Anda di halaman 1dari 1

Majlis Perwakilan Pelajar USIM No. Rujukan: USIM1.

5/261/1 ( )
Emel:mppusim@gmail.com 07 Rejab 1442H/ 19 Februari 2021

Ustaz Ahmad Adnin Roslan


Pengasas Tarbiah Sentap Press
Desa Alam, Shah Alam
Selangor

Melalui:

Encik Adika Hakmi Ab Ghani


Penolong Pendaftar
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
Universiti Sains Islam Malaysia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PANEL WACANA ILMIAH SEMPENA PESTA KONVOKESYEN KALI KE-18
USIM

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pelaksana Pesta Konvokesyen kali ke-18 akan


mengadakan wacana ilmiah bertajuk Nikah Muda: Bersediakah kita? yang menjelaskan realiti, kelebihan
dan cabaran nikah muda kepada masyarakat terutamanya pelajar dalam era kini.

3. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Pelaksana berhasrat menjemput tuan sebagai panel
program ini seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 15 Mac 2021 (Isnin)


Masa : 8.00 malam
Medium : Facebook Live

4. Jawatankuasa Pelaksana berbesar hati sekiranya tuan sudi memenuhi jemputan ini. Sebarang
pertanyaan boleh berhubung dengan saudari Nur Adzimah Mahmud di talian 0185725123 atau emel
cfestusim19@gmail.com. Segala kerjasama dan perhatian tuan amat dihargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERSAMA MEREALISASI ASPIRASI”

Saya yang menjalankan amanah,

(MIOR MUHAMMAD KHALIS MIOR AHMAD ZAINI)


Pengarah
Pesta Konvokesyen kali ke-18
Universiti Sains Islam Malaysia

s.k.: Fail Badan Pelajar

Anda mungkin juga menyukai