Anda di halaman 1dari 15

Strategi kesantunan verbal

Disediakan oleh kho Xin Yee


KESANTUNAN VERBAL

Dalam percakapan, seseorang perlu bersikap
santun, iaitu sikap yang berkait rapat dengan
upaya untuk melakukan penyesuaian
penggunaan kata atau ungkapan yang sesuai
dengan situasi. Penyesuaian tersebut
sebenarnya digunakan untuk menjaga wajah
yang berfungsi sebagai kehormatan
seseorang.

Menuruti Brown dan Levinson (1987), terdapat
empat jenis strategi kesantunan, iaitu:

(1) Bald On Record
Strategi Bald On-Record merupakan strategi yang
biasanya tidak mencuba untuk meminimumkan
ancaman ke atas muka pendengar
(2) Negative Politeness
Strategi kesopanan negatif merujuk strategi
penutur yang bertujuan menunjukkan adanya
jarak sosial antara penutur dengan pendengar.

(3) Positive Politeness
Strategi kesopanan positif berusaha untuk
mengurangkan ancaman ke atas muka positif
pendengar itu.
(4) Off-Record
Strategi ini menggunakan bahasa secara tidak
langsung dan mempunyai maksud yang
tersirat.

Cara menghormati orang lain melalui
percakapan(verbal):

Dalam berkomunikasi seseorang bukan saja
menunjukkan siapa dirinya,tetapi juga harus
menghormati orang lain.
Memberi layanan mesra, sopan dan memberi
penghormatan kepada orang lain.

Menghargai pendapat dan percakapan orang
lain.
Tidak memperkecilkan atau merendah-
rendahkan kebolehan orang lain.
Mewujudkan persefahaman.
Melatih dari supaya berkelakuan sopan.
Menjaga perasaan orang lain.

Untuk mengelakkan berlakunya konflik dan perselisihan
faham semasa berkomunikasi atau berinteraksi,
pelbagai strategi telah digunakan semasa berinteraksi.

1. Strategi toleransi:
Sikap yang dapat menerima atau menghormati
pendapatan, fikiran dan kepercayaan orang lain dengan
tidak mementingkan sesebelah pihak. Selain itu tidak
mengira apabila membuat baik terhadap orang lain
dan mudah memaafkan kesalahan orang lain.

Contoh (Verbal): Memberi keutamaan kepada orang
yang lebih tua untuk memulakan sesuatu mesyuarat.
2. Strategi bertinbang rasa:
Bertimbang rasa tanpa mengira latar belakang
untuk mengelakkan menyinggung perasaan
orang lain.

Contoh ayat (Verbal): Saya memahami situasi
Tuan dan akan menyelesaikan masalah
tersebut dengan segera.
3. Strategi memberi salam:
Bersalam dengan orang lain apabila bertemu.

Contoh (Verbal): Mengucap selamat pagi
atau Assalamualaikum apabila bertemu
orang lain.
4. Strategi bersopan santun:
Bersopan santun dengan tidak angkuh, tidak
sombong, bercakap dengan lemah lembut dan
berperilakuan yang sopan dalam pergaulan
seharian.

Contoh (Verbal): Menggunakan sistem
panggilan yang betul dan sesuai dengan
keadaan.
5. Strategi ramah mesra:
Sikap yang mudah dirunding, tidak kedekut
memberi senyuman dan sabar serta rasional.

Contoh (Verbal): Mengalu- alukan kedatangan
tetamu ke rumahnya.
6. Strategi tidak mementingkan diri sendiri:
Tidak hanya memerhatikan kepentingan diri
sendiri manakala juga tidak mengabaikan
kepentingan orang lain. Selain itu sanggup
memberi bantuan kepada orang yang
memerlukannya.

Contoh (Verbal): Memberi cadangan atau
nasihat yang sesuai dengan punuh kesopanan
dan lemah llembut.
7. Strategi merendah diri:
Tidak sombong atau menunjuk- nunjuk di
hadapan oaring lain terutamanya hadapan
orang yang lebih tua dan mengaku kelemahan
atau kekurangan diri sendiri.

Contoh ayat (Verbal): Silalah datang ke
rumah saya yang tidak seperti ini.

8. Strategi berterima kasih:
Mnunjukkan penghargaan terhadap seseorang
yang telah memberi bantuan atau membuat
sesuatu kebaikan terhadap kita.

Contoh (Verbal): Mengucapap terima kasih
kepada orang yang telah menghulurkan
bantuan kepada kita.


Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai