Anda di halaman 1dari 6

BAB 8

ETIKA DAN PLAGIAT DALAM PENULISAN


8.1 Etika
Secara umumnya, etika adalah sinonim dengan amalan sikap yang betul dalam kebenaran
dan kejujuran. Dalam kehidupan bermasyarakat, etika sangat penting dalam membentuk
peribadi manusia menjadi individu yang lebih baik dan bertingkah laku yang diterima.
Etika merupakan peraturan yang digunakan sebagai satu disiplin ilmu yang berkaitan dengan
perlakuan yang baik. Setiap individu yang terlibat atau menceburkan diri dalam bidang
penulisan perlu beretika dalam menghasilkan karya, menghasilkan penulisan yang berupaya
membentuk moral yang baik kepada khalayak pembaca.
Umum menyedari bahawa media sosial yang menjadi media penghubung antara
penulis dengan pelayar internet di seluruh dunia kini dihujani dengan penulis-penulis yang
pelbagai latar belakang pendidikan, kepakaran dan sejarah peribadi. Ramai antara penulis
yang tidak beretika dalam menulis, ada yang menulis untuk meluahkan perasaan ada yang
menulis dengan niat sengaja mencetuskan isu ada yang sengaja mencipta konflik dalam
kalangan netizen hingga mengganggu ketenteraman masyarakat. Justeru, etika dalam
penulisan perlu difahami dan diamalkan oleh semua penulis.
` Etika diwujudkan bagi memelihara suaana aman, makmur dan saling menghormati
antara satu sama lain.

8.1.1 Konsep
Kamus Dewan Edisi Keempat dalam PRPM mendifinisikan etika sebagai satu ilmu yang
berkaitan dengan prinsip-prinsip akhlak. Etika adalah prinsip moral atau akhlak atau nilai-nilai
akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan persatuan atau
pekerjaan.
Faridah Nazir et. al., (2014) mendifinisikan etika sebagai suatu peraturan yang perlu
diamalkan oleh seseorang dalam apa-apa jua yang dilakukannya. Faridah Nazir et. al.,
menjelaskan bahawa dalam penulisan, etika merupakan kemestian sebagai garis panduan
dan undang-undang yang perlu dipatuhi oleh penulis.

8.1.2 Kepentingan
Faridah Nazir et. al., (2014) Etika penulisan adalah amat penting dipatuhi oleh penulis kerana
penulisannya mencerminkan diri penulis pada mata masyarakat. Berdasarkan pernyataan
Faridah Nazir et. al., kepentingan pematuhan terhadap etika dalam penulisan diringkaskan
seperti berikut;
 Etika menjadi norma dan nilai yang menggambarkan kejujuran dalam amalan kod
etika diri penulis itu sendiri.
 Etika berupaya mencegah berlakunya lambakan penulisan yang tidak berkualiti atau
mengabaikan spesifikasi kerana memberi keutamaan kepada keuntungan semata-
mata.
 Memastikan sumber yang digunakan adalah benar, sahih, tepat dan adil kepada
penulis sebagai pemilik idea asal.
 Mengelakkan diri daripada melakukan kecurangan dalam berkarya dengan amalan
plagiat.
8.1.3 Etiket ‘Online’
Hari ini sebahagian besar komunikasi dilakukan dengan menjadikan teknologi sebagai media
perantara. Interaksi berlaku dengan cepat, mudah dan menjimatkan kos melalui maklumat
dalam talian seperti surat akhbar, majalah, weblog, portal, video, TikTok, eBook dan
sebagainya. Perkembangan teknplogi digital yang pesat memberi peluang pelajar
memanfaatkan untuk tujuan pembelajaran khususnya dalam carian maklumat yang banyak
dan cepat.
Salah satu definisi dalam Kamus Desan Edisi Keempat menjelaskan etiket sebagai adat dan
peraturan berkenaan kesopanan terutamanya dalam kehidupan sosial atau dalam profesion
tertentu. Etiket online boleh difahami sebagai amalan beretika semasa berkomunikasi melalui
internet atau menggunakan rangkaian sosial.
Etiket online adalah satu panduan konvensyen sosial yang diterima sebagai norma seperti
etika menggunakan telefon bombit, penggunaan tanda tangan bagi maklumat dalam talian,
penyebaran dan sebagainya.
Etiket diperlukan dalam menyebarkan penulisan secara dalam talian. Tujuannya adalah untuk
menghindari hal-hal yang tidak diinginkan seperti menciplak karya orang lain, menyebarkan
maklumat palsu, pelanggaran hak cipta, mencemarkan imej pihak lain, pencerobohan hak
asasi penulis lain dan sebagainya.

8.1.4 Isu-Isu Etika Dalam Penulisan


Semakin banyak medium apps, dan perantara dalam media sosial, semakin mendorong
peningkatan isu penyalahgunaannya. Antara isu yang lazim ditemukan berkaitan penulisan
dalam talian ialah;

 mengirim dan menyebarkan dokumen elektronik yang bersifat negatif pornografi, sensitif,
hasutan dan sebagainya dengan mudah semudah menekan simbol Share.
 memuat naik penulisan yang mengandungi unsur-unsur hinaan, cercaan, hinaan,
mendorong kepada pemesongan pemikiran atau provokasi yang boleh mengganggu
ketenteraman sosial.
 Mengirim emel atau penulisan yang melibatkan akta asutan.
 Pelajar mempunyai tahap pengetahuan dan kesedaran yang berbeza terhadap
pentingnya amalan pematuhan terhadap Etiket online.
 Pelajar kurang mahir memilih maklumat yang spesifik dan mudah bias kepada paparan
yang banyak dan terbuka mendedahkan mereka kepada bahan penulisan dan maklumat
yang pelbagai.

8.1.5 Kesan Pelanggaran Etika Dalam Penulisan


Pelanggaran etika dalam penulisan akademik melibatkan pelbagai golongan termasuk
golongan berpendidikan. Banyak perkara yang boleh mendorong individu melakukan
pelanggaran etika dalam menghasilkan karya ilmiah. Antara punca berlaku pelanggaran etika
dalam penulisan akademik ialah:
 keinginan untuk cepat dikenali
 kecenderungaan melakukan penyalahgunaan teknologi
 kelonggaran penguatkuasaan daripada pihak-pihak yang beroutoriti
 Kurang kefahaman terhadap pelanggaran etika dan undang-undang berkaitan.
 Kelemahan dalam pemilihan stau penggunaan bahasa
 obses kepada status dan pengaruh.
Pelanggaran terhadap etika dalam penulisan akademik boleh menimbulkan pelbagai kesan,
antaranya seperti berikut;

 plagiat boleh menyebabkan kerugian pihak penerbit dan penulis.


 plagiat atau cetak rompak memberi keuntungan kepada pihak lain yang boleh
mewujudkan suasana tidak sihat kepada ekonomi negara.
 Maklumat yang tidak tepat atau tidak tepat boleh menimbulkan suasana tidak harmoni
dalam masyarakat.
 Penyebaran maklumat, fakta atau gambar yang tidak beretika boleh memberi gambaran
negatif kepada pembaca.
 Penulisan tidak beretika yang bersifat perkauman, melampau dan tidak bertatasusila
boleh mencetuskan konflik dalam masyarakat.
 berlakunya lambakan karya penulisan akademik yang tidak berkualiti.
 Memberikan imej yang tidak baik kepada dunia pendidikan dan bidang penulisan dalam
negara.
 Tidak memberikan gambaran yang sihat terhadap perkembangan dunia penulisan dlam
negara.
Jelas di sini bahawa setiap penulis bertanggungjawab penuh terhadap kawalan kualiti
hasil penulisan dan perlu mengamalkan etika yang sepatutnya. Penulis perlu sentiasa peka
dan sensitif terhadap isu-isu berkaitan dengan pelanggaran etika dan menjadi penulis idola
yang menyebarkan maklumat yang bermanfaat dan konstruktif terhadap pemikiran khalayak
pembaca.

8.2 Plagiat
Hari ini teknologi telah menguasai cara menusia di seluruh dunia berkomunikasi. Media sosial
seperti internet, Google telah mula menggantikan bahan bacaan bercetak kepada bahan
bacaan dalam talian atau teks elektronik. Hal ini memberi peluang yang sangat tinggi terhadap
aktiviti plagiat. Perbuatan menyalin, meniru atau menciplak terlalu mudah semudah yang
disebut maklumat dihujung jari.
Umum mengetahui bahawa Plato (428-348 SM) dan Aristotle (384-322SM) adalah antara dua
tokoh falsafah Yunani yang memang dikenali umum dan memiliki idea tersendiri tentang
falsafah kehidupan. Plato dan Aristotle menyatakan bahawa seni sebagai refleksi kehidupan
realiti.
Ketika itu, penghasilan karya yang meniru alam atau imitation of nature dan peniruan
yang dilakukan oleh mereka adalah pada tahap seratus peratus. Hal ini kerana karya yang
realistik atau menyamai objek yang ditiru dianggap indah dan memiliki nilai yang tinggi serta
mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Plato melihat peniruan ini sebagai sesuatu
yang mendatangkan kesan buruk manakala Aristotle pula melihatnya dengan rasa ingin tahu.
Berbeza dalam konteks penulisan, perbuatan meniru adalah sebahagian daripada
perbuatan plagiat atau ciplak atau plagiarisme. Meniru di sini termasuklah perbuatan
mengutip sebahagian, aytau keseluruhan karya orang lain dan mengakui karya tersebut
sebagai hsil penulisan sendiri.
Banyak faktor yang menyumbang peningkatan kes plagiat dalam kalangan pelajar,
antaranya ialah;

 Pengurusan masa yang kurang efektif menyebabkan kebanyakan pelajar rasa


tertekan dan tidak dapat menghantar tugasan pada tarikh yang ditetapkan.
 Persaingan komitmen bagi tugasan kerja kursus bagi subjek lain yang ditawarkan
dalam semester yang sama memberi cabaran untuk menyiapkan tugasan kerja kursus
yang baik.
 Persaingan dengan pelajar lain untuk menghasilkan tugasn yang terbaik.
 Capaian kepada teknologi baharu khususnya Internet memberi peluang yang sangat
luas kepada pelajar untuk menciplak dengan mudah melalui kaedah copy and paste
dari sumber lain.
 Kurang kesedaran terhadap implikasi plagiat kepada diri sendiri, kepada penulis dan
kepada reputasi penulisan akademik.
 Kurangnya penghayatan terhadap amalan dan pematuhan etika dalam penghasilan
karya dan penulisan akademik.
 kurang yakin dengan keupayaan sendiri untuk menghujah atau membincangkan
sesuatu topik.

Dalam konteks akademik, gejala menciplak oleh pelajar, penulis atau penyelidik boleh
dianggap sebagai telah melakukan plagiat. Menciplak atau plagiat oleh pelajar di Institusi
Pengajian Tinggi merupakan kesalahan berat yang boleh dikenakan hukuman seperti
diberikan gred gagal atau penolakan markah pada tugasan kerja kursus atau skrip
peperiksaan.
Lazimnya, plagiat mudah dikesan sama ada secara manual atau penggunakan
perisian. Hasil penulisan yang dikenal pasti sebagai hasil plagiat boleh dikenakan tindakan
tetatertib. Antara ciri-ciri plagiarisme dalam karya atau penulisan akademik yang lazim berlaku
dan boleh dikenal pasti antaranya ialah;

 menggunakan sumber yang tidak sah, atau tidak asli.


 terdapat perenggan yang sama dengan karya yang asal.
 Meniru dan menyalin maklumat serupa dengan karya asal tanpa menyatakan
sumber penulis asal.
 Memindahkan frasa dan ayat tanpa menulis sumber.
 Mangambil atau menciplak hasil kerja pelajar lain seperti tugasan laporan projek,
inovasi, dan penyelidikan.
 Jelas menunjukkan persamaan dengan karya asal.
Menurut Zamri Mahamod (2022), pensyarah atau penyelia boleh mengetahui
penulisan yang dibuat oleh pelajar berkenaan merupakan penulisan plagiat, ciplak atau
meniru melalui;

