Anda di halaman 1dari 9

Amali 1

Tajuk : Analisis Kualitatif Sebatian Tak Organik

Tujuan : Untuk menentukan kation dan anion dalam sebatian tak organik.

Teori :

Ahli kimia selalunya perlu mengenalpasti komposisi bahan yang tidak diketahui.
Terdapat ujian kimia yang boleh digunakan untuk mengenalpasti ion tanpa gangguan
daripada mana-mana ion lain. Pemisahan ion dalam larutan boleh dicapai dengan
penambahan agen yang akan bertindak balas dengan ion dalam larutan dan bukan dengan
bahan lain yang mungkin hadir.

Terdapat beberapa jenis tindak balas yang boleh digunakan untuk mengesahkan
kehadiran ion dalam larutan. Analisis bukan organik kualitatif klasik adalah satu kaedah kimia
analisis yang bertujuan untuk mencari komposisi unsur sebatian bukan organik. Kaedah ini
adalah sebahagian besarnya tertumpu kepada mengesan ion dalam larutan akueus. Pelbagai
jenis reagen digunakan untuk menguji tindak balas ciri ion tertentu yang boleh menyebabkan
perubahan warna, pembentukan pepejal dan perubahan ketara yang lain.

Oleh itu, eksperimen ini melibatkan pengenalpastian kation dan anion dalam sebatian
tak organik.

Radas :

 1 rak tabung uji dengan 7 tabung uji


 1 tabung uji dan salur penghantar
 1 pemegang tabung uji
 1 spatula
 1 corong turas dan 2 helai kertas turas
 1 pipet
 1 penunu Bunsen
 Kertas litmus merah dan biru
 Kayu uji
 1 botol pencuci dan air suling
 Kasa dawai

1
 Kaki tripod
 Rod kaca
 Bikar 250 ml
 Bikar 500 ml

Bahan :

 KA1 ialah pepejal sebatian tak organik


 Asid umum (pekat dan cair)
 Alkali umum (pekat dan cair)
 Larutan akuas Ferum (III) klorida, kira-kira 50 g dm-3 (Larutan 135 g pepejal Ferum (III)
klorida dalam air suling yang mengandungi 20 cm3 asid hidroksida pekat dan jadikan
isipadunya 1 dm3)
 Larutan akuas ammonium klorida, kira-kira 50 g dm-3
 Larutan akuas argentum nitrat, kira-kira 50 g dm-3
 Larutan akuas dinatrium hidrogen fosfat, kira-kira 50 g dm-3
 Larutan akuas kalium kromat (VI), kira-kira 50 g dm-3
 Reagen-reagen untuk menguji KA1

Prosedur :

1. Tujuh tabung uji disediakan dan dilabel dengan a, I, II, III, IV, V dan VI.

2. Satu spatula pepejal KA1 dimasukkan ke dalam tabung uji berlabel a.

3. Dua spatula pepejal KA1 dimasukkan ke dalam bikar 250 ml. Pepejal KA1 dilarutkan
dalam 120 ml air suling.

4. Larutan KA1 dituraskan dan dibahagikan kepada enam tabung uji. Setiap tabung uji
mendapat 20 ml larutan KA1.

5. Ujian-ujian berikut dilakukan ke atas tabung uji dengan label masing-masing.

(a) Larutan asid hidroklorik cair ditambahkan ke dalam pepejal KA1 kemudian larutan
dipanaskan secara perlahan-lahan.

2
I. Larutan natrium hidroksida ditambahkan sedikit demi sedikit kemudian secara
berlebihan.

II. Larutan ammonia ditambahkan sedikit demi sedikit kemudian secara berlebihan
diikuti dengan larutan ammonium klorida.

III. Larutan besi (III) klorida ditambahkan kemudian dipanaskan.

IV. Larutan argentum nitrat ditambahkan kemudian diikuti dengan asid nitrik cair.

V. Larutan dinatrium hidrogen fosfat ditambahkan

VI. Larutan kalium kromat (VI) ditambahkan diikuti dengan asid hidroklorik cair.

6. Pemerhatian dilakukan ke atas campuran dalam semua tabung uji. Sebarang


perubahan warna, pemendapan dan ujian ke atas gas yang dibebaskan direkodkan.

