Anda di halaman 1dari 1

Rujukan Fail: KOPSEM/2019/02

Tarikh : 15 Mei 2019


Kepada:

Penolong Pengarah
Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sabah
Wilayah Tawau

Tuan/puan,

TINDAKAN SUSULAN SELEPAS MESYUARAT AGUNG

Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas adalah berkaitan.

2. Dengan hormatnya saya menurut arahan mengenai perkara di atas dan telah
membuat laporan susulan mengenai mesyuarat agung tahunan (MAT) koperasi yang
telah diadakan pada 30 April 2019. Saya juga lampirkan semua dokumen yang telah
diarahkan sebagai tindakan susulan dari pihak tuan.

Perhatian dan kerjasama dari pihak tuan mengenai perkara di atas amatlah
dihargai.

Sekian, terima kasih.

“ MAJU BERSAMA KOPERASI ”


Yang menjalankan tugas,

…………………………….
( AINORNISA BINTI MD JOHARDI )
Setiausaha
Jawatankuasa
Koperasi Maktab Rendah Sains Mara Semporna Berhad

s.k Pengarah,
Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sabah
Tingkat 7, Menara MAA, Api-api Centre,
Peti Surat 11276,
88814 Kota Kinabalu.

Anda mungkin juga menyukai