Anda di halaman 1dari 27

Strategi Kesantunan

Pensyarah : Encik Mohamad Radzi Bin Salleh

Ahli kumpulan : Kow Meei Teng

Selena Kua Jerry

Shin Wei Wen


Strategi Amalan Kesantunan Berbahasa

Strategi kesantunan non-


Strategi kesantunan verbal
verbal

Strategi kesantunan
Strategi kesantunan lisan
penulisan
Aspek Strategi Kesantunan Verbal
Brown & Levinson (1987) :

• Strategi Bald On Record - strategi yang tidak mencuba meminimumkan ancaman


ke atas muka pendengar

• Strategi Kesopanan Positif – mengurangkan ancaman ke atas muka pendengar

• Strategi Kesopanan Negatif – strategi penutur untuk menunjukkan kewujudan


jarak sosial antaranya dengan pendengar

• Menggunakan bahasa secara tidak langsung dan mengandungi maksud tersirat


Garis Panduan Amalan Kesantunan
Verbal
o Memberikan layanan yang mesra, sopan dan penuh hormat kepada orang lain

o Menghormati pendapat orang lain dan memberi ruang kepada mereka untuk

mengeluarkan pandangan mereka

o Membuat latihan kesopanan

o Menjaga hati dan perasaan orang lain

o Tidak memperkecilkan / merendah-rendah bakat dan kebolehan orang lain


Strategi Kesantunan Verbal
• Strategi toleransi : memberi keutamaan kepada orang yang lebih tua untuk memulakan percakapan
• Strategi bertimbang rasa : menyatakan pemahaman terhadap sesuatu situasi untuk menyelesaikan
sesuatu masalah dengan kadar segera
- mengelakkan kondisi yang kurang selesa, ktidakpuasaan hati / kekecohan akibat sesuatu kesulitan
yang berlaku
• Strategi memberi salam : mengucapkan salam dan ucapan selamat apabila bertemu dengan orang lain
sebagai tanda hormat
• Strategi bersopan-santun : menggunakan sistem panggilan yang betul dan sesuai dengan keadaan
• Strategi ramah mesra : mengalu-alukan tetamu dengan ucapan yang baik
• Strategi tidak mementingkan diri-sendiri : memberi cadangan / nasihat yang bersesuaian dan penuh
sopan
• Strategi merendah diri : tidak sombong apabila bercakap
• Strategi berterima kasih : mengucapkan terima kasih kepada orang yang menghulurkan bantuan kepada
kita tidak kira dalam apa-apa bentuk
Kesantunan Non-Verbal
Fungsi komunikasi kesantunan non-verbal
• Sebagai pelengkap kepada pengucapan verbal
- Cth : apabila seseorang individu bertemu dengan orang lain dalam sesuatu majlis, dia akan
memberikan pengucapan verbal spt mengucapkan ‘selamat pagi’
• Sebagai pengukuhan kepada mesej-mesej verbal
- Cth : anggukkan kepala sebagai tanda bersetuju, mengelengkan kepala sebagai tanda tidak
bersetuju
• Sebagai pengganti kepada pengucapan verbal
• Memberi gambaran yang kontradik atau berlawanan dengan ujaran
• Sebagai penekanan atau titik penting akan sesuatu maksud ujaran
Cth : mengetuk meja untuk menggambarkan keseriusan emosi yang terkandung dalam ujaran
Komunikasi
wajah

Maksud
Strategi Komunikasi
Diam
Kesantunan mata
Nonverbal

Sentuhan
Komunikasi Wajah

•3 Kategori kegunaan:
- menzahirkan rasa senang dan tidak senang akan sesuatu
perkara
- sebagai gambaran kepada aktiviti fizikal dan mental
- mempamerkan perasaan dominan dan sikap menurut
MALU
• Perasaan malu merupakan sifat semula jadi yang wujud terhadap

manusia yang berakal

• Menurut Mohamed Mansor (1993),

Malu diterima sebagai sesuatu nilai suci dan murni, yang menjadi asas

kepercayaan dan diterima sebagai mutlak dan luhur serta merupakan

lambang maruah bangsa


Komunikasi Mata
Fungsi :
• Penanda hubungan
• Tanda kembali kepada perbualan
• Rasa tertarik / menjarakkan hubungan

Contoh:
• Apabila kita diperkenalkan kepada seseorang, kita mesti memandang ke arah mata
orang tersebut sebagai salah tertib perkenalan
Terkejut Marah

Mencurigai Risau
Sentuha
n
Fungsi :
• Untukmenghiburkan, memberikan sokongan, menunjukkan
kekuasaan dan dominasi
Diam
• Memberi kesempatan kepada seseorang untuk berfikir

• Boleh menyakiti hati orang lain

• Memencilkan diri sendiri

• Mencegah berlakunya komunikasi

• Mengkomunikasikan perasaan (monolog dalaman)

• Boleh menyebabkan orang yang dilawan bercakap menjadi kurang selesa

• Menjernihkan keadaan yang sedang tegang


Strategi Kesantunan Nonverbal
• Strategi toleransi : memberi tempat duduk kepada orang tua, wanita hamil, wanita yang mendukung
bayi, dan orang yang kelainan upaya
• Strategi bertimbang rasa : menggunakan ibu jari kanan untuk menunjukkan seseorang atau sesuatu
• Strategi memberi salam : menganggukkan kepada atau mempamerkan senyuman sekiranya jarak
terlalu jauh sebagai satu tanda bersalam
• Strategi bersopan santun : membongkokkan sedikit bada ketika melintas orang terutamanya orang
yang lebih tua
- duduk dengan sopan dengan merapatkan kedua-dua kaki dan tidak duduk menjulurkan kaki
• Strategi ramah mesra : menunjukkan muka yang manis apabila berinteraksi dengan orang lain walau
dalam apa jua keadaan
• Strategi tidak mementingkan diri sendiri : memberi sumbangan kewangan dan tenaga mengikut
kemampuan
• Strategi merendah diri : tidak bertentangan mata/ raut wajah meninggi diri terutama terhadap orang tua
• Strategi berterima kasih : Memeluk dan mencium ibu bapa sebagai tanda penghargaan dan kasih
sayang
Kesantunan Lisan
• Tujuan : menjaga air muka dan maruah orang lain

