Anda di halaman 1dari 2

Faktor mempengaruhi kemahiran mendengar dan bertutur bayi dan kanak-kanak.

(Komunuti – ibubapa, keluarga, jiran, rakan, guru)

Keluarga – faktor ini amat berperanan dalam proses awal perututran kanak-
kanak.ibu bapa yang selalu bertutur dan berbual dengan anak mereka akan
menyebabkan anak mereka cepat mempelajari kemahiran ini

Hal ini terutamanya yanag melibatkan dalam kalangan ahli keluarga ibu, bapa
dan ahli keluarga keseluruhannya, jiran tetangga, tahap pendidikan, lokasi petempatan
sama ada di bandar atau di luar bandar, tahap dan status sosioekonomi akan
mempengaruhi tahap penguasaan bahasa kanak-kanak. Umumnya, benak fikiran
kanak-kanak yang hidup dalam kalangan masyarakat petani dan nelayan mempunyai
kosa kata terhad berbanding dengan kanak-kanak yang hidup dan membesar dalam
kalangan masyarakat di bandar-bandar.

Hal ini boleh menyebabkan tahap penguasaan kemahiran mendengar dan


kemahiran bertutur bayi dan kanak-kanak berbeza. Hal ini kerana kanak-kanak yang
membesar persekitaran ataupun komuniti masyarakat yang berbeza amat
mempengaruhi tahap pengguasaan kemahiran mendengar dan bertutur. Sebagai
contoh, bayi atau kanak-kanak yang berbesar di Bandar , tahap pengguasaan
kemahiran-kemahiran tersebut amat efektif , jika banding bayi dan kanak-kanak yang
berada di kawasan luar Bandar.

Langkah-langkah yang boleh mengambil mengatasi masalah yang daripada


komunuti dalam penguasaan kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Guru perlu
mendorong murid berinteraksi dengan rakan-rakan mereka. Justeru, komunikasi
sebagai objektif kemahiran bertutur perlu menjadi objektif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran guru dalam bilik darjah. Sesuatu aktiviti bertutur dapat terlaksana dengan
lebih berjaya jika murid mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang perkara
yang dibincangkan. Dengan demikian guru perlu mendedahkan murid kepada
pengalaman dan pengetahuan itu melalui alat bantu mengajar, lawatan, keratan akhbar,
bahan bacaan dan bahan rakaman menjadi semakin perlu. Kaedah terus beranggapan
bahawa murid-murid dapat mempelajari bahasa dengan cara mendengar pelbagai
perbualan dalam bahasa sasaran dan kemudian melibatkan diri dalam perbualan
tersebut. Hal ini berlaku sebagaimana kanak-kanak belajar bahasa ibunda mereka, iaitu
dengan cara mendengar, meniru dan mengulangi perlakuan bahasa yang mereka
dengari sehinggalah mereka dapat membentuk satu kelaziman dalam berbahasa

Anda mungkin juga menyukai