Anda di halaman 1dari 12

0

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN


STEMPreneur

1.0 PENGENALAN

PERTANDINGAN STEMPreneur adalah salah satu aktiviti anjuran Unit


Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), Jabatan Pendidikan Negeri
Sarawak (JPNS) dengan kerjasama semua Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD) yang akan dilaksanakan secara dalam talian.
Pertandingan ini merupakan platform kepada murid-murid sekolah
menengah untuk menceburi bidang keusahawanan disamping
mengetengahkan inovasi yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan
seharian. Kemahiran yang dapat dikembangkan melalui pertandingan ini
meliputi penyelesaian masalah, membuat penyelidikan, kreativiti, analisis
kritis, kerja berpasukan, komunikasi, literasi digital dan kaedah pemasaran
produk.

2.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT KHUSUS PENYERTAAN


2.1 Pertandingan ini dijalankan secara dalam talian.
2.2 Pertandingan ini terbuka kepa da dua (2) kategori:
DRA F

2.2.1 Menengah rendah (tingkatan 1 hingga 3) di bawah Kementerian


Pendidikan Malaysia
2.2.2 Menengah atas (tingkatan 4 hingga 6) di bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia
2.3 Setiap penyertaan terdiri daripada tiga (3) orang murid dan
seorang (1) guru pembimbing.
2.4 Peserta mestilah daripada sekolah yang sama.
2.5 Para peserta tidak dibenarkan menyentuh isu-isu sensitif seperti
keagamaan, perkauman dan politik dalam persembahan.

3.0 MAKLUMAT PERTANDINGAN


3.1 Peserta perlu menghasilkan video pemasaran bagi produk inovasi
peserta yang berdurasi tidak lebih daripada lima (5) minit. Selain itu,
peserta juga perlu menghantar satu Rancangan Perniagaan.
3.2 Pengelola Peringkat Negeri: Pejabat Pendidikan Daerah Lundu
3.3 Tarikh Akhir Penyertaan : 18 Ogos 2022

1
3.4 Pautan Pendaftaran
3.4.1 Menengah rendah :https://bit.ly/STEMPRENEURSMRSWK

Atau

3.4.2 Menengah atas :https://bit.ly/STEMPRENEURSMASWK

Atau

4.0 FORMAT PERTANDINGAN


4.1 Pertandingan ini akan dilaksanakan secara dalam talian.
4.2 Semua penyertaan perlu dimuatnaik ke Google form yang disediakan
oleh pengelola peringkat negeri (PPD Lundu).

4.3 Peserta tidak dibenarkan memaparkan identiti sekolah atau negeri


pada semua bahan pertandingan yang dihantar untuk dinilai (video
pemasaran dan Rancangan Perniagaan.
4.4 Pertukaran dan penambahbaikkan video pemasaran tidak
dibenarkan selepas tarikh tutup penghantaran.

2
4.5 Format rakaman video pemasaran

4.5.1 Durasi pembentangan mestilah tidak melebihi lima (5) minit;


4.5.2 Peserta perlu menerangkan proses pemasaran secara
terperinci. Peserta perlu menunjukkan produk mereka
semasa proses pemasaran;
4.5.3 Video berbentuk persembahan slaid berserta voice over
adalah tidak dibenarkan;
4.5.4 Peserta dibenarkan menggunakan Bahasa Melayu atau
Bahasa Inggeris dalam penyediaan video;
4.5.5 Format yang dibenarkan bagi rakaman video adalah WMV/
MP4/MOV. Resolusi video yang ditetapkan adalah Full HD –
1080p.
4.5.6 Rakaman video perlu dilaksanakan dalam bentuk landskap.

4.6 Format Rancangan Perniagaan

4.6.1 Peserta hendaklah menyediakan laporan projek yang


merangkumi pengenalan, penyataan masalah, objektif,
metodologi, keputusan dan perbincangan, kesimpulan,
rancangan masa depan dan rujukan;
4.6.2 Murid dibenarkan menggunakan Bahasa Melayu atau
Bahasa Inggeris dalam penulisan laporan;
4.6.3 Penyediaan Rancangan Perniagaan mestilah mengikut
spesifikasi yang ditetapkan:
a. jenis font: Arial,
b. saiz font: 12,
c. double spacing, dan
d. Rancangan Perniagaan perlu dihantar dalam format .pdf

3
4.6.4 Kandungan laporan
a. Pengenalan
b. Latar Belakang Produk
c. Rancangan Operasi
d. Rancangan Pemasaran
e. Analisis SWOT
f. Analisis Pasaran
g. Rancangan Kewangan
h. Penutup
i. Lampiran
i. Gambar Produk
ii. Poster Iklan

5.0 PROSES PENILAIAN


5.1 Proses penilaian peringkat negeri
5.1.1 Saringan dan penilaian video pemasaran dan Rancangan
Perninagaan akan dilaksanakan oleh pengelola peringkat
negeri; DRAF

5.1.2 Bahan yang diterima akan dinilai oleh panel hakim peringkat
negeri secara dalam talian; dan
5.1.3 Semua video pemasaran dan Rancangan Perniagaan yang akan
mewakili negeri akan disahkan/diperiksa oleh pihak penganjur
peringkat negeri untuk memastikan bahawa pendaftaran
memenuhi syarat penyertaan.
5.1.4 Tiga (3) projek terbaik bagi setiap kategori layak untuk
bertanding pada peringkat kebangsaan.

4
6.0 KRITERIA PENILAIAN
6.1 Penilaian Rancangan Perniagaan

BIL KOMPONEN DAN KRITERIA MARKAH


1.0 PENGENALAN
Nama produk, visi dan misi produk, modal permulaan, dan
3
prospek masa depan perniagaan yang dijalankan
2.0 LATAR BELAKANG PRODUK
Tujuan, target pengguna, kegunaan produk, kelebihan produk 3
3.0 RANCANGAN OPERASI
3.1 Carta alir proses pembuatan 4
3.2 Jadual kerja dalam bentuk carta Gantt 4
3.3 Spesifikasi tugas operasi 4
3.4 Keperluan perniagaan 4
3.5 Keperluan bahan, kos peralatan, kos overhead dan kos 4
lain
4.0 RANCANGAN PEMASARAN
4.1 Analisis SWOT
4.1.1 kekuatan dan kelemahan produk 4
4.1.2 strategi promosi 4
4.1.3 perbandingan/ kelebihan produk 4
4.1.4 strategi harga pesaing 4
4.1.5 sambutan pengguna 4
4.1.6 penentuan harga DRAF
4
4.2 Analisis pasaran
4.2.1 Menghitung sasaran jualan peningkatan 3
4.2.2 Menghitung sasaran untung peningkatan maksimum 3
4.3 Sasaran pelanggan 3
5.0 RANCANGAN KEWANGAN
5.1 Menghitung keperluan modal 4
5.2 Menghitung kos pengeluaran 4
5.3 Menghitung kos jualan 4
5.4 Menghitung sasaran anggaran untung 4
5.5 Menghitung keperluan modal 4
6.0 PENUTUP
6.1 Sebab-sebab perniagaan akan berjaya 3
6.2 Penggunaan teknologi/ICT dalam perniagaan yang dipilih. 3
6.3 Menggunakan khidmat agensi yang membantu usahawan
3
dalam memulakan perniagaan.
6.4 Menjalankan tanggungjawab sosial terhadap pekerja dan
3
masyarakat
6.5 Cadangan penambahbaikan masa depan 3
7.0 LAMPIRAN
7.1 Gambar produk 3
7.2 Iklan/Poster pemasaran 3

5
6.2 Penilaian Video Pemasaran

MARKAH
KOMPONEN KRITERIA
MAKSIMUM
Pengenalan 10
Latar belakang produk 10
Kelebihan produk 10
Persembahan Harga jual / promosi 10
Sambutan pengguna 10
Cara untuk membeli/tempahan 10
Penutup 10
Susun atur / kelancaran 10
penyampaian
Penyampaian Kreativiti dan Inovasi dalam 10
penyampaian
Bahasa/Pertuturan/ekspresi/gaya 10
JUMLAH 100

6.3 Pengiraan jumlah markah

Jumlah Markah (Rancangan Perniagaan + Video Pemasaran)


DRAF

X 100
2

6
BORANG PENILAIAN STEMPreneur

A. PENILAIAN RANCANGAN PERNIAGAAN

MARKAH
BIL PERKARA MARKAH
MAKSIMUM
1.0 PENGENALAN
Nama produk, visi dan misi produk, modal permulaan, dan
3
prospek masa depan perniagaan yang dijalankan
2.0 LATAR BELAKANG PRODUK
Tujuan, target pengguna, kegunaan produk, kelebihan
3
produk
3.0 RANCANGAN OPERASI
3.1 Carta alir proses pembuatan 4
3.2 Jadual kerja dalam bentuk carta Gantt 4
3.3 Spesifikasi tugas operasi 4
3.4 Keperluan perniagaan 4
3.5 Keperluan bahan, kos peralatan, kos overhead dan kos 4
lain
4.0 RANCANGAN PEMASARAN
4.1 Analisis SWOT
4.1.1 kekuatan dan kelemahan produk 4
4.1.2 strategi promosi 4
4.1.3 perbandingan/ kelebihan produk 4
4.1.4 strategi harga pesaing 4
4.1.5 sambutan pengguna 4
DRAF

4.1.6 penentuan harga 4


4.2 Analisis pasaran
4.2.1 Menghitung sasaran jualan peningkatan 3
4.2.2 Menghitung sasaran untung peningkatan 3
maksimum
4.3 Sasaran pelanggan 3
5.0 RANCANGAN KEWANGAN
5.1 Menghitung keperluan modal 4
5.2 Menghitung kos pengeluaran 4
5.3 Menghitung kos jualan 4
5.4 Menghitung sasaran anggaran untung 4
5.5 Menghitung keperluan modal 4
6.0 PENUTUP
6.1 Sebab-sebab perniagaan akan berjaya 3
6.2 Penggunaan teknologi/ICT dalam perniagaan yang dipilih. 3
6.3 Menggunakan khidmat agensi yang membantu usahawan
3
dalam memulakan perniagaan.
6.4 Menjalankan tanggungjawab sosial terhadap pekerja dan
3
masyarakat
6.5 Cadangan penambahbaikan masa depan 3
7.0 LAMPIRAN
7.1 Gambar produk 3
7.2 Iklan/Poster pemasaran 3
JUMLAH 100

7
B. PENILAIAN VIDEO PEMASARAN

MARKAH MARKAH
KRITERIA PENERANGAN
MAKSIMUM
Pengenalan 10
Latar belakang produk 10
Kelebihan produk 10
PERSEMBAHAN Harga jual/promosi 10
Sambutan pengguna 10
Cara untuk membeli/tempahan 10
Penutup 10
Susun atur/kelancaran penyampaian 10
Kreativiti dan Inovasi dalam
PENYAMPAIAN 10
penyampaian
Bahasa/Pertuturan/ekspresi/gaya 10
JUMLAH 100

RUMUSAN :

DRAF

MARKAH :

+
X 100 =
2

TANDATANGAN : NAMA JURI :

8
7.0 PROSEDUR PENDAFTARAN DAN PENYERTAAN

7.1 Semua urusan pendaftaran dan penyertaan mesti dibuat secara dalam
talian melalui Google Forms yang disediakan oleh Pengelola
Peringkat Negeri.

7.2 Semua butiran dalam Google Forms mesti diisi dengan lengkap dan
betul.

7.3 Fail (VIDEO PEMASARAN DAN RANCANGAN PERNIAGAAN) mesti


dimuat naik ke Google Forms Fail perlu disertakan dengan caption:
NamaSekolah_NamaPertandingan

Contoh: SMKBatuLintang_STEMPSMR

7.4 Borang penyertaan hendaklah diisi dengan lengkap dan disahkan oleh
pihak sekolah. (Lampiran 1)

7.5 Pengelola berhak untuk menolak mana-mana penyertaan yang tidak


lengkap atau lewat.

8.0 PENGHAKIMAN

8.1 Lantikan panel hakim Peringkat Negeri adalah di bawah penyelarasan


Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), Sektor Pembangunan
Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

8.2 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD. Sebarang aduan dan rayuan


berkaitan dengan keputusan pertandingan tidak akan dilayan.

9.0 TUNTUTAN HAK CIPTA

9.1 Sektor Pembangunan Bakat Murid (SPbM), Jabatan Pendidikan Negeri


Sarawak (JPNS) memiliki hak cipta sepenuhnya terhadap karya yang
dihasilkan.

10.0 PEMARKAHAN

10.1 *****RUJUK BORANG PENILAIAN PERTANDINGAN STEMPreneur****

9
11.0 CADANGAN HADIAH PERTANDINGAN

BIL PERKARA CATATAN


1. Johan Hadiah dan Sijil Pencapaian
2. Naib Johan Hadiah dan Sijil Pencapaian
3. Tempat ke-3 Hadiah dan Sijil Pencapaian
4. Tempat ke-4 Hadiah dan Sijil Pencapaian
5. Tempat ke-5 Hadiah dan Sijil Pencapaian
6. Tempat ke-6 hingga seterusnya Sijil Penyertaan

12.0 AM

12.1 Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Jabatan Pendidikan Negeri


Sarawak.
12.2 Maklumat pertandingan turut dihebahkan melalui laman Facebook
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan laman Facebook Unit Koku
JPN Sarawak.
12.3 Keterangan lanjut mengenai pertandingan ini, sila hubungi:

PUAN MARJOLYN MICHAEL


Penolong Pengarah (STEM)
Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
082-473670

ENCIK RIDZAIMI BIN RONI


Penolong PPD (Kokurikulum)
Pejabat Pendidikan Daerah Lundu
082-735384

PUAN DAYANG MORDIAH BINTI ABG ABDUL RAHMAN


Pegawai Teknikal Negeri STEMPreneur
SMK Semerah Padi, Kuching
012-8820