Anda di halaman 1dari 11

GURU SEBAGAI

PEMBINA NEGARA BANGSA


HOWARD, KEE, RACHEL
3. (a) Jelaskan maksud guru sebagai
Pembina Negara Bangsa.
DEFINISI PEMBINAAN NEGARA BANGSA
• MENURUT KAMUS DEWAN (1994) NEGARA BANGSA BERMAKSUD NEGARA BERDAULAT
YANG DIDIAMI SESUATU BANGSA.
• PEMBINAAN NEGARA PULA BERMAKSUD PROSES MEWUJUDKAN SEMANGAT
KENEGARAAN ATAU SEMANGAT KEKITAAN DALAM KALANGAN PENDUDUK NEGARA
• IA BEERTI MEWUJUDKAN SENTIMEN SESUATU BANGSA DAN NEGARA SERTA
MELAHIRKAN KEPERIBADIAN BANGSA
GURU MERUPAKAN GOLONGAN UTAMA DAN
MERUPAKAN PEMANGKIN YANG AKAN MEMASTIKAN
HASRAT WAWASAN DALAM DIRI PELAJAR AGAR
PEMBINAAN NEGARA BANGSA DAPAT
DIREALISASIKAN.
Bincangkan cara guru menerapkan
semangat perpaduan dalam
kalangan murid untuk merealisasikan
hasrat wawasan.
PERANAN SEBAGAI SEORANG GURU
• GURU PERLU MENANAM SEMANGAT NASIONALISME DALAM DIRI PELAJAR.
• GURU PERLU MENGAJAR MURID SUPAYA MENGAMBIL IKTIBAR TENTANG KISAH-KISAH
TOKOH BERSEJARAH DAHULU.
• GURU PERLU MENJADI SURI TELADAN KEPADA PELAJAR DALAM MENUNJUKKAN NILAI-
NILAI MURNI YANG BAIK BERLANDASKAN FPG DALAM CABANG METAFIZIK DAN
ASIKOLOGI.
• GURU BOLEH MELATIH PELAJAR DENGAN MEMBERIKAN SESUATU TUGASAN SEBAGAI
CARA DALAM MELATIH MEREKA UNTUK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SESUATU.
• Pertama, pembinaan kekuatan intelek memungkinkan seseorang guru
terus menjadi sumber rujukan di dalam bidang masing-masing. Guru
berperanan mengupayakan diri dengan ilmu dan pengalaman agar dapat
membangunkan potensi modal insan melalui penyerapan elemen
kerohanian dan kurikulum, menyediakan kepelbagaian bahan rangsangan
bagi mengoptimumkan potensi anak murid serta menyediakan pelan
pembangunan individu yang menyeluruh dan bersepadu bagi
menghasilkan modal insan yang menghayati aspirasi negara bangsa ini.
Bukan saja anak murid mendapat faedah daripada proses pengajaran dan
pembelajaran secara langsung di sekolah, bahkan masyarakat sekeliling
turut mendapat kebaikannya apabila guru yang mantap nilai inteleknya ini
berkongsi kepakarannya dengan pihak awam.
• Kedua, nilai kepemimpinan berwibawa amat penting dalam konteks moral.
Seorang guru sememangnya akan menjadi ‘role-model’ kepada anak muridnya.
Seseorang guru itu perlu memainkan peranan kepemimpinannya secara holistik.
Antara peranannya sebagai pendidik, sebagai penyebar informasi, sebagai
pembaharu atau penyebar transformasi dan perkembangan sesuatu cabang
ilmu. Jika betul dan sempurna kaedah kepemimpinannya, maka betul jualah
sifat dan sikap anak murid. Jika salah memimpin, pastilah anak murid sendiri
yang menerima implikasi negatif dan mewarisi kesilapan gurunya.
• Ketiga, peranan guru untuk menunjukkan kemurnian akhlak dan budi pekertinya
untuk menjadi ikutan dan panduan buat anak murid. Sopan santun, lembut tutur
kata, berdisiplin, bermentaliti kelas pertama dan memiliki ‘towering personality’
ibarat pakaian yang perlu dipakai 24 jam seminggu oleh guru kerana banyak
mata-mata yang melihat keperibadian mereka. Bukanlah bermaksud guru perlu
bersifat hipokrit menunjukkan dirinya begitu baik seperti malaikat. Tetapi akhlak
mulia itu perlu ditanam dan disuburkan sebaiknya dalam diri, supaya tidak ada
orang yang akan mengungkap peribahasa ‘kalau guru kencing berdiri, anak murid
kencing berlari’.
• Keempat, dalam era modenisasi dan dihambat arus globalisasi ini,
sememangnya guru perlu mempunyai kesediaan untuk berubah.
Penggunaan teknologi pengajaran terkini di sekolah dan pengenalan dasar
dan polisi pendidikan yang baru adalah contoh perubahan yang tidak boleh
tidak perlu dihadapi dan ditangani oleh guru sebaiknya. Kalau guru terus
mahu berada di takuk lama, maka dirinya akan menjadi ketinggalan dan
tidak relevan di mata anak murid dan bahkan di mata masyarakat dan
konsep negara bangsa kelak hanya akan menjadi sesuatu yang retorik
kerana seseorang guru itu tidak hadam dengan perkembangan dan
perubahan teknologi semasa.
• Kelima, minat dan cinta terhadap profesion keguruan akan mendorong ke arah
kesempurnaan kerjaya seseorang guru. Bapa penulis yang juga seorang guru
pernah menyebut ‘sebenar-benar guru adalah guru yang menanam niat menjadi
guru dan bukan kerja sebagai guru’. Ujarnya lagi, ‘bekerja sebagai guru’ bermakna
hanya menjalankan tugas rasmi dalam sesi persekolahan, tidak proaktif dan hanya
menunggu setiap hujung bulan mendapat gaji. Manakala ‘menjadi guru’ pula
ibarat meletakkan roh seorang guru dalam diri yang berperanan mendidik,
membimbing dan meneladani sesiapa saja, proaktif, tidak mengharapkan apa-apa
balasan dan sedia berbakti pada bila-bila masa dan di mana-mana saja demi anak
murid.

Anda mungkin juga menyukai