Anda di halaman 1dari 1

Kg Skim Pamalan Titiku,

Peti Surat 674,


89008 Keningau
Sabah.

Melalui,
Pengerusi JKKK/ KRT
Kg Skim Pamalan Titiku
Keningau Tarikh: 12 Februari 2018

Tuan/Puan

MEMOHON SUMBANGAN HAMPER/ KEWANGAN SEMPENA SAMBUTAN HARI SUKAN


PERINGKAT KAMPUNG.

Perkara di atas adalah dirujuk.

02. Sebagai makluman pihak Tuan/Puan, Tunas Jiran, KRT Kg. Skim Pamalan Titiku akan
menganjurkan Hari Sukan Peringkat Kampung pada tarikh seperti berikut;

Tarikh : 14,15 & 16 Februari 2018


Hari : Rabu, Khamis, Jumaat
Tempat: Dewan, Padang, Gelanggang Kg Skim Pamalan Titiku

03. Antara acara-acara yang dirancang adalah pertandingan badminton, bola sepak dan
bola tampar. Konsep pertandingan adalah santai dan berbentuk sukaneka.

04. Besarlah harapan kami agar Tuan/Puan dapat menyumbang untuk tujuan tersebut.
Segala budi baik Tuan/Puan kami dahului dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

________________
(SHAHRANI JUMAIN)
TUNAS JIRAN
KG. SKIM PAMALAN TITIKU

Anda mungkin juga menyukai