 Tajuk yang dibuat sesuatu yang biasa dikaji atau yang telah direkodkan.
 Fakta atau isi utama yang ditulis tidak disertakan rujukan atau sumber asal.
 Fakta atau perkara yang ditulis merupakan teori atau hasil kajian penulis atau
penyelidik lain.
 Petikan atau teks diterjemah secara langsung tanpa meletakkan sumber asal teks
terjemahan.
8.2.1 Konsep Plagiat
Kamus dewan Edisi keempat dalam PRPM mendefinisikan Plagiat atau pagiarisme adalah
perbuatan mencedok kata-kata, idea dan lain-lain daripada karya orang lain dan
menggunakannya sebagai karyanya sendiri.
Maryam Azlan et. al., (2022), definisi plagiarisme boleh dipecahkan kepada beberapa huraian
mengikut bidang mengikut bidang iaitu;
i. perbuatan meniru atau mengambil keseluruhan daripada karya atau idea orang lain
tanpa memaklumkan nama empunya karya atau idea dan kemudiannya mengaku
karya tersebut hasil usaha sendiri atau mendakwa karya tersebut adalah milik sendiri.

ii. satu kegiatan mencuri hasil karya orang lain yang pernah disiarkan atau diterbitkan
dalam media massa, buku, jurnal, majalah atau penerbitan lain dan kemudiannya
mengaku karya tersebut merupakan hak cipta sendiri.

Dalam kontekks penulisan akademik, plagiarisme berlaku apabila penulis dengan sengaja
menggunakan bahasa, idea, atau bahan asal lain atau pernyataan daripada penulis lain tanpa
mengakui sumbernya. Dalam bahasa yang mudah, plagiat adalah perbuatan tidak beretika
secara sengaja atau tidak sengaja dengngan menggunakan sebahagian atau seluruh karya
orang lain sebagai karya ilmiahnya sendiri dalam memperoleh kredit atau nilai sesuatu karya
tanpa menyatakan sumber secara tepat dan wajar.

8.2.2 Jenis Plagiat


i. Plagiat Yang Tidak Disengajakan Atau Inadvertent Plagiarism
plagiarisme yang terjadi kerana tidak disedari oleh penulis terhadap perkembangan ilmu
yang menjadi bidang kepakarnnya. Plagiarisme ini terjadi kerana ketidakfahaman
penulis dalam melakukan pengutipan dan penulisan sumber kepustakaan.

ii. Plagiat yang disengaja atau Deliberate plagiarism


adalah perbuatan yang secara sengaja menciplak karya ilmiah orang lain untuk
diterbitkan sebagai hasil karya sendiri.

iii. Plagiat Secara Terus


iv. Menyalin Tanpa Menulis Sumber
v. Menulis Nota Kaki Tanpa Tanda
vi. Plagiat Parafrasa
vii. Kitar Semula Karya
viii. Terjemahan Bahasa.
8.2.3 Cara Mengelakkan Plagiat
Pelajar perlu memainkan peranan penting dalam mengelakkan berlakunya plagiat. Zamri
Mahamod (2022) menegaskan peranan pelajar dalam memastikan tidak berlakunya plagiat,
iaitu;

 membaca, memahami dan mematuhi polisi etika dan integriti dalam penulisan.
 sentiasa peka terhadap plagiarisme, pemalsuan dan fabrikasi.
 menguasai kemahiran penulisan akademik melalui kursus yang ditawarkan. atau
melalui proses pengajaran dan pengajaran serta penyelidikan.
 mendapatkan bantuan daripada pensyarah atau penyelia sekiranya berasa ragu.
 melaporkan kes pelanggaran etika dan integriti dalam penerbitan sekiranya berlaku
dalam kalangan pelajar.
 menggunakan perisian anti-plagiat untuk menyemak kkewujudan unsur-unsur
penerbitan, tesis dan tugasan.

Ringkasnya, semua penulis termasuk pelajar, pensyarah, penyelidik atau penulis perlu
mengelakkan perbuatan tidak bermoral plagiarisme dalam penulisan akademik. Sebaliknya,
perlu menjadi penulis contoh dalam meningkatkan amalan menulis secara beretika dalam
menyampaikan mesej yang berguna kepada khalayak pembaca.

RUJUKAN
Maryam Azlan, Mujahid Bakar, Rohani Ismail & Nurhidanatahsa Abu Bakar. (2022) Panduan
Penulisan Akademik. Universitii Sains Malaysia.

Zamri Mahmod (2022) Penulisan Akademik. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai