Anda di halaman 1dari 6

TUTORIAL

Bincangkan cara-cara pelaksanaan


aktiviti kemahiran bertutur secara
kontekstual di dalam bilik darjah:
1. KAEDAH AUDIO-LINGUAL
• Melibatkan dua kemahiran iaitu Kemahiran Mendengar
dan Bertutur.
• Kaedah ini menggunakan alat bantu mengajar seperti
radio, pita rakaman dan compact disc (CD).
• Contohnya, murid diperdengarkan satu audio pidato.
Murid akan menganalisis konteks pidato dan guru akan
membimbing murid untuk berpidato.
• Murid diajar untuk menggunakan laras bahasa, cara
bertutur melalui intonasi, jeda dan penghayatan dalam
skrip.
2. KAEDAH SECARA BERGILIR
• Kaedah ini merupakan cara ringkas bagi guru untuk
melatih murid-murid meningkatkan kemahiran berpidato
mereka.
• Contohnya, guru boleh mengadakan slot ringkas ketika
waktu pdp dengan meminta murid untuk memberikan
pidato ringkas secara bergilir-gilir.
• Kaedah ini akan membolehkan guru melatih serta
mengenal pasti potensi sebenar murid-murid yang amat
penting bagi menyediakan murid dalam suasana
pembelajaran abad ke-21
3. KAEDAH SUMBANG SARAN
-Kaedah ini bertujuan untuk menggalakkan murid
menggunakan imaginasi mereka secara kreatif
-Murid digalakkan memberi memberi sumbangan idea
terhadap sesuatu tajuk yang diberikan oleh guru
-Sesuatu idea itu haruslah disampaikan melalui sesi pidato
ringkas tanpa mengira sama ada idea itu benar atau salah
-Cara ini secara tidak langsung dapat melatih murid untuk
bertutur dan menyampaikan idea mereka
4. KAEDAH KERJA BERKUMPULAN
• Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
• Setiap kumpulan diberikan tajuk pidato yang berbeza
• Murid boleh melakukan diskusi bersama dan
membolehkan mereka bertukar-tukar pendapat sesama
mereka.
• Dengan itu,mereka dapat bertutur secara kontekstual di
dalam bilik darjah dengan bimbingan guru serta akan
mewujudkan susasana pdp yang lebih proaktif.
Thank You!!!

Anda mungkin juga menyukai