Anda di halaman 1dari 3

KOLEJ VOKASIONAL LABUAN

KOPERASI SMTL BERHAD


KM 7, Jalan Tanjung Kubong,
Peti surat No. 80276
87013 WP Labuan, Malaysia

Nama

: Nurlela Binti Mustari

No. Sijil lahir

: 1934/96

Tarikh

: 1 Februari 2015

Tel
: 087-461970 / 462046
Fax
: 087-461820
E-mel : smtlbn@tm.net.my

Puan,
PELANTIKAN SEBAGAI PEKERJA TETAP KOPERASI SMTL BERHAD
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak koperasi melantik puan sebagai pekerja tetap koperasi
dan kehadiran puan ke dalam organisasi ini amat dialu-alukan. Terma serta syarat-syarat pelantikan
adalah seperti yang termaktub di bawah.
2.1

Tempoh kontrak
Tempoh kontrak adalah selama setahun bermula 2 Februari 2015 sehingga 2 Februari
2016. Sebarang penyambungan kontrak akan dibincangkan sebelum tamatnya
kontrak.

2.2

Gaji
Gaji yang ditawarkan adalah sebanyak RM 800.00 sebulan. Sebarang kenaikan atau
perubahan gaji akan dibincangkan bersama dengan pihak koperasi.

2.3

Cuti tahunan
Cuti tahunan diberi sebanyak 7 hari setahun. Sebarang permohonan cuti hendaklah
dikemukakan seminggu lebih awal.

2.4

Hari dan waktu bekerja


Hari dan waktu bekerja adalah seperti yang telah dibincangkan iaitu mengikut hari
persekolahan (termasuk sekolah ganti) bermula pada jam 7.30 pagi sehingga jam 3.30
petang.

2.5

Tugas dan tanggungjawab


Tugas dan tanggungjawab anda adalah seperti yang dibincangkan bersama pihak
koperasi. Sebarang perubahan dan tambahan tugas akan dibincangkan dari semasa
ke semasa. Jika menghadapi sebarang kesulitan, sila merujuk kepada pihak koperasi.

2.6

Penamatan kontrak
Penamatan kontrak hanya boleh dijalankan selepas tamat tempoh kontrak setahun.
Sekiranya penamatan kontrak dijalankan sebelum tamat kontrak setahun, maka penalti
akan dikenakan iaitu 30% daripada gaji.

4.
Sehubungan dengan itu, puan diminta untuk mematuhi terma dan syarat yang telah
ditetapkan. Persetujuan dan penerimaan puan sebagai pekerja tetap koperasi kami hargai dan
didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,


(ALRENETTE GRENCE)
Setiausaha koperasi
Kolej Vokasional Labuan
s.k

Fail.

Kepada :
Penyelaras koperasi
Pengakuan dan penerimaan
Saya , nombor IC . dengan ini
menerima dan bersetuju dengan terma dan syarat yang termaktub dalam perjanjian ini.
Tandatangan : ..
Tarikh : ..

Anda mungkin juga menyukai