Anda di halaman 1dari 17

BUDAYA KERJA KPM

P E N G E N A L A N

• Setiap organisasi mempunyai budaya yang tersendiri yang mempengaruhi sikap dan perlakuan kerja. Budaya adalah
gabungan nilai, sikap dan kepercayaan yang dikongsi bersama dan menjadi asas bagi warga organisasi melakukan sesuatu
perkara untuk membentuk identiti dan personaliti sesebuah organisasi. Budaya kerja termasuklah kefahaman mengenai
matlamat organisasi, cara-cara mencapai matlamat, penggunaan sumber-sumber dan faktor- faktor pengeluaran mengikut
peraturan dalaman dan luaran yang dikanunkan, hubungan manusia dalam organsisasi.
• Pembentukan budaya kerja dalam kalangan penjawat awam amatlah penting Penjawat awam telah diperkenalkan dengan
konsep Budaya Kerja Cemerlang dan Budaya Kerja Kelas Pertama mulai tahun 1989. Pembentukan budaya kerja ini
seterusnya dimantapkan dengan Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam serta Tonggak 12 yang mengiringinya.
Budaya kerja cemerlang didefinisikan sebagai tatacara dan etika kerja di kalangan kakitangan pengurusan atasan dan
pekerja bawahan. Tatacara yang baik itu antaranya ialah rajin, gigih, daya cipta, kreativiti, inovatif, semangat kerjasama,
kerja berpasukan, integriti, berdisiplin dan bersikap untuk berusaha meningkatkan prestasi.
• Budaya kerja cemerlang merupakan budaya kerja murni dan berkualiti yang menjadi amalan kerja bersama, diperkukuhkan
dengan sistem, proses, prosedur, peraturan yang jelas dan mudah dilaksanakan. Budaya kerja bermula dari peringkat
pengurusan atasan, disambut baik oleh pengurusan pertengahan dan dihayati serta dilaksanakan oleh pekerja.
• Budaya Kerja Kelas Pertama pula didefinisikan sebagai amalan terbaik dan terpuji yang melebihi daripada kebiasaan. la
merangkumi aspek pemikiran, pengurusan emosi dan dimanifestasikan melalui perlakuan, tindakan dan cara bekerja yang
penuh integriti serta dapat memuaskan kehendak pelanggan.
ETIKA KERJA KPM
N I A T Y A N G B E T U L

• Melaksanakan pekerjaan dengan niat yang betul adalah penting dan


dituntut oleh agama, selari dengan landasan berikut:
• (i) Memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), misi,
matlamat dan objektif Kementerian Pendidikan Malaysia.
• (ii) Ikhlas menyempurnakan tanggungjawab terhadap agama dan
negara;
• (iii) Memberikan sumbangan bermutu; dan
• (iv) Sentiasa memperbaharui niat untuk kebaikan.
P E R L A K U A N Y A N G B A I K

• Melakukan tugas dengan sempurna merupakan tanggungjawab warga pendidik


ke arah mencapai hasil yang berkualiti di samping memperbaiki imej
organisasi. Oleh itu, warga Kementerian Pendidikan Malaysia perlu:
• (i) Menunjukkan penampilan diri, pertuturan dan perbuatan yang terbaik
sepanjangmasa;
• (ii) Menghasilkan kerja berkualiti secara berterusan, di samping memberikan
kepuasankepada pelanggan; dan
• (iii) Menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi.
P E N G G E R A K K E A R A H K E H I D U P A N

• Setiap warga KPM hendaklah menjadi penggerak ke arah kebaikan. Justeru,


seluruh warga KPM hendaklah:
• (i) Menampilkan diri sebagai seorang yang dinamik, maju, berdaya saing dan
dapat mendorong seseorang melakukan kebaikan;
• (ii) Berusaha agar hasil kerja dan amalan dapat menonjolkan ciri-ciri
kecemerlangan dan ketinggian kualiti yang boleh menjadi sumber inspirasi
kepada rakan sejawat; dan
• (iii) Sentiasa berusaha menjadi pekerja yang terbaik.
M E M P E R K O T A K A N A P A Y A N G D I K A T A K A N

