Anda di halaman 1dari 1

BERBASIKAL UNTUK MELINDUNGI ALAM

Kenderaan tidak bermotor adalah penting bagi menjamin kehidupan dalam persekitaran yang
bersih, sihat dan berkualiti. Pengangkutan seperti basikal satu alternatif bagi mencapai
aspirasi sistem pengangkutan aktif hijau.

Dalam usaha Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menggalakkan masyarakat


menukar mod perjalanan kenderaan bermotor kepada pengangkutan aktif hijau, dengan
menganjurkan Hari Tanpa Kenderaan membabitkan acara berbasikal PJ Smart Ride dan
aktiviti berjalan Purple Walk, baru-baru ini.

Peserta berbasikal memulakan kayuhan sejauh 40 kilometer dari tempat pelepasan di


Taman Tasik Kelana Jaya pada jam 7.45 pagi melalui beberapa bandar utama di Petaling
Jaya seperti Damansara Jaya,
Bandar Utama, Dataran
Sunway, Kota Damansara,
Tropicana dan Dataran Prima
serta kembali semula ke
taman rekreasi berkenaan.

Tujuan penganjuran
program ini adalah menjadikan
Petaling Jaya sebagai bandar
raya hijau dan mampan, di
samping mengajak penduduk
tempatan mengurangkan
penggunaan kenderaan bagi mengawal pencemaran udara.

Ini berikutan berbasikal dan berjalan kedua-duanya dikenal pasti sebagai cara
pengangkutan lebih mudah dan sihat. Ia menyumbang kepada pembabitan secara langsung
ke arah mencapai objektif pengangkutan lestari, membawa kepada gaya hidup sihat dan
pengurangan trafik.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya berharap menerusi program ini, masyarakat akan
menyokong usaha dilakukan dalam merealisasikan matlamat untuk menjadikan Petaling Jaya
sebagai bandar raya berkarbon rendah (LCCT), hijau dan bebas halangan.

Anda mungkin juga menyukai