Anda di halaman 1dari 25

STRATEGI

KESANTUNAN
LISAN
BY KHADILA RAMDZAN & ANIS AFIQAH YASIN

Teori Kesantunan Brown dan Levinson (1978 :


1987) mengutarakan andaian bahawa setiap
individu yang kompeten mempunyai air muka
(face), dan menyedari bahawa individu yang
lain juga mempunyai air muka.
Konsep air muka bermaksud imej diri dan
penutur di tempat awam (public self image).
Kita perlu memahami air muka seseorang
supaya interaksi berkesan.

Mengutamakan
2 jenis air muka
iaitu

Air muka positif


Air muka negatif

Strategi berinteraksi akan berbeza-beza


mengikut jenis air muka pendengar.
Masyarakat Melayu menganggap amat
memberatkan perlakuan yang menjaga air
muka atau maruah pendengar.
Oleh itu, mereka akan cuba mengelak
daripada berhadapan dengan konflik semasa
berinteraksi secara lisan.
Justeru, orang Melayu menggunakan pelbagai
strategi semasa berinteraksi.

Stategi Kesantunan yang digunakan :


1. Strategi Ikhlas
2. Strategi merendah diri
3. Strategi maaf
4. Strategi penyelesaian
5. Strategi memberi peluang

6. Strategi penghargaan dan pujian.


7. Strategi berterima kasih
8. Strategi kiasan
9. Strategi berhemah dan lemah-lembut
10. Strategi bersalam dan memperkenalkan diri
11. Strategi kecindan

12. Strategi menyapa/menegur


13. Strategi ungkapan Rabani

1. Strategi Ikhlas

Menegur secara tidak langsung


sesuatu perbuatan yang tidak disukai.
Contoh : Aku harap hang tak marah,
aku ikhlas kerana Allah SWT nak bagi
tahu ni, tak elok lelaki dan
perempuan duduk berdua-dua.

2. Strategi merendah diri

Menggunakan ungkapan-ungkapan
membawa maksud penutur merendah diri
dengan mengaku kelemahan dan
kekurangan diri.
Contoh : Aku ni tak pandai sangat, itu
sajalah yang aku dapat tolong.

3. Strategi maaf

Meminta dengan baik untuk


bercakap atau berbuat sesuatu.
Contoh : Maaf ya! Boleh saya
cakap sikit.

4. Strategi penyelesaian

Mengambil keputusan memudahkan sesuatu


urusan supaya penyelesaian cepat dicapai
tanpa mendapat banyak bangkangan.
Contoh : Saya rasa untuk menjimatkan masa,
kita setuju sajalah cadangan yang dibuat oleh
Pak Mat tadi iaitu kita akan mengutip derma
untuk membiayai program ini.

5. Strategi memberi peluang

Memberi peluang kepada yang lebih berumur


atau berjawatan dalam masyarakat untuk
bersuara.
Contoh : Kita dah banyak memberikan
cadangan, apa kata kalau kita dengar pula
pandangan orang lama dalam kampung ini
iaitu Pak Sudin untuk memberikan pendapat.

6. Strategi penghargaan dan pujian.

Urusan yang menunjukkan seseorang itu


dihargai kerana sesuatu tindakan yang
disenangi.
Contohnya : Kita ucapkan tahniah dan
syabas kepada Pak Samad kerana telah
bertungkus-lumus menjayakan program ini.

7. Strategi berterima kasih

Penghargaan secara ucapan terima kasih


terhadap seseorang yang telah membuat
sesuatu kebaikan atau pertolongan.
Contoh : Aku sangat berterima kasih
kepada hang, Ali sebab telah membantu
aku tadi.

8. Strategi kiasan

Ujaran yang diucapkan secara tidak


langsung untuk menjaga air muka
seseorang.
Contoh : Kalau kamu hendak melakukan
sesuatu, kamu mesti bersungguh-sungguh
supaya berjaya, jangan hangat-hangat tahi
ayam.

9. Strategi berhemah dan lemah-lembut

Menggunakan ujaran yang halus dan tidak


kasar untuk membuat teguran atau nasihat
supaya pendengar tidak berkecil hati.
Contoh : Oleh sebab Mat telah melakukan
kesalahan tu, tak pa lah, benda telah berlaku,
nak buat macam mana. Tapi Pak Cik harap Mat
insaf dan bertaubat dan tidak akan buat lagi
pada masa akan datang.

10. Strategi bersalam dan memperkenalkan diri

Ujaran yang dibuat untuk menegur


seseorang.
Contoh : Assalamualaikum, saya
Ahmad bin Hassan, saudara pula
siapa nama?

11. Strategi kecindan

Menggunakan ujaran dalam bentuk


jenaka untuk menimbulkan perasaan
gembira.
Contohnya : Ha! Jangan marah Pak
Mat, nanti lekas tua

12. Strategi menyapa/menegur

Ujaran yang dibuat apabila bertemu


dengan seseorang untuk menunjukkan
keramahan walaupun telah mengetahui
apa yang dibuat oleh seseorang.
Contohnya : Pak Cik! Baca surat khabar
ka? Boleh sembang sikit?

13. Strategi ungkapan Rabani

Menggunakan ujaran seperti Bismillah,


Alhamdulillah, doa untuk menunjukkan
kekuasaan Allah.
Contoh : Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah
SWT kerana dengan izin-Nya dapat kita
berjumpa pada majlis ini.

Hadith-Hadith bekaitan
Kesantunan Lisan :
Dan orang yang menyakiti orang
mukmin,lelaki atau perempuan,
tanpa adanya sesuatu yang mereka
lakukan, maka orang yang
menyakiti itu menanggung
kebohongan dan dosa yang nyata.'
(Surah al-Ahzab : 58)

'Perbuatan memaki hamun


seorang mukmin merupakan
perkara fasiq dan perbuatan
memeranginya hukunmya
kufur'
(Riwayat al-Bukhari)

'Peliharalah lidahmu, kecuali


tentang hal yang lebih baik,
kerana sesungguhnya engkau
dengan begitu telah
mengalahkan syaitan!'
(Riwayat at-Tabarani)

Janganlah banyak bicara, jika tidak


mengenai zikir Allah, maka
sesungguhnya banyak bicara tanpa
zikir Allah itu menjadikan hati
pembicaranya kesat. Sesungguhnya
orang yang paling jauh dari Allah
pada hari Kiamat ialah orang yang
kesat hati.'
(Riwayat at-Tirmidzi)

Sekian Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai