Anda di halaman 1dari 3

SULIT GPPP1092

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN


Semester 2

KUIZ 2

KAMPUS : IPGK TUANKU BAINUN

NO. INDEKS :

KOD KURSUS : GPPP1092


NAMA KURSUS : PENGANTAR PENGAJIAN PENDIDIKAN
TEMPOH : 30 MINIT
MARKAH PENUH : 10

ARAHAN

1. Penilaian ini adalah sulit. Calon tidak dibenarkan meniru, berbincang atau
melakukan plagiarisme.
2. Kaedah jawapan murid:
a. Ditaip- tukar daripada fail Word kepada format PDF
b. Tulisan tangan - ambil gambar jawapan (Snap picture) tukarkan kepada
format PDF
3. Setiap kertas jawapan hendaklah dilabelkan dengan nombor matriks dan kod
kertas peperiksaan.
4. Calon mesti memuatnaik jawapan mereka ke Google Classroom sebelum
atau pada masa yang diberikan.
5. Calon perlu membuat salinan lembut (softcopy) skrip jawapan sebagai
sandaran sekiranya fail yang dihantar tidak dapat dibuka.

1 SULIT
© 2022 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT GPPP1092

KUIZ 2
(20 markah)

1. Tokoh pendidikan menjadi sumber inspirasi kepada pelbagai lapisan masyarakat


kerana mereka merupakan insan yang telah banyak memerah keringat dan menabur
jasa kepada negara demi memartabatkan dunia pendidikan. Idea mereka telah
memberi impak yang besar dalam dunia pendidikan dan menjadi rujukan pelbagai
lapisan masyarakat.
Huraikan asas pertimbangan- asas pertimbangan yang membolehkan seseorang itu
wajar diangkat sebagai tokoh pendidikan.
(10 markah)

Antara asas pertimbangan- asas pertimbangan yang membolehkan


seseorang itu wajar diangkat sebagai tokoh pendidikan adalah harus mempunyai
kemahiran komunikasi berkesan. Ini membawa maksud cara pertuturan dengan
orang lain haruslah baik. Seterusnya, kebolehan menggunakan ICT dengan baik. Hal
ini demikian kerana kemahiran tersebut membantu insan tersebut dalam
meningkatkan taraf pendidikan ke peringkat seterusnya yang leih baik. Selain itu,
mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. Akhirnya, nilai yang tinggi supaya
berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat. Nilai yang
tinggi dimaksudkan di sini adalah keadilan, disiplin, bertanggungjawab dan baik hati.
Seorang yang mempunyai ciri-ciri ini yang boleh menjadi tokoh pendidikan yang
sempurna.

2. Dato’ Seri Aminuddin Baki adalah merupakan tokoh pendidikan dan ilmuwan yang
unggul di Malaysia sehingga dikenali sebagai "Bapa Pendidikan Malaysia”. Beliau
telah banyak memberi sumbangan dan idea bernas demi pembangunan sistem
pendidikan negara ini.
Jelaskan kriteria-kriteria yang melayakkan Dato’ Seri Aminuddin Baki digelar ‘Bapa
Pendidikan Malaysia’.

(10 markah)

Antara kriteria yang melayakkan Dato’ Seri Aminuddin Baki digelar sebagai
‘Bapa Pendidikan Malaysia adalah beliau menubuhkan Lembaga Peperikasaan
Malaysia. Beliau juga memperkenalkan Sejarah Islam kepada guru-guru pelatih di
Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Seterusnya, beliau juga mewujudkan
Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia (STPM). Beliau ditakrif di peringkat antarabangsa sebagai perancang
pendidik yang bijaksana dan berpandangan jauh di Asia oleh United Nations

2 SULIT
© 2022 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT GPPP1092

Educational, Scientific dan Cultural Organization (UNESCO). Beliau juga telah


menubuhkan Persatuan Pelajar di Perak yang dikenali sebagai Persatuan
Pelajar-pelajar Melayu Insaf (PERMI) pada bulan April 1946. Beliaun bekerja sebagai
pensyarah di Maktab Sultan Idris dan kemudian dilantik menjadi Ketua Pegawai
Selangor pada 1962. Selanjutnya, beliau juge Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia
yang kini dikenali sebagai Ketua Pengarah Pendidikan.

SOALAN TAMAT

3 SULIT
© 2022 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai