Pengenalan:
Media pengajaran dapat diklasifikasikan dengan merujuk kepada jenisnya. Ia dapat digunakan
dengan bantuan teknologi yang mudah atau dengan bantuan teknologi yang canggih. Walau
bagaimanapun keberkesanan pengajaran bukan semata-mata bergantung kepada penggunaan
multimedia. Malah mengikut seorang pengkaji, Clark, R.E (1983), mengatakan bahawa media
pengajaran hanya berfungsi sebagai untuk menyampaikan pengajaran tetapi tidak dapat
mempengaruhi secara langsung pencapaian pelajar-pelajar. Mengikut Schramm W. (1977),
mengatakan bahawa pembelajaran lebih dipengaruhi oleh sesuatu kandungan dan strategi
pengajaran yang dirancang melalui sesuatu media dan bukannya dipengaruhi oleh media tertentu
sahaja.
Huraian di atas membawa pengertian bahawa sesuatu media pengajaran sama ada dihasilkan atau
yang tersedia ada harus dipilih dengan teliti dan dirancang pengajarannya. Tujuannya ialah supaya
dapat memenuhi fungsi sesuatu topik dan strategi pembelajaran untuk membatu guru dalam proses
penyampaian maklumat kepada pelajar-pelajarnya.
Pemilihan media pengajaran mempunyai hubungan yang rapat daalam proses merancang sesuatu
topik atau aktiviti pengajaran untuk menentukan keberkesanannya. Aspek ini diperjelaskan oleh Dick
& Reiser (1985), yang telah mencadangkan satu model reka bentuk pengajaran.
Beberapa model lain yang menyentuh aspek pemilihan media pengajaran ajaran seperti Model
ASSURE (Heinich & rakan-rakan, 1996), Model Anderson (1976), Branson, Ryner, Cox, Furman, King,
dan Hannum (1979) telah menunjukkan persamaan faktor yang perlu diberi perhatian dalam pemilihan
media dalam proses pengajaran. Berikut merupakan penjelasan terhadap Model ASSURE.
Jadual 1: Model ASSURE (Heinich dan rakan-rakan, 1996) dalam menentukan ketepatan dan langkah
persediaan dalam pemilihan media.
A – Analisis Pelajar (Analyze learners)
Menganalisis kumpulan sasaran atau pelajar kita adalah penting untuk membantu kita
merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Namm, untuk mengenal pasti
keperluan setiap pelajar dalam kelas kita adalah sesuatu yang sukar dilaksanakan. Justeru,
garis panduan berikut dapat digunakan untuk menganalisis pelajar agar kita dapat memilih
strategi, bahan sumber, dan media yang paling wajar untuk mencapai objektif pengajaran-
pembelajaran. Pelajar dapat dianalisis berdasarkan aspek-aspek berikut:
1. Ciri-ciri umum:-
Termasuk peringkat umur, tahap persekolahan, tahap kemahiran intelektual,
taraf sosioekonomi, tempat tinggal, budaya serta stail pelajar (learning style) sebelum
sesuatu media itu dipilih dan digunakan.
Dick & Carey (1985) serta Kemp (1985) juga bersetuju bahawa melalui objektif pretasi, seseorang
guru dapat mengenal pasti pretasi yang hendak dibentuk, menyusun strategi pengajaran dan
membentuk kriteria untuk menilai pencapaian pelajar-pelajar apabila tamat sesuatu pengajaran. Ia
bolehlah dianggap sebagai satu perjanjian antara pelajar dan guru dalam proses pengajaran
pembelajaran. Obektif perlu dibentuk dengan jelas dan mempunyai hubungan rapat antara situasi
ujian dengan pencapaian pelajar-pelajar demi untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan
(Moldstad, 1979; Stubbs, 1991). Gagne, Briggs & Wager (1992) menglasifikasikan objektif kepada
objektif kognitif (berkaitan dengan intelek), objektif afektif (berkaitan dengan perasaan dan sikap) ,
objektif psikomotor (berkaitan dengan kemahiran fizikal) dan objektif interpersonal. Pengkelasan ini
memudahkan seseorang guru membuat penilaian sesudah pengajaran nanti.
Contoh 1:
Diberi faktor-faktor pertanian bagi bebarapa jenis penanaman, pelajar akan dapat
membuat klasifikasi faktor-faktor pertanian tersebut secara menulis dengan betul
mengikut jenisnya dalam kertas lembaran kerja dalam masa 10 minit tanpa merujuk.
Bagi topik pertanian dalam mata pelajaran geografi, misalnya guru boleh
membentuk objektif seperti yang diberi contoh di atas. Dari segi pemilihan media ia
hanyalah memerlukan lembaran kerja, tetapi penyampaian pengajarannya mungkin
menggunakan pelbagai strategi sama ada secara lisan, menonton klip video, atau
melihat paparan grafik atau teks di komputer. Di sini pembentukan objektif telah
memberi panduan kepada guru jenis media yang akan digunakan untuk penyampaian
pembelajaran serta bentuk penilaian.
Contoh 2:
Contoh 2 bertajuk planet-planet dalam sistem suria dalam topik bumi dan alam
semesta bagi mata pelajaran Sains Tahun 6. Di sini diperlihatkan bahawa penetapan
objektif dapat menentukan pemilihan media yang akan digunakan. Di sini bahan yang
dipilih ialah bahan multimedia berasaskan komputer, manakala mod penyampaian
termasuk penilaiannya adalah berbantukan komputer.
S- Memilih kaedah, media dan bahan (Select methods, media and materials)
Dalam kompenen ini seseorang guru mempunyai tiga prosedur iaitu memilih kaedah, media dan
bahan berdasarkan penggabungan beberapa faktor berkut:
Ciri-ciri pelajar (the characteristics of the learners)
Bentuk objektif (the nature of the objectives)
Pendekatan pengajaran ( the instructional approach)
Kekangan situasi pengajaran (the constraints of the instructional situation)
Setiap bahan yang dipilih tidak semuanya menepati kehendak dan keperluan objektif. Ini bukan
bermakna bahan tersebut tidak boleh digunakan sebagai media pengajaran. Ia boleh diubahsuai atau
direka bentuk agar menepati objektif, ciri-ciri pelajar, pendekatan yang akan digunakan termasuklah
teknik penyampaian serta kekangan yang mungkin dihadapi sama ada dari aspek perkakasan dan
perisiannya.
Dalam situasi ini, beberapa persoalan perlulah difikirkan semasa membuat pilihan agar pemilihan
itu tepat dan berkesan digunakan di bilik darjah.
Persoalan
Adakah aras perbendaharaan kata dan struktur ayat sesuai dengan tahap pelajar?
Adakah bahan bacaannya sesuai untuk pelajar?
Adakah segala ilustrasi sesuai dengan pengalaman pelajar?
Jika bahan perlu dimanipulasikan adakah pelajar memiliki cirri-ciri kemahiran tertentu?
Adakah maklumat dalam bahan sesuai dengan aras mentality pelajar?
Adakah aspek teknikal mengganggu proses pembelajaran?
Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan media, kaedah, dan bahan
sumber yang dibuat secara sistematis dan terancang juga. Proses pemilihan tersebut merangkumi
tiga langkah berikut:
1. Membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang hendak
dicapai.
2. Memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih.
3. Memilih, mengubah suai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran.
Penentuan Kaedah
Sekiranya ditanya, apakah kaedah yang paling baik? Jawapannya tidak ada sebarang kaedah
yang mengatasi kaedah lain. Sesuai dengan latar belakang pelajar yang pelbagai, gabungan
beberapa teknik dalam satu sesi pembelajaran adalah lebih berkesan. Penentuan kaedah
hendaklah diasaskan kepada cirri-ciri pelajar, pengalaman sedia ada pelajar, gaya
pembelajaran pelajar serta objektifpembelajaran yang hendak dicapai. Kaedah simulasi dan
tunjuk cara mungkin sesuai untuk menyampaikan maklumat bagi pelajar yang belum
menguasai kemahiran membaca yang mantap. Pelajar yang memilih gaya pembelajaran
kinestetik lebih mudah dapat belajar melalui aktiviti konteksual, kajian lapangan, kaedah
bermain, simulasi, lakonan dan seumpamanya.
Menurut McAlpine & Wetson (1994) dipetik oleh Heinich et al. (1999), untuk memilih
bahan sumber yang sesuai, soalan-soalan berikut perlu ditanya:
Memilih bahan sumber sedia ada yang menepati criteria dan objektif pengajaran-
pembelajaran dapat menjimat masa dan biaya. Namun, jika bahan sumber sedia ada tidak
sepenuhnya menepati criteria dan objektif pembelajaran, guru perlu mengubah suai bahan
tersebut secara kreatif. Contohnya, menggunakan bahagian-bahagian yang sesuai sahaja,
memotong aspek-aspek atau bahagian-bahagian yang tidak relevan dan sebagainya.
sekiranya tidak ada bahan sumber yang sesuai, guru boleh menyediakan bahn sumber sendiri.
Ini pasti memerlukan masa, biaya dan kreativiti yang tinggi.
Persoalan berikut membantu para guru mengenal pasti infrastruktur baik dari segi
kedudukan kelas, perkakasan dan perisian dan jenis aktiviti yang hendak dijalankan supaya
sesuai dengan bjektif pembelajaran.
Persoalan
Adakah media ini perlu menggunakan perkakasan atau perisian tertentu?
Bagaimanakah kedudukan susunan bilik darjah supaya sesuai dengan media
yang hendak disampaikan?
Di manakah kedudukan anda serta kedudukan media supaya mudah dilihat
oleh pelajar serta mudah digunakan oleh anda sendiri?
Bagaimanakah anda dapat mengawal bilik darjah dengan penggunaan media
tersebut?
Adakah pencahayaan di bilik darjah sesuai dengan media sekirannya bahan
tersebut perlu ditayang?
Adakah aspek teknikal seperti bekalan elektrik, punat dan kabel penyambung
elektrik dapat digunakan sekiranya media tersebut memerlukan perkakasan
yang dijalankan dengan kuasa elektrik?
Di manakah media tersebut akan disimpan selepas penggunaan?
4. Sediakan pelajar untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber.
Menyediakan pelajar untuk pengalaman pembelajaran sama pentingnya dengan menawarkan
pengalaman yang meransangkan. Induksi yang terancang dan memotivasikan dapat
menimbulkan rasa ingin tahu pelajar untuk terus belajar. Menurut Ausubel, pelajar boleh
disediakan untuk menerima maklumat baharu dengan membuka minda mereka
dengan advance organizer, iaitu memberikan gambaran menyeluruh berkaitan dengan isi
pelajaran yang akan dipelajari. Seterusnya, wajar bagi guru memberitahu pelajar akan objektif
pembelajaran serta kepentingan menguasai isi pelajaran. Dengan itu, pelajar dapat
dimotivasikan untuk belajar. Pelajar juga patut tahu tentang aspek yang diberi fokus untuk
penilaian pembelajaran.
Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara aktif akan menghasilkan
perubahan tingkah laku yang kekal. Ini disokong oleh semua teori pembelajaran baik teori behavioris
mahupun teori kognitif. Pandangan teori konstruktivis yang menjadi amalan umum hari ini juga
mengambil kira keaktifan pelajar dalam proses membina pengetahuan sendiri sebagai bentuk
pengalaman pembelajaran yang paling berkesan.
Pengalaman rasa berjaya pelajar akan dapat mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti
pembelajaran. Lataran itu, guru hendaklah memberikan maklum balas sebaik sahaja pelajar
menunjukkan kejayaan. Latihan dalam bentuk perbincangan, latih tubi, latihan bertulis, permainan
bahasa dan sebagainya dapat terus mengekalkan penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.
Jika aktiviti-aktiviti berkenaan menyediakan maklum balas secara langsung juga melalui guru,
keterlibatan dan minat pelajar dalam aktiviti akan berterusan.
Pemilihan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat membantu dan mengekalkan
penglibatan pelajar dalam proses belajar. Gambar, foto, slaid, gambar bersiri, video contohnya dapat
mencetuskan perbincangan kumpulan, penjanaan idea dan juga aktiviti penyelesaiaan masalah.
Media pengajaran yang baik membolehkan penyertaan dan respons pelajar berinteraksi serta
mendapat maklum balas. Ia boleh berlaku sama ada secara invidu atau secara kumpulan. Ia juga
harus bersesuaian dengan aktiviti serta teknik pengajaran yang dilaksanakan.
Respons mungkin bermula daripada yang mudah seperti membaca apa yang terpapar atau membuat
huraian, menjawab soalan hinggalah ke peringkat yang cangih seperti soalan yang berbentuk
interaktif atau bahan yang bercirikan hypermedia pada bahan multimedia yang dipaparkan melalui
computer.
Persoalan berikut harus difikirkan apabila media pengajaran digunakan dalam penyampaian.
Persoalan
Adakah penyertaan pelajar boleh dilakukan secara individu atau kumpulan?
Apakah bentuk respons yang diperlukan sama ada lisan, tulisan, lakaran dan
sebagainya?
Adakah pelajar memerlukan alat tulis, atau menggunakan papan kekunci bagi
komputer atau memberi maklum balas?
Adakah pelajar memerlukan kemahiran tertentu untuk memberi respons?
Apakah bentuk halangan yang mungkin dialami oleh pelajar apabila memberi respons
dan apakah cara mengatasinya?
Apakah bentuk ganjaran yang perlu disediakan hasil daripada penyertaan yang dibuat
oleh pelajar?
Apakah aktiviti susulan hasil daripada penyertaan pelajar?\
Komponen yang akhir dalam Model ASSURE ini ialah penilaian dan menyemak semula
perancangan. Langkah ini menyentuh dua aspek penilaian, iaitu penilaian pembelajaran dan penilaian
pengajaran. Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran-pembelajaran untuk
memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar. Penilaian
semasa proses pengajaran-pembelajaran boleh dibuat melalui pemerhatian perlakuan pembelajaran
pelajar. Melalui penilaian semasa proses pembelajaran, tindakan menangani masalah pembelajaran
boleh diambil. Pada masa ini, guru boleh mengubah teknik, memudahkan bahasa atau mengambil
tindakan alternative lain. Penilaian ini membawa kepada penilaian pembelajaran ke arah pencapaian
objektif pengajaran-pembelajaran.
Penilaian pembelajaran boleh dibuat dalam pelbagai bentuk. Bentuk penilaian pembelajaran
terbahagi kepada dua iaitu penilaian formal dan penilaian informal. Penilaian formal merujuk kepada
ujian. Penilaian informal dbuat melalui hasil kerja pelajar, pemerhatian, soal jawab, aktiviti kumpulan,
pembentangan dan seumpamanya. Penilaian pembelajaran boleh dibuat sepanjang proses
pengajaran-pembelajaran. Perlakuan pembelajaran pelajar sebenarnya member maklum balas
tentang pencapaiaan objektif, perancangan pengajaran guru, pemilihan kaedah, media dan bahan
sumber.
Penilaian adalah satu proses yang berterusan serta bersepadu. Berterusan bermaksud ia
dinilaikan bukan sahaja di peringkat penggunaan tetapi di semua peringkat. Manakala bersepadu
bermaksud ia bukan sahaja dinilaikan pada aspek teknikal tetapi dinilaikan pada aspek strategi
penyusunan pengajaran oleh guru termasuk penetapan objektif, pelbagai bentuk respons pelajar
sama ada melalui diskusi, latihan, pengamatan serta prestasi pelajar dalam kuiz, kemahiran yang
ditunjukkan atau apa saja bentuk ujian formatif hasil daripada penggunaan media yang dipilih dalam
sistem penyampaian sesuatu topik pembelajaran.
Berdasarkan penilaian yang dibuat maka guru akan dapat membuat penyesuaian sekirannya perlu
pada mana-mana kelemahan agar media tersebut akan lebih mantap digunakan pada masa yang lain.
Penilaian pengajaran atau refleksi ini akan membuahkan idea untuk penambahbaikan atau tindakan
pembetulan yang sesuai. Guru dapat menggunakan maklumat refleksi ini dan maklum balas pelajar
untuk merancang pengajaran yang lebih efektif. Guru juga boleh menyediakan senarai semak
tindakan guru dan perlakuan pelajar sebagai panduan untuk membuat penilaian pengajarannya.
Dengan itu, guru dapat mengambil tindakan membetulkan langkah pengajaran, pemilihan objektif atau
pemilihan media yang kurang berkesan dalam perancangan seterusnya.
Rumusan:
Models ASSURE yang mengandungi lima komponen tadi dapat membantu guru membuat satu
persediaan dalam pemilihan dan penggunaan media. Model ini adalah asas bagi pemilihan semua
jenis media pengajaran.
Ciri-ciri umum
A Analyze Learners Kebolehan awal
Gaya pembelajaran
Matlamat pembelajaran
S State Objectives Syarat Pencapaian
Tahap pencapaian minimum
Membuat preview
U Utilise Menyediakan persekitaran
Menyediakan peluang pembelajaran
Pada akhir pelajaran, dipaparkan planet-planet di skrin komputer, murid-murid secara kumpulan
boleh mengenal pasti planet-planet tersebut dengan cara menyesuaikan nama-nama planet mengikut
urutan dalam masa 10 minit tanpa merujuk.