Anda di halaman 1dari 4

1.

Plagiat merujuk perbuatan mengambil perkataan, gambar, idea dan sebagainya daripada
seorang penulis lain, namun penulis juga boleh dianggap melakukan plagiat jika mengambil
bahan penulisan sendiri.
Jelaskan bagaimanakah seorang penulis itu boleh dianggap sebagai memplagiat hasil
penulisannya sendiri?

Plagiat menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua ialah hasil mencedok karya atau tulisan orang lain
yang disiarkan kembali sebagai karya sendiri (biasanya dalam hal karang-mengarang).
Memplagiat didefinisikan sebagai mencedok karya atau tulisan orang lain dan menyiarkannya
sebagai karya sendiri.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, plagiat adalah; memplagiat, mencedok kata-kata, idea,
dan sebagainya daripada orang lain dan menggunakan­nya sebagai karyanya sendiri atau juga
disebut menciplak.
Merujuk kepada Kamus Pelajar pula, maksud yang diperoleh adalah hampir sama iaitu
mencedok karya atau tulisan orang lain yang disiarkan kembali sebagai karya sendiri.
Manakala menurut Wikipedia, plagiarisme ialah mengakui tulisan orang sebagai tulisan sendiri;
mengakui gagasan orang lain sebagai pemikiran sendiri; mengakui penemuan orang lain
sebagai kepunyaan sendiri; mengakui karya kelompok sebagai kepunyaan atau hasil sendiri
atau menyajikan tulisan yang sama dalam kesempatan yang berbeza tanpa menyebutkan
asal-usulnya. Ia juga melibatkan perbuatan meringkas dan memprafasakan, dengan mengutip
secara tidak langsung tanpa menyebutkan sumbernya; meringkas dan memprafasakan dengan
menyebut sumbernya, tetapi rangkaian kalimat dan pilihan katanya masih terlalu sama dengan
sumbernya.
Hal-hal yang tidak tergolong sebagai plagiarisme pula ialah menggunakan informasi yang
berupa fakta umum; menuliskan kembali dengan mengubah perkataan atau parafrasa pendapat
orang lain dengan memberikan sumber jelas dan mengutip tulisan orang lain dengan
memberikan tanda batas jelas kutipan tersebut dan menuliskan sumber asalnya.
Dalam bidang akademik, gejala menciplak oleh pelajar, profesor dan penyelidik dianggap
sebagai penyelewengan akademik dan pesalah boleh dikenakan hukuman berat termasuklah
digantung atau dibuang dari universiti. Dalam bidang kewartawanan pula, plagiarisme dianggap
sebagai pencabulan etika kewartawanan dan pemberita yang didapati menciplak akan
dikenakan tindakan tatatertib termasuklah digantung atau diberhentikan kerja.
Penciplakan dalam bidang akademik dan penulisan mempunyai sejarah berkurun lamanya. Kini
dengan adanya perkembangan internet, rencana telah dipaparkan secara teks elektronik,
menjadikan perbuatan menciplak atau menyalin hasil kerja orang lain menjadi lebih mudah
dengan hanya melakukan potong dan tampal (copy and paste) sesuatu teks dari sesebuah
laman web.
Penciplakan bukanlah satu aktiviti cetak rompak. Walaupun kedua-dua istilah boleh merujuk
kepada sesuatu perbuatan yang sama, tetapi masing-masing mempunyai maksud yang
berbeza. Cetak rompak adalah bermaksud pencabulan hak terhadap pemilik hak cipta, di mana
bahan-bahan yang dilindungi hak cipta digunakan sewenang-wenangnya tanpa izin. Sementara
penciplakan pula adalah berkaitan dengan perbuatan mencedok hasil kerja penulis asal dan
menerjemahkannya sebagai karya sendiri.
2. Penulisan akademik merupakan penulisan yang dijalankan secara ilmiah atau saintifik
dengan
tujuan tertentu seperti penyebaran ilmu dan pembangunan minda.
Huraikan kedua-dua tujuan penulisan akademik tersebut.

Penulisan ilmiah adalah karangan yang pendek tentang topik atau permasalahan melalui data
yang diperoleh daripada rujukan perpustakaan atau kerja lapangan. Penghuraiannya bersifat
rasional dan mempunyai objektif. Penulisan ilmiah tidak bersifat emosional. Ia mengemukakan
sebab-sebab atau pengertian sesuatu masalah serta kata-katanya mudah diidentifikasikan.
Penulisan saintifik pula karangan yang mempunyai isi yang diperoleh melalui kajian.
Penghuraiannya bersifat fakta dan penghasilannya mempunyai bukti yang sahih.

Penulisan ilmiah amat berbeza dengan bentuk-bentuk penulisan yang lain seperti penulisan
sastera atau fiksyen sains. Hal ini kerana penulisan ilmiah tidak menggunakan
pendekatan ‘memancing emosi’ khalayak pembaca dengan isu atau tema yang digarap.
Penulisan ilmiah menggunakan pendekatan ‘reasoning skills’(daya taakulan) sekaligus ia
berkehendakkan khalayak pembaca memahami, menghayati dan mempraktikkan apa yang
disarankan. Bukan sekadar itu; yang paling ditekankan dalam penulisan ilmiah adalah
maklumat yang benar. Justeru itu, antara ciri utama sesebuah penulisan ilmiah adalah
Mengandungi maklumat yang benar dan sahih seperti fakta, data.carta, rajah dan
sebagainya.Sumber maklumat yang sahih yang diperoleh menerusi sumber primer
atau sekunder.Mempunyai suatu format yang standard dari segi kandungan teks,
kutipan, rujukan dan elemen-elemen mekanis penulisan berformat.Gaya persembahan yang
formal.Meneroka dan menggali sesuatu isu.

Penulisan ilmiah merupakan alat komunikasi yang penting bagi tujuan memberi
maklumat kepada khalayak yang berupa fakta. Lantaran itu, tujuan penulisan ilmiah
ialah untuk menyebar ilmu.Ia adalah berdasarkan yang dipilih oleh pengkaji atau
penulis itu sendiri.Selain itu, ia akan membangunkan minda dan meningkatkan
kemantapan intelek penulis dan pembaca.
3. Isu etika dalam penulisan tidak boleh dipandang ringan oleh penulis dan ahli masyarakat
kerana boleh membawa kesan buruk kepada pembaca, penulis, masyarakat dan negara.
Huraikan kesan buruk yang mungkin timbul akibat pelanggaran etika dalam penulisan.

Etika diwujudkan untuk mewujudkan suasana aman, makmur dan saling menghormati antara
satu sama lain. Pelanggaran terhadap etika dalam bidang penulisan akan meninggalkan kesan,
antaranya ialah merugikan pihak penerbit asal.Hal ini kerana, hasil karya mereka telah diplagiat
oleh orang lain dan pihak tersebut telah mengaku hasil tersebut adalah idea
mereka.Kedua,minda dan kreativiti kita tidak akan berkembang dengan baik dan cemerlang.Hal
ini kerana kita memplagiat hasil penulisan orang lain.Semua karya dan penulisan yang
dihasilkan adalah ditiru secara terang terangan daripada maklumat yang diperoleh dari hasil
kerja orang lain.

Selain itu, ia akan memberi imej buruk kepada negara kerana terlalu banyak berlaku
pelanggaran dalam etika penulisan. Pelajar juga perlu sedar bahawa negara banyak
bergantung kepada hasil kerja yang dilakukan oleh pelajar terutamanya dari institusi pengajian
tinggi. Sekiranya pelajar gemar melakukan plagiat maka negara tidak akan mengalami
kepesatan dari melahirkan idea-idea baru bagi mengharumkan nama negara, sedangkan
golongan pelajar inilah yang bakal memajukan negara pada masa hadapan.Di samping
itu,pelajar universiti yang melakukan pelanggaran etika seperti plagiat mempunyai
berkemungkinan yang tinggi untuk gagal dalam pengajian. Setiap universiti mempunyai kuasa
melalui undang-undang berkaitan untuk melucutkan mana-mana pelajar yang didapati plagiat
dalam tugasan, penulisan penyelidikan dan laporan tahun akhir. Terdapat beberapa kes di
beberapa buah universiti di Malaysia yang melibatkan penarikan balik ijazah pengajian dan
perlucutan keputusan pengajian pelajar apabila terbukti pelajar terbabit terlibat dalam plagiat.
4. Baca petikan di bawah ini, kemudian cadangkan ayat anda sendiri bagi menggantikan ayat
dalam petikan tanpa mengubah maksud asal petikan.

Para guru, pensyarah, pendidik dan ibu bapa perlu berperanan dalam usaha untuk
memartabatkan pemahaman dan penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan generasi muda
di negara hari ini. Selain menguasai dan mencintai bahasa kebangsaan, sebagai warga negara
Malaysia kita perlu menguasai dan menghormati kepentingan bahasa Inggeris serta
menjadikan bahasa Kebangsaan sebagai asas perpaduan negara. Kemajmukan kaum, agama
dan budaya yang mencorakkan sifat kependudukan Malaysia menjadi cabaran unik ke arah
kemampanan perpaduan dan kemapanan identiti nasional melalui perantaraan Bahasa
Melayu sebagai alat penyatuan.

= Semua memainkan peranan penting terutamanya para tenaga pengajar dan ibu bapa dalam
memartabatkan pemahaman dan penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan generasi muda
hari ini.Kita sebagai warga negara Malaysia bukan sahaja perlu menguasai dan mencintai
bahasa kebangsaan malah kita juga perlu menguasai dan menghormati kepentingan bahasa
inggeris serta menjadikan bahasa Kebangsaan sebagai asas sebagai perpaduan negara.Sifat
kependudukan Malaysia yang digerakkan oleh kemajmukan kaum,agama dan budaya menjadi
cabaran unik ke arah kemapanan perpaduan dan kemapanan identiti nasional melalui
perantaraan Bahasa Melayu sebagai alat penyatuan.

Anda mungkin juga menyukai