Anda di halaman 1dari 9

SJK T LORONG JAWA

SJK (T) LORONG JAWA

No. 1, Lorong Jawa 1, 70000, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia .

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN KRAF BOTOL PLASTIK
DARIPADA BAHAN BUANGAN

Tarikh
55 Februari 2017

Tempat
SJK (T) Lorong Jawa, Seremban

Anjuran
Unit Pendidikan Seni Visual (PISMP S-8)
IPG Kampus Raja Melewar, Seremban
KERTAS KERJA
PERTANDINGAN KRAF BOTOL PLASTIK DARIPADA BAHAN BUANGAN
____________________________________________________________________________

1.0 Pengenalan

Internship merupakan salah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk
mengembang serta mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada
sebagai seorang guru. Guru pelatih dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek
yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah atau
aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah atau tempat bertugas.

Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan kebenaran
daripada Guru Besar SJK (T) Lorong Jawa, Seremban bagi menjayakan Pertandingan Kraf
Botol Plastik Daripada Bahan buangan yang akan berlangsung selama sehari iaitu pada
25hb Februari 2017. Pertandingan kraf botol plastik yang melibatkan murid-murid tahun 5 ini
dianjurkan bagi menepati skop kursus pembelajaran PSV3143 ( Seni dan Pengurusan )
semester 8. Kursus ini meliputi kepentingan dan asas pengetahuan dalam projek seni,
pengurusan dan proses pengendalian projek seni. Pelajar yang mengikuti kursus ini
dikehendaki mengaplikasikan pengetahuan pembelajaran melalui projek mengikut prosedur
dan tata cara terhadap projek seni visual dan mengendalikan projek seni dengan melibatkan
murid sekolah rendah. Melalui pertandingan ini, peserta pertandingan dapat berkongsi
pengalaman serta mencipta produk secara kreatif dan inovatif melalui proses penghasilan
kraf botal plastik. Pertandingan Kraf Botol Plastik Daripada Bahan buangan ini dilihat dapat
melahirkan anak murid yang berkreatif dan berinovatif bagi mengubahsuai bahan buangan.
Disamping itu, pertandingan ini juga membuka ruang kepada peserta untuk memperolehi
ilmu pengetahuan dan pengalaman baharu supaya dapat dimanfaatkan pada masa
hadapan.

2.0 Rasional
Pertandingan Kraf Botol Plastik Daripada Bahan buangan ini merupakan satu aktiviti yang
baik bagi murid untuk membuat kitar semula bahan buangan secara kreatif dan inovatif.
Semangat berpasukan dan kerjasama dapat dipupuk dalam diri murid-murid melalui
pertandingan ini.

3.0 Matlamat

Matlamat utama penganjuran pertandingan kraf botol plastik daripada bahan buangan bagi
memupuk di samping mencungkil bakat terpendam murid-murid Tahun 5 dalam bidang Kraf
Tradisional. Selain itu, guru dapat mengenal pasti potensi murid yang mampu
mengharumkan nama baik Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di peringkat yang lebih tinggi
misalnya pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan daerah.

4.0 Objektif

4.1 Menggalakkan murid-murid berfikir secara kreatif dalam membina kraf botol plastik
daripada bahan buangan.
4.2 Menanam nilai menghargai kraf tradisional dan rasa kecintaan terhadap alam sekitar
dalam jiwa murid.
4.3 Meningkatkan sikap tentang kepentingan memulihara sumber bahan asli yang semakin
terhad di bumi ini.
4.4 Mendedahkan cara pengurusan sesuatu program berunsur akademik kepada guru
pelatih.

5.0 Tema

Inovasi Dan Kreativiti Menyelamatkan Bumi

6.0 Ahli Jawatankuasa


Rujuk Lampiran 1

7.0 Tempat
Dewan Sekolah

8.0 Tarikh Dan Hari


15hb. Februari 2017 (Rabu)

9.0 Tentatif Program


Rujuk Lampiran 2

10.0 Kumpulan Sasaran


Murid-murid Tahun 5
11.0 Anggaran Perbelanjaan
Rujuk Lampiran 3

12.0 Jadual Carta Gantt


Rujuk Lampiran 4

13.0 Penutup

Diharapkan program Pertandingan Kraf Botol Plastik ini dapat dijayakan dan memberi
manfaat kepada semua yang terlibat khususnya memberi kesedaran cinta akan negara.
Semoga segala pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang ditimba semasa
berlangsungnya program ini dapat meningkatkan kemahiran mengurus dan mentadbir
sesuatu organisasi dengan baik dan berkesan sekali gus dapat mempraktikkan
kemahiran ini apabila berkhidmat di sekolah kelak.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

............................................................ ....................................................................
(KALAI SELVAN A/L PERIASAMY) (DEVANDRAN A/L T.KALAICHELVAM)
Setiausaha Pengerusi
Program Pertandingan Kraf Botol Plastik Program Pertandingan Kraf Botol Plastik
DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN

Lampiran 1

Ahli Jawatankuasa Pertandingan Kraf Botol Plastik Tahun 2017

Penasihat : En. Nagaretnam A/L Muthayan

(Guru Besar)

Penyelaras : Pn. Indra Ghandi A/P Munusamy

(Ketua Panitia PSV)

Pengerusi : En. Devandran A/L T. Kalaichelvam

(Guru Pelatih)

Setiausaha : En. Kalai Selvan A/L Periasamy

(Guru Pelatih)

Bendahari : Pn. Saraswathy A/P Vijiyan

Buku Program : En. Devandran A/L T.Kalaichelvam


Jemputan & Pendaftaran : Pn. Premalatah A/P Veerappan

Hadiah & Sijil : Pn. Mogana A/P Gunasekaram

Istiadat Perasmian : Pn. Azniwati BT Abdullah

Peralatan : En. Velavan A/L Malayandy

Persiapan tempat : En. Kalai Selvan A/L Periasamy

Pertandingan

Keselamatan & Kebersihan : En. Devandran A/L T. Kalaichelvam

Lampiran 2

Tentatif Program Pertandingan Kraf Botol Plastik

Tarikh / Masa Aturcara

25hb. Februari 2017 Pendaftaran peserta

7.30 pagi

8.00 pagi Taklimat dan peraturan pertandingan

8.15 pagi Persediaan alat dan bahan pertandingan

8.30 pagi Pertandingan dimulakan

10.00 pagi Pemilihan pemenang pertandingan

10.15 pagi Ucapan penutup

10.30 pagi Penyampaian hadiah


Lampiran 3

Anggaran Perbelanjaan

Hadiah para pemenang.

Sumber kewangan : Guru pelatih

BIL PERKARA HARGA JUMLAH


(RM) HARGA(RM)
1 Hadiah Pertama 25.00 x 1 25.00

2 Hadiah Kedua 20.00 x 1 20.00

3 Hadiah Ketiga 15.00 x 1 15.00

4 Hadiah Saguhati 10.00 x 2 20.00

Jumlah Keseluruhan RM 80.00


Lampiran 4

Jadual Carta Gantt Pertandingan Kraf Botol Plastik daripada Bahan Buangan

TARIKH / MASA
20 FEB
15 FEB 2017
2017
PERKARA
7.30pg 8.00pg 8.15pg 8.30pg 10.00 pg 10.15pg 8.00 pagi

Pendaftaran
peserta
Taklimat dan
peraturan
pertandingan
Persediaan alat
dan bahan
pertandingan
Pertandingan
dimulakan
Pemilihan
pemenang
pertandingan
Ucapan penutup

Penyampaian
hadiah

Anda mungkin juga menyukai