Tuan,
2. Untuk makluman Tuan, saya sebenarnya secara peribadi merasa terpanggil dan
juga mewakili anggota SPDRM untuk memberitahu keadaan sebenar apa yang dialami
oleh pihak kami semua iaitu anggota SPDRM Kontinjen Kelantan.
3. Tujuan saya menulis surat ini adalah memohon agar pihak Tuan dapat
menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi oleh anggota SPDRM Kontinjen
Kelantan.
5. Untuk makluman Tuan, bersabit dengan tugas-tugas tambahan ini kami semua
berasa sedikit terkilan apabila Pegawai Turus Logistik bahagian kewangan IPK
Kelantan telah membuat arahan yang saya rasakan bertentangan dengan apa yang
dinyatakan di dalam PTKPN A502. Sebagai contoh dalam kes:-
5.1 Operasi Pencegahan Jenayah – Sekatan Jalan Raya (SJR) dan
Operasi Trafik – Ketenteraman Awam ( Cegah Lumba Haram ).
6. Disini juga saya ingin memaklumkan bahawa sehingga kini kami anggota SPDRM
Kontinjen Kelantan khususnya di IPD Kota Bharu merasa tersepit diantara arahan
tugas dari KPD dan juga diantara tugas-tugas yang sepatutnya dibayar tetapi tidak
dibayar oleh pihak kewangan IPK, bukannya kami terlalu mengharap kepada elaun
SPDRM semata mata kerana boleh dikatakan semua anggota SPDRM telah
mempunyai pekerjaan tetap masing-masing sebagai sumber mata pencarian tetapi
tidak menjadi kesalahan rasanya dengan adanya sedikit imbuhan yang disediakan oleh
pihak kerajaan kepada kami seperti yang termaktub dalam Seksyen 42 (1) dan (2)
Akta Polis 1967, secara tidak langsung ianya dapat memberi lebih semangat kepada
setiap anggota untuk memberi khidmat bakti yang tidak berbelah bagi kepada pasukan.
Di sini juga saya sertakan salinan analisa semboyan penugasan tugas-tugas tambahan
( Tugas-tugas Khas ) bagi membuat tuntutan tugas-tugas tambahan bulan
Januari 2009 yang telah ditolak oleh Pegawai Turus Logistik ( Bahagian Kewangan )
tanpa sebab yang munasabah.
7. Untuk pengetahuan Tuan, pegawai kami telah berulang kali telah pergi berjumpa
dengan Pegawai Turus Logistik bahagian kewangan IPK Kelantan bagi
menyelesaikan masalah tentang pembayaran elaun tugas tambahan SPDRM namun
tidak ada penyelesaian malah saya sendiri pernah bercakap dengan beliau ( melalui
talipon ) merayu agar setiap penugasan anggota SPDRM dibayar elaun yang telah
diperuntukkan namun tiada hasil yang positif, jesteru itu saya telah mengambil inisiatif
sendiri untuk memaklumkan tentang perkara ini kepada Tuan agar kemelut ini dapat
diselesaikan dengan cara yang baik.
9. Untuk pengetahuan Tuan Juga, kami anggota SPDRM telah diarahkan mengaku
menggunakan basikal oleh pihak kewangan IPK dengan menandatangani borang UKK 1
iaitu borang tuntutan elaun basikal sedangkan semua anggota menggunakan kenderaan
sendiri iaitu motosikal dan kereta untuk hadir bertugas di balai, oleh itu saya merayu
agar Tuan dapat mengkaji semula tentang perkara ini demi keadilan seluruh anggota
SPDRM yang sama-sama menggadai nyawa sewaktu bertugas demi kepentingan
agama, bangsa dan negara.
10. Akhir sekali saya juga mengambil kesempatan memohon maaf sekiranya rayuan
saya ini akan menimbulkan kesulitan kepada pasukan namun di sudut hati saya
sebenarnya tidak ada niat lain selain dari menjaga kebajikan angggota SPDRM
khususnya Kontinjen Kelantan supaya lebih terjamin dan sempurna disamping
bersama-sama memperkasakan pasukan Polis Diraja Malaysia.
Yang Benar
s.k: