Anda di halaman 1dari 15

KERTAS KONSEP

KARNIVAL STEM
KERTAS KONSEP BRIDGE BUILDING COMPETITION

1.0 PENGENALAN
BRIDGE BUILDING COMPETITION adalah salah satu aktiviti anjuran Unit
Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), Jabatan Pendidikan Negeri
Sarawak (JPNS) dengan kerjasama semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).
Pertandingan ini merupakan platform dalam mengetengahkan serta
mencungkil bakat, kreativiti dan memberi pendedahan kepada murid-murid
sekolah rendah dan sekolah menengah tentang ilmu reka bentuk, teori-teori
dalam kejuruteraan fizik (konsep asas pembinaan) dan memupuk minat murid
dalam mata pelajaran sains serta reka bentuk dan teknologi.
Pertandingan ini juga bertujuan menggalakkan kreativiti serta percambahan
minda dalam menghasilkan inovasi yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan
seharian. Kemahiran yang dapat dikembangkan melalui pertandingan ini
meliputi penyelesaian masalah, membuat penyelidikan, kreativiti, analisis kritis,
kerja berpasukan, komunikasi, dan literasi digital.

2.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT KHUSUS PENYERTAAN

2.1 Pertandingan ini dijalankan secara dalam talian.

2.2 Pertandingan ini terbuka kepada :

a. Sekolah menengah:
Murid tingkatan 1 hingga 3 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia

2.3 Penyertaan adalah secara berkumpulan yang terdiri daripada tiga orang
murid dan dua orang guru pembimbing.

2.4 Pertukaran ahli kumpulan selepas pendaftaran tidak dibenarkan.

2.5 Model jambatan yang telah memenangi pertandingan pada tahun


lepas tidak dibenarkan untuk bertanding. Murid perlu membina
model jambatan yang baharu.

KERTAS KONSEP BRIDGE BUILDING


COMPETITION | 1
3.0 MAKLUMAT PERTANDINGAN
3.1 Peserta perlu membina satu jambatan dan akan menguji daya
ketahanan jambatan tersebut dengan menggunakan bahan di
Lampiran 3.4 dan spesifikasi yang ditetapkan seperti di Lampiran
3.1.

4.0 FORMAT PERTANDINGAN


4.1 Format rakaman video pembentangan
4.1.1 Durasi pembentangan mestilah tidak melebihi lima (5) minit;

4.1.2 Peserta perlu menerangkan proses pembinaan jambatan


menggunakan bahan yang dibenarkan oleh penganjur di
peringkat daerah.

4.1.3 Menguji ketahanan jambatan menggunakan botol berisi


air minuman (drinking water) 1.5 liter secara dalam
talian bagi peringkat daerah.

4.1.4 Peserta dibenarkan menggunakan Bahasa Melayu atau


Bahasa Inggeris semasa pembentangan;

4.1.5 Rakaman dimuatnaik ke google form yang disediakan oleh


penganjur peringkat daerah (PPD Sri Aman);

4.1.6 Format yang dibenarkan bagi rakaman video adalah WMV/


MP4/MOV. Resolusi video yang ditetapkan adalah Full HD
– 1080p.

4.1.7 Rakaman video perlu dilaksanakan dalam bentuk landskap.

KERTAS KONSEP BRIDGE BUILDING


COMPETITION | 2
5.0 PROSES PENILAIAN
5.1 Proses penilaian peringkat daerah
5.1.1 Rakaman Proses Pembinaan dan Pembentangan
Jambatan
5.1.1.1 Rakaman pembinaan jambatan bermula
dengan paparan bahan dan peralatan yang
digunakan, proses pembinaan sehingga siap
dibina ditunjukkan dalam video time-lapse
berdurasi tidak lebih 5 minit.
5.1.1.2 Jambatan yang dibina hendaklah mengikut
spesifikasi yang telah ditetapkan seperti di
Lampiran 3.1;

5.1.2 Rakaman Pengujian Ketahanan Jambatan


5.1.2.1 Rakaman pengujian ketahanan jambatan
menggunakan 2 botol berisi air minuman
(drinking water) 1.5 liter (maksimum 20
botol) sebagai pemberat.
5.1.2.2 Ujian ditunjukkan sehingga jambatan runtuh.
Tambahan pemberat (botol berisi air minuman
(drinking water 1.5 liter) perlu ditambah
selepas sepuluh (10) saat sehingga jambatan
runtuh.
5.1.2.3 Alatan dan cara menguji hendaklah mengikut
spesifikasi yang telah ditetapkan seperti di
Lampiran 3.2;
5.1.2.4 Paparan stopwatch perlu ditunjukkan dalam
video.
5.1.2.5 Dirakam langsung tanpa sebarang suntingan

5.1.3 Sesi soal jawab


5.1.3.1 Sesi soal jawab (10 minit) bersama panel
penilai akan dilaksanakan secara dalam talian
mengikut jadual yang akan ditetapkan oleh
penganjur.

KERTAS KONSEP BRIDGE BUILDING


COMPETITION | 3
6.0 KRITERIA PENILAIAN
6.1 Penilaian dibuat berdasarkan dua (2) kriteria utama iaitu:
6.1.1 Reka bentuk Jambatan (40%)
a. Rakaman video 15 markah

b. Sesi pembentangan dan


soal jawab 15 markah

c. Bahan 10 markah

6.1.2 Ujian Daya Ketahanan Jambatan (60%)

KERTAS KONSEP BRIDGE BUILDING


COMPETITION | 4
LAMPIRAN 3.1
Spesifikasi Pembinaan Jambatan

Rajah 1

Spesifikasi :
a. Panjang : 40cm – 45cm
ii. Lebar : 5cm-10cm
iii. Tinggi : <40cm
iv. Ruang tengah diatas jambatan dikosongkan 3 – 5cm
v. Tapak base hendaklah disusun dengan maksimum 7 batang lidi sate
dan 7 batang sahaja untuk tulang pengikat (support) seperti rajah 2.
vi. Tapak base juga tidak dibenarkan disusun berlapis atas bawah seperti
rajah 3.

Rajah 2

Rajah 3
KERTAS KONSEP BRIDGE BUILDING
COMPETITION | 5
LAMPIRAN 3.2
Pengujian Jambatan Peringkat Daerah (menggunakan botol air)

Jarak
antara
meja
adalah 30
cm

KERTAS KONSEP BRIDGE BUILDING


COMPETITION | 6
LAMPIRAN 3.4
Bahan/peralatan yang dibenarkan

BIL PERALATAN
1. Gam perekat panas (Hot Glue) / gam air
2. Gunting
3. Pembaris
4. Pensel / pen
5. Marker pen
6. Playar pemotong
7. Kertas pasir
8. Pelapik pemotong (Cutting mat) – bersesuaian
9. Sarung tangan – bersesuaian
10. Kertas Manila / Kertas (kosong tanpa sebarang lakaran) (disediakan
oleh penganjur jika bersemuka)
11. lidi sate berukuran 46 cm panjang (maksimum 30 batang lidi)
(disediakan oleh penganjur jika bersemuka)

KERTAS KONSEP BRIDGE BUILDING


COMPETITION | 7
BORANG PENILAIAN PERTANDINGAN BRIDGE
BUILDING COMPETITION

A. REKABENTUK JAMBATAN (40%)


4 3 2 1
Bil Aspek Penilaian Pemberat JUMLAH
Sangat Baik Baik Memuaskan Kurang Memuaskan
Keseluruhan, projek amat Keseluruhan, projek Projek mempunyai nilai Projek tidak mempunyai
cemerlang (bentuk, rekaan menarik ( bentuk, rekaan estetika yang terhad. nilai estetika.
dll). dll).

Kesemua hasil kerja dilihat Kebanyakan hasil kerja Hasil kerja Hasil kerja tidak kemas.
kemas serta teliti. dilihat kemas. sebahagiannya kemas.
Reka bentuk tidak
Reka bentuk sesuai, Reka bentuk dilihat kemas, Reka bentuk dilihat menarik/kosong.
menarik serta praktikal. sesuai. sesuai.

KERTAS KONSEP BRIDGE BUILDING


COMPETITION | 8
Tidak menunjukkan
RAKAMAN VIDEO Aplikasi konsep sains Aplikasi konsep sains yang Aplikasi konsep sains aplikasi konsep sains
dalam binaan projek yang jelas dalam projek. yang terhad dalam dalam binaan.
(reka bentuk, nilai dilihat begitu jelas, projek.
mencapai objektif
1 estetika, 15%
pertandingan. Tiada kerjasama
konsep sains
Kumpulan
aplikasi dalam Kerjasama kumpulan yang Kerjasama kumpulan yang Kerjasama kumpulan
projek) tinggi. sederhana. tidak menyeluruh

KERTAS KONSEP BRIDGE BUILDING


COMPETITION | 9
4 3 2 1
Bil Aspek Penilaian Pemberat JUMLAH
Sangat Baik Baik Memuaskan Kurang Memuaskan
Respon peserta amat Respon peserta dilihat Respon peserta Respon tidak jelas
cemerlang, proaktif serta jelas. kadangkala tidak jelas. daripada peserta.
bernas.
SESI
PEMBENTANGAN Peserta menguasai projek Peserta menguasai projek Peserta menguasai Peserta tidak
DAN SOAL JAWAB secara keseluruhan.
sebahagian projek. menguasai projek.
2 15%
(penguasaan Pembentangan lancar, Pembentangan projek Pembentangan projek Pembentangan projek
terhadap jelas serta tidak dilihat lancar. tidak lancar, namun dilihat terganggu.
projek) mempunyai sebarang isu peserta mencuba
atau perkara yang sehingga tamat
menganggu. pembentangan.

