Anda di halaman 1dari 6

Budaya sopan santun yang semakin dilupakan~~

Yang Dihormati Saudara Pengurusi Majlis, Yang Berbahagia Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis, Dr. Hamzah b. Ehsan, Yang Arif Barisan Penal Hakim yang adil lagi bijaksana, Yang dihormati Ketua-ketua Jabatan, para pensyarah dan rakan guru pelatih yang saya kasihi sekalian. Assalmualaikum warahmatullah wabarokatuh dan salam Satu Malaysia. Yang kurik itu kundi, Yang merah itu saga, Yang cantik itu budi, Yang indah itu bahasa. Pantun yang saya dendagkan sebentar tadi amat bersesuaian dengan tajuk pidato yang bakal saya persembahkan pada pagi ini. Tajuk pidato saya berkisar mengenai adab, budi bahasa dan budaya masyarakat melayu. Oleh itu, izinkan saya untuk persembahkan sebuah pidato yang bertajuk Budaya sopan santun semakin dilupakan. Sebelum saya memulakan pidato saya pada pagi yang penuh permai ini, izinkan saya untuk menghuraikan tajuk pidato yang bakal saya sampaikan. Merujuk Kamus Dewan Edisi ketiga, definisi budaya ialah kemajuan fikiran atau akal budi iaitu cara berfikir ataupun berkelakuan. Sopan memberi maksud baik budi bahasanya, tahu tertib peraturan dan beradab. Manakala santun membawa erti halus budi bahasa atau budi pekerti. Jesteru, dapat disimpulkan bahawa budaya sopan santun memberi erti perlakuan ,tingkah laku atau adab yang halus. Hadirin sekalian, Budaya sopan santun dalam kalangan masyarakat kita merupakan budaya yang diwarisi daripada ajaran dan asuhan nenek moyang. Ianya kekal hingga ke hari ini menjadi amalan dan cara hidup yang melambangkan identiti hidup bermasyarakat. Masyarakat Melayu Islam khasnya terkenal dengan budaya bersopan santun. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. Hal ini membuktikan bahawa adab

bersopan santun amat penting kerana ia mencerminkan kemuliaan akhlak dan tingkah laku sesorang. Namun begitu, zaman kecanggihan teknologi kini, ramai yang sudah mula lupa akan budaya masyarakatnya terutama generasi muda. Pada zaman kini budaya bersopan santun sudah tidak lagi menjadi amalan dalam kehidupan. Budaya sopan santun dalam pergaulan, cara berpakaian, adab bertutur dengan orang tua tidak begitu diambil perhatian. Jika hal ini tidak dibendung, maka akan lahirlah generasi yang tidak tahu bersopan santun dan akan menimbulkan pelbagai masalah tatasusila, pergaulan dan sebagainya. Justeru itu, semua pihak mestilah memainkan peranan dalam menyebarkan dan mengekalkan budaya sopan santun, terutamanya di kalangan generasi muda, kerana mereka merupakan insan yang bakal memimpin negara pada masa hadapan. Hadirin sekalian,
Masyarakat kini sudah tidak lagi mengamalkan budaya sopan santun. Mereka lebih mengutamakan keseronokan dunia yang sementara. Hal ini dapat dibuktikan apabila banyak terjadinya masalah sosial dalam kalangan remaja yang sukar dibendung. Kebanyakan budaya yang menular di kalangan remaja kini berlatar belakangkan cara hidup yang sukakan hiburan dan kebebasan. Kehidupan mereka tidak dapat dipisahkan dengan beberapa tabiat dan perlakuan buruk seperti hiburan yang melampau, pergaulan bebas, masalah gangsterisme, vandalism dan lain-lain lagi. Selain itu, kedudukan sesorang dalam organisasi masyarakatnya berpandukan darjat dan kekayaan, bukannya adab bersopan santun dalam kehidupan. Aristotle, seorang ahli falsafah Yunani dan juga seorang yang pakar dalam bidang sains menyatakan bahawa yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya. Penyataan ini membuktikan bahawa, kedudukan seseorang itu tidak bergantung kepada darjat atau keturunannya, tetapi ia bergantung kepada ilmu pengetahuan dan adab iaitu mengamalkan budaya sopan santun dalam kehidupan. Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik merupakan orang yang mulia akhlak dan adab sopan santunnya. Oleh itu, seharusnya semua pihak memainkan peranan masing-masing agar budaya sopan santun tidak akan dilupakan.

Hadirin sekalian, Pendidikan awal di rumah menjadi asas dalam menyalurkan didikan dan asuhan kepada anak-anak supaya mengenal erti sopan santun. Contohnya ibu bapa mengajar anak-anak supaya memberi salam dan mencium tangan orang tua sebelum pergi ke

mana-mana, membongkokkan badan sedikit ketika melintas di khalayak ramai, memakai pakaian dengan kemas dan sesuai tidak kira di dalam atau luar rumah, di sekolah atau ketika dalam majlis.Pendidikan di rumah memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi anak-anak supaya patuh bersopan santun. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini kerana, untuk membentuk insan yang tahu akan adab bersopan santun amatlah sukar jika tiada didikan sejak kecil lagi. Oleh itu, setiap ibu bapa harus peka dengan cara didikan yang baik. Didikan ibu bapa yang diterapkan dengan adab bersopan santun akan menjadikan mereka insan yang tahu dan mengamalkan budaya sopan santun. Masyarakat juga hendaklah turut terlibat dalam memastikan budaya sopan santun diamalkan dalam setiap urusan baik di rumah, pejabat, jalan raya, di pusat membeli-belah dan sebagainya. Jika budaya bersopan santun dapat dikekalkan dalam kehidupan seharian, maka kita akan dapat hidup dalam suasana yang aman dan bersatu padu. Budaya bersopan santun merupakan lambang keperibadian masyarakat melayu sejak dahulu hingga sekarang, maka haruslah dikekal dan diperkukuhkan lagi bagi menangkis budaya-budaya negatif yang sedang meracuni pemikiran dan tingkah laku terutama di kalangan generasi muda dan tua. Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya. Kata-kata ini membuktikan bahawa seseorang yang mampu mengawal diri daripada terjebak dengan budayabudaya negatif dan mengamalkan budaya sopan santun akan mengecapi bahagia dan ketenangan dalam hidupnya sekali gus melahirkan sebuah bangsa yang berjaya dan derdaya saing. Hadirin sekalian, Seharusnya, budaya sopan santun tidak dilupakan, semua pihak harus mengembeleng tenaga berusaha untuk menyemai budaya sopan santun dalam jati diri setiap masyarakat melayu. Hal ini kerana, bangsa yang ingin maju mestilah memajukan bahasanya. Bahasa dalam konteks ini tidak hanya merujuk kepada bahasa sesuatu bangsa sahaja, tetapi ia juga merujuk kepada adab dan budaya sesuatu bangsa. Oleh

itu, untuk memastikan masyarakat melayu khususnya beragama Islam mampu mencapai kejayaan, kita harus bersama-sama berusaha untuk mengekalkan budaya sopan santun dalam kehidupan. Sesungguhnya, mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam. Sebelum saya mengundur diri, izinkan saya mengalunkan serangkap pantun. Sekian, terima kasih.

Budi Bahasa: Amalan Yang Semakin Dilupakan


Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Sejak kebelakangan ini, amalan berbudi bahasa semakin kurang diamalkan oleh rakyat Malaysia. Budi bahasa sangat penting dalam kehidupan seharian. Budi dan bahasa adalah dua elemen yang berkaita rapat dalam pembinaan jati diri sesebuah masyarakat. Budi adalah kelakuan yang baik, manakala bahasa merupakan percakapan dan tingkah laku yang sopan santun. Budi bahasa yang baik dapat mengeratkan hubungan sesama masyarakat. Sejak kebelakangan ini, ia semakin kurang diamalkan kerana kurangnya didikan tentang amalan ini di peringkat keluarga. Jika amalan ini tidak dididik sejak kecil, rakyat Malaysia akan hilang budi bahasanya. Contohnya, remaja hari ini kurang mengamalkan pemberian salam kepada orang tua. Oleh yang demikian, ibu bapa haruslah memainkan peranan mendidik anak-anak tentang amalan berbudi bahasa. Selain itu, amalan berbudi bahasa kurang diamalkan kerana segelintir rakyat kita sudah tidak lagi mempunyai sifat baik. Sebaliknya, jiwa mereka dipenuhi sifat sombong, angkuh, meninggi diri dan angkuh. Orang yang mementingkan diri sendiri dapat dilihat di jalan-jalan raya. Para pemandu yang memandu laju dan tidak bertimbang rasa menunjukkan diri mereka tidak mempunyai budi bahasa yang

sepatutnya. Ada sesetengah remaja tanpa segan silu berasmara di khalayak ramai tanpa memperdulikan orang sekeliling. Akibatnya, bercambahlah bilangan bayi hasil daripada hubungan terlarang. Tanpa sifat malu dan adab sopan, gejala rasuah dan jenayah kolar putih juga mengakibatkan kerugian kepada negara. Seharusnya kita mengamalkan sifat terpuji seperti lemah lembut, menghormati orang lain dan berhemah tinggi kerana ia dapat melahirkan rasa kasih mesra sesama manusia tidak kira bangsa, agama, usia, taraf atau warna kulit. Sikap masyarakat Malaysia yang semakin kurang menitikberatkan amalan berbudi bahasa boleh dibantu oleh peranan media massa. Media cetak dan media elektronik harus berganding bahu menyiarkan berita atau kempen kesedaran akan perlunya budi bahasa dalam masyarakat. Melalui kerjasama semua pihak, amalan budi bahasa yang semakin terhakis dapat disuburkan kembali dalam kalangan masyarakat di negara ini. Pihak sekolah sebagai institusi sosial, tidak hanya berperanan sebagai pusat persediaan peperiksaan. Kempen budi bahasa di peringkat sekolah dapat membantu menyedarkan pelajar untuk menjadi remaja yang berbudi bahasa. Tuntasnya, peranan guru di sekolah juga amat penting dalam meningkatkan amalan budi bahasa. Setiap warga masyarakat yang mempunyai budi bahasa, akan dipandang tinggi dan mulia. Orang lain juga akan lebih menghormati dan senang bergaul dengan mereka yang mengamalkan budi bahasa. Harta kekayaan, rupa paras dan darjat tidak menjamin seseorang itu dihormati dan disegani.

Oleh hal yang demikian, marilah kita bersama-sama memupuk amalan budi bahasa kerana ia dapat disemai dan dibajai, ia juga tidak dapat dijual beli. Pepatah ada menyatakan, yang kurik itu kendi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa. Asas kesedaran terhadap budi bahasa harus disemai sejak kecil bak kata pepatah, jika melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

APAKAH SOPAN SANTUN MENJADI SEMAKIN MAHAL? Posted by Jefferson , Saturday, April 24, 2010 9:32 AM
Seiring dengan globalisasi, budaya-budaya negara asing telah masuk dan memberikan dampak terhadap budaya dan nilai-nilai tradisional di negeri ini. Dampak tersebut dapat berupa pengaruh positif, namun dapat juga pengaruh negatif. Tidak sedikit nilai-nilai tradisional yang telah dilupakan oleh masyarakat asli negeri ini, khususnya kalangan remaja. Banyak dari mereka yang telah melupakan tentang pentingnya sopan santun.

Salah satu contoh kurangnya norma sopan santun dari kalangan remaja adalah tidak menyapa orang yang berusia lebih tua dari mereka. Ketika mereka bertemu guru-guru di sekolah, banyak dari mereka yang hanya jalan berlalu, tanpa memanggil.Selain itu, hal yang seringkali kita lihat adalah para remaja yang memanggil orang yang lebih tua bagaikan memanggil teman sekelas. Mereka berbicara dengan menggunakan bahasa-bahasa gaul yang mungkin tidak cocok dengan orang yang lebih berusia, sehingga konflik dari kedua pihak pun terjadi dan hubungan mereka pun semakin buruk.

Sopan santun sebenarnya sangatlah penting untuk diterapkan bagi para remaja. Remaja merupakan generasi penerus bangsa, dimana nasib tanah air kita tercinta ada di dalam tangan mereka. Tidak sedikit dari para remaja yang menilai bahwa sopan santun bukanlah sesuatu yang penting, dan bahkan meremehkannya karena mereka merasa tidak keren dan tidak sesuai dengan budaya barat yang masuk ke Indonesia. Para remaja seharusnya mengetahui bahwa sikap mereka yang sopan santun justru akan dihargai banyak orang. Dengan merasa dihargai juga, orang-orang pun akan memberikan kesan yang sangat baik terhadap kita. Apabila para remaja sebagai penerus bangsa gagal menyadarinya, dan mereka terus tidak menerapkannya ketika berhubungan dengan masyarakat asing, maka bangsa Indonesia akan membawa kesan yang buruk dan akan martabat negeri ini pun akan turun dalam dunia internasional.

Supaya lebih merasa dihargai dan martabat negeri ini tidak menurun, maka yang harus kita lakukan adalah belajar untuk menjadi orang yang penuh dengan sopan santun. Namun, ini bukanlah berarti bahwa kita harus meninggalkan budayabudaya asing yang mempengaruhi budaya sopan santun negeri kita ini. Mulailah dari hal-hal yang kecil, seperti menyaring perilaku yang dianggap sopan atau tidak sopan. Sapalah ketika bertemu dengan orang-orang yang lebih tua dan meminta maaf jika melakukan kesalahan yang membuat orang lain tidak senang. Sopan santun sebenarnya malah akan membawa kesan dan dampak positif, dan juga tidak usah mengorbankan sesuatu untuk melakukannya. Jadi, mengapa kita sebagai orang yang penting di masa depan tidak memulai untuk menerapkan sopan santun dalam hidup kita mulai sekarang?

Anda mungkin juga menyukai