Anda di halaman 1dari 15

1.

Bentuk air hujan tidak sama dengan bentuk air


mata. Bentuk air hujan adalah bulat.

2. Benda padat yang dipanaskan akan terus
berubah jadi gas, tidak perlu jadi cecair lebih
dahulu.

3. Gorila tidur di sarang yang dibuat dari ranting-
ranting pohon dan dedaunan. Jantan biasanya
tidur di tanah, sementara betina tidur di sarang
di atas pohon.

4. Sebagian besar proses pencernaan terjadi bukan
diperut, tapi di usus halus.

5. Cairan merah yang keluar dari daging stik
setengah masak adalah bukan darah, tetapi
mioglobin, iaitusepupu darah yang ada di
gentian otot.

6. Beg shopping dari kertas dan plastik sama-sama
mempunyai sifat buruk. Beg plastik susah diurai,
sementara beg kertas memerlukan tenaga yang
banyak semasa pembuatannya.

7. Bulu beruang kutub itu transparen, bukan putih.
Kulit mereka juga bukan putih, melainkan hitam.
Ketika berada di kawasan panas dan lembap,
kulit mereka boleh menjadi warna hijau kerana
lumut.

8. Pemetaan lidah yang menentukan bahagian
tertentu untuk mengecap rasa tertentu itu
adalah tidak benar. Seluruh rasa dapat dikecap
oleh semua bahagian lidah.

9. Ketika anda hidup, otak berwarna merah muda.
Ketika anda meninggal, otak berubah jadi kelabu.


10. Ikan Lumba-lumba tidak minum air laut.
Mereka mendapat cairan dari makanan yang
mereka makan. Minum air laut boleh
membuatkan mereka sakit, bahkan mati.

11. Union Soviet adalah negara pertama yang
berjaya mendaratkan pesawat di bulan. Tahun
1959, Luna 2 berjaya mendarat di bulan. Tahun
1966, Luna 9 juga mendarat di sana. Empat
bulan kemudian, Amerika Syarikat baru berjaya
mendaratkan pesawat mereka, Surveyor






Gelang getah yang diregang dan pegas yang
dimampat adalah contoh-contoh tenaga potensi
anjalan.
Tenaga boleh ditukar dari satu bentuk ke bentuk
yang lain. Dalam kilat, tenaga potensi eletrik
bertukar kepada tenaga cahaya, haba dan bunyi.
Undang-undang penyimpanan tenaga menyatakan
bahawa tenaga hanya boleh ditukar, tidak boleh
dihasilkan atau dimusnahkan.
Kebanyakan tenaga adalah sama ada dalam bentuk
tenaga kinetik atau tenaga potensi.
Perkataan energy datang daripada perkataan
Greek energeia.
Seorang yang berdiri di atas papan terjun di atas
kolam renang mempunyai tenaga potensi graviti.
Objek yang berjisim akan terpaut antara satu sama
lain, ini dipanggil graviti.
Graviti mengawasi Bumi dan planet-planet lain
dalam sistem solar kita supaya berada dalam
peredaran masing-masing mengelilingi Matahari. Ia
juga mengawasi Bulan supaya tetap mengelilingi
Bumi.
Cahaya bergerak dengan pantas. Kelajuan cahaya
dalam vakum (kawasan yang tiada jirim)ialah kira-
kira 186,000 batu sesaat (300,000 kilometer
sesaat).
Sinaran matahari boleh menuju sedalam kira-kira
80 meter (262 kaki) ke dalam laut.
Cahaya mengambil masa 1.255 saat untuk pergi
dari Bumi ke Bulan.
Jarak gelombang cahaya inframerah adalah terlalu
panjang untuk dilihat dengan mata manusia.
Cahaya dalam kehidupan harian merujuk kepada
spektrum yang boleh dilihat (bahagian spektrum
elektromagnet yang boleh dilihat oleh mata
manusia).
Tenaga daripada makanan selalunya diukur dalam
joule atau kalori.
Cahaya daripada Bumi hanya mengambil 1.255
saat untuk sampai ke Bulan.
Bunyi bergerak 4 kali lebih pantas dalam air
daripada melalui udara.
Bunyi petir berlaku apabila udara di keliling kilat
menjadi panas dengan cepat dan mengembang pada
kadar yang lebih cepat daripada kelajuan bunyi.