3
Langkah Berjaga-jaga

1. Kedudukan mata haruslah selari dengan skala pada bikar untuk mengukur isi padu
dengan tepat.

2. Larutan KA1 haruslah dituras untuk membuang bendasing.

3. Reagen ditambahkan sedikit demi sedikit kemudian secara berlebihan untuk melihat
tindak balas yang berlaku.

4. Tabung uji hendaklah dipanaskan di dalam bikar yang mengandungi air untuk
mengelakkan pemanasan secara terus.

Gambar Rajah Susunan Radas :

4
Pemerhatian dan Data

Ujian Pemerhatian Inferens

(a) Asid Hidroklorik Cair  Pepejal KA1 larut semasa  KA1 ialah garam larut.
asid ditambahkan dan  Tiada ion Pb2+
semasa dipanaskan.  Campuran tersebut
 Campuran menukarkan berasid
kertas litmus biru kepada
merah.

(I) Larutan Natrium  Larutan berubah warna  Kation yang mungkin


Hidroksida daripada jernih kepada hadir ialah Mg2+, Al3+,
warna putih. Zn2+ dan Ca2+
 Campuran menukarkan  Campuran tersebut
kertas litmus merah beralkali
kepada biru.

5
(II) Larutan Ammonia  Tiada perubahan.  Tiada ion Ca2+, Al3+,
dan Larutan  Campuran menukarkan Pb2+, Zn2+, Cu2+, Fe2+,
Ammonium Klorida kertas litmus merah Fe3+, Ni2+
kepada biru

(III) Larutan besi (III)  Besi (III) klorida berwarna  Ion thiosulfate hadir
klorida keperangan.
 Warna KA1 berubah
mengikut warna besi (III)
klorida apabila
dicampurkan.
 Tiada perubahan apabila
dipanaskan.
 Campuran menukar
warna kertas litmus biru
kepada merah.

(IV) Larutan Argentum  Tiada perubahan dalam  Ion thiosulfate hadir


Nitrat dan asid argentum nitrat.  Campuran tersebut
nitrik cair  Campuran berubah berasid
warna daripada jernih
kepada keruh.
 Campuran menukarkan
kertas litmus biru kepada
merah.

(V) Larutan Dinatrium  Larutan berubah warna  Ion magnesium, Mg2+,


Hidrogen Fosfat daripada tiada warna hadir
kepada warna putih susu.
 Campuran menukarkan
warna kertas litmus
merah kepada biru.

 Warna kuning ialah ion


(VI) Larutan Kalium  Kalium kromat berwarna kromat.
Kromat (VI) dan kuning.  Warna perang ialah ion
asid hidroklorik cair  Warna KA1 bertukar dikromat.
menjadi warna kalium  Ion kromat menjadi ion
kromat apabila dikromat.
dicampurkan.
 Apabila HCl
ditambahkan, warna
kuning campuran
tersebut bertukar menjadi
warna perang.
 Campuran menukarkan
kertas litmus biru kepada
merah.

6
Analisis Data :

1. Dalam tabung uji a, asid hidroklorik cair ditambahkan pada sebatian tak organik untuk
mengesan kehadiran ion plumbum, Pb2+. Sekiranya ion ini hadir, mendakan putih akan
terbentuk. Namun, dalam eksperimen ini, tiada mendakan putih terbentuk. Hal ini
menunjukkan tiada ion Pb2+.

2. Apabila asid hidroklorik ditambahkan pada pepejal KA1, pepejal tersebut larut dan
menjadi larutan berasid yang menukarkan warna kertas litmus biru kepada merah.

3. Seterusnya, dalam tabung uji I, natrium hidroksida digunakan untuk mengesan


kehadiran kation-kation tertentu. Warna mendakan dan keterlarutan sesuatu larutan
dalam natrium hidroksida menunjukkan ion yang hadir.

