Anda di halaman 1dari 5

Cadangan Aktiviti bagi Komponen Pemulihan

Tahun Tema Tajuk Kemahiran Standard Kandungan

:2 : Kebudayaan : Makanan Kita : Mendengar dan Bertutur : 1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.

Standard Pembelajaran : 1.4.4 Bertutur dan menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara dalam situasi tidak formal secara bertatasusila. Cadangan aktiviti : Cadangan aktiviti Langkah 1 Catatan Lampiran 1

Guru memperdengarkan dialog pelanggan dan penjual berinteraksi dalam situasi jual beli di gerai atau di kedai makanan. Guru bersoal jawab cara penjual dan pelanggan membuat urusan jual beli dan meminta murid memberi contoh dialog yang biasa didengar oleh mereka semasa pelanggan menyatakan permintaan ketika membeli.

Guru mencatat pada papan tulis dialog pelanggan menyatakan permintaan untuk memesan barang. Guru membimbing murid membaca dialog yang telah dicatat pada papan tulis.

Cadangan aktiviti Langkah 2

Catatan Lampiran 2

Guru memilih beberapa orang murid untuk menjalankan aktiviti main peranan berjual beli di kantin sekolah. Guru memberi kad situasi kepada murid yang telah dipilih : Kad A Peniaga melayan pelanggan Kad B Pelanggan membuat pesanan Guru meminta murid yang dipilih memainkan peranan seperti yang terdapat pada kad situasi dengan menggunakan dialog yang sesuai dan bertatasusila.(bimbingan guru) Guru dan murid berbincang tentang kesesuaian dialog yang digunakan dalam aktiviti main peranan dan makanan yang biasa digemari oleh murid sekolah.

Langkah 3

Lampiran 3

Guru membimbing murid menuturkan ayat bertatasusila yang disediakan.

Lampiran 1

Dengar dengan teliti dialog ini.

Kuih Kesukaan Saya Kancana : Apa khabar, Mak Jah? Penjual : Khabar baik.

Kancana : Apakah menu yang menarik hari ini, Mak Jah? Penjual : Macam-macam ada, nasi lemak, mi goring, kuih-muih pun ada.

Kancana : Oh, ya ke! Apakah jenis kuih-muih yang dijual hari ini? Penjual : Ada karipap, keria, bingka, kuih lapis, pulut panggang, buah melaka, tepung bungkus dan banyak lagi. Semuanya kuih tradisional kita. Kancana : Saya memang suka makan kuih-muih tradisional. Tolong bungkuskan saya tiga jenis kuih. Setiap jenis RM 2.00. Penjual : Kuih apa yang kamu mahu, kerana ada banyak kuih muih di sini.

Kancana : Kalau begitu, tolong bungkuskan saya kuih karipap, bingka dan tepung bungkus. Penjual : Kancana, ini kuih yang kamu mahukan. Kancana : Terima kasih, ini duitnya, Mak Jah. Penjual : sama-sama, datanglah lagi.

Lampiran 2

Baca kad situasi ini dan tuturkan dialog yang sesuai dengan peranannya diberi dengan bimbingan guru.

Kad A Kamu menjadi penjual di kantin sekolah kamu. Lakonkan cara kamu melayan pembeli secara bertatasusila.

Kad B Kamu menjadi pembeli. Lakonkan cara kamu membuat permintaan semasa memesan barang daripada penjual di kaunter sekolah secara bertatasusila.

Lampiran 3

Baca dan tuturkan ayat di bawah secara bertatasusila. Kemudian salin pada kotak di bawah mengikut urutan yang betul

Mak Jah, saya mahu membeli kuih.

Tolong bungkuskan saya dua ketul kuih karipap.

Kancana, ini kuih yang kamu mahu.

Terima kasih, ini duitnya, Mak Jah.

Sama-sama, datanglah lagi.

Anda mungkin juga menyukai