Anda di halaman 1dari 21

REVOLUSI INDUSTRI 4.

0
BINCANGANKAN DARI SEGI CABARAN DAN PELUANG

Nama Pelajar:
Kumpulan:
Pensyarah:
Pendahuluan
➢ Pada oktober 2018, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
(MITI) secara rasmi telah menerbitkan sebuah polisi kebangsaan bertajuk
“Industry4WRD” demi membantu mempersiapkan perniagaan serta sektor-
sektor perkilangan di Malaysia dalam menghadapi cabaran Revolusi Industri
4.0 yang membabitkan teknologi automasi, komunikasi dan digital.

➢ Malah, isu tersebut juga berbangkit dalam Belanjawan 2020 yang lepas di
mana Kerajaan telah menyediakan peruntukan yang besar dalam sektor
pembangunan industri teknologi termasuklah pembentukan Digital Malaysia,
pengenalan Geran Pembangunan Ekosistem 5G,pemerkasaan Perbadanan
Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan penyediaan pelbagai dana geran
padanan secara bidaan bagi menggalakan lebih banyak projek-projek perintis
aplikasi digital.
Revolusi Industri
Revolusi Industri Pertama
Revolusi Industri Pertama bermula dalam tempoh 1820 hingga 1840 di Great Britain dimana perubahan
dalam sektor pembuatan menggunakan tangan kepada penggunaan mesin yang dikuasai oleh tenaga wap
dan air.
Revolusi Industri Kedua
Revolusi Industri Kedua pula bermula pada 1870 hingga 1914 melibatkan penggunaan tenaga elektrik dalam
pembuatan skala besar.
Revolusi industri Ketiga
Revolusi Industri Ketiga yang juga dikenali sebagai Revolusi Digital, berlaku pada lewat abad ke-20. Dalam
revolusi kali ini, elektronik dan teknologi informasi digunakan untuk membantu sektor pengeluaran. Ini
disebabkan penciptaan litar bersepadu (IC) yang membolehkan komputer bersaiz kecil dapat dihasilkan.
Dalam Revolusi Industri Ketiga, komputer masih belum mampu untuk disambungkan sesama sendiri.
Pengenalan Internet membolehkan komputer mampu berkomunikasi antara satu sama lain.
Revolusi Industri Keempat
Teknologi komunikasi semasa Revolusi Industri Ketiga tidak sepantas dan sebaik sekarang. Sewaktu
Revolusi Industri Keempat diperkenalkan, teknologi komunikasi dan rangkaian Internet telah menjadi jauh
lebih baik. Ini juga dibantu dengan kemajuan teknologi tanpa wayar iaitu 3G, 4G, Wi-Fi, Bluetooth dan yang
paling baharu ialah 5G.
Sambung…

Revolusi Industri
REVOLUSI INDUSTRI KEEMPAT

merupakan sebuah revolusi digital yang merujuk kepada proses pembangunan teknologi
dalam sesebuah industri khususnya melibatkan sektor pengeluaran dan automasi ke tahap
yang lebih pintar dan sistematik.

juga adalah dikenali sebagai “Smart Factory” di mana setiap sistem yang diimplementasikan
adalah lebih fleksibel dan sistematik serta dapat menyesuaikan diri dengan situasi baru
yang lebih mencabar

diperkenalkan oleh Jerman melalui penerbitan artikel pada November 2011 sebagai
sebuah strategi berteknologi tinggi dalam mewujudkan sektor pembuatan dan pengeluaran
yang lebih digital, fleksibel dan selamat pada tahun 2020 dan konsep revolusi ini sekali lagi
dibangkitkan semasa pameran perindustrian di Hannover, Jerman pada April 2013
PRINSIP REKA BENTUK INDUSTRI 4.0

❖ Kerentanan- kemampuan mesin, peranti, sensor, dan manusia untuk


berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain melalui media internet
untuk segalanya (IoT) atau internet untuk khalayak (IoT).
❖ Ketelusan Maklumat - kemampuan sistem maklumat untuk membuat
salinan maya dari dunia fizikal dengan memperkayakan model kilang digital
dengan data sensor.
❖ Bantuan Teknikal- yang pertama adalah kemampuan sistem bantuan untuk
membantu orang mengumpulkan data dan membuat visualisasi untuk
membuat keputusan yang bijak. Kedua, kemampuan sistem fizikal-siber
untuk membantu manusia melakukan pelbagai tugas berat, tidak
menyenangkan, atau tidak selamat untuk manusia.
❖ Keputusan Bebas - keupayaan sistem siber-fizikal untuk membuat
keputusan dan melaksanakan tugas dengan sebebas mungkin.
CABARAN MENDEPANI REVOLUSI INDUSTRI
CABARAN MENDEPANI REVOLUSI INDUSTRI
1.Kekurangan
• Kekurangan Tenaga Mahir
Tenaga Mahir(Nevaa)
.
❖ memerlukan
-memerlukan masamasa
yangyang panjang
panjang dan penglibatan
dan penglibatan kos yang
kos yang terlalu
terlalu
tinggi tinggi
-terdapat separuh daripada perindustrian di Malaysia masih
❖ terdapat
bergantungseparuh daripada
kepada tenaga manusiaperindustrian
untuk melakukan disemua
Malaysia
kerja di
masih
industri.bergantung kepada tenaga manusia untuk
melakukan semua
-Ini menyebabkan kerja
negara di industri.
Malaysia masih bergantung kepada negara
luar untuk menampung jumlah tenaga kerja mahir dari luar negara.
❖ Ini menyebabkan negara Malaysia masih bergantung
kepada negara luar untuk menampung jumlah tenaga
kerja mahir dari luar negara.
KEKURANGAN TENAGA MAHIR

• Memerlukan kos yang terlalu tinggi untuk membuat latihan bagi pekerja bagi
meningkat kemahiran mereka.

• World Economic Forum, satu tinjauan telah dilakukan dan didapati sebanyak 37
peratus golongan pekerja di Eropah tidak memiliki kemahiran asas digital dan hal
ini akan mendatangkan masalah yang besar kepada mereka dalam berhadapan
dan menyesuaikan diri dengan revolusi teknologi baru.

• China dan India berhadapan dengan cabaran yang besar untuk melahirkan
pekerja yang berkemahiran tinggi dan berinovatif dalam menangani peralihan
teknologi yang baharu ini.

• Ekonomi China dan India banyak tertumpu kepada penggunaan kos buruh yang
rendah. Namun dengan kemunculan Industri 4.0, mereka terpaksa beralih kepada
penggunaan pekerja berkemahiran tinggi yang akan mempengaruhi kos buruh
sedia ada.
sambung
• Ancaman Keselamatan Siber
• Kewujudan revolusi ini akan membawa kepada ancaman jenayah siber yang lebih tinggi berbanding revolusi
sebelum ini. Pengenalan Internet Pelbagai Benda (Internet of Things, IoT) yang mengintegrasikan antara sistem
fizikal dan siber akan menimbulkan lebih banyak kelemahan dalam sistem rangkaian termasuklah ancaman
penggodam dan penjenayah siber (Min, David & Suk, 2018).
• Ancaman siber ini secara tidak langsung akan membawa kepada risiko keselamatan pemilikan data seseorang
individu atau sesebuah syarikat termasuklah hilang kawalan data, pendedahan data dan maklumat peribadi
serta perkongsian dan penjejakan maklumat (Morrar, Arman & Mousa, 2017).
• Menurut Business Insider Intelligence, satu kajian yang telah dibuat oleh Eclipse IoT Developer menunjukkan
isu keselamatan meningkat daripada 30 peratus pada tahun 2018 kepada 38 peratus pada tahun 2019 dan
menjadi salah satu cabaran utama dalam berhadapan dengan Revolusi Industri 4.0.
Sambung…Ancaman Keselamatan Siber

❏ Pengenalan Internet Pelbagai Benda (Internet of Things, IoT) yang


mengintegrasikan antara sistem fizikal dan siber akan
menimbulkan lebih banyak kelemahan dalam sistem rangkaian
termasuklah ancaman penggodam dan penjenayah siber.
❏ Ancaman siber ini membawa kepada risiko keselamatan seperti
hilang kawalan data, pendedahan data dan maklumat peribadi
serta perkongsian dan penjejakan maklumat.
❏ Pada tahun 2017, dunia dikejutkan dengan serangan siber
daripada The WannaCry ransomware yang telah memusnahkan
lebih daripada 200,000 komputer di 150 buah negara.
KEKURANGAN PENYELARASAN ORGANISASI
Koordinasi yang lemah adalah salah satu dari enam halangan
tersembunyi untuk strategi organisasi yang berkesan, lapor Harvard
Business Review, dan yang pertama menunjukkan bahawa organisasi
tidak mempunyai koordinasi adalah kelewatan.

Apabila terdapat kekurangan koordinasi antara pengurusan, tenaga


kerja, pengeluaran dan penjualan, kelewatan akan mengakibatkan
organisasi menjadi tidak efektif.

Apabila kelewatan menjadi sebahagian daripada operasi organisasi,


hubungan pelanggan akan merugikan organisasi.
INOVATIF DALAM SISTEM PENDIDIKAN

★ sistem pembelajaran dan pengajaran haruslah berinovatif dan bersesuaian dengan keperluan
revolusi digital ini agar mampu melahirkan pelajar yang berinovatif, berkebolehan dan
berkemahiran tinggi.
★ kelestarian akademik perlulah ditambahbaik dengan menyerapkan elemen digitalisasi dalam
‘mainstream’ pembelajaran.
★ membantu pencapaian pelajar di samping mendidik minda agar lebih bersedia terhadap
persaingan kerjaya dan kehidupan pada masa hadapan
★ menurut kajian yang dibuat oleh beberapa badaan pendidikan di amerika syarikat, kebanyakan
institusi pendidikan di Amerika Syarikat masih membuat perancangan medium term, bukan long
term dan hal ini tidak cukup bagi mereka untuk melahirkan graduan yang bersaing tinggi dan
berinovatif serta menepati citarasa pasaran semasa di era transformasi digital 4.0
PEMETHA MURALY
Sambung…
• Inovasi dalam Sistem
Pendidikan

Pihak kerajaan telah mengambil inisiatif dengan membina kemahiran


pengekodan dalam kalangan pelajar melalui program Coding @
Schools. Namun begitu, terdapat beberapa cabaran yang harus
dipertimbangkan oleh pihak kerajaan dalam melaksanakan program ini
termasuklah penggunaan bahasa pengatar, kaedah pelaksanaan,
keperluan tenaga pengajar dan peningkatan jurang antara bandar dan
luar bandar (Maisarah, 2017).
REVOLUSI INDUSTRI 4.0 MENCIPTA PELUANG

1. Memapankan Pertumbuhan Ekonomi

• Dengan kewujudan pelbagai jenis teknologi seperti IoT, Kecerdasan


Buatan (AI) dan Big Data, semua sektor termasuk industri pembuatan,
pendidikan dan kesihatan bukan sahaja dapat meningkatkan produktiviti,
malah mampu mengurangkan kos dan masa pengurusan. Hal ini secara
tidak langsung akan meningkatkan prestasi ekonomi sesebuah negara.

• Pelancaran Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020 oleh Tun Dr Mahathir


Mohamad pada awal tahun ini menunjukkan bahawa negara ini bersedia
bergerak dalam hala tuju sama dengan negara-nagara maju yang lain
dalam mengharungi cabaran Industri 4.0.

KHAVINA SHREE
SAMBUNG …
• Penggunaan prasarana teknologi tinggi dalam dasar ini mampu mengurangkan masa
pembuatan dan kos pengeluaran sesebuah kenderaan di samping melengkapkan kitaran
pengeluaran yang mampan dalam industri automotif dan seluruh sektor pembuatan di
negara ini. Hal ini secara langsung akan memberi impak yang positif terhadap prestasi
ekonomi negara.

• Perkembangan teknologi digital yang lebih maju dan tanpa sempadan di era 4.0
mendatangkan kesan yang signifikan terhadap sektor keusahawanan termasuklah dari
segi kos pengurusan, operasi dan pemasaran. Kewujudan pasaran perniagaan tanpa
sempadan melalui kepelbagaian teknologi akan memudahkan golongan usahawan
khususnya melibatkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk memulakan perniagaan.

KHAVINA SHREE
MEWUJUDKAN PELBAGAI PELUANG PEKERJAAN

• Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Lim Ban Hong
berkata, Industri 4.0 memberi peluang kepada negara untuk melahirkan generasi pekerja
yang baharu dan boleh menggunakan teknologi baharu dalam sektor perkilangan dan
perindustrian.
• mendapatkan pelaburan berteknologi tinggi serta kita berharap pekerja-pekerja dalam

bidang ini akan mempunyai pendapatan yang tinggi,


• revolusi Industri 4.0 bakal menyebabkan sekitar 75 juta sehingga 375 juta tenaga kerja

dunia digantikan oleh robot dan seumpamanya menjelang 2030.


• meningkatkan permintaan terhadap kumpulan sumber tenaga berkemahiran tinggi
berteraskan teknologi
• Pekerja perlu mempelajari pelbagai kemahiran yang baharu. Hal ini demikian
kerana ia boleh membantu untuk peningkatan kadar bayaran pekerjaan tetapi pada
masa yang sama juga mengasingkan pekerja di sektor yang besar.
• Industri 4.0, walaupun nampak penggunaan teknologi dalam industri perkilangan,
perkhidmatan dan lain-lain tetapi ia juga akan mencipta kerja-kerja (baharu) yang
berkemahiran tinggi.
• Selain meningkatkan produktiviti, kecekapan kos, pengukuhan keupayaan inovasi
dan pembangunan teknologi tempatan, dasar ini juga katanya, menyediakan kerangka
ke arah melahirkan tenaga mahir bagi pekerjaan-pekerjaan yang diwujudkan.
• Digerakkan oleh tenaga berkemahiran tinggi terutama dalam membangunkan sistem,
aplikasi dan perkhidmatan seperti kecerdasan buatan (artificial intelligence) dan
menganalisis data besar.
3. Melahirkan Graduan Berinovasi dan Berkemahiran
Tinggi
❖ Revolusi Industri 4.0 merupakan era yang bukan sahaja melibatkan pembelajaran komputer dan
mesin sahaja, malahan melibatkan juga perancangan bakat dan inovasi
❖ Kepelbagaian teknik dan domain dalam revolusi ini bakal membuka ruang untuk mempelajari
sistem pendidikan baharu berorientasikan pendigitalan
❖ Institusi-institusi pengajian tinggi telah diberikan tanggungjawab bagi mempersiapkan para
graduan dengan set kemahiran yang tinggi dan berinovatif supaya mampu bersaing dengan baik
semasa memasuki alam pekerjaan di masa akan datang
❖ Pada tahun 2018, syarikat komunikasi gergasi Huawei telah bekerjasama dengan sembilan
universiti awam dan swasta di negara ini bagi menawarkan Pengiktirafan Huawei melalui
program Akademi Maklumat dan Rangkaian Berdaftar Huawei (HAINA)
❖ Tujuannya adalah untuk mendedahkan para graduan kepada teknologi canggih dan terkini
daripada Huawei serta memberi mereka peluang menjalani latihan praktikal Informasi
Teknologi Maklumat (ICT)
❖ Agar mereka mampu menjadi pekerja berinovasi dan berkemahiran tinggi dalam sektor
pendigitalan pada masa akan datang
Sambung….
Generasi cemerlang merupakan pelaburan terpenting bagi pembangunan sesebuah negara dan menjadi
teras kepada inovasi dan ekonomi berpendapatan tinggi yang produktif. Tidak ada negara mampu mencapai
kemajuan tanpa memiliki modal insan cemerlang yang berkemahiran tinggi, boleh bertindak balas dengan
pantas dan kreatif terhadap perubahan ekonomi, dan berpaksikan kepada penjanaan dan penggunaan
pengetahuan.Ia merupakan salah satu aset penting sesebuah negara dan merupakan sumber yang boleh
diperbaharui kerana dibekalkan secara berterusan oleh jumlah penduduk negara dalam menggerakkan
pertumbuhan ekonomi, politik dan sosial sesebuah negara. Maka wajarlah sumber manusia yang menjadi
tunjang sesebuah negara itu mesti mempunyai kualiti dan kebolehan yang dapat meningkatkan harga modal
insan itu sendiri. Kualiti dan kesesuaian kursus dan kurikulum adalah faktor penting yang mempengaruhi
kebolehpasaran siswazah. Kandungan kursus yang ditawarkan mestilah ditanda aras dengan kriteria dan
piawaian yang dipersetujui di peringkat nasional dan selaras dengan amalan terbaik antarabangsa.
Penerapan domain yang ditetapkan merangkumi soft skills seperti etika kerja positif, kemahiran
berkomunikasi dan membuat keputusan, kerja berpasukan dan kepimpinan mesti di masukkan. Kelayakan
pendidikan yang tinggi bagi menyokong pembangunan pengetahuan dan inovasi, tahap kemahiran yang
tinggi dalam bidang teknikal dan profesional, serta tahap produktiviti yang tinggi adalah antara ciri utama
modal insan dan tenaga kerja negara berpendapatan tinggi. Oleh itu, membangun, menarik dan
mengekalkan modal insan bertaraf dunia merupakan prasyarat penting bagi mencapai hasrat pembangunan
negara.
Menjamin Sistem Kehidupan Lebih Baik dan Sistematik

● Revolusi industri 4.0 ini mampu mengubah privasi hidup, tanggapan pemilikan,
masa bekerja dan masa lapang serta mempengaruhi bagaimana seseorang
individu membangunkan kerjaya, memupuk kemahiran, bertemu dengan orang
ramai dan memupuk hubungan.
● Syarikat-syarikat di Malaysia seperti Sime Darby Plantation dan Novozymes
menggunakan peralatan canggih seperti sencor, pengawal robotik dan near-
infrared spectrophotometer dalam sistem kawalan penyeliaan dalam
pemantauan penghasilan produk di kilang dan melakukan kajian terhadap
masalah biologi dan kualiti produk mereka dengan bantuan revolusi 4.0 ini.
● Syarikat telekomunikasi Celcom Axiata telah tandatangan perjanjian dengan
syarikat Kwasa Land untuk membina suatu bandar pintar yang akan melibatkan
pembangunan infrastruktur teknologi maklumat (ICT), sambungan Internet
Berkelajuan Tinggi 5G, sistem keselamatan pintar dan pengurusan mesra alam
yang akan memberi impak positif terhadap kehidupan manusia dan juga
kepada alam sekitar.
Menjamin Sistem Kehidupan Lebih Baik dan Sistematik

Revolusi Industri 4.0 menekankan kepada internet, rangkaian dan sebagainya. Hal
ini sememangnya memberi kesan baik kerana dapat menghubungkan manusia
yang berada di jarak jauh. Misalnya, melalui IR 4.0, ibu yang tinggal di Singapura
dapat bercakap dan berkomunikasi dengan anaknya yang tinggal di United
Kingdom. Kewujudan robot juga menjadikan taraf hidup masyarakat meningkat
dan orang tua dapat dijaga dengan sempurna, menjadikan kehidupan seorang anak
lebih baik. Melalui aplikasi- aplikasi digital dan peranti elektronik seperti Smart
Watch, jumlah langkah manusia dalam sehari dapat diketahui serta manusia akan
lebih berwaspada mengenai tahap kesihatan mereka. Oleh yang demikian, IR 4.0
menjamin sistem kehidupan lebih baik dan sistematik.
Penutup

Rumusannya Revolusi Industri Keempat telah membawa manusia


kepada perubahan ke arah pembangunan dalam industri
pengeluaran dan automasi yang lebih pintar dan fleksibel.
Perkembangan dalam industri pengeluaran dan automasi ini
menjanjikan satu kehidupan yang lebih baik kepada manusia iaitu
dari segi memudahkan serta mempercepat sebarang urusan kerja.
Sehubungan dengan itu, perkara ini dilihat menjadi satu peluang
kepada kerajaan dalam meningkatkan keberkesanan dan kecekapan
dalam sistem perkhidmatan awam.
GOOD JOB ;)

Anda mungkin juga menyukai