Anda di halaman 1dari 40

MENJAWAB ADUAN AWAM DAN KEJIRANAN

Berikut ini adalah penjelasan terperinci yang terkait dengan aduan awam terhadap RPWP yang dapat
kami kesan. Dari situ dapat dinilai kualiti pengadu dan aduannya. Secara umumnya aduan awam
terhadap RPWP berkisar kepada asbab dan motif berikut,

1. Tidak sedap dipandang mata


2. RPWP tidak dapat penuhi hajat pengadu
3. Kepentingan peribadi / perniagaan pengadu terjejas

A. ADUAN DARI PIHAK TAHFIZ JIRAN RPWP

Jiran tahfiz ini termasuk dalam katagori ke2, iaitu tidak dapat manafaat dari keberadaan RPWP.

1. Kisah bermula dari awal proses pembinaan mereka yang meminta izin guna bekalan elektrik dari
RPWP. Kami tidak dapat izinkan kerana kedudukan yang agak jauh dan kapasiti bekalan elektrik
RPWP dari TNB juga tidak mampu menampung beban yang berat. Tambahan pula kabel akan
terpaksa merentasi sungai dan itu agak membahayakan.

2. Apabila tanah seberang sungai kami beli, mereka minta izin untuk menggunakan jalan masuk
melalui premis RPWP. Peringkat awalnya kami cuba pertimbangkan untuk staf tahfiz dengan
syarat tertentu.

Belum pun keputusan dibuat, pelbagai kenderaan sudah menderu-deru masuk melalui premis
RPWP. Akhlak pemandu pula amat buruk sekali. Sebelum itu pun pernah berlaku beberapa
kemalangan berat melibatkan pemandu luar yang masuk melalui premis RPWP tanpa
kebenaran.

Atas dasar itu kami putuskan untuk melarang sebarang kenderaan luar masuk premis kami
untuk mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku.

3. Di samping itu ada juga beberapa insiden yang kurang manis melibatkan warga Tahfiz.
Antaranya akhlak pelajar yang tanpa segan silu ‘mengganggu’ anak-anak nisak RPWP.

4. Pernah juga beberapa pelajar dan pensyarah UPM mengadu diejek oleh pelajar tahfiz ketika
mereka melakukan CSR membersihkan tanaman kontan di rezab sungai yang sebelum ini semak
samun dan dihuni oleh banyak binatang liar. Antara ungkapan sinis mereka ialah, “tak malu ke
ceroboh tanah orang’. Padahal itu adalah rezab sungai dan kami telah memaklumkan usaha
tanaman kontan itu kepada pihak pejabat Tanah Daerah dan JPS.

1|Page
(Kerja membersihkan semak samun rezab sungai
untuk usaha tanaman kontan)

Walaupun tahu tentang aduan pihak Tahfiz yang


berkepentingan, namun RPWP tidak tergamak
menjawabnya kerana tidak mahu isu ini
membuka aib sesiapa.

(Khidmat pembekalan makanan untuk pelajar tahfiz)

Sehingga hari ini RPWP masih menyantuni warga tahfiz. Kami tidak ambil kira semua aduan dan
perbuatan sumbang yang tersebut di atas.

Selain sumbangan makanan ke masjid dan surau sekitar Sg Ramal, pelajar tahfiz adalah antara penerima
sumbangan roti percuma sejak dari hari pertama operasi mereka bermula.

Sehingga hari ini pun Dapur Raya masih membekalkan makanan secara subsidi kepada para pelajar
mereka.

Isi kandung mesej Dr Hj Masjuki, mewakili RPWP kepada Dr Rahman, Pengetua Tahfiz berikut ini
boleh diteliti untuk mendapat gambaran lebih jelas berkaitan semua isu di atas.

2|Page
Assalamualaikum YBhg Dr Rahman. Semoga
sihat sejahtera.

Saya Masjuki, mewakili pihak RPWP secara


peribadi mohon maaf kerana buntu untuk
memutuskan permohonan izin laluan oleh pihak
tahfiz. Ramai jemaah yang tidak bersetuju atas
beberapa sebab yang fundamental.

Sebenarnya sebagai jiran, kami amat memahami


keperluan laluan pihak tahfiz dan ingin sekali
berkerjasama. Namun keadaan tidak
mengizinkan untuk kami buka premis kami
kepada awam buat masa ini kerana terlalu
banyak kejadian yang tidak terkawal, terutama
melibatkan keselamatan anak-anak.

Selain dari pernah berlaku banyak


pencerobohan moral, bahkan kecurian oleh
orang yang tidak kami kenali, terlalu banyak kes
kemalangan berat akibat akhlak buruk pemandu luar yang tumpang lalu.

Ini bukan isu yang direka-reka. Kes paling berat berlaku sampai tumbang tiang letrik dilanggat dan 2
kenderaan kami remuk. Walaupun ia diperbaiki, namun kualitinya tetap tidak sama.

Berikut adalah beberapa gambaran melibatkan kes-kes kemalangan dan tabiat buruk orang luar yang
masuk menceroboh premis RPWP.

Ruj 1: Kemalangan melibatkan sebuah kereta luar yang masuk tanpa kebenaran. Perlanggaran
melibatkan 10 buah kenderaan RPWP. Sampai hari ini masih menghilangkan diri tanpa membayar
sebarang gantirugi.

(Imej kemalangan yang melibatkan kerosakan pada 10 buah kenderaan RPWP)

3|Page
Ruj 2: Kemalangan melibatkan lori projek perumahan
tanah belakang yang masuk tanpa kebenaran. Dua
unit kereta remuk dihempap tiang letrik yang
dilanggar. Ada sebuah lagi kereta yang remuk dalam
kejadian ini. Malangnya gambar tak dapat saya cari.

(Imej kerosakan kenderaan selepas dihempap oleh tiang letrik akibat dilanggar oleh pemandu luar)

4|Page
Ruj 3: Tabiat Buruk Pemanduan Warga Tahfiz & Pemandu Luar

Ini antara punca pihak RPWP


keberatan untuk membenarkan
kenderaan luar menjadikan premis
RPWP sebagai laluan awam.

Beberapa warga tahfiz sendiri


sempat kami tahan kerana
memandu dengan laju dan
membahayakan. Itu tidak
termasuk begitu banyak kes 'near
miss accident' di mana anak-anak
kami hampir dilanggar oleh
pemandu luar.

(Van warga tahfiz yang ditahan


kerana memandu dengan laju di
premis RPWP)

(Salah satu kes pencerobohan


masuk dengan pemanduan yang
membahayakan yang sempat
kami tahan)

Ruj 4: Tabiat Warga Tahfiz Yang Meletak Kenderaan Sesuka Hati Sehingga Menghalang Laluan
Kenderaan Dan Jentera RPWP

Antara habit buruk pemilik kenderaan warga Tahfiz dan ibubapa ialah parking sesuka hati dan menutup
laluan semasa menunggu anak mereka keluar atau semasa menghadiri mesyuarat. Akibatnya kenderaan
dan jentera kami tidak dapat lalu.

5|Page
Ada juga kes yang apabila minta alihkan kereta yang menghalang laluan, injin tidak hidup pula. Semua
itu membuatkan kerja-kerja kami terganggu kerana terpaksa menunggu. Itulah akibat dari sikap “mahu
senang tetapi menyusahkan orang”.

Kereta warga tahfiz yang


menunggu pelajar ini diletakkan
di tengah jalan sehingga jentera
dan kenderaan kami tidak dapat
lalu.

Ada jawatankuasa tahfiz yang letak kereta di laluan dan semua warga tahfiz buat tidak tahu apabila di
minta memaklumkan pemiliknya yang ketika itu sedang bermesyuarat (lebih 3jam). Akhirnya kami
terpaksa guna jentera untuk alihkannya.

6|Page
(Setelah dipanggil berkali-kali tanpa tindakbalas, maka kereta putih yang diletakkan lebih 3 jam di sini
terpaksa ditunda kerana menghalang laluan jentera kami.)