Otak menggunakan lebih daripada suku oksigen
yang digunakan oleh badan manusia.
Jantung anda berdegup kira-kira 100,000 kali
sehari, 36,500,000 kali setahun dan lebih berbilion
kali jika anda hidup lebih daripada 30 tahun.
Sel darah merah membawa oksigen ke seluruh
badan. Ia dihasilkan dalam tulang sum-sum anda. Ia
berperanan penting mambawa darah ke seluruh
tubuh anda.
Manusia mempunyai peringkat tidur yang
menunjukkan pergerakan mata yang pantas (REM).
Tidur REM merupakan kira-kira 25% daripada
jumlah masa tidur dan selalunya apabila anda
bermimpi dengan jelas.
Sebelah kiri badan anda dikawal oleh sebelah kanan
otak anda sementara yang sebelah kanan dikawal
oleh sebelah kiri otak anda.
Bayi mengelipkan matanya hanya sekali atau dua
kali seminit sementara orang dewasa berkelip mata
dengan purata kira-kira 10 kali seminit.
Badan manusia memerlukan zat besi untuk
membantu menjalankan beberapa fungsi penting.
Zat besi membantu membawa oksigen ke bahagian-
bahagian badan dalam bentuk haemoglobin. Jika
tidak mencukupi maka akan berlaku kekurangan zat
besi dan akan mengalami tanda-tanda seperti
lemah dan penat.









Kucing boleh menjadi pemburu maut dan sangat
suka menyelinap, apabila ia berjalan tapak kaki
belakangnya hampir memijak tepat pada bekas
tapak kaki hadapan sebelumnya, ini akan
mengurangkan bunyi ke tahap minimum dan
menghadkan kesan yang boleh dilihat.
Anjing mempunyai deria hidu yang luar biasa. Ia
mampu membezakan bauan dalam tumpuan
hampir 100 juta kali lebih rendah daripada
manusia mampu lakukan.
Anjing mempunyai deria pendengaran yang lebih
tinggi daripada manusia, mampu mendengar
bunyian pada jarak empat kali ganda.
Harimau merupakan perenang yang bagus dan
boleh berenang hingga 6 kilometer. Harimau putih
yang jarang dijumpai mempunyai gene yang hanya
ada dalam kira-kira 1 dalam setiap 10000
harimau.


Sesetengah jerung sentiasa bergerak seluruh
hidupnya. Ini memaksa air ke dalam insangnya,
menghantar oksigen ke aliran darah. Jika jerung
berhenti bergerak, ia akan lemas dan mati.
Seekor anak jerung yang baru lahir telah bersiap
sedia untuk menjaga dirinya sendiri. Ibu jerung
akan meninggalkan anaknya untuk menjaga
dirinya sendiri dan anak itu biasanya cepat
melarikan diri sebelum ibunya cuba memakannya!
Ikan Paus Pembunuh (juga dikenali sebagai Orca)
adalah sebenarnya sejenis ikan lumba-lumba.
Ikan lumba-lumba merupakan haiwan karnivor
(pemakan daging).
Singa yang hidup liar mempunyai hayat hingga
kira-kira 12 tahun dan berehat kira-kira 20 jam
sehari.
Katak adalah haiwan amfibia. Haiwan amfibia
boleh hidup di atas darat dan di dalam air. Katak
boleh melihat ke depan, ke tepi dan ke atas
semuanya pada masa yang sama. Ia tidak pernah
tutup matanya walaupun ia tidur.
Cheetah adalah satu-satunya kucing besar yang
tidak boleh mengaum. Ia boleh berkeruh dan
biasanya berkeruh paling kuat apabila ia
membersihkan diri atau duduk berdekatan dengan
cheetah lain. Cheetah tidak boleh memanjat pokok
dan mempunyai penglihatan yang kurang baik
pada waktu malam.
Waktu minum adalah waktu yang paling berbahaya
bagi zirafah. Semasa ia sedang minum, ia tidak
dapat melihat dan mencegah penyerang dan dari
itu ia mudah diserang.
Gajah adalah mamalia darat yang paling besar di
dunia. Gajah boleh berenang ia menggunakan
belalainya untuk bernafas seperti snorkel di dalam
perairan dalam. Gajah tidak mempunyai penyerang
semula jadi.
Badan harimau bintang dijadikan untuk berburu. Ia
mempunyai badan yang licin, teguh dan boleh
berlari pada kelajuan hingga 57 kilometer sejam. Ia
juga perenang dan pemanjat yang hebat dan boleh
meloncat dan melompat pada jarak jauh.
Bibir bawah ikan paus yang melengkung
menyerupai seolah-olah ia sedang senyum! Namun,
ini bukannya senyuman asli kerana longgokan
lemak di kepalanya menghalang otot-otot
mukanya daripada mencecah permukaan air.
Serigala merupakan pemburu yang hebat dan
tinggal di lebih banyak tempat di dunia daripada
mamalia lain kecuali manusia. Serigala mempunyai
kaki yang panjang dan banyak meluangkan
masanya berlari berderap pada kelajuan 12 16
kilometer sejam. Sekumpulan serigala boleh berlari
sekata berjam-jam dan telah diketahui bahawa
mereka boleh meliputi jarak sejauh 90 kilometer
dalam satu malam.
Tikus membiak dengan pantas hingga dalam 18
bulan, 2 ekor tikus boleh menghasilkan lebih 1 juta
saudara mara.

Ikan paus biru boleh mengeluarkan bunyi paling
kuat daripada mana-mana haiwan. Pada desibel
188, bunyi itu boleh dikesan sejauh lebih 800
kilometer.
Kuda dan lembu tidur sambil berdiri.
Ampai-ampai gergasi dari Artik mempunyai
peraba yang boleh mencapai lebih 36 meter
panjang.
Belalang juta mempunyai otot kaki yang kira-kira
1000 kali lebih kuat daripada otot manusia yang
sama berat.
Burung berdendang (humming bird) sangat lincah
dan mempunyai kawalan yang baik hingga boleh
terbang ke belakang.
Jerung mempunyai rangka yang diperbuat
daripada rawan, bukan tulang.

Serangga seperti lebah, nyamuk dan riang-riang
membuat bunyian dengan menggerakkan kepak
mereka dengan pantas.
Tanduk badak sumbu diperbuat daripada bulu yang
dipadat bukannya tulang atau bahan-bahan lain.
Jerung mengeluarkan telur yang paling besar di
dunia.
Walaupun ular pejamkan matanya, ia boleh
melihat melalui kelopak matanya.
Tidak seperti manusia, kambing biri-biri
mempunyai empat perut, setiap satu membantu
menghadam makanan yang dimakan.
Walaupun beruang kutub kelihatan putih dan gebu,
kulit sebenarnya ialah hitam.
Lalat rumah hanya boleh hidup selama 2 atau 3
minggu.
Kucing menggunakan misainya untuk memeriksa
sama ada sesuatu ruang itu terlalu kecil untuk dia
masuk ke dalam atau tidak.
Belut eletrik boleh mengeluarkan kejutan eletrik
kira-kira 500 volt untuk perlindungan diri dan
pemburuan.
Disebabkan bentuk kaki yang luar biasa, kanggaru
dan emu sukar untuk berjalan mengundur ke
belakang.
Arnab dan burung kakak tua boleh melihat
belakang mereka tanpa mengerakkan kepala
mereka!
Seekor badak air kelihatan besar tetapi ia masih
boleh berlari lebih pantas daripada seorang
manusia.

Anda mungkin juga menyukai