Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN

KARNIVAL STEM 2021


PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN KAYANG

BRIDGE BUILDING
COMPETITION
Panitia RBT & TMK
Panitia Sains & Kelab STEM

dengan kerjasama
Unit Kokurikulum dan Sukan
Sekolah Kebangsaan Kayang
Kuala Perlis

I1
BRIDGE BUILDING COMPETITION
SEKOLAH RENDAH

1.0 PENGENALAN

Bridge Building Competition adalah pertandingan anjuran Panitia RBT &


TMK,
Panitia Sains & Kelab STEM dengan kerjasam Unit Kokurikulum dan Sukan
Sekolah Kebangsaan Kayang, Kuala Perlis. Pertandingan ini merupakan
platform dalam mengetengahkan serta mencungkil bakat,kreativiti dan
memberi pendedahan kepada murid-murid sekolah rendah tentang ilmu
reka bentuk, teori-teori dalam kejuruteraan fizik (konsep asas pembinaan)
dan memupuk minat murid dalam mata pelajaran sains serta reka bentuk dan
teknologi. Pertandingan ini juga bertujuan menggalakkan kreativiti serta
percambahan minda dalam menghasilkan inovasi yang dapat diaplikasikan
dalam kehidupan seharian. Kemahiran yang dapat dikembangkan melalui
pertandingan ini meliputi penyelesaian masalah, membuat penyelidikan,
kreativiti, analisis kritis, kerja berpasukan, komunikasi, dan literasi digital.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memberi peluang kepada murid untuk meneroka pembelajaran di luar


bilik darjah dan meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT).

2.2 Untuk meningkatkan kemahiran praktikal murid dan mendorong


kreativiti dalam menghasilkan projek binaan.

2.3 Mengasah kemahiran murid dalam membuat penyelidikan saintifik


konsep binaan mengikut kaedah dan prosedur yang betul.

2.4 Memupuk minat murid dalam mata pelajaran Sains dan Rekabentuk &
Teknologi (RBT) berunsurkan STEM.

2.5 Meningkatkan dan mengembangkan minat murid dalam bidang Sains,


Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

2.6 Meningkatkan peratus penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum


dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

2.7 Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial dalam


proses pembangunan projek.

I2
3.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

3.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah rendah bantuan


kerajaan persekutuan. Murid dari sekolah bantuan kerajaan negeri
dibenarkan menyertai pertandingan ini di peringkat daerah dan negeri
atas dasar jemputan.

3.2 Pertandingan ini terbuka kepada murid tahun 4, 5 dan 6 atau


gabungan tahun 4, 5 dan 6 pada tahun 2021 dan peserta mestilah
warganegara Malaysia.

3.3 Pertandingan peringkat sekolah adalah secara individu atau


berseorangan.

3.4 Sijil penyertaan disediakan kepada setiap peserta pertandingan.


Nama yg tertera pada sijil berdasarkan ejaan sewaktu pendaftaran
dalam talian..

3.5 Tarikh tutup penyertaan ialah pada 22 Mei 2021 pada jam 6.00
petang.

4.0 KRITERIA PENILAIAN

Penilaian akan dibuat berdasarkan kriteria berikut :

Markah Penuh – 100 markah


• Kekemasan Model Jambatan – 25 Markah
• Rupa / Reka Bentuk Model Jambatan – 25 markah
• Bahan digunakan (Materials) – 25 markah
 Gambar/Video Montaj Projek (Video Tidak Melebih 1 Minit) – 25
Markah

6.0 PROSEDUR PENYERTAAN

Proses pendaftaran mesti mengikut prosedur berikut:

7.1 Semua pendaftaran mesti dibuat melalui dalam talian.

7.2 Semua butiran dalam borang pendaftaran dalam talian mesti diisi
dengan lengkap dan betul.

7.3 Peserta perlu memuat naik Video / Montaj ke YouTube yang


menggunakan ID DELIMa atau akaun Gmail sahaja.

7.4 Pautan video projek (YouTube) mesti hantar melalui google form yang
disediakan oleh penganjur.

I3
7.5 Peserta diminta untuk menggunakan ID DELIMa atau akaun Gmail
peribadi untuk mengakses borang dalam talian.

LAMPIRAN 1
1. Spesifikasi Pembinaan Jambatan

Rajah 1
Spesifikasi :
i. Panjang : 40cm – 45cm
ii. Lebar : 5cm-10cm
iii. Tinggi : <40cm
iv. Jarak tengah antara tiang dibawah jambatan 30cm
v. Ruang tengah diatas jambatan dikosongkan 3 – 5cm
vi. Tapak base hendaklah disusun dengan maksimum 7 batang lidi sate
dan 7 batang sahaja untuk tulang pengikat (support) seperti rajah 2.
vii. Tapak base juga tidak dibenarkan disusun berlapis atas bawah seperti
rajah 3.

Rajah 2

Rajah 3

I4
2. Bahan / Peralatan yang dibenarkan

BIL PERALATAN
1 Gam perekat panas (Hot Glue) / gam air
2 Gunting
3 Pembaris
4 Pensel / pen
5 Marker pen
6 Playar pemotong
7 Kertas pasir
8 Pelapik pemotong (Cutting mat) – bersesuaian
9 Sarung tangan – bersesuaian
10 Kertas Manila / Kertas (kosong tanpa sebarang lakaran) (disediakan oleh
penganjur jika bersemuka)
11 lidi sate berukuran 46cm panjang (maksimum 30 batang lidi) (disediakan oleh
penganjur jika bersemuka)

I5

Anda mungkin juga menyukai