Anda di halaman 1dari 1

Muhammad Harith Ihsan Bin Kamaruzaman No.

9, Lorong Perwira M3/14 Taman Sri Cicely 36000 Teluk Intan Perak ___________________________________________________________________________ Pengetua Sekolah Menengah Sains Tapah Jalan Pahang 35000 Tapah Perak Tuan, Permohonan Semula Menjadi Ahli Lembaga Pengawas Pada Sesi Persekolahan 2014 Merujuk kepada perkara di atas saya Muhammad Harith Ihsan Bin Kamaruzaman ingin memohon jasa baik pihak tuan agar tuan dapat mempertimbangkan semula permohonan saya untuk menjadi Ahli Lembaga Pengawas pada tahun 2014. 2. Saya memohon agar permohonan saya ini diluluskan kerana saya telah menjalankan tugas saya dengan baik selama saya menjadi ahli lembaga pengawas pada sesi persekolahan 2013.Saya telah membuat satu kesalahan berat yang telah menyebabkan jawatan saya sebagai pengawas dilucutkan.Saya sedar bahawa kesalahan yang saya lakukan itu adalah kesalahan berat dan saya menyesal kerana melakukan kesalahan berat itu. 3.Selain itu,saya telah terpilih untuk menjadi salah seorang pengawas elit dalam biro disiplin.Perkara ini membuktikan bahawa saya berkebolehan menjadi pengawas dan pengawas elit.Sebelum saya terpilih menjadi pengawas elit,saya harus menjalani pengawas percubaan elit dan semasa saya menjadi pengawas elit percubaan,saya telah melaksanakan tugas saya dengan baik.Semasa tempoh saya menjadi pengawas percubaan elit,saya mendapat maklum balas yang baik daripada Majlis Tertinggi Pengawas dan para pelajar sendiri. 4. Saya berjanji tidak akan mengulangi kesalahan saya di masa hadapan.Saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas jasa baik pihak tuan. Keperihatinan dan pertimbangan daripada pihak tuan amat diharapkan.Kerjasama daripada pihak tuan amatlah dihargai. Sekian Terima Kasih. Yang Benar, _____________________________________ (Muhammad Harith Ihsan Bin Kamaruzaman) Pelajar Tingkatan 4 Alamanda 2013

19 Disember 2013

Anda mungkin juga menyukai