Anda di halaman 1dari 9

BRIDGE BUILDING COMPETITION

SEKOLAH RENDAH

1.0 PENGENALAN

Bridge Building Competition adalah pertandingan anjuran Bahagian Sukan, Kokurikulum dan
Kesenian (BSKK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama semua
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Pertandingan ini merupakan platform dalam
mengetengahkan serta mencungkil bakat, kreativiti dan memberi pendedahan analisis
kepada murid-murid sekolah rendah tentang ilmu reka bentuk, teori-teori dalam
kejuruteraan fizik (konsep asas pembinaan) dan memupuk minat murid dalam mata
pelajaran sains serta reka bentuk dan teknologi. Pertandingan ini juga bertujuan
menggalakkan kreativiti serta percambahan minda dalam menghasilkan inovasi yang dapat
diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kemahiran yang dapat dikembangkan melalui
pertandingan ini meliputi penyelesaian masalah, membuat penyelidikan, kreativiti, kritis,
kerja berpasukan, komunikasi, dan literasi digital.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memberi peluang kepada murid untuk meneroka pembelajaran di luar


bilik darjah dan meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

2.2 Untuk meningkatkan kemahiran praktikal murid dan mendorong


kreativiti dalam menghasilkan projek binaan.

2.3 Mengasah kemahiran murid dalam membuat penyelidikan saintifik konsep


binaan mengikut kaedah dan prosedur yang betul.

2.4 Memupuk minat murid dalam mata pelajaran Sains dan Rekabentuk &
Teknologi (RBT) berunsurkan STEM.

2.5 Meningkatkan dan mengembangkan minat murid dalam bidang Sains,


Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

2.6 Meningkatkan peratus penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum


dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

2.7 Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial dalam


proses pembangunan projek.

3.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN


Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM Negeri Sabah 2021 I 1
3.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah rendah bantuan
kerajaan persekutuan. Murid dari sekolah bantuan kerajaan negeri
dibenarkan menyertai pertandingan ini di peringkat daerah dan negeri
atas dasar jemputan.

3.2 Pertandingan ini terbuka kepada murid tahun 4, 5 dan 6 atau


gabungan tahun 4, 5 dan 6 pada tahun 2021 dan peserta mestilah
warganegara Malaysia.

3.3 Penyertaan adalah secara inividu atau berkumpulan. Penyertaan


berkumpulan samada dua(2) atau tiga(3) orang murid. Setiap
penyertaan disertai seorang (1) guru mentor (pembimbing).

3.4 Sekiranya memilih berpasukan, setiap ahli pasukan mestilah dari sekolah
yang sama.

3.5 Sijil penyertaan disediakan kepada setiap peserta pertandingan.


Nama yg tertera pada sijil berdasarkan ejaan sewaktu pendaftaran
dalam talian.

3.6 Pertukaran ahli kumpulan selepas pendaftaran tidak dibenarkan.

3.7 Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 24 Julai 2021.

4.0 KAEDAH PERTANDINGAN

4.1 Penilaian Pertandingan:

a) Rekabentuk Jambatan – 40%


• Persembahan Projek ( Appearance Of Project),
• Kerjasama Kumpulan (penyertaan berkumpulan)
atau kemahiran khas (penyertaan individu)
• Bahan ( Materials)

b) Ujian Daya Ketahanan Jambatan – 60%

4.2 i. Peringkat Negeri Secara Dalam Talian

A) Penilaian Rekabentuk Jambatan

i) Video 1: Proses pembinaan jambatan bermula dengan paparan bahan


dan peralatan yang digunakan, proses pembinaan sehingga siap
dibina ditunjukkan dalam video time-lapse berdurasi 3-5 minit dan
dihantar menggunakan pautan yang disediakan oleh penganjur.
Jambatan yang dibina hendaklah mengikut spesifikasi yang telah
ditetapkan seperti di lampiran 1.

B) Ujian Daya Ketahanan Jambatan

Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM Negeri Sabah 2021 I 2


i) Video 2: Rakaman ujian ketahanan jambatan menggunakan botol
berisi air minuman (drinking water) 1.5 liter sebagai pemberat dan
dipertontonkan dihadapan juri secara dalam talian semasa sesi soal
jawab. Ujian ditunjukkan sehingga jambatan mengalami kerosakan
pada binaan. Tambahan pemberat (botol berisi air minuman (drinking
water) 1.5 liter perlu ditambah selepas sepuluh (10) saat sehingga
jambatan mengalami kerosakan. Alatan dan cara menguji hendaklah
mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan seperti di lampiran 2.

Sebelum ujian ketahanan dibuat, peserta perlu menunjukkan


ketepatan saiz jambatan menggunakan pembaris (unit cm). Rakaman
mesti menunjukkan bacaan pembaris yang jelas dengan penerangan
yang sesuai.

Durasi rakaman video: 2-4 minit

C) Pusingan Penentuan

i) 10 penyertaan terbaik akan dihubungi untuk sesi Soal Jawab Lisan


(Oral Q & A). Ianya dipilih (berdasarkan jumlah markah Rekabentuk
Jambatan 40% dan Ujian Daya Ketahanan Jambatan 60%)
Peserta perlu bersedia untuk melakukan eksperimen ringkas secara
lansung. Sesi ini akan ini dijalankan dalam 3-5 minit dan disaksikan
oleh juri yang dilantik.

BORANG PENJURIAN BRIDGE BUILDING COMPETITION

Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM Negeri Sabah 2021 I 3


UJIAN KETAHAHAN JAMBATAN (60%)

A B MASA (SAAT) / MARKAH

BOTOL
WIEGHT AIR
PLATE MINUMAN 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
1.5
LITER

PEMBERAT 2.5 kg 2 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
PERTAMA

PEMBERAT 5.0 kg 4 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
KE-2

PEMBERAT 7.5 kg 5 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
KE-3

PEMBERAT 10.0 kg 6 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
KE-4

PEMBERAT 12.5 kg 7 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
KE-5

PEMBERAT 15.0 kg 8 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
KE-6

PEMBERAT 17.5 kg 9 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
KE-7

PEMBERAT 20.0 kg 10 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
KE-8

PEMBERAT 22.5 kg 11 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
KE-9

PEMBERAT 25.0 kg 12 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
KE-10

MARKAH

Nota :
Sekiranya jambatan tidak runtuh pada pemberat yang ke-10, peserta perlu menambah pemberat
dengan kadar penambahan yang sama sehingga kadar maksimum yang boleh ditampung oleh
jambatan.

7.0 PROSEDUR PENYERTAAN

Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM Negeri Sabah 2021 I 4


Proses pendaftaran mesti mengikut prosedur berikut:

7.1 Semua pendaftaran mesti dibuat melalui dalam talian.

7.2 Semua butiran dalam borang pendaftaran dalam talian mesti diisi dengan
lengkap dan betul.

7.3 Pautan projek (video) mesti hantar melalui google form yang disediakan
oleh penganjur.

7.4 Peserta diminta untuk menggunakan akaun email moe (kebangsaan


sahaja) untuk mengakses borang dalam talian.

7.5 Pengelola peringkat negeri dan kebangsaan berhak untuk menolak


mana-mana penyertaan yang tidak lengkap.

8.0 HADIAH PERTANDINGAN

8.1 Hadiah untuk tempat pertama, kedua dan ketiga (Sijil, wang tunai dan piala).
8.2 Hadiah tempat keempat hingga kelima (Sijil dan wang tunai ).
8.3 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD. Sebarang rayuan atau pertikaian tidak
akan dipertimbangkan.

9.0 PERTANYAAN
Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi:

ENCIK AZIZ CHIN


SK Luagan, Keningau Tel: 019-8829911
Pengerusi Teknikal Negeri
Bridge Building Competition
Pertandingan Karnival STEM 2021
Peringkat Negeri Sabah

Urusetia Peringkat Negeri

PUAN ROSAINEH SUHAIBUL


Penolong Pengarah
Unit Pengurusan Bakat Murid
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM Negeri Sabah 2021 I 5
Tel: 088-537010 ext. 7220
Alamat emel: bakatmuridsabah@gmail.com

LAMPIRAN 1
1. Spesifikasi Pembinaan Jambatan

Rajah 1

Spesifikasi :
i. Panjang : 28.5 cm
ii. Lebar : 5cm-10cm
Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM Negeri Sabah 2021 I 6
iii. Tinggi : <28 cm
iv. Jarak tengah antara tiang dibawah jambatan 20cm
v. Ruang tengah diatas jambatan dikosongkan 3 – 5cm
vi. Tapak base hendaklah disusun dengan maksimum 7 batang lidi sate dan 7
batang sahaja untuk tulang pengikat (support) seperti rajah 2.
vii. Tapak base juga tidak dibenarkan disusun berlapis atas bawah seperti rajah 3.

Rajah 2
Rajah 3

2. Bahan / Peralatan yang dibenarkan

BIL PERALATAN
1 Gam perekat panas (Hot Glue) / gam air
2 Gunting
3 Pembaris
4 Pensel / pen
5 Marker pen
6 Playar pemotong
7 Kertas pasir
8 Pelapik pemotong (Cutting mat) – bersesuaian
9 Sarung tangan – bersesuaian
10 Kertas Manila / Kertas (kosong tanpa sebarang lakaran) (disediakan oleh
penganjur jika bersemuka)
11 lidi sate berukuran 28.5 cm panjang (maksimum 30 batang lidi) (disediakan oleh
penganjur jika bersemuka)

* Panjang lidi sate asalnya ialah 30cm. Peserta perlu memotong bahagian tajam
lidi sate sepanjang 1.5cm. Baki yang akan digunakan untuk membina jambatan
ialah 28.5cm

Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM Negeri Sabah 2021 I 7


LAMPIRAN 2

2. Pengujian Jambatan : botol air minuman 1.5 liter sebagai pemberat

Gambar hanya ilustrasi sahaja. Gambaran sebenar boleh dilihat melalui video yang
disediakan.

Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM Negeri Sabah 2021 I 8


LAMPIRAN 3

3. Pengujian Jambatan : weight plate sebagai pemberat

Gambar hanya ilustrasi sahaja. Gambaran sebenar boleh dilihat melalui video yang
disediakan

Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM Negeri Sabah 2021 I 9

Anda mungkin juga menyukai