
kepada murid yang telah dipilih:

Kad A – Peniaga melayan

pelanggan
Ilmu:Kajian
Kad B – Pelanggan membuat TempatanNilai:

pesanan Kerajinan
Lampiran 2
3. Guru meminta murid yang dipilih KBT: Keusahawanan
memainkan peranan seperti yang Berjual beli secara
terdapat pada kad situasi dengan bertatasusila
menggunakan dialog yang sesuai dan
bertatasusila.

4. Guru dan murid berbincang tentang


kesesuaian dialog yang digunakan
dalam aktiviti main peranan dan
makanan yang biasa digemari oleh
murid sekolah.

Langkah 3 1. Guru memperdengarkan


beberapa dialog cara murid membuat
permintaan untuk membeli barang
daripada penjual di kantin sekolah. EMK:
Keusahawanan
2. Guru meminta murid mengecam
dialog-dialog yang mengandungi
permintaan yang bertatasusila.
3. Murid diminta menulis dialog yang
bertatasusila dan membetulkan dialog
yang kurang sesuai berdasarkan latihan
yang diberi pada lampiran 3.

Pentaksiran 1. Guru memaparkan


gambar pembeli dan penjual di sebuah
gerai.2. Murid diminta membina dialog-
dialog yang sesuai dan bertatasusila. Lampiran 4

3. Guru menilai ketepatan dialog yang


dibina secara lisan.

Pemulihan 1. Guru membimbing murid


menuturkan ayat bertatasusila yang Lampiran 5
disediakan.

Pengayaan 1. Murid membina,


menuturkan dan menulis ayat
Lampiran
bertatasusila berdasarkan gambar yang
diberi.

Bahagian lampiran ini boleh diubah suai mengikut kesesuaian aktiviti yang telah kita pilih.
Sebagai guru, kita mestilah sentiasa kreatif semasa memilih dan membuat aktiviti yang
berseuaian dengan bahan yang ada. Apa yang penting adalah prinsip “ Work Smart “

Lampiran 1

Dengar dengan teliti dialog ini.

Kuih Kesukaan Saya

Ali : Apa khabar, Pak Mail?

Penjual : Khabar baik.

Ali : Apakah menu yang menarik hari ini, Pak Mail?

Penjual : Macam-macam ada, nasi lemak, mi goreng,

kuih-muih pun ada.


Ali : Oh, ya ke! Apakah jenis kuih-muih yang dijual hari ini?

Penjual : Ada karipap, keria, bingka, kuih lapis, pulut

panggang, buah melaka, tepung bungkus dan

banyak lagi. Semuanya kuih tradisional kita.

Ali : Saya memang suka makan kuih-muih tradisional.

Tolong bungkuskan saya tiga jenis kuih. Setiap jenis

RM 2.00.

Penjual : Kuih apa yang kamu mahu, kerana ada banyak

kuih-muih di sini.

Ali : Kalau begitu, tolong bungkuskan saya kuih karipap,

bingka dan tepung bungkus.

Penjual : Ali, ini kuih yang kamu mahukan.

Ali : Terima kasih, ini duitnya, Pak Mail.

Penjual : Sama-sama, datanglah lagi

Lampiran 2

Cikgu semua kan kreatif. Untuk menjadikan kad ini lebih menarik , buatlah dalam pelbagai
warna dan kertas. Barulah murid akan merasa seronok untuk belajar bersama kita.

Baca kad situasi ini dan tuturkan dialog yang sesuai dengan peranannya diberi.

Kad A

Kamu menjadi penjual di kantin sekolah kamu. Lakonkan cara kamu melayan pembeli secara
bertatasusila

Kad B

Kamu menjadi pembeli. Lakonkan cara kamu membuat permintaan semasa memesan barang
daripada penjual di kaunter sekolah secara bertatasusila.

Lampiran 3

Perhatikan gambar dan baca dialog di bawah. Tandakan ( / ) bagi dialog yang dituturkan
secara bertatasusila.
1 Tolong timbangkan 500 gram sayur sawi.

2 Boleh tolong potongkan daging ini anggaran dua kilogram.

3 Saya minta tolong siangkan ikan ini sebelum dibungkus.

4 Hantar bakul ini ke kereta saya.

5 Susun sayur ini dengan teratur ke dalam bakul saya

Anda mungkin juga menyukai