Anda di halaman 1dari 17

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

1. Peringkat Penguasaan
2. Unsur dan Faktor Keberkesanan
3. Prinsip Pengajaran
Peringkat-Peringkat Penguasaan Kemahiran
Lisan - Mendengar dan bertutur
(a) Peringkat Penerimaan (mendengar dan
memaham)
Sebelum murid diberi peluang berlatih bertutur,
mereka perlu diberi kefahaman mendengar. Pada
peringkat ini latihan diberi kepada murid-murid,
tidak memerlukan mereka bertindak balas dalam
bentuk pertuturan. Bahan-bahan yang
diperdengarkan hendaklah mencerminkan
penggunaan bahasa yang baik dan boleh dijadikan
model dalam kalangan murid-murid berkenaan.
(b) Penghasilan Semula (bertindak balas)
Pada peringkat ini, latihan yang diberi
memerlukan murid bertindak balas secara
pertuturan. Semasa bertutur banyak aspek yang
terlibat, seperti intonasi frasa dan
ayat, aspek sebutan, kelancaran, kefasihan,
tatabahasa, gaya dan isi penyampaian.
Peringkat –Peringkat Kemahiran Bertutur
Peringkat awal
(a) Melafazkan pengucapan bertatasusila;
(b) Mengajuk perkataan dan ayat yang didengar;
(c) Menyoal untuk mendapatkan maklumat;
(d) Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu
situasi;
(e) Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-
situasi tertentu;
(f) Bertindak terhadap soalan-soalan mudah;
(g) Memberi arahan;
(h) Membuat ayat tentang diri, rakan, ibu dan bapa; dan
(i) Membuat ayat-ayat daripada gambar.
Peringkat –Peringkat Kemahiran Bertutur
Peringkat pertengahan
(a) Membuat deskripsi tentang objek atau gambar;
(b) Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-
gambar bersiri
(c) Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa;
(d) Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu;
(e) Menyoal dan menjawab soalan-soalan misalnya,
berhubung dengan peribadi seseorang, masa
bersekolah, persekitaran dan di rumah;
(f) Membaca iklan, peraturan-peraturan;
(g) Memberi ucapan pendek dan mudah;
(h) Mengambil bahagian dalam perbualan
mudah;
(i) Memberi komen secara mudah; dan
(j) Membuat ulasan, memberi pendapat atau
pandangan secara mudah.
Peringkat –Peringkat Kemahiran Bertutur
Peringkat maju
(a) Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian,
pengalaman, objek, permainan, proses
dan sebagainya;
(b) Bercerita dengan menggunakan alat pandang
atau tanpa menggunakannya;
(c) Mengambil bahagian dalam perbincangan,
perbualan atau dialog;
(d) Bertanya untuk mendapatkan maklumat;
(e) Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan
peraturan;
(f) Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat
(g) Memberi ceramah, syarahan (yang
disediakan)
(h) Mengambil bahagian dalam perbahasan,
diskusi, forum, perbincangan, seminar dan
lain-lain
(i) Mengambil bahagian dalam drama dan lakonan;
(j) Mendeklamsi puisi
(k) Menyampaikan komen, laporan atau ulasan
(l) Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan
sebagainya.
Unsur-unsur dan faktor keberkesanan
pengajaran kemahiran lisan
a) Kecerdasan: merujuk kepada tahap kecerdasan otak
yang menentukan keupayaan berfikir dalam proses
memperoleh, menyampai dan memproses
maklumat aspek penting dalam pertumbuhan
dan perkembangan bahasa
b) Kesihatan: merujuk kepada tahap kesihatan yang
cukup menentukan tahap dan keupayaan berbahasa
dalam kalangan murid-murid. Murid yang tidak sihat
atau sakit berpanjangan akan mengalami gangguan
dalam proses pemerolehan bahasa, bahkan gagal
berfikir dan berkomunikasi secara berkesan;
Unsur-unsur dan faktor keberkesanan
pengajaran kemahiran lisan
c) Fizikal: berkaitan dengan aspek tubuh badan yang
berhubung langsung dengan proses mendengar seperti
telinga dan alat artikulasi: lidah, gigi, gusi dan
seumpamanya akan menjejaskan proses penglahiran
bunyi-bunyi bahasa, makna dan tahap pemahaman
maklumat yang hendak disampaikan. Kanak-kanak yang
pekak atau menghadapi masalah pendengaran,
terencat anggota badan dan seumpamanya akan
mengehadkan pergaulan, dan dengan demikian
kerap kali menghadapi masalah kosa kata dalam proses
pertuturan;
Unsur-unsur dan faktor keberkesanan
pengajaran kemahiran lisan
d) Persekitaran: Hal ini terutamanya yang melibatkan
dalam kalangan ahli keluarga ibu, bapa dan ahli
keluarga keseluruhannya, jiran tetangga, tahap
pendidikan, lokasi petempatan sama ada di bandar atau
di luar bandar, tahap dan status sosioekonomi
akan mempengaruhi tahap penguasaan bahasa kanak-
kanak. Umumnya, benak fikiran kanak-kanak yang
hidup dalam kalangan masyarakat petani dan nelayan
mempunyai kosa kata terhad berbanding dengan
kanak-kanak yang hidup dan membesar dalam
kalangan masyarakat di bandar-bandar;
Unsur-unsur dan faktor keberkesanan
pengajaran kemahiran lisan
e) Jantina: Faktor yang menentukan tahap
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
berbeza-beza. Kajian menunjukkan kadar
pertumbuhan kanak-kanak perempuan jauh lebih
cepat berbanding dengan kadar pertumbuhan
dan 16 perkembangan kanak-kanak lelaki. Hal ini
demikian kerana urat saraf pertuturan dalam
kalangan kanak-kanak perempuan berkembang
jauh lebih cepat berbanding kanak-kanak lelaki.
Unsur-unsur dan faktor keberkesanan
pengajaran kemahiran lisan
f) Dwibahasa: Kajian mendapati kanak-kanak
ekabahasa biasanya boleh bertutur jauh
lebih baik berbanding dangan kanak-kanak
dwibahasa. Ini kerana, dalam proses
pertuturan, kanak-kanak dwibahasa kerap kali