Strategi Kesantunan Brown & Levinson (1987)

• Setiap orang mempunyai air muka dan menyedari bahawa individu lain juga
mempunyai air muka

• Strategi dibina untuk menjaga air muka orang yang dilawan bicara dalam
situasi umum

• Strategi digunakan untuk mengelakkan perlakuan yang boleh menjatuhkan


air muka seseorang, memalukan dan menimbulkan rasa kurang selesa pada
diri individu yang dirujuk
Air Muka

Air Muka Negatif


- Keadaan individu yang tidak mahu
Air Muka Positif adanya individu lain mengambil
- Keinginan untuk dihargai, kesempatan dan memberikan
disukai dan diterima oleh ancaman muka kepadanya
masyarakat - Pembinaan jarak antara individu
- Keperluan membina hubungan unguk membebaskan diri daripada
tekanan lain
- Pembinaan ruang untuk mempunyai
kebebasan dan berdikari
4 Strategi Kesantunan Brown & Levinson
1. Strategi Langsung

Melakukan Tindakan Ancaman Muka (perilaku bahasa yang mengancam air muka) untuk menyatakan sesuatu dengan
jelas. 

Biasanya digunakan antara teman akrab atau anggota keluarga.

Contoh: "Berikan satu pada saya" 

Penutur ingin menyampaikan sesuatu dengan cepat dan efektif.

Biasanya digunakan antara teman akrab atau anggota keluarga

2. Strategi Kesantunan Negatif/ Formal

Penutur menjaga air muka negatif lawan tutur untuk mempertahankan kebebasan tindakannya.

Biasa berlaku dalam kalangan orang yang belum dikenali, antara atasan dengan bawahan dan antara orang muda dengan
orang yang lebih tua.

Contoh: " Bolehkah kamu bukakan pintu tu?


3. Strategi Kesantunan Positif/ Keakraban
Penutur melakukan Tindakan Ancaman Muka dengan cara menjaga muka positif pendengar. 
Biasa digunakan antara dua orang teman, kenalan atau pihak-pihak berhubungan akrab.
Contoh: "Buka pintu ye."
Dengan bertutur sebegitu, seolah-olah penutur juga mengambil bahagian penyelesaian pekerjaan "membuka pintu"
Contoh: "Padamkan tulisan tu, sayang."
Menggunakan panggilan untuk menunjukkan keakraban.
4. Strategi tidak Langsung
Penutur melakukan Tindakan Ancaman Muka secara tidak langsung dengan membiarkan lawan tutur mentafsir tuturannya.
Digunakan terutama apabila ada ancaman yang lebih serius terhadap air muka lawan tutur.
Contoh:" Saya tidak suka sangat bercakap dengan kau."
Pertuturan sebegini terus terang menyampaikan pandangan penutur dan telah mengancam air muka pendengar.
Strategi Kesantunan Semasa
Berinteraksi
• strategi ikhlas • strategi berhemah dan lemah lembut

• strategi merendah diri • strategi bersalam dan memperkenalkan diri

• strategi maaf • strategi kecindan

• strategi penyelesaian • strategi menyapa

• strategi memberi peluang • strategi ungkapan Rabbani

• strategi penghargaan dan pujian

• strategi berterima kasih, strategi kiasan


Kesantunan Penulisan

• Kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan


untuk dibaca atau digunakan pada masa akan datang
• Penggunaan bahasa secara bertulis dalam situasi rasmi / formal atau tidak rasmi /
tidak formal
Penggunaan
kata Kata sapaan Gaya bahasa
panggilan yang betul yang tepat
yang betul
Pemilihan
kata dan ayat
Isu yang tidak
yang sesuai
sensitif
dengan
konteks
4 Strategi Kesantunan Penulisan
Brown & Levinson
1. Strategi Langsung

Melakukan Tindakan Ancaman Muka (perilaku bahasa yang mengancam air muka) untuk menyatakan
sesuatu dengan jelas.

 Biasanya dalam bentuk perintah dan digunakan oleh watak yang saling mengenali dan rapat.

2. Strategi Kesantunan Negatif/ Formal

Penutur menjaga air muka negatif lawan tutur untuk mempertahankan kebebasan tindakannya.

Tidak memberikan ancaman terhadap air muka watak yang dilawan bicara melalui penawaran yang
dilakukannya
3. Strategi Kesantunan Positif/ Keakraban

Penutur melakukan Tindakan Ancaman Muka dengan cara menjaga muka positif pendengar.

Biasa digunakan antara dua orang teman, kenalan atau pihak-pihak yang berhubungan akrab.

4. Strategi Tidak Langsung

Penutur melakukan Tindakan Ancaman Muka secara tidak lansung dengan membiarkan lawan
tutur mentafsir tuturannya.

Digunakan terutama apabila ada ancaman yang lebih serius terhadap air muka lawan tutur.

Anda mungkin juga menyukai