4. Apabila larutan KA1 dicampurkan sedikit demi sedikit dan kemudian dalam lebihan
natrium hidroksida, mendakan putih terbentuk. Oleh itu, ion yang mungkin hadir ialah
Mg2+, Al3+, Ca2+ dan Zn2+. Larutan tersebut menukarkan warna merah kertas litmus
kepada warna biru kerana natrium hidroksida adalah sejenis alkali.

5. Dalam tabung uji II, larutan ammonia dan ammonium klorida digunakan untuk
mengesan ion-ion tertentu. Ion yang hadir bergantung kepada warna mendakan yang
terbentuk. Sekiranya mendakan putih terbentuk, ion yang hadir ialah Al3+, Ca2+ dan
Zn2+.

6. Dalam eksperimen ini, tiada perubahan berlaku apabila KA1 dan larutan-larutan ini
dicampurkan. Hal ini menunjukkan tiada ion Al3+, Ca2+ dan Zn2+.

7. Seterusnya dalam tabung uji III, ferum (III) klorida digunakan untuk mengesan
kehadiran ion thiosulfate. Ferum (III) klorida berwarna perang. Apabila larutan ini
ditambahkan pada KA1, warna larutan KA1 bertukar menjadi warna perang. Ion
thiosulfate hadir dalam sebatian ini.

8. KA1 dalam tabung uji IV diasidifikasikan dengan menambah asid nitrik cair. Asid nitrik
bertindak balas dengannya dan menyingkirkan ion yang akan menghasilkan
mendakan yang mengelirukan apabila bertindak balas dengan argentum nitrat.

7
9. Argentum nitrat dan ion thiosulfate membentuk mendakan putih yang akan bertukar
menjadi Ag2S. Warna keruh dalam tabung uji IV menunjukkan ion thiosulfate hadir di
dalamnya.

10. Tabung uji V menggunakan dinatrium hidrogen fosfat. Reagen ini digunakan untuk
mengesan kehadiran ion magnesium, Mg2+. Jika ion Mg2+, hadir, mendakan putih akan
terbentuk.

11. Dalam tabung uji V, pemerhatian mendapati terdapat warna putih susu. Oleh itu, ion
yang hadir ialah Mg2+.

12. Tabung uji VI menunjukkan perubahan warna pada campuran tersebut. Hal ini
kerana, kalium kromat (VI) mengandungi ion kromat. Ion ini berwarna kuning. Apabila
asid hidroklorik pekat ditambahkan kepadanya, berlaku pertukaran akibat
keseimbangan kimia. Ion-ion ini mempunyai warna yang berbeza. Ion kromat bertukar
menjadi ion dikromat yang mempunyai warna perang. Oleh itu, warna kuning ion
kromat bertukar menjadi warna perang dengan penambahan asid hidroklorik.

13. Berdasarkan inferens yang telah dibuat, dapatlah disimpulkan bahawa ion-ion yang
hadir dalam KA1 ialah ion magnesium, Mg2+ dan ion thiosulfate, S2O32-.

Kesimpulan :
KA1 ialah magnesium thiosulfate, MgS2O3. KA1 ialah sebatian tak organik.

8
Rujukan

Chem-toddler.com. Chromate/Dichromate. Diperoleh pada 9 September 2015 daripada


http://www.chem-toddler.com/chemical-equilibrium/chromatedichromate.html

Toh Kim Kau. (2011). Chemistry. Petaling Jaya. Sasbadi Sdn. Bhd.

Tan Yin Toon & Ashy Kumren. (2011). Chemistry for matriculation semester 2. Shah Alam.
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Universitatis Medicinalis Leopoliensis Sigillum. Reactions of anions of the first analytical


group. Diperoleh pada 8 September 2015 daripada
http://www.meduniv.lviv.ua/files/kafedry/tokshim/English/Analytical/Manuals_Analytch
em/Anions%20reactions.pdf

Wikipedia. Iron (III) chloride. Diperoleh pada 8 September 2015 daripada


https://en.wikipedia.org/wiki/Iron(III)_chloride

Wikipedia. Ferric chloride test. Diperoleh pada 9 September 2015 daripada


https://en.wikipedia.org/wiki/Ferric_chloride_test

Anda mungkin juga menyukai