mengalami gangguan daripada bahasa


ibundanya.
Prinsip pengajaran kemahiran mendengar
(a) Kemahiran mendengar perlu diajar bersama-
sama kemahiran berbahasa bertutur, membaca
dan menulis.
(b) Kemahiran mendengar, seperti kemahiran
berbahasa yang lain juga bersifat dinamik
dan aktif. Justeru, aktiviti proses pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan kemahiran
mendengar perlu dirancang berteraskan tugasan
yang menjurus kepada sesuatu aktiviti tertentu;
Prinsip pengajaran kemahiran mendengar
(c) Setiap aktiviti dan kemahiran yang hendak diajar
hendaklah dirancang dan disampaikan dalam bentuk
pelbagai. Dengan demikian murid-murid boleh melibatkan
diri secara proaktif, memberi respon yang pelbagai diberi
peluang sebaik-baiknya memberi tindak balas terhadapnya
secara maksimum. Dengan demikian murid-murid boleh
merperlihatkan tahap kemahiran berbahasa masing-masing
melalui aksi/lakonan dan aktiviti yang berkaitan;
(d) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan
secara berperingkat-peringkat, didahulukan daripada yang
konkrit kepada yang abstrak, daripada yang dekat kepada
yang lebih jauh, daripada perkara-perkara yang mudah
kepada perkara-perkara yang lebih sukar dan seumpamanya.
Prinsip pengajaran kemahiran mendengar
(e) Guru tidak perlu terlalu ghairah untuk mengajar
kemahiran mendengar sehingga begitu
membebankan atau menyusahkan dirinya semasa
melaksanakan proses berkenaan;
(f) Motivasi guru sangat penting bagi tujuan
mengekalkan minat dan kecenderungan
mendengar dalam kalangan kanak-kanak;
(g) Paling penting, kanak-kanak perlu diberi peluang
sebanyak mungkin untuk berlatih kemahiran
mendengar sama ada melalui aktiviti yang ditentukan
oleh guru atau melalui daya insiatif murid sendiri.
Tamat

Anda mungkin juga menyukai