Ruj 5: Tabiat membuang sampah


merata-rata

Botol mineral yang dibuang sesuka


hati oleh ibubapa yang menunggu
anak tahfiz.

7|Page
Ruj 6: Perbuatan Hasad Pelajar Tahfiz Yang Menyekat Laluan Rpwp

Laluan laluan masuk RPWP yang kami buat


sendiri telah disekat secara khianat dengan
deretan batu besar yang disusun merentasi
jalan untuk menghalang laluan.

Sewaktu kami buang batu itu, ada beberapa


pelajar tahfiz datang dekat. Mereka lari
apabila kami pandang wajah mereka. Kerana
itu kami syak itu kerja mereka.

Kami faham akan rasa tidak senang pihak tahfiz dengan adanya aktiviti lori tanah di situ. Kami sendiri
tidak senang dengan kerjabuat mereka yang curi-curi buang tanah di situ. Jika gate RPWP terbuka,
mereka malah berani curi-curi masuk untuk buang tanah dan sampah atau pusing lori di premis kami.
Ada juga yang sempat kami sekat.

(Sampah yang dibuang oleh seorang lelaki India yang baru kami tahan)

Aktiviti mereka memang membuat jalan jadi


rosak dan semua orang susah. Tambahan pula
culvert yang dipasang pihak tahfiz terlalu tipis
dan tidak ditanam cukup dalam sehingga
terbonjol keluar.

Waktu culvert itu mula dipasang pun semua


kenderaan kami tersangkut. Kini culvert yang
pecah itu telah kami ganti dengan yang lebih
besar dan tebal serta ditanam dengan
kedalaman yang cukup.

8|Page
CADANGAN TAHFIZ UNTUK HIDUPKAN REZAB JALAN

Kami sudah teliti laporan perbincangan antara En.Nazir dengan Dr Rahman beberapa hari lalu. Kami
terima baik cadangan pihak Tahfiz utk buat jalan di rezab jalan yang asal.

Sebenarnya kami sendiri


pernah nyatakan hasrat
itu dalam satu
perjumpaan bersama
Adun, MPKJ, pejabat
daerah dan Ketua
Kampung (yg lama).
Malangnya ADUN tak
luluskan kerana depan
wakil kami Ketua
Kampung sendiri bantah.
Katanya itu akan
menyebabkan laluan
belakang sibuk dan jalan
akan rosak kerana org
ramai akan lalu situ
menuju ke highway.

Kami kurang pasti jika


ADUN dan Ketua Kampung baru akan berpendirian yang sama. Oleh itu kami nampak, untuk kegunaan
sementara, mungkin kita boleh rintis jalan sementara tu. Cuma tidak tembus secara langsung di jalan
utama kecuali dipasang culvert apabila pihak kerajaan mahu 'hidupkan' jalan itu secara rasmi..

Pihak tahfiz boleh


melencung
masuk/keluar melalui
bahagian depan tanah
kami di depan Binsabi.
Di situ kurang bahaya
kerana kurang jentera
dan anak-anak kami lalu.
Cuma kena jaga adab
pemanduan kerana di
situ ramai para
pelanggan Dapur Raya
parking.

Masalahnya, pasti akan


ramai pengguna yang
akan ikut lalu situ. Dan
itu mungkin akan
membuatkan penduduk

9|Page
di situ marah. Mereka tidak nampak kepentingan Tahfiz. Yang mereka nampak ialah kami yang
mengerjakan dan memberi ruang untuk jalan itu dibuka. kami sudah terlalu banyak difitnah dan tidak
mahu ia jadi isu. Waktu awal-awal kami bersihkan kawasan itu dulu pun sudah ada yang melarang kami
buka jalan itu. Jadi, kita mungkin perlu buat gate di depan Binssabi, yang mana hanya pihak tahfiz
sahaja yang boleh buka.

Jika setuju, saya sendiri akan tolong kambus kolam di jalan itu dan ratakan ikut level sedia ada. Pihak
tahfiz mungkin boleh keluar belanja utk turap guna batu milling. Kalau tidak pun boleh pelan-pelan guna
jalan tanah saja supaya orang ramai tidak menyerbu.

Harap langkah membuat jalan sementara ini dapat memurnikan keadaan dan memudahkan urusan
keluar masuk pihak tahfiz dan ibubapa pelajar.

Jika pihak Dr bersetuju, bolehlah kita bincangkan dengan lebih lanjut. Salah silap sekali lagi saya secara
peribadi menyusun jari mohon ampun dan maaf sebanyak2nya.

Wassalam.

B. ADUAN RAHIM KING & BINSABI – KOMPLEKS KARETARIA & GEDUNG EVENT MANAGEMENT

Aduan dari jiran ini jatuh kepada katagori kepentingan perniagaan yang terjejas.

Sejak hari pertama kami memulakan pembinaan di Jln Abim, hubungan dengan Datuk Sabi ini amat baik.
Beliau sering bertandang untuk kongsikan pengalaman teknikal dalam pembinaan, khususnya berkaitan
dengan struktur logam.

Sewaktu majlis pernikahan 9 pasangan anak-anak RPWP, Binsabi juga izinkan kami guna sementara
tanah kosongnya untuk letak kereta. Sewaktu mengadakan majlis perasmian perniagaan mereka, juga
beberapa majlis khas selepasnya juga anak-anak kami juga dijemput dan ikut serta.

Beliau dikesan merasa kurang menyenangi RPWP apabila kami berjaya membeli tanah seberang sungai,
berhadapan dengan gudangnya. Rupanya beliau amat ingin membeli tanah yang sama namun agen
beliau (Rahim King) gagal mengesan tuannya.

Lebih parah lagi apabila Dapur Raya mula beroperasi, tanpa kami tahu yang rupanya Binsabi juga sedang
menyiapkan prasarana kafetaria ‘canggihnya’.

Semasa warung pacak DRP bermula, pelbagai insiden berlaku. Antaranya ialah perlakuan anih dilakukan
oleh Datuk Binsabi sendiri terhadap anak-anak kami. Ada yang mengadu dipaksa mengulangi jumlah
bayaran yang hanya berjumlah rm7 sehingga 3 kali sehingga anak kami terasa hati. Akhirnya anak kami
minta beliau kira sendiri dan ternyata jumlahnya tetap sama.

Beliau juga enggan membayar dikaunter seperti pelanggan lain walaupun hanya duduk di meja
bersebelahan kaunter sahaja.

10 | P a g e
Setelah perniagaan kafetaria mereka bermula, didapati sambutan pelanggan tidak seberapa. Itu lebih
membuatkan beliau sakit
hati. Pelbagai tohmahan
dilontarkan terhadap RPWP.

Tuduhan pertama yang


dilontarkan secara berdepan
ialah pelanggan tidak masuk
ke kafetarianya kerana pintu
tandas sementara Dapur
Raya menghadap ke arah
kafetarianya.

Demi menjaga keharmonian,


kami segera buatkan dinding
penghadang di luar pintu
tandas sementara itu.

(Rahim King, brocker tanah yang gagal mengesan pemilik tanah yang kami beli lalu bertindak menjadi
batu api)

Apabila Binsabi masih


komplen, maka pindahkan
tandas itu ke tempat lain dan
membina tandas kekal di
tapak baru.

Malangnya selepas tandas


kami pindahkan, masih lagi
tidak ramai pelanggan makan
di karetarianya sedangkan
Dapur Raya penuh sesak
dengan pelanggan terutama
di hujung minggu dan hari
cuti.

Tandas sementara yang kami pindahkan atas desakan Binsabi

Dimaklumkan oleh mereka yang rapat dengan Binsabi, kini mereka mula membayangkan DRP
melakukan ‘khianat’ pula terhadap kafetaria mereka. Bahkan dengan lantang mereka mencemuh
pelanggan yang seolah-olah kurang akal. Cantik-cantik mereka buat kafetaria, warung pacak yang hodoh
itu juga yang menjadi gilaan mereka.

11 | P a g e
Sepatutnya kami yang merasakan begitu
kerana terlalu banyak bukti yang sempat
kami kesan adanya usaha menggunakan
‘kuasa ghaib’ untuk menjatuhkan DRP.
Beberapa pelanggan di kejiranan ini sering
nasihatkan agar kami berhati-hati kerana
ada banyak usaha untuk menjatuhkan DRP.

(Printscreen mesej dari jiran RPWP yang


tidak mahu melihat ada sebarang
pengkhianatan)

Ada yang kebetulan dapat dikesan namun


kami biarkan sahaja melakukan ‘upacara
anih’ mereka.

Ada juga yang sempat kami tangkap dan


mengakui sekadar ‘membuang sial’. Itu
tidak termasuk menjumpai pelbagai ‘benda
anih’ seperti katak yang dibungkus dalam
plastik dan sebagainya.

(Kereta putih ini ditahan kerana membuang


botol ‘buang sial’ di depan anak-anak kami)

Sewaktu hadir bersama ketua Kampung,


Rahim King beriya-iya menuduh RPWP
mengganggu saliran air.

Padahal itulah langkah pertama kami


lakukan sebaik sahaja membangunkan
tanah yang baru kami beli itu iaitu
membuat parit besar untuk memulihkan
saliran yang telah dikambus sampah oleh
sindiket sampah haram yang Rahim King
sendiri akui turut terlibat melakukannya.

12 | P a g e
Malangnya demi kepentingan
peribadi, Rahim King diam
sahaja apabila parit besar itu
dikambus semuanya sewaktu
Binsabi bangunkan tanah
sebelah sehingga membuatkan
air bertakung semula.

Akhirnya kami terpaksa


menggali perparitan itu
semula.

C. ADUAN DATUK MARZUKI

Jiran sebelah kiri kompleks RPWP ini antara insan pertama, selaku orang lama yang kami santuni
sewaktu pertama kami mulakan gerak kerja. Krisis bermula apabila melibatkan persempadanan tanah
yang kami beli.

Sebelum menjual, tuan tanah maklumkan ada kekeliruan pada persempadanan yang tidak dapat
diselesaikan.

Sebaik sahaja kami mula memasuki tanah dan rumah yang dibeli, Datuk Marzuki sendiri bergegas datang
untuk menyatakan tentang persepadanan. Beliau tegas minta agar polypipe mereka yang melalui premis
kami tidak dikonkrit.

Untuk mengesahkannya, kami panggil juru ukur profesional untuk memastikan sempadannya. Ternyata
dakwaan tuan tanah lama itu benar. Tembok yang dibina Datuk Marzuki ternyata memakan sempadan
tanah yang kami beli itu sekitar 1 kaki. Malah semua polypipe bekalan air perumahan mereka melalui
bahagian sebelah kami.

13 | P a g e
Logam di tengah bulatan merah adalah sepadan tanah RPWP dengan Tanah Datuk Marzuki

(Polypipe perumahan Datuk Marzuki dipasang melalui premis kami dan beliau berpesan agar ianya tidak
di konkrit)

Sementara itu, sepadan sebelah belakang tanah RPWP dengan perumahan Datuk Marzuki juga
mengalami masalah. Air dari bumbung rumah pekerja / bengkel kejuruteraan mereka dibuang ke tanah
kami kerana bibir bumbung dihalakan ke luar tembok.

14 | P a g e
Lebih menyedihkan
lagi yang salur
kumbahan mereka
juga di alirkan terus
ke tanah kami
sehingga berlaku
takungan najis
secara terbuka yang
amat busuk baunya.

Pekerja mereka
pula sering
membuang sampah
dapur dan sisa
industri dari
bengkel mereka ke
tanah kami.

15 | P a g e
Setelah kami bersihkan
tanah itu, kami minta
mereka agar tidak lagi
menambah sampah yang
sudah kami bersihkan.
Malang sekali ia masih
berlaku.

Adakalanya mereka tidak


sedar yang aktiviti
pembuangan sampah
sarap itu sedang kami
saksikan dari balik
tembok. Beberapa kali
kami sempat tegur
pelakunya secara
berdepan.

(Gambaran sisa industri


termasuk kimia buangan
dari bengkel Datuk
Marzuki yang terus
menerus dibuang ke
tanah RPWP walaupun
sudah berkali-kali
dibersihkan)

16 | P a g e
Kami juga minta
mereka alihkan
saluran kumbahan
yang selama ini
dialirkan ke tanah
yang kami beli.

Akhirnya mereka
pasang satu tangki
kumbahan.
Malangnya kami
dapati sebahagian
dari tangki itu juga
berada di tanah kami.
Ia menyukarkan kerja
membina pagar pula.

Peringatan yang kami


berikan kepada
pekerja yang
memasang tangki
najis itu juga tidak
diendahkan.

(20% dari kedudukan


takungan najis yang
dipasang juga
melepasi sempadan
tanah)

D. ADUAN ZAKARIA JIRAN HADAPAN

Aduan jiran ini lebih menjurus kepada isu sakit mata dan sakit hati

Ini adalah orang pertama yang bermasalah dengan RPWP. Sepertimana biasa, sejak mula kami
beroperasi, beliau adalah orang yang awal kami santuni.

Sehari dua selepas kami mulakan kerja, beliau sudah mula tunjuk belangnya. Beliau komplen bising
kerana kami kerja malam dan menggunakan generator pada malam pertama.

17 | P a g e
Malam kesokannya kami kurangkan kerja welding dan tidak lagi gunakan generator. Minggu itu juga
kami usahakan pemasangan bekalan 3phase dari TNB.

Selepas itu beliau halang pula kenderaan sukarelawan yang parkir di rezab jalan yang semak di hadapan
rumahnya sekalipun ia tidak mengganggu langsung laluan keluar masuk rumahnya. Walaupun tidak
puashati kerana seolah-olah dibuli, sukarelawan kami akur juga.

Sehari dua selepas itu kami didatangi pula oleh pihak MPKJ. Kononnya menerima beberapa aduan. Ada
yang komplen bising dan ada pula yang tanpa usul periksa terus mengatakan kami adalah pengusaha
barang lusuh yang menceroboh tanah.

MPKJ nasihatkan agar RPWP buat majlis suai kenal dengan kejiranan dan buat papan tanda agar orang
tidak salah sangka. Minggu berikutnya kami terus buat apa yang dinasihatkan MPKJ. Kami adakan majlis
silaturrahim dengan penduduk kampung.

Ketika memasang sepanduk jemputan di luar kawasan pagar tanah kosong di sebelah rumahnya, Zakaria
menghalangnya walaupun kami memasangnya di tanah rezab jalan dan tiada kaitan pun dengan
kediamannya. Anak-anak yang tidak tahu menahu akur dengan tegahan beliau dan memasang sepanduk
jemputan itu di tempat lain. Sewaktu majlis suaikenal berjalan pun beliau tidak menghadirkan diri.

Kami cuba dapatkan pandangan Hj Yusuf, satu lagi jiran kami yang sering dikatakan oleh Zakaria hidup
ibarat kera sumbang dan tidak campur orang. Rupanya Hj Yusuf juga nasihatkan agar tidak melayani
sikap buruk si Zakaria ini. Dari situ kami rumuskan sikap hodoh jiran ini dan mula tawar hati.

Semasa kami mulakan kerja, Zakaria minta kami buat pagar zink agar tidak menyakitkan matanya. Sebaik
sahaja kami mula membina pagar itu, beliau menghalangnya pula. Alasan kerana isteri beliau tidak
setuju.

Apabila rumah dan tanah Hj Yusuf yang beliau gelar sebagai kera sumbang dan Tanah Kak Ani yang
sebelumnya kami sewa dapat kami beli, Zakaria semakin merasa sakit hati. Berbagai fitnah dilemparkan
terhadap RPWP. Segala macam aduan dibuat kepada pelbagai penguatkuasa.

E. ADUAN KAK ANI – TUAN TANAH

Kes terakhir terjadi apabila Zakaria mengadu pula kepada Kak Ani, rakan kongsi bahagian tanahnya yang
kini telah kami beli. Diadukan bahawa kereta buruk di tanah kami menyakitkan matanya. Beliau juga
dipercayai turut menghasut Kak Ani dengan pelbagai cara sehingga membuatkan Kak Ani terlanjur kata
untuk tidak mahu tandatangan borang 14A bagi proses tukar hakmilik tanah yang kami beli. Padahal
baki bayaran ansurannya hanya 3 bulan sahaja.

Ancaman itu menjadikan keadaan sedikit tegang kerana ia melibatkan harta amanah. Sewaktu pihak
RPWP bertanya kepada Zakaria apa sebenarnya yang dia mahu dari semua tindakan itu, beliau terus naik
angin. Dengan parang yang ada di tangan beliau takik pagar rumahnya sebagai tanda hilang sabar.

18 | P a g e
Melihat keadaan itu, Kak Ani panik dan panggil polis. Tetapi Zakaria tidak setuju kerana sedar dia telah
melakukan kesalahan dengan parang itu. Kami juga buat laporan polis, namun dinasihatkan polis agar
tidak meneruskan tindakan dan biarkan ia sebagai ‘cover repot’ sahaja.

Kehadiran pihak polis apabila Zakaria mula ‘guna parang’

19 | P a g e
Tiba-tiba Kak Ani adukan pula kepada ketua kampung. Beliau juga dikatakan menulis surat kepada
pejabat ADUN dan lain-lain. Ada yang salah faham mengatakan kami pula yang mahu parang Zakaria
selaku rakan kongsinya. Kenyataan bertulis itu turut diedarkan kepada pihak-pihak berkuasa di daerah
ini.

Ketua Kampung yang baru dilantik beberapa minggu datang untuk mendapat penjelasan secara
berdepan di rumah Zakaria. Sekali lagi Kak Ani secara beremosi ulangi lafaz untuk tidak mahu
tandatangan borang pindah milik sedangkan bayaran sudah hampir lunas. Situasi sekali lagi menjadi
agak tegang di situ.

(Sesi penjelasan ringkas bersama Ketua kampung)

Setelah mendapat maklumat lengkap, Pengasas RPWP, Dr Hj Masjuki sendiri berhubung dengan Kak Ani
dan nampakkan di mana khilaf semua pihak dari insiden itu. Tindakan segera diambil untuk
membersihkan kawasan dan semua pihak bermaaf-maafan.

Alhamdulillah kekusutan itu dapat diselesaikan dengan baik apabila semua pihak kembali tenang dan
rasional.

20 | P a g e
Walaubagaimanapun, surat Kak Ani
sudah terlanjur diedarkan kepada pihak-
pihak penguatkuasa.

Walaupun Kak Ani sudah cuba tarik balik


tuduhannya, namun persepsi buruk dari
segala fitnah itu sudah pun tersebar
merata-rata.

(Surat aduan Kak Ani yang sudah ditarik balik semula)

Muyskil juga mengapa surat aduan Kak Ani itu masih diedarkan oleh pihak yang berkepentingan 2 hari
sebelum dialog khusus bersama YB EXCO kerajaan negeri berkaitan isu penutupan RPWP diadakan.

21 | P a g e
Padahal selisih faham itu telahpun
diselesaikan minggu itu juga.
Bahkan pertukaran hak milik tanah
Kak Ani sudah pun diselesaikan
hujung tahun lepas selepas kami
lunaskan semua baki ansuran, iaitu
3 bulan lebih awal dari tempoh
yang ditetapkan.

Bukan itu sahaja, bahkan Kak Ani


turut aturkan pembelian 2 lagi lot
tanah rakan kongsinya yang sedang
kami sewa.

Teks komunikasi antara Dr Hj Masjuki dengan Kak Ani di bawah ini boleh menjelaskan dengan lebih
lanjut. Walaupun agak panjang namun ia agak menarik untuk dikaji kronologi kisahnya.

[7:10 AM, 11/23/2018] DrMasjuki:

Assalamualaikum Kak Ani. Semoga sihat dan dianugerahkan jiwa yang tenang.

Saya dah dapat laporan penuh tentang sedikit ketegangan yang berlaku. Saya mewakili RPWP dengan
rendah diri ingin memohon ribuan ampun dan maaf jika ada khilaf di pihak Najmi, En Din, dan Saiful
Nang dalam perjumpaan tempohari.

Saya sedang meneliti semua komunikasi antara Kak Ani dgn En Din dan Uda. InsyaAllah saya sendiri akan
cari masa untuk bertemu Kak Ani untuk berbincang hati ke hati.

Kami semua, termasuk ibu-ibu dan anak-anak sudah anggap Kak Ani dan arwah Abah (ayah Kak Ani)
sebagai saudara dunia akhirat. Saya pernah nasihatkan anak-anak, agar kenang jasa Ibu Ani. Jika
ditakdirkan saya mati dulu, bantu Ibu Ani di mana perlu. Termasuklah untuk uruskan jenazahnya sampai
sempurna jika tahu dia meninggal dunia.

Saya yakin, anak-anak RPWP yang memang sudah terbiasa mengurus jenazah termasuk mandi, solat
jenazah, kebumi, talkin dan tahlil akan lakukan itu sepertimana begitu ramai warga emas dan mereka yg
pernah berjasa kepada mereka.

Saya agak terkejut dan kecewa, bahkan amat murka apabila dapat tahu En Din ada bg tau yg kami akan
naikkan bangunan tinggi di belakang rumah Z. Padahal baru 2 malam sebelum itu kami sudah putuskan
walaupun kita jadi beli tanah Kak Jah , kita tidak akan naikkan lagi macam yang di tanah Kak Ani.
Kontena mahal sekarang. Duit pun tak ada.

Saya tanya En Din mengapa buat kenyataan yg membuatkan Kak Ani marah tu? Dia kata dia tertidur
masa saya jelaskan dlm syuro malam itu. Saya marah juga Najmi dan Saiful nang, mengapa tak betulkan

22 | P a g e
kenyataan En Din yang kita tiada niat langsung utk tinggikan bagunan di belakang rumah Z? mereka kata
keadaan kalut sebab semua org bercakap. Lagipun mrk tak jangka kenyataan itu akan membuat Kak Ani
marah sangat.

Untuk makluman Kak Ani, langkah Kak Ani hari itu kurang tepat. Sepatutnya Kak Ani pastikan temujanji
tu sudah dipersetujui. Kami ada 3 event berjalan serentak dan tidak mampu ditolak kerana itu hajat
tetamu. Ramai pulak warga yang ke luar negara menguruskan Rarecation. Anak-anak ramai yang ke JPJ
sebab urusan lesen memandu.

Sejak malam lagi mereka semua belum tidur kerana terpaksa mengemas tempat majlis. Pagi itu kami
kekurangan anggota untuk menguruskan tetamu dan 3 majlis yang agak besar. Dapur raya juga pack
sebab hari cuti umum.

En Din sebenarnya adalah insan paling cool dan tenang di RPWP. Tidak pernah dan tidak suka marah-
marah. Mesej yang Kak Ani hantar pagi itu memang EnDin dan Uda belum sempat baca. Tapi Kak Ani
terus dtg juga dan seolah-olah ingin bertemu mereka dengan cara memaksa. Lalu keadaan jadi kurang
tenang. Mereka terpaksa tinggalkan majlis yang sedang berjalan dan kekurangan kaki tangan. Saiful
Nang sendiri sedang berceramah ketika itu. Jiwa semuanya jadi kacau.

Apapun mereka semua istighfar dan minta maaf. Tidak wajar mereka tinggikan suara pada orang tua
biar apapun alasannya.

Tentang surat Kak Ani, akan saya balas dalam bentuk surat juga. Lengkap dengan penjelasan yang
diperlukan termasuk segala bahan bukti yang ada. Lepas tu nanti bolehlah kita aturkan pertemuan
bersama En Din.

Setakat ini dulu. Penjelasan selanjutnya akan menyusul apabila siap saya sediakan nanti ya. Saya yakin
Kak Ani akan faham dan redha semula. Saya amat takut Kak Ani tersalah langkah. Harap bertenang ya...
Mari kembalikan semuanya kepada Allah.

23 | P a g e
SETELAH DAPAT PENJELASAN, KAK ANI SEGERA HUBUNGI PEJ ADUN DAN KETUA KAMPUNG. MESEJ
PENJELASAN TURUT DI’FWD’KAN PD MEREKA..

[7:03 AM, 11/23/2018] Kak Ani: Saya dah htr pd ketua kg dan pej adun usaha rpwp membersih
kawasan dan insyaAllah minggu dpn pindahmilik kuasa dan permohonan semua atas nama rpwp.

24 | P a g e
[7:10 AM, 11/23/2018] Kak Ani: Assalam. Tindakan surat saya telah menghasilkan sikap baik dan positif
dari rpwp.

[7:10 AM, 11/23/2018] DrMasjuki: Tak apa Kak Ani. Sebenarnya tak perlu dua bulan pun. Kami dah
tahap akhir nak pindahkan semua kereta2 tu ke tanah yg dah diratakan ini. Sabar ya...

[7:10 AM, 11/23/2018] DrMasjuki: Soal kerja malam tu tu tak boleh nak elak lah Kak Ani. kami ni kerja
gotong royong. siang kena cari duit di ofis ... itu pun bukan semuanya bergaji... lillah billah semata2.
Malam pun kena senyap2 kerja. Nak buat mcm mana lagi... keperluan anak anak kena diuruskan sblm
kami mati... tak mahu tinggalkan mrk dlm keadaan yg belum sempurna.

[7:10 AM, 11/23/2018] Kak Ani: Saya dah htr pd ketua kg dan pej adun usaha rpwp membersih
kawasan dan insyaAllah minggu dpn pindahmilik kuasa dan permohonan semua atas nama rpwp.

[8:43 AM, 11/23/2018] DrMasjuki: Alhamdulillah... saya amat bersyukur dan berterima kasih.

[8:46 AM, 11/23/2018] DrMasjuki: Kirim salam pd Zack ya... saya bagi pihak rpwp mohon maaf juga
pada dia jika selama ini ada yang membuatkan dia terasa hati. Senang nanti kita jumpalah bincang
hati ke hati. Saya yakin dengan peranan Kak Ani, semuanya akan kembali murni.

[9:12 AM, 11/23/2018] DrMasjuki: Malangnya semalam tok ketua dah pun dtg... siap ambil gambar
kawasan Dapur Raya di tanah di seberang sungai. Datang pulak bersama Rahim King yg mmg terkenal
dgn kaki cocok dan batu api... sampai salah seorang anak kami bengang bila dia mengejek-ngejek
rpwp. Akhirnya tok ketua akui dia datang bersama dengan orang yang salah.

[9:14 AM, 11/23/2018] DrMasjuki: Tok ketua mungkin tak tahu yg Rahim King itulah orang yang
merosakkan tanah di kawasan kita. Dia sendiri mengaku sbg org yang membuang sampah di situ.
Kami ada rakaman video pun semasa pengakuan dia. Malangnya ini jugalah org yg mengata kita
merosakkan tanah.

25 | P a g e
[9:22 AM, 11/23/2018] Kak Ani: Bila gaduh keluar parang kedua2 pihak...kak tak ada pilihan tel polis
dan polis kata kalau tak nak report kemuka pd ketua kg yg lembut tengelam suara bila din naik suara
cakap besar pej tanah mpkj adun semua org dia.. mungkin buat ketua kg skt hati kot.

[9:28 AM, 11/23/2018] Kak Ani: Kak kata dah takdir rpwp beli kak redha ttp diejek saiful nang. Kak
cakap penting semua niat dihati... dia sindir kak ye lah dari hati... kak naik darah lah... najmi pulak ejek
gi balik sbb bkn tanah kak lagi... kurang ajar.. Din pula tinggi suara cakap berkuasa dan nak naik 4
tingkat dpn rumah Z.. Kak pun naik suara dan cakap tak nak wakaf.

[9:29 AM, 11/23/2018] DrMasjuki: Semua ada silap di situ. Zack mula pakai parang. Abang Mad pulak
tak boleh dicabar. Bab kata kata En Din tu saya tak pasti sbb tak dapat laporan begitu yg dia kata. Tapi
mcm saya cakap semalamlah, bila sudah emosional, tentu tidak lagi akan jadi rasional. Tidak mustahil
khilaf yg mcm Kak Ani cakap tu boleh berlaku. Masing2 penat dan tak tenang.

[9:30 AM, 11/23/2018] DrMasjuki: Tak per lah nak dipanjang2kan pun benda dah berlaku ya tak?

[9:31 AM, 11/23/2018] Kak Ani: Ketua kg kata ramai sgt mengadu pasal rpwp...bkn masalah kak lagi.
Ust ridzuan adun yg kata sekolah tahfiz buat aduan dan byk lg mengadu...nak halau rpwp...kak cakap
jgn beri peluang.

Apa rpwp buat...kak sangka kereta lama kes denggi.. anak duduk dlm kontena... dera anak kecik kerja...
atap zink melayang.. masa kerja mlm... itu buat mereka marah sgt

[9:32 AM, 11/23/2018] Kak Ani: Lps tu kak dengar rpwp pasang payung tanah org kena halau... apa
rpwp buat.. apa jadi ni.

[9:33 AM, 11/23/2018] DrMasjuki: Apa yang saya dapat kesan, semua jadi emosi bila Kak Ani terkeluar
cakap tak mau sain borang 14A. Padahal bayaran dah nak habis pun. Saya katakan kat dia, percayalah
Kak Ani bukan jenis org mcm tu. Mungkin dia sedang marah... memanglah akan jadi tak rasional... Bila
dah sejuk nanti dia akan rasional semula. Malam tadi saya sampaikan berita dari Kak Ani dan mrk
semua gembira. Najmi dan Saiful Nang pun nak minta maaf dari Kak Ani juga katanya. Saya cakap biar
dulu lah... bagi Kak Ani bertenang dulu. Takut dia masih marah lagi nanti jadi macam2.

[9:34 AM, 11/23/2018] Kak Ani: Kak tak ada masalah mudah maaf dan tak dendam. Kak nak adil semua
pihak. Wpun skt hati marah ttp kita sbg org islam kena adil wpun marah.

[9:35 AM, 11/23/2018] DrMasjuki: itulah Kak Ani. Jahatnya mulut orang ni. Minggu kedua kami kerja
tanah Kak Ani pun org dah lapor MPKJ, kata kami ceroboh tanah Kak Ani. Mrk tuduh kami ni tokeh
besi buruk.

[9:37 AM, 11/23/2018] DrMasjuki: Tak ada pulak pengalaman pasang payung di tanah orang kena
halau? Cerita yg sama jugalah. Sangka buruk orang mmg kami ceroboh tanah orang. Padahal kami dah
beli. Ramai juga yg tersipu2 bila dapat tahu itu tanah seberang sungai (tapak kemah Dapur Raya) kami
sudah beli. Mrk ingat kami ceroboh.

(ALANGKAH MALANGNYA JIKA TUDUHAN LIAR INI JUGA DILAKUKAN OLEH GOLONGAN PEMIMPIN
YANG TIDAK BIJAK MEMERIKSA BERITA)

26 | P a g e
[9:38 AM, 11/23/2018] Kak Ani: Itu sbb kak dan keluarga suruh kak tarik diri dari terlibat bantu
permohonan bgn tanah dan bgnan rpwp... bahaya pd kak owner tanah... pej tanah kata rm200ribu😰😰

[9:38 AM, 11/23/2018] DrMasjuki: Tak apa, lepas selesai urusan jual beli dgn Kak Jah nanti baru kami
berani nak buat cantik2... sekarang ni status menyewa, susah nak buat cantik2....

[9:39 AM, 11/23/2018] Kak Ani: Perlu segera...cat sikit2 dulu...marketing pun bagus. Jiran pun suka
nanti.

[9:39 AM, 11/23/2018] DrMasjuki: insyaallah. Kak Ani doakanlah ya...

[9:41 AM, 11/23/2018] Kak Ani: Ok. Selamat berkat hari jumaat. Nak buat draf ni

[9:41 AM, 11/23/2018] DrMasjuki: Amiin. Take care Kak Ani... may Allah bless you and your family.

[7:13 AM, 11/24/2018] Kak Ani: 27/11 selasa atau jumaat 30/11 boleh tak 10.30 pagi di com of oaths
sbb kak ros kena gi doktor.

[7:14 AM, 11/24/2018] DrMasjuki: Sebenarnya utk tanah Kak Ani, perjanjian yg Kak Ani tulis tu pun dah
boleh guna utk borang 14A. Cuma mati stem saja.

[7:15 AM, 11/24/2018] DrMasjuki: Utk tanah kak Ros dan Kak Jah mungkin kena buat betul2 lah sbb itu
yg akan kami tempuhi di masa depan. Utk tanah Kak Ani dah boleh kita anggap selesai sebenarnya.
Perjanjian jual beli itu hanya utk syarat tukar nama saja. Utk proses jual beli sebenar, perjanjian yg Kak
Ani tulis dulu sudah terlaksana. kami patuh, dan Kak Ani juga menepati janji.

[7:19 AM, 11/24/2018] Kak Ani: Selasa boleh tak.. Jumaat pej tanah tutup 12 tgh

[1:19 AM, 11/24/2018] DrMasjuki: OK Kak Ani... Saya akan majukan pd jemaah. akan maklumkan
semula keputusannya ya. Terima kasih sekali lagi.

Atas saranan Kak Ani utk minta kami selesaikan awal kerana Kak Ani nak pergi bercuti disember ini
juga sahabat setuju. Mungkin Kak Ani nak beri full settlement diskaun sikit lagi kut...

[7:20 AM, 11/24/2018] DrMasjuki: Boleh Kak Ani... tarikh saya tak ada masalah. Apa yg Kak Ani
cadangkan saya ikut.,

[7:21 AM, 11/24/2018] Kak Ani: Sempat ke buat bank cek.

[7:21 AM, 11/24/2018] DrMasjuki: insyaAllah sempat Kak Ani... nak bercuti ke mana tu? Sekali dgn
anak anak ker?

[7:23 AM, 11/24/2018] DrMasjuki: kalau Kak Ani nak cepat, saya cuba minta uda sediakan cash utk
full settlement...

[7:25 AM, 11/24/2018] Kak Ani: Tak apa selasa ok dah...Kak Ani risau pasal guna nama Kak Ani dlm
permohonan ke pej tanah dan majlis...terkejut dengar kena denda rm200ribu langgar kesalahan
binaan.😥😥

[7:26 AM, 11/24/2018] DrMasjuki: Perjanjian dulu tu utk proses jual beli sampai bayar habis. Kita dah
patuhi pun sampai hari ini tak ada masalah. Otomatik surat tu tak guna dah. Di pihak kami mmg dah
mati stem dah surat lama tu. Tapi tak perlu lagi dah sekarang ni.

27 | P a g e
[7:30 AM, 11/24/2018] DrMasjuki: soal denda tu Kak Ani jgn risau lah. Pejabat tanah tak sekejam itu.
Satu hal yg Kak Ani tak tahu ialah tahun lepas tanah Kak Ani, tanah sebelah dan tanah hj azmi yg kami
beli tersenarai dlm tindakan 17A, atas kes sampah haram. Kami dah usahakan pun sampai tindakan
itu dibekukan. Kalau diteruskan akibatnya ialah tanah dirampas. Walaupun masih milik Kak Ani di
geran, tapi kami fight sbb kami dah bayar pd Kak Ani.

[7:32 AM, 11/24/2018] DrMasjuki: Antara sebab tanah sebelah dijual murah ialah kerana ancaman
17A. Apapun sekarang ni dah clear sbb kami dah hentikan kes penyangak sampah dan bersihkan
kawasan tu semula. Dah tukar nama pun. Itu tanda tindakan 17A dah dibatalkan.

[7:34 AM, 11/24/2018] Kak Ani: Menurut ust pej adun dan ketua kg byk buat aduan

[7:35 AM, 11/24/2018] DrMasjuki: InsyaAllah Kak Ani... sama sama kita berdoa. Allah di atas sentiasa
memerhati dan melindungi. Tanpa bantuan Allah, tanah Kak Ani pun kami akan bermasalah utk bayar.
Masih ingat dulu Kak Ani tanya, kamu mampu ke bayar sewa... mampu ke bayar instalment bulanan.
Sebenarnya kami tak ada duit di tangan waktu itu. Kami hanya tawakkal dan berusaha saja. Buktinya
hari ini semuanya selesai juga. Itu semua bantuan Allah. Soal kedengkian manusia ni kami dah masak
sgt... mereka ada makar... namun allah ada makar nya juga utk menolong hamba yang berjihad lillah
billah dijalannya.

[7:36 AM, 11/24/2018] Kak Ani: Bkn masalah sampah. Bising tak melibatkan nyawa ttp marah geram
tak dpt tidur. Hanya nyamuk denggi kalau ada anak.mati krn denggi mereka dah mengamuk serang
tuduh rpwp wpun tak bersalah. Jadi jaga kebersihan...belakang rumah Z tepi pagar ada baldinhijau dan
plastik kotak takung air...dah bersihkan.

[7:38 AM, 11/24/2018] DrMasjuki: dah mula kerja pembersihan dan pindah kenderaan Kak Ani. Baldi
hijau tu nanti saya tanya sahabat di sana ya... kalau belum kami akan bersihkan serta merta.
Sampaikan salam saya pada zack ya. Katakan saya juga mohon ampun dari dia. Senang nanti teringin
nak silaturrahim dgn dia bersama Kak Ani... (Kak Ani boleh jadi jaksa pendamai lah macam ni)
😅😅😅😅😅😅👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍😍😍

[11/26, 8:04 AM] Kak Ani: Saya dah rayu dgn ADUN 2 bln beri masa RPWP bersihkan kereta dan bgnan
kontena...mereka akan melawat nanti lps 2 bln.

[2:17 PM, 11/24/2018] Kak Ani: Setelah bincang dgn kak ros...setuju hari rabu 28 nov pukul 9.30am kita
dtg tanah rpwp. utk kak ros lihat tanah kali terakhir

[2:19 PM, 11/24/2018] DrMasjuki: Noted Kak Ani... InsyaAllah akan diusahakan.

[2:20 PM, 11/24/2018] DrMasjuki: Mohon Kak Ani bg tau kak ros dan Kak Jah ... dan Kak Ani juga jgn
sampai putus sedara. Sedih saya bila Kak Ani cakap Kak Jah nak tgk tanah dia buat terakhir kali.
Padahal kita masih boleh saja saling kunjung mengunjung.

[2:21 PM, 11/24/2018] DrMasjuki: Kita duduk sekali dgn Zack dan Sufian ker... boleh sembang hati ke
hati. Hidup ni bukannya lama mana.. esok lusa kita akan berpisah juga. Biarlah mati saja yg jadi
penentunya.

[2:23 PM, 11/24/2018] DrMasjuki: InsyaAllah rabu nanti kita aturkan. Sebelum berangkat boleh minta
anak anak bacakan selawat, akad dan doa selamat.

28 | P a g e
[2:24 PM, 11/24/2018] DrMasjuki: Saiful Nang, Najmi dan En Din pun kat nak jumpa Kak Ani nak minta
maaf.

[2:24 PM, 11/24/2018] DrMasjuki: kita buang yg keruh... ambil yg jernih.

[2:25 PM, 11/24/2018] DrMasjuki: Insyaallah apabila jiwa tenang, tubuh akan sihat... mudah kita
meneruskan amal.

[2:26 PM, 11/24/2018] Kak Ani: InsyaAllah boleh.

[2:29 PM, 11/24/2018] DrMasjuki: Alhamdulillah murah rezeki Kak Ani...

[2:30 PM, 11/24/2018] Kak Ani: Ammin.

F. ADUAN SYAMSUL ANWAR

Aduan rasmi dari remaja ini dibuat secara terbuka atas alasan sakit mata dan sakit hati, serta
kepentingan peribadi yang tergugat.

Sepanjang beberapa tahun pengadu telah berkali-kali membuat serangan di media sosial namun kami
biarkan biarpun ramai yang minta penjelasan. Apabila ia sampai ke pihak berkuasa yang membawa
arahan meroboh, maka kami terpaksa dedahkan siapa dia sebenarnya di media yang sama.

29 | P a g e
Kami kenal dia sebagai
rakan sekolah anak RPWP
generasi pertama yang kini
sudah menjadi
sukarelawan sepenuh
masa.

Dia adalah orang yang


banyak mempengaruhi
anak-anak RPWP sewaktu
zaman persekolahan untuk
melakukan perbuatan
sumbang. Kerana itu anak-
anak kami menjauhkan diri
darinya. Atas dasar sakit
hati beliau melakukan
serangan ini.

Setelah begitu banyak tekanan dari pembaca, akhirnya Syamsul Anwar tampil memohon maaf. Beliau
yang juga rakan sekolah kepada anak RPWP telah datang untuk bersemuka menyatakan penyesalan atas
perbuatannya.

Ternyata beliau adalah anak yang kurang bimbingan dan sudah jauh terlanjur setelah beliau ceritakan
segala masalah peribadinya. Atas dasar itu juga kami maafkan beliau dan turunkan semula segala komen
dan pendedahan tentang dirinya.

Pernah juga kami kemukakan kepada pihak berkuasa tentang butir aduan dan latar belakang pengadu.
Namun jawapannya ialah pihak berkuasa tetap akan bertindak, asalkan pengadu adalah rakyat Malaysia
dan ada IC.

Bayangkan jika aduan liar berserta dengan saranan roboh RPWP ini dilaksanakan hanya semata-mata
berdasarkan aduan liar begini, siapa yang rugi?

Kronologi dan butiran aduan beliau kami paparkan melalui imej prinscreen berikut ini untuk dinilai.

30 | P a g e
31 | P a g e
32 | P a g e
G. ADUAN DARI ADAM JOHARI

Ini antara pengadu yang mengaku sebagai jiran yang dapat kami kesan. Ternyata aduannya bersifat liar
dan berniat jahat. Ramai netizen dan jiran-jiran yang meminta kami jelaskan pelbagai tuduhan jahat
seperti itu namun kami biarkan sahaja hingga ke saat ini. Boleh sahaja kami buat laporan polis dan
mendakwa mereka di mahkamah namun melayani mereka yang jahil dan sombong bagi kami agak
membuang masa.

33 | P a g e
PENJELASAN RASMI RPWP BERKAITAN ADUAN AWAM SEMASA

Pihak awam dan kejiranan setempat dikatakan telah membuat pelbagai aduan terhadap RPWP. Berikut
ialah intisari aduan-aduan yang akan kami jawab dalam para seterusnya.

1. Kerja malam dan guna anak-anak bekerja

2. Pencerobohan rezab sungai

3. Kereta buruk mengganggu pandangan dan punca denggi

4. Jalan berlubang kerana kenderaan berat RPWP keluar masuk

5. RPWP mahu mendirikan bangunan tinggi dan tidak selamat

34 | P a g e
1. RPWP KERJA MALAM DAN GUNA ANAK-ANAK BEKERJA

RPWP ialah sebuah badan kebajikan asnaf dan anak yatim. Selayaknya tugas mengambil berat tentang
anak yatim dan asnaf itu adalah tanggungjawab umum. Kami hanyalah antara mereka yang terpaksa
bersengkang mata bekerja pada siang hari mencari dana melalui usaha niaga yang dijalankan, dan pada
malam hari barulah menjalankan pembangunan dengan tangan kami sendiri tanpa kontraktor.

Keterbatasan dana kerana RPWP ialah badan kebajikan yang tidak meminta-minta derma dan
sumbangan, namun bilangan anak yatim yang mendaftar semakin ramai saban bulan dan tahun.
Keperluan terlalu mendesak sehingga anak-anak sukarelawan di RPWP sepenuhmasa sendiri telah
mengalah untuk tidur di dalam kontena bagi memberi keselesaan kepada anak yatim. Cuma sebahagian
anak yatim sangat memahami dan mereka sendiri bersama-sama anak-anak kami untuk tinggal di
kontena juga. Susah, sama-sama susah. Senang, sama-sama senang. Itu kata mereka.

Kami tidak mampu untuk menjalankan kerja hanya waktu siang kerana kekangan masa dan bilangan
sukarelawan pada waktu siang adalah sangat sedikit.

Jika semua jiran yang membuat aduan ikut turun tangan sama-sama membantu membangunkan RPWP,
kami juga sangat gembira. Kami juga tidak suka hidup dengan tidur 2-4 jam sahaja setiap hari. Selepas
habis bekerja pembinaan, esoknya kami perlu meneruskan usahaniaga mencari dana pula. Jika semua
jiran tetangga menyokong secara kuderat dan kewangan tanpa diminta, pasti kami semua tidak perlu
membanting tulang siang dan malam.

Sementara kami tiada pilihan untuk tidak bekerja waktu malam, kami telah pastikan kebisingan jentera
tidak sampai terlalu mengganggu jiran tetangga. Ramai jiran tetangga yang kami tanya, adakah bunyi
jentera kami mengganggu mereka? semuanya berkata mereka tidak dengar pun. Ini disebabkan
kawasan pembinaan berada dalam jarak selesa dengan kejiranan. Hanya semasa pembinaan di peringkat
awal dahulu di mana kejiranan terdekat hanya kira-kira 20 meter sahaja dari tapak pembinaan.
Alhamdulillah, mereka telah bertoleransi dan kini telah selesai pembinaan yang kritikal di bahagian itu.

Anak-anak yang bekerja adalah anak-anak kami sendiri sukarelawan sepenuh masa. Sukarelawan RPWP
semuanya bekerja tanpa gaji malah harta peribadi mereka juga telah diwakafkan kepada pembangunan
RPWP. Sebab itu anak-anak mereka juga berada dalam RPWP.

Anak-anak ini membantu bapa-bapa kandung mereka bekerja secara sukarela. Asalnya, kami tidak
izinkan anak-anak yatim membantu, tetapi mereka menjadi murung seolah tersisih kerana mereka tidak
dapat pengalaman serta nikmat kebersamaan bekerja bersama bapa-bapa sukarelawan. Akhirnya kami
izinkan tetapi dengan memastikan setiap mereka mendapat rehat cukup. Keselamatan mereka juga
diperketatkan.

Anak-anak hanya dibenarkan melakukan kerja-kerja yang tidak berisiko sahaja. Kerja-kerja paling bahaya
akan dilakukan oleh bapa-bapa (sukarelawan). Biasanya kerja yang paling bahaya malah akan dilakukan
sendiri oleh Dr. Masjuki, Pengasas RPWP.

35 | P a g e
Oleh itu ingin kami seru, hentikanlah aduan dan rapatilah RPWP. Bila hanya melihat dari luar,
kadangkala hakikat tidak seperti yang nampak pada mata. Tidak guna membuat aduan jika ia boleh
disampaikan terus kepada kami untuk dapatkan penjelaskan dan dirasionalkan. Jika ada teguran
berasas, insyaallah pihak RPWP akan terus lakukan pembaikan yang segera.

2. ISU PENCEROBOHAN REZAB


SUNGAI

Isu rezab sungai ini bukanlah


satu pencerobohan tetapi satu
pelestarian. Yang usahakan
hanyalah rawatan tebing supaya
kawasan sungai ini boleh
dimanafaatkan sebagai kawasan
riadah anak-anak RPWP dan juga
anak-anak kampung yang datang
bermain di kawasan sungai dan
tebing yang telah dirawat.

Pihak Jabatan Pengairan dan


Saliran (JPS) dan Pejabat Tanah
dan Galian Daerah Hulu Langat
juga telah dimaklumkan secara
bertulis. Mereka turut
nasihatkan pantang larang agar
tidak menghalang aliran sungai
yang ada. Mereka sebenarnya
gembira kerana inisiatif
melestarikan sungai ini
dilakukan tanpa mereka perlu
keluarkan belanja.

Pihak MPKJ, Pejabat Tanah dan


JPS, LUAS telahpun menangani
aduan awam dengan membuat
lawatan terus dan mendengar
penjelasan kami sendiri serta
meneliti pelan perancangan
RPWP. Mereka juga telah
memberi beberapa garispanduan untuk diikuti. Oleh itu, sebelum membuat aduan, alangkah baiknya
dapatkan penjelasan terus dari kami. Pasti kami akan bantu memberikan penjelasan sebaik-baiknya
sepertimana penjelasan diberi kepada penguatkuasa.

36 | P a g e
3. KERETA BURUK MENCACAT PANDANGAN DAN PUNCA DENGGI DAN HAIWAN LIAR

Pertama sekali kami sangkal yang mengatakan kereta buruk adalah punca banyaknya takungan air dan
punca denggi. Kementerian Kesihatan telahpun banyak kali membuat lawatan ke tempat kami
disebabkan aduan yang mengatakan tempat kami adalah tempat pembiakan nyamuk aedes. Namun
hakikatnya, dimaklumkan kepada kami bahawa takungan tempat terbuka dan panas bukan kawasan
pembiakan nyamuk aedes.

Mereka juga turut memuji RPWP kerana membuat penyenggaraan yang baik untuk pencegahan,
termasuklah membuat semburan fogging dengan inisiatif sendiri secara berkala. Buktinya, tiada satu
samanpun yang pernah kami terima disebabkan oleh jentik-jentik aedes.

Oleh itu, tuduhan awam bahawa RPWP punca menularnya wabak denggi adalah tersasar sama sekali.

Seekor nyamuk Aedes hanya mampu terbang secara purata pada jarak 200 meter sahaja sepanjang
hayatnya. Justeru denggi adalah berpunca dari nyamuk dalam rumah mangsa sahaja. Jika dakwaan itu
benar, sewajarnya warga di RPWP yang akan menjadi mangsa Denggi dahulu, bukannya orang lain di
kejiranan kami.

Kita akan sentiasa mencari arah untuk jari ditudingkan. Namun perlu diingat, satu jari menunding orang,
3 jari lagi menunjukkan ke diri sendiri dan satu jari akan menuding ke atas sana.

ADUAN yang mengatakan kereta terpakai kami adalah habitat haiwan-haiwan berbisa seperti ular dan
kala jengking juga amat tidak wajar. Sebelum kehadiran RPWP di situ, kawasan itu ialah tempat
pembuangan sampah haram dengan longgokan segala jenis sampah. Itulah tempat yang baik untuk
habitat haiwan berbisa berbanding dengan yang disenggarakan setiap hari dan minggu sekarang ini.

Kami setuju dengan aduan yang mengatakan kereta buruk itu mencacatkan pandangan. Mungkin
pemandangan dan bau busuk dari longgokan sampah-sampah haram lebih disukai pengadu.

(Begini kondisi tanah kesan dari sindiket pembuangan sampah)

Mungkin juga pengadu adalah antara begitu ramai yang kami tegah untuk membuang sampah di
kawasan itu setelah kami bangunkannya. Atau mungkin mereka yang mengadu ini ialah salah seorang
dari ramai manusia yang kami tegur kerana membuang sampah dari kereta mereka terus ke sungai atau
di tanah kami seperti sebelumnya. Aneh benar citarasa mereka.

37 | P a g e
(Begini kondisi tanah kesan dari sindiket pembuangan sampah)

4. JALAN BERLUBANG KERANA KENDERAAN BERAT RPWP KELUAR MASUK

Ini juga tuduhan yang datang dari aduan sehingga ke Pejabat Tanah dan MPKJ. Sampai mereka di
kawasan ini ramai yang menyalahkan kami kerana jalan di hadapan RPWP itu sentiasa berlubang.

Demi keselamatan orang ramai, kami telah belanjakan beribu-ribu ringgit untuk menampal sendiri
lubang-lubang di jalan itu sementara menanti tindakan dari PBT untuk membina longkang di seberang
jalan yang menyebabkan air bertakung dan merosakkan jalan setiap kali hujan turun.

38 | P a g e
Namun, masyarakat awam yang dangkal akan melihat keberadaan kenderaan berat kami yang penyebab
kerosakan jalan. Untuk pengetahuan, kenderaan berat kami kebanyakannya berstatus OFF-ROAD. Hanya
digunakan dalam kawasan kami dan tidak untuk keluar. Jika adapun, hanya sebuah lori treler dan
selebihnya ialah lori-lori kecil sahaja. Itupun, jarang benar lori treler RPWP keluar masuk. Mungkin sekali
dalam 2-3 bulan lori treler itu keluar
namun RPWP tetap dikatakan menjadi
penyebab kerosakan jalan.

Setelah berkali-kali dibaiki, termasuk oleh


pihak JKR dan jalan kembali berlubang
semula, maka kami ambil inisiatif
berbincang dengan pihak berkuasa untuk
pembaikan yang bersifat lebih sempurna.
Alhamdulillah kerajaan ambil tindakan.

Ternyata setelah longkang dibina di


seberang dan air hujan mengalir dan tidak
lagi bertakung, ternyata sehingga lebih 1
tahun pada hari ini, jalanraya di hadapan
RPWP tidak rosak-rosak lagi.

Jadi, adakah kerosakan sebelum ini


disebabkan air hujan yang tidak disalir
dengan baik ataupun kerana kenderaan
berat kami yang terlalu jarang keluar
masuk?

Mengapa sebelum ini, semasa lori-lori


sampah besar keluar masuk kawasan ini,
tidak pula orang adukan jalan itu rosak
kerana lori sampah itu? Fikirkan semula.
Yang waras akal fikirannya akan tahu
jawapannya.

(Perhatikan kerosakan berlaku hanya di sebelah kiri yang digenangi air kerana tiada perparitan)

39 | P a g e
5. RPWP MEMBINA BANGUNAN TINGGI YANG TIDAK SELAMAT

Pembangunan kontena tetap dalam kategori bangunan sementara. Dalam pembinaan, keselamatan dan
kekuatan binaan adalah keutamaan. Sekalipun kita bangunkan bangunan ini tanpa kontraktor tetapi
pasukan pembinaan yang terdiri dari sukarelawan kami ini bukan dari golongan tidak berilmu dalam
pembinaan. Sukarelawan RPWP sendiri terdiri dari jurutera, QS, arkitek, planner dan kontraktor yang
mampu memastikan binaan ini selamat.

Di Amerika, kontena sudah disusun sampai 10 tingkat untuk dijadikan pejabat atau kediaman. Bahagian
paling tinggi yang RPWP buat hanyalah 5 tingkat sahaja dan ia dibuat cukup lebar demi kestabilannya.
Pasaknya juga dibuat sekuat-kuatnya supaya mampu menampung bebanan.

Di bahagian hadapan menghadap jalanraya, ia hanya akan dibina maksima 2 tingkat sahaja agar tidak
mengganggu rumah jiran. Tingginya hanya seperti kita mendirikan sebuah banglo kediaman 3 tingkat
sahaja. Jika boleh hidup berjiran dengan banglo 3 tingkat, pasti tiada masalah berjiran dengan bangunan
kontena setinggi 2 tingkat.

KESIMPULAN

Kami alu-alukan pandangan dan aduan terus kepada kami untuk diteliti. Banyak yang kita boleh perbaiki
bersama-sama. Kritikan ada dua sisi, iaitu kritikan untuk membina ATAU kritikan itu dengan hasrat untuk
membunuh. Ada aduan yang layak dipanggil aduan, namun ada juga aduan yang sebenarnya berunsur
fitnah dan TUDUHAN.

Menjaga kebajikan anak yatim dan asnaf bukan kerja RPWP semata-mata, tetapi adalah kerja kita
semua. Jika tidak mampu sama-sama membantu, kami cuma seru untuk kita bersabar sedikit sehingga
pembangunan sarana kita ini siap dan berfungsi. Ketika itu, kaki komplen juga mungkin akan datang
bergambar dengan mercutanda baru di kawasan Kajang ini.

40 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai