Anda di halaman 1dari 4

KOLEJ VOKASIONAL LABUAN

KM 7, Jalan Tanjung Kubong,


Peti surat No. 80276
87013 WP Labuan, Malaysia

TAJUK LAPORAN : LAWATAN PENANDA ARAS KE KV LABUAN SEMPENA PERSIDANGAN


PPSM SABAH & W.P.LABUAN TAHUN 2015
Tarikh

: 06 MEI 2015

Masa

: 2:00 4:00 PETANG

Tempat

: KV LABUAN

Bil. Pelawat

: 29 orang

Pengenalan :
Persatuan Pengetua Sekolah Menengah (PPSM) Sabah telah mengadakan Persidangan PPSMS kali
ke-39 di Palm Beach & SPA, W.P Labuan, pada 05-07 Mei 2015. Sempena Persidangan itu
dijalankan, PPSM telah memutuskan untuk membuat lawatan ke empat buah sekolah menengah di
W.P Labuan pada 06 Mei 2015. Kolej Vokasional (KV) Labuan telah dipilih sebagai salah sebuah
sekolah yang akan dikunjungi oleh PPSM.

Objektif / Tujuan :
Lawatan penanda aras daripada PPSM ke KV Labuan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan
tentang pelaksanaan KV Labuan kepada para pengetua yang terlibat. Selain itu, lawatan ini juga
membolehkan para pengetua yang terlibat berkongsi informasi dalam meningkatkan kecemerlangan
KV Labuan.

Aktiviti 1 :
Pelawat dari PPSM tiba dan dikumpulkan di bilik mesyuarat untuk mendengar taklimat dari Pengarah
KV Labuan. Beliau memberi sedikit sebanyak maklumat berkenaan pengendalian dan pengurusan
Kolej Vokasional. Sebelum mengakhiri sesi taklimat, beliau membuka sesi soal jawab dengan
pengetua daripada PPSM. Pelbagai soalan dan pertanyaan ditujukan dan telah dijawab sebaiknya
oleh Puan Pengarah. Setelah tamat sesi soal jawab, acara majlis diteruskan dengan penyampaian
cenderahati dari KV Labuan kepada PPSM. Setelah taklimat selesai, para pengetua menjamu selera
dengan kudapan yang telah disediakan.

Disediakan oleh :

Tarikh : 9 Mei 2015

______________________
(POH PEI YI)
AJK Dokumentasi
Kolej Vokasional Labuan
WP Labuan
___________________________________
(MOHD AFHAM FAIZ BIN MOHD JALI)
AJK Dokumentasi
Kolej Vokasional Labuan
WP Labuan

LAWATAN PENANDA ARAS DARI PPSM

Gambar 1:
Ketibaan para pengetua dari PPSM di KV
Labuan.

Gambar 2:
Para pensyarah KV Labuan menyambut
ketibaan para pengetua.

Gambar 3:
Para pengetua sedang menuju ke Bilik
Mesyuarat KV Labuan.

Gambar 4:
Pengarah dan Timbalan Pengarah KV Labuan
menyambut ketibaan para pengetua.

Gambar 5:
Semua pengetua berkumpul di Bilik
Mesyuarat untuk mendengar taklimat dari
Pengarah KV Labuan.

Gambar 6:
Pengarah KV Labuan Pn. Hjh. Siti Muslihah
Binti Leeudin menerangkan pengendalian dan
pengurusan KV Labuan melalui persembahan
slaid power point.

Gambar 7:
Pensyarah Cik Zaliha Binti Jambul sedang
mengagihkan air mineral kepada setiap
pengetua.

Gambar 8:
Pengarah KV Labuan Pn. Hjh. Siti Muslihah
Binti Leeudin menyampaikan cenderahati
kepada PPSM.

Gambar 9:
Makanan kudapan juga disediakan kepada
para pengetua di Bilik Mesyuarat.

Gambar 10:
Setelah taklimat selesai, para pengetua
bertolak balik semula ke Palm Beach & SPA,
W.P Labuan

Anda mungkin juga menyukai