Penggunaan bahan yang Penggunaan bahan yang Penggunaan bahan yang Penggunaan bahan
BAHAN optimum, dilihat sesuai, sesuai dengan rekaan, minimum, rekaan dilihat yang terlalu minimum
tahan dan kukuh. rekaan kukuh tetapi dilihat tidak kukuh. sehinggakan rekaan
(pengunaan boleh ditambah baik. nampak tidak kukuh.
3 10%
bahan untuk Bijak menggunakan /
penghasilan mengeksploitasikan bahan.
projek)

Rumusan Hakim:

Nama Hakim: Tandatangan Hakim:

KERTAS KONSEP BRIDGE BUILDING


COMPETITION | 10
B. UJIAN DAYA KETAHANAN JAMBATAN (60%)

B MASA (SAAT) / MARKAH


BOTOL AIR MINUMAN
10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
1.5 LITER
PEMBERAT PERTAMA 2 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
PEMBERAT KE-2 4 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
PEMBERAT KE-3 6 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
PEMBERAT KE-4 8 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
PEMBERAT KE-5 10 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
PEMBERAT KE-6 12 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
PEMBERAT KE-7 14 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
PEMBERAT KE-8 16 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
PEMBERAT KE-9 18 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
PEMBERAT KE-10 20 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
JUMLAH MARKAH

KERTAS KONSEP BRIDGE BUILDING


COMPETITION | 11
7.0 PROSEDUR PENDAFTARAN DAN PENYERTAAN

7.1 Semua urusan pendaftaran dan penyertaan mesti dibuat secara dalam
talian melalui Google Forms yang disediakan oleh Pengelola SMK
Melugu.

7.2 Semua butiran dalam Google Forms mesti diisi dengan lengkap dan
betul.

7.3 Fail (Laporan dan Slaid Pembentangan) mesti dimuat naik ke Google
Forms. Fail perlu disertakan dengan caption:
NamaSekolah_NamaPertandingan

Contoh: SMKMelugu_BridgeSM

7.4 Borang penyertaan hendaklah diisi dengan lengkap dan disahkan oleh
pihak sekolah. (Lampiran 1)

7.5 Pengelola berhak untuk menolak mana-mana penyertaan yang tidak


lengkap atau lewat.

7.6 Tarikh akhir pendaftaran : 7 Julai 2022

8.0 PENGHAKIMAN

8.1 Lantikan panel hakim Peringkat Daerah Sri Aman adalah di bawah
penyelarasan Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), Sektor
Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Sri Aman.

8.2 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD. Sebarang aduan dan rayuan


berkaitan dengan keputusan pertandingan tidak akan dilayan.

9.0 TUNTUTAN HAK CIPTA

9.1 Sektor Pembangunan Murid (SPbM), Pejabat Pendidikan Daerah Sri


Aman (PPDSA) memiliki hak cipta sepenuhnya terhadap karya yang
dihasilkan.

10.0 PEMARKAHAN

10.1 **RUJUK BORANG PENILAIAN BRIDGE BUILDING COMPETITION **


11.0 CADANGAN HADIAH PERTANDINGAN

BIL PERKARA CATATAN


1. Johan Hadiah dan Sijil Pencapaian
2. Naib Johan Hadiah dan Sijil Pencapaian
3. Tempat ke-3 Hadiah dan Sijil Pencapaian
4. Tempat ke-4 Hadiah dan Sijil Pencapaian
5. Tempat ke-5 Hadiah dan Sijil Pencapaian
6. Tempat ke-6 hingga seterusnya Sijil Penyertaan

12.0 AM

12.1 Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Pejabat Pendidikan Daerah


Sri Aman.
.
12.2 Keterangan lanjut mengenai pertandingan ini, sila hubungi:

PUAN JESSICA ANAK NYAPI


Pegawai Teknikal Bridge Building Competition
SMK Melugu, Sri Aman.
019-8985236

CIK DEBRA ANAK STANLEY NILLIE


Pembantu Pegawai Teknikal Bridge Building Competition
SMK Melugu, Sri Aman.
014-6375031

13.0 PENUTUP
Kertas Konsep Bridge Building Competition Peringkat Daerah Sri Aman
2022 sah digunakan mulai Mei 2022 sehingga pemberitahuan lanjut oleh
Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum) Sektor Pembangunan Murid,
Jabatan Pendidikan NegeriSarawak.
Lampiran 1
BORANG PENYERTAAN

BRIDGE BUILDING COMPETITION


KARNIVAL eMAS 3.0
Sekolah Menengah Peringkat Daerah
Sri Aman
PPD

Nama Sekolah

Alamat
Sekolah

No. Tel E-mel


Sekolah Sekolah

Maklumat Bil Nama No. Kad Pengenalan


Murid 1.

Nama Guru

No. Telefon
Guru
Pengesahan Sekolah:
Dengan ini, saya/kami mengesahkan bahawa penyertaan ini adalah hasil karya asal murid
berkenaan. Saya/kami bersetuju dengan semua syarat-syarat pertandingan ini.

………………………………… Tarikh: ……………………


(Tandatangan Guru Pembimbing)

Pengesahan Pengetua/ Guru Besar: ……………………………. Cap Rasmi Sekolah

Anda mungkin juga menyukai