• Kita hendaklah sentiasa berusaha melaksanakan apa yang dikatakan. Justeru,


setiap warga Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah:
• (i) Sentiasa menunjukkan ketekalan dalam tanggapan, pengucapan dan
tindakan, sama ada terhadap diri sendiri atau orang lain;
• (ii) Apa yang dibuat mesti sesuai dengan apa yang diucapkan; dan
• (iii) Sentiasa menepati apa yang dinyatakan dalam piagam pelanggan.
BERDISIPLIN DAN BERADAB

• Aktiviti yang berperaturan, mulia, berdisiplin dan beradab adalah penting ke


arah melahirkan warga kementerian yang cemerlang. Justeru, setiap warga
Kementerian Pendidikan hendaklah:
• (i) Sentiasa menjaga adab sopan seperti yang terdapat dalam ajaran agama;
• (ii) Sentiasa mematuhi peraturan dan arahan perkhidmatan; dan
• (iii) Sentiasa berpandukan prosedur dan kaedah yang sesuai dan betul.
7 N I L A I U TA M A F O K U S E T I K A K E R J A K P M

AMANAH

PENYAYANG BENAR

BERSYUKUR BIJAKSANA

IKHLAS DEDIKASI
IMPLIKASI KEPADA SAHSIAH GURU
CEMERLANG
P E M U P U K P E R P A D U A N D A N P E M B I N A N E G A R A B A N G S A

• Sejarah negara mengajar akan peri pentingnya perpaduan dalam kalangan


pelbagai kaum yang pelbagai budaya dan kepercayaan di Malaysia. Integrasi
antara kaum merupakan isu yang amat diberi perhatian oleh pihak kerajaan
ketika menggubal dasar pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaan.
• Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta
semangat patriotisme dalam kalangan rakyat. Guru berperanan besar dalam
memupuk perpaduan dan seterusnya membina negara bangsa kerana gurulah
yang dapat membangunkan modal insan dan memastikan pembentukan jati diri
murid yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh
kepada agama dan nilai sejagat seterusnya menjadi warganegara yang mampu
bersaing dengan dunia luar.
• Guru yang cemerlang dan berjiwa pendidik akan sentiasa peka dengan isu-isu
perpaduan kaum dan berusaha mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
menggalakkan kesefahaman dan kerjasama dalam kalangan murid-muridnya.
P E M B E N T U K M O D A L I N S A N YA N G S E I M B A N G D A N H A R M O N I S

• Hasrat FPK melahirkan insan seimbang dan harmonis tidak akan tercapai
sekiranya guru yang bertanggungjawab dalam mendidik dan menyampaikan
ilmu tidak berkesan.
• Guru merupakan ejen penting dalam menyampaikan ilmu pengetahuan seperti
mana yang terkandung dalam kurikulum dan pemupuk nilai-nilai murni dan
kerohanian.
• Keberkesanan pendidikan bergantung kepada kesedaran para guru terhadap
tanggungjawabnya sebagai pendidik.
M E M P E RT I N G K AT K A N K E M A M P U A N P R O F E S S I O N A L

• Kemajuan sekolah dipengaruhi oleh kemampuan dan usaha guru dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran. Seiring dengan perubahan masyarakat dan perkembangan ilmu
pengetahuan dan teknologi masa kini, guru yang cemerlang akan sentiasa meningkatkan
kemampuan profesionalnya. Salah satu kemampuan profesional guru yang penting
dikembangkan adalah kreativiti guru dalam melaksanakan pembelajaran yang menarik, mudah
difahami dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan. Guru yang
cemerlang harus kreatif menggunakan pendekatan pembelajaran, model pembelajaran, dan
media pembelajaran yang dapat memudahkan kefahaman murid. Kepelbagaian strategi,
kaedah, dan teknik pengajaran membantu guru mengajar dengan lebih berkesan kerana setiap
kemahiran, ilmu, kehendak sesuatu subjek dan murid memerlukan aplikasi pendekatan
mengajar yang berbeza.
• Pendekatan pedagogi relevan budaya boleh diaplikasikan dalam melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran. Ini akan dapat menimbulkan persekitaran pembelajaran yang menggalakkan
penghargaan kepada budaya dan nilai yang pelbagai dalam bilik darjah. Pengaplikasian
teknologi pembelajaran yang semakin berkembang dalam dunia pendidikan perlu dilakukan
dan dikuasai oleh guru agar tidak ketinggalan dalam revolusi industri (IR 4.0) masa kini. Guru
juga perlu bekerjasama dengan rakan sejawat dalam memajukan diri dan meningkatkan
kemampuan profesionalnya.
M E N G A M A L K A N B U D AYA K E R J A C E M E R L A N G

• Budaya kerja yang unggul dan cemerlang menjadi asas kepada peningkatan
dan kualiti pencapaian pendidikan. Pembentukan budaya kerja berkualiti hanya
akan tercapai sekiranya guru mempraktikkan etika kerja dan sifat integriti yang
menyeluruh dan positif. Guru yang mempunyai sahsiah cemerlang akan
sentiasa mengamalkan budaya kerja cemerlang dengan melaksanakan
tanggungjawabnya secara ikhlas dan amanah serta patuh kepada etika kerja
sebagai seorang guru dan penjawat awam. Mereka sentiasa menjaga nama baik
profesion dengan tidak melakukan sesuatu tindakan yang bertentangan dengan
etika dan peraturan.
M E L A K S A N A K A N P E M B E L A J A R A N S E PA N J A N G H AYAT

• Guru cemerlang dan berjiwa pendidik merupakan nadi utama kepada kejayaan
pelaksanaan dasar pendidikan yang mempunyai kaitan secara langsung dengan
keberhasilan murid. Bagi memastikan para guru kekal relevan dan efektif
dalam era globalisasi yang semakin mencabar kini, para guru hendaklah
melengkapkan diri dengan dengan ciri-ciri pendidik profesional abad ke-21
dengan sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran.
• Guru memainkan peranan yang penting bagi memastikan pembelajaran
sepanjang hayat untuk peningkatan profesionalisme keguruan diamalkan. Para
guru hendaklah menjadi sebagai seorang penyiasat yang aktif dalam
mempraktikkan budaya penyelidik dan menjadi pemikir yang kritikal. Oleh
yang demikian, budaya pemikiran yang reflektif, bersikap terarah kendiri
dengan rutin budaya membaca serta menjadi pembicara yang berkesan.
M E L A K S A N A K A N P E N Y E L I D I K A N & K E R J A S A M A A N TA R A B A N G S A

• Pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia akan dapat menyediakan banyak kemahiran dan
taraf pendidikan yang baik setanding dengan pendidikan yang disediakan di negara-
negara yang maju.
• Untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti dan setanding dengan negara luar, guru
perlu berusaha melaksanakan kajian dan membuat perbandingan tentang amalan
pendidikan terbaik dunia.
• Sebarang permasalahan pendidikan yang timbul perlu dicari alternatif untuk
menyelesaikannya. Dengan maklumat dan pengetahuan yang diperoleh melalui
penyelidikan yang dilaksanakan, kemungkinan masalah yang dihadapi dapat diselesaikan.
• Kerjasama dalam bidang pendidikan di peringkat antarabangsa dan global boleh
dilakukan dalam usaha mencari kaedah atau pendekatan terbaik dalam meningkatkan dan
memantapkan kualiti pendidikan negara. Perkongsian pengetahuan dan kepakaran dalam
bidang pendidikan di peringkat global akan dapat membantu mewujudkan komuniti
pembelajaran antarabangsa yang memberi manfaat kepada kemajuan pendidikan negara.
BERSIKAP DEMOKRASI

• Guru yang berjiwa pendidik harus mempunyai sikap demokrasi di mana segala
tindakannya tidak ada unsur-unsur diskriminasi atau bersikap tidak adil yang
boleh menyinggung murid-muridnya.
• Guru harus bersikap adil kepada semua muridnya tanpa mengira latar belakang
sosiobudaya, kepercayaan atau status ekonomi.
• Guru harus memiliki keprihatinan atau bersikap empati terhadap sesuatu
kejadian yang menimpa muridnya tanpa mengira latar belakang budaya murid
tersebut.
• Guru juga harus menerapkan prinsip-prinsip keadilan dan nilai-nilai murni
dalam kalangan murid-muridnya agar kesejahteraan dan keharmonian dapat
diwujudkan sama ada di persekitaran sekolah mahupun dalam masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai