Anda di halaman 1dari 2

LEMBAGA PENARAFAN PENGAKAP RAJA

NEGERI PERAK
UJIAN PENARAFAN PENGAKAP RAJA (BHG. 2)
(ARAHAN INI HANYA DI GUNAPAKAI DALAM TEMPOH PASCA COVID-19 SAHAJA)

1. Syarat Peserta – Tentukan anda: -


1.1 Telah berdaftar dan menjelaskan yuran keahlian 2021.
1.2 Kelonggaran had umur untuk Calon Pengakap Raja untuk menyertai
dan lulus Ujian Sikap Pengakap Raja bagi calon tahun 2020.
1.3 Sanggup membayar yuran ujian sebanyak RM30.00
- RM25.00 (Pentadbiran)
- RM 5.00 (Urusan Setem & Sampul Surat)
1.4 Mempunyai pakaian seragam pengakap yang lengkap.
1.5 Sihat tubuh badan.

2. Persediaan Ujian Dalam Talian


2.1 Lengkapkan 2 Borang PPM (PR) asal – gambar berukuran paspot
dengan berunifom lengkap dengan memakai 5 Lencana Tertinggi dan
rambu kuning. Gambar hendaklah di tampal dengan baik. (Sila rujuk
pada Senarai Semak Borang PPM (PR).
2.2 Sediakan segala alatan untuk gajet seperti kayu penyapu, buluh, tali
dan sebagainya. Paip PVC, batang besi dan UPVC tidak dibenarkan
sama sekali.
Gajet-gajet yang perlu dibuat adalah seperti berikut:-
2.2.1 Pintu Gerbang
2.2.2 Dapur atas berbumbung
2.2.3 Meja makan berbumbung
2.2.4 Ampaian Kain
2.2.5 Tiang bendera
2.3 Sediakan tali guni atau tali yang sesuai untuk ikatan gajet. Tali rafia
tidak dibenarkan.
2.4 Untuk ujian Tarian Tradisional, sediakan pakaian dan muzik sendiri.
Pilih satu daripada tarian – Inang, Zapin, Dabus atau Joget. (Ujian
boleh dilakukan secara solo atau berkumpulan tidak melebihi dari 5
orang) di rumah atau tempat yang sesuai.
2.5 Sediakan kayu tongkat buatan sendiri saiz 5.2 kaki untuk ujian kawad
tongkat.
2.6 Bahan ujian seperti tali sambat, rambu Pengakap Raja, tali wogel
dan bahan nasi goreng akan di sediakan oleh urusetia.
3. Serahan dokumen dan bahan kepada Pengerusi Latihan Daerah
3.1 Serahkan Wang Pembangunan Kad Kerja Bulan sebanyak RM100.00
& Yuran Ujian Penarafan sebanyak RM30.00
3.2 Serahkan Bukulog Peribadi dan Bukulog Ujian Sikap.
3.3 Serahkan 2 salinan asal Borang PPM (PR) yang telah dilengkapkan.
3.4 Serah salinan sijil Lencana Kemajuan dan Lencana Tertinggi yang
telah disahkan oleh Pesuruhjaya Daerah.
3.5 Salinan Kad Keahlian tahun semasa dan 2 tahun sebelum.
3.6 Salinan Kad Pengenalan.
3.7 Bendera Hijau saiz 4 kaki (P) x 2 kaki (L).
3.8 Tongkat Pengakap buatan sendiri saiz 5.2 kaki
3.9 Peti Pertolongan Cemas (buatan sendiri mengikut Saiz 30cm x 15cm x
15cm).

4. Kaedah Pelaksanaan Ujian Penarafan Pengakap Raja adalah seperti


berikut:

(a) Ujian secara bersemuka tidak melebihi 5 orang calon untuk 1 pusat
ujian sekiranya negeri tersebut tidak terlibat dengan PKP atau PKPD.
(b) Ujian boleh dijalankan secara dalam talian menggunakan aplikasi
Google Meet, Zoom, Skype, atau Microsoft Teams.
(c) Ujian juga boleh dijalankan secara penghasilan rakaman video yang
jelas dan menampakkan fizikal, iaitu muka dan badan calon yang
boleh dimuatnaik ke saluran YouTube atau lain-lain aplikasi (rujuk
lampiran perkeliling PLN).
(d) Sila rujuk pada lampiran Tatacara Pengujian Ujian Penarafan
Pengakap Raja.

LEMBAGA PENARAFAN PENGAKAP RAJA


PERAK DARUL RIDZUAN

Anda mungkin juga menyukai