Anda di halaman 1dari 3

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM,

Yang dihormati Panel hakim dan hadirin sekalian

Assalamualaikum warahmatullahibawarakatuh dan salam Sejahtera, salam Malaysia madani

Saya NUR AKMAL AMALINA HUSAINA BINTI ZULKARANAIN, ingin mengambil sedikit
masa ,ruang dan peluang hadirin untuk menghuraikan pengucapan awam yang bertemakan
INOVASI PENDIDIKAN KERJAYA STEM PEMANGKIN GENERASI MADANI.

Hadirin yang dihormati sekalian,

INOVASI PENDIDIKAN KERJAYA STEM ,PEMANGKIN GENERASI MADANI

Tidak dapat disangkal lagi bahawa Pendidikan kerjaya stem sebenarnya banyak memberikan
kebaikan kepada individu,Masyarakat mahupun negara. Hal ini demikian kerana,kerjaya stem
membuka peluang pekerjaan kepada pihak yang menjanjikan gaji yang
lumayan .Malangnya,mentaliti segelintir Masyarakat berpendapat bahawa kerjaya stem ini
tidak menjamin masa yang depan cerah dan dipandang remeh. Persoalannya ,bagaimanakah
Pendidikan kerjaya stem ini melahirkan generasi yang madani dan cemerlang selari dengan arus
kemodenan pada masa ini ?

Apakah yang dikatakan dengan STEM?

Dalam konteks Malaysia ,stem merujuk kepada dasar Pendidikan dan pilihan kokurikulum
sekolah untuk meningkatkan daya saing dalam bidang sains,serta teknologi kepada pelajar.

Pendidikan STEM berasal daripada singkatan SMET iaitu sains, matematik, kejuruteraan dan
teknologi ,kemudian national science foundation {NSF} meringkaskan pula kepada STEM
sains ,teknologi,kejuruteraan dan matematik bagi memudahkan penyebutan dan memantapkan
maknanya bagi setiap elemen .

Menurut kamus dewan , inovasi bermaksud sesuatu yang baharu diperkenalkan seperti
kaedah ,sistem ataupun adat. Manakala madani bermaksud maju dari segi
pemikiran ,kerohanian,dan kebendaan yang berkenaan dengan masyarakat dan generasi

Mari kita menyelusuri skop ini dengan lebih luas ,jika kita meninjau dari aspek kerjaya ,ramai
pelajar bercita- cita dan mempunyai Impian untuk menjadi doktor perubatan, saintis
forensik,psikologi,chef,ahli farmasi dan pensyarah akan tetapi semua kerjaya yang disebutkan
tadi amat menerapkan elemen-elemen STEM .Inovasi Pendidikan kerjaya STEM perlu dilakukan
bagi menarik minat pelajar dan melahirkan lagi generasi yang berkualiti.
Antara inovasi STEM yang dapat diambil ialah pihak yang bertanggungjawab khususnya pihak
sekolah dapat mengaplikasi dan mengintegrasikan STEM kepada para pelajar.Dengan ini, murid
dapat mengenal pasti dan mengetahui serba sedikit mengenai STEM . Melalui cara ini juga,
murid dapat meminati dan memahami konsep STEM dengan lebih mendalam.Contohnya,
sekolah mempelbagaikan kegiatan yang berimpak tinggi seperti Science Cafe,National Science
Challenge, dan Science Education bagi memberikan lebih peluang untuk sentiasa dekat di hati
generasi muda khususnya para pelajar. Kesannya , pelajar dapat menerapkan stem untuk
diguna pakai dalam subjek pembelajaran .

Hadirin sekalian,

Selain itu,pihak sekolah mengadakan aktiviti di sekolah dan memberikan sokongan kepada para
pelajar untuk menghasilkan produk berkaitan mengenai STEM .Hal ini dapat memperkasakan
STEM melahirkan generasi yang mahir kuasai kemahiran digital. Pendekatan ini menggalakkan
pelajar berfikir secara kritikal ,kolaborasi,kemahiran digital dan meningkatkan motivasi serta
melahirkan pencapaian pelajar yang lebih baik.

Seterusnya, pihak kerajaan juga mengambil bahagian untuk menyokong dan membantu
teknologi yang digunakan perlu disesuaikan dengan kemampuan dan keperluan pelajar.Hal ini
demikian kerana,teknologi yang kompleks atau tidak dapat diakses oleh pelajar mungkin tidak
efektif dengan memenuhi keperluan pembelajaran. Aksesibiliti pelajar ke atas teknologi digital
perlu diperimbangkan dengan serius sekali. Pelajar yang datang dari latar kehidupan sosio
ekonomi yang rendah serta dari kawasan yang terpencil dan tidak mempunyai cakupan internet
yang mencukupi sukar untuk mendapat akses teknologi yang baik.Kesannya,dengan sokongan
ini mungkin ramai lagi generasi muda yang berminat untuk mengambil bahagian dalam STEM
sekaligus melahirkan insan yang berkualiti tinggi.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Malaysia memerlukan lebih ramai lagi tenaga dan Masyarakat yang mahir dalam bidang ini
terutamanya GOLONGAN MUDA .Inovasi dalam Pendidikan kerjaya STEM membuka ruang
dan peluang yang besar untuk melahirkan lebih ramai lagi generasi muda yang berjaya dan
pemikiran yang rasional.Namun begitu, ia memerlukan kerjasama dari semua pihak bak kata
pepatah Bagai aur dengan tebing.

Akhir kata,

Madah diungkap santun bitara

Pantun dilantun mengusik hati

Salah silap tutur bicara

Pohon diampun seikhlas hati


Sekian Sahaja daripada saya,Assalamualaikumwarahmatuallahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai