Anda di halaman 1dari 4

KEMAHIRAN MENGHANTAR DAN MENANGKAP BOLA

Empat prinsip hantaran adalah seperti berikut :


o KETEPATAN
Kebolehan pemain membuat hantaran hendaklah menepati arah dan destinasi yang dituju.
o KETEPATAN MASA
Pemain berkebolehan membuat penentuan berkenaan ketika atau masa tepat dan terbaik
untuk membuat hantaran walau dalam pelbagai situasi.
o SUDUT HANTARAN
Pemain berkebolehan menentukan dari mana hantaran perlu dibuat bagi memudahkan
serta membolehkan rakan menangkapnya dengan selesa.
o MEMBUAT PERTIMBANGAN
Pemain menentukan keadaan bola dan kemudiannya menentukan bagaimana membuat
hantaran dalam keadaan tertentu mengikut jarak dan kedudukan rakan.

Teknik menerima bola atas kepala

Lakuan :

 Pandang ke arah bola.

 Lompat dengan tangan lurus ke atas kepala dan jari-jari tangan direnggangkan.

 Sambut bola dan rapatkan bola ke badan.


Kemahiran menerima bola lantun

Lakaun :

 Buka kaki. Rendahkan badan sedikit. Hulurkan kedua-dua belah tangan ke hadapan
untuk menerima bola.

 Renggangkan jari tangan. Tangkap bola dengan kedua-dua belah tangan.

Kemahiran menerima bola sisi

Lakuan :

 Buka kaki. Rendahkan badan sedikit. Hulurkan kedua-dua belah tangan ke hadapan
untuk menerima bola.

 Renggangkan jari tangan. Tangkap bola dengan kedua-dua belah tangan.


Kemahiran menerima bola aras dada

Lakuan :

 Buka kaki. Rendahkan badan sedikit. Hulurkan kedua-dua belah tangan ke hadapan
untuk menerima bola.

 Renggangkan jari tangan. Tangkap bola dengan kedua-dua belah tangan. Bawa bola
ke dada untuk menyerap daya.

KEPENTINGAN BERINTERAKSI DAN BERKOMUNIKASI SEMASA BERMAIN

• Memudahkan kita membuat hantaran dan menyambut bola dengan tepat ketika
perlawanan.

• Melancarkan permainan ketika berada di tengah padang.

• Dapat menyusun strategi yang berkesan dan lebih baik.

• Memudahkan pemain menerima arahan dari jurulatih ketika permainan.

• Mengurang dan mengelakkan daripada melakukan sebarang kesilapan


HUBUNGKAIT MASA TINDAK BALAS DAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING

Masa tindak balas ada hubungkait dengan asas permainan bola baling kerana setiap
kali hantaran dibuat sudah semestinya pemain yang akan menyambut perlu bertindak
pantas.

Bagi penjaga gol pula masa tindak balas memang perlu kerana balingan dari pihak
lawan adalah sangat kuat dan pantas. Oleh yang demikian, penjaga gol perlu menepis
atau menangkap bola balingan dari pemain pihak lawan.

Dalam permainan bola baling juga tugas penghalang adalah menghalang pihak lawan
dalam menjaringkan gol. Pengalang perlu masa tindak balas dalam merampas bola.

Anda mungkin juga menyukai