Anda di halaman 1dari 22

ETIKA DALAM PENULISAN

DAN PLAGIAT

DISEDIAKAN OLEH : CHAI JUN WEI


ETIKA

• Peraturan yang perlu diamalkan oleh seseorang dalam apa-apa jua yang
dilakukannya.
• Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat(2007), etika bermaksud ilmu berkaitan
prinsip-prinsip akhlak atau moral yang menjadi pegangan individu atau pegangan
sesebuah persatuan atau pekerjaan.
• Etika dalam penulisan ialah garis panduan dan undang-undang yang perlu dipatuhi
oleh seorang penulis.
• Penulisan tersebut harus benar, jujur dan bertanggungjawab.
KEPENTINGAN ETIKA

• Norma dan nilai yang dipegang oleh penulis merupakan kod etika diri penulis.
Penulis memperoleh bahan rujukannya dengan keizinan atau tidak, sumber
datanya adalah jelas dan sahih
• Tidak berlaku lambakan penulisan yang tidak bermutu, tidak mengikut spesifikasi
sebagai suatu penulisan yang baik, ditulis untuk mendapatkan keuntungan
semata-mata
• Memastikan sumber yang disiarkan adalah benar, sahih, tepat dan adil.
• Mengelakkan plagiat.
ETIKA PENULISAN ONLINE

• Media sosial terdiri daripada pelbagai bentuk antaranya majalah, blog,


wikipedia, gambar, video.
• Oleh itu, etika dalam penulisan diperlukan semasa menulis secara online
untuk mengelakkan hal-hal seperti penciplakan karya, penyebaran berita
palsu dan mencemarkan nama baik.
ETIKA PENGGUNAAN E-MEL

• E-mel sering digunakan untuk menghantar dan menerima bahan-bahan


penulisan seperti minit mesyuarat, laporan, kertas kerja dan sebagainya.
• Bahasa yang digunakan haruslah standard dan bukan bahasa rojak.
• Sekiranya e-mel yang digunakan ialah e-mel yang ditentukan oleh
organisasi, maka e-mel itu hanya boleh digunakan untuk tugas-tugas
organisasi.
• E-mel tidak boleh digunakan untuk menyebarkan bahan yang berunsur
fitnah, seks dan perkauman yang menyalahi undang-undang.
ETIKA PENGGUNAAN INTERNET
• Internet merupakan media yang penting untuk mendapatkan pelbagai
informasi.
• Maklumat yang didapati melalui internet mudah diperoleh, murah serta
percuma.
• Hal ini menyebabkan ada pihak yang menyedikan laman web untuk
mengaut keuntungan dengan memuat naik bahan penulisan mereka tanpa
dipantau oleh mana-mana badan tertentu.
• Penyalahgunaan laman sosial seperti facebook, twitter, whatsapp boleh
menjatuhkan maruah orang lain, mengganggu ketenteraman masyarakat
dan menyalahi undang-undang negara.
• Menurut Akta Multimedia dan Komunikasi (1998):
“Tiada pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan atau orang lain yang menggunakan
perkhidmatan aplikasi kandungan boleh memberikan kandungan yang sumbang,
lucah, palsu, mengancam dengan niat mengancam, mendera, menggugut atau
mengganggu mana-mana orang”.
ISU-ISU ETIKA DALAM PENULISAN

• Penulisan ialah suatu bidang yang memerlukan seseorang berfikir secara


mendalam berkaitan sesuatu perkara dan menterjemahkannya kepada
khalayak pembaca dengan caranya yang tersendiri melalui bahasa.
ISU-ISU ETIKA DALAM PENULISAN

! Plagiat – menggunakan bahan penulisan orang lain tanpa membuat rujukan kepada
penulis asal.
! Penulisan ditarik balik - bahan penulisan dianggap tidak sah dan tidak dibenarkan
untuk diterbitkan atau ditarik balik penerbitannya.
! Kesilapan dalam menulis terutamanya penulisan ilmiah – penulis atau penyelidik
meninggalkan data-data penting dalam penulisannya hingga menimbulkan
interpretasi yang salah terhadap sesuatu perkara
PLAGIAT

• Plagiat merujuk kepada perbuatan mengambil perkataan, gambar, idea dan


sebagainya daripada seorang penulis dan mempersembahkannya sebagai
kepunyaan diri sendiri.
• Plagiat berlaku dalam dua aspek,
1. Plagiat Idea
2. Plagiat Teks
I. Plagiat parafrasa
II. Plagiat parafrasa Bahasa teknikal tinggi
III. Plagiat penulisan penulisan sendiri
PLAGIAT PARAFRASA

• Meniru sebahagian daripada sumber dengan cara memasukkan teks atau membuang
sebahagian daripada perkataan atau mengubah perkataan tersebut dalam bentuk sinonim
tetapi tidak menjelaskan nama pengarang.
• Contoh : Kemahiran berfikir merupakan kecekapan menggunakan akal dalam proses
pemikiran. Seseorang yang memperoleh kemahiran berfikir cekap dalam menyusun
maklumat, konsep atau idea secara teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan tepat
untuk tindakan terarah dan sewajarnya.
• Plagiat : Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal dalam proses pemikiran.
Sesiapa yang memperoleh kemahiran berfikir, cekap dalam mengatur maklumat, konsep
atau idea secara tersusun dan membuat konklusi atau keputusan tepat untuk tindakan
terarah dan sewajarnya.
PLAGIAT PARAFRASA BAHASA TEKNIKAL TINGGI

• Contoh : Melalui topologi bintang, kabel pasangan berpintal disambungkan


dari setiap stesen kerja ke titik tengah concentrator. Hab adalah
concentrator slot yang pelbagai, yang mana kad pelbagai siri boleh
disambungkan bagi menambah akses tambahan apabila rangkaian semakin
berkembang saiznya.
PLAGIAT PENULISAN PENULISAN SENDIRI

• Penulis menggunakan data yang diperolehnya dahulu dalam penulisannya


sebagai bahan penyelidikannya yang terkini tanpa menyatakan sumbernya.
HARTA INTELEK

a) Hak cipta
b) Paten
c) Cap Dagangan
d) Reka Bentuk Industri
e) Reka Bentuk Litar Bersepadu
f) Petunjuk Geografi
g) Passing Off
h) Kerahsiaan
OBJEKTIF DASAR HARTA INTELEK NEGARA

a) Tahap system perlindungan harta intelek terbaik


b) Memajukan aktiviti-aktiviti penghasilan harta intelek
c) Memajukan pengeksploitan komersil harta intelek
d) Membangunkan kemampuan mengurus harta intelek
e) Pembangunan infrastruktur urusniaga harta intelek
f) Perlindungan kepentingan harta intelek negara
g) Pembangunan sumber manusia dan kesedaran awam
h) Memajukan pelaburan dan pemindahan teknologi asing

Anda mungkin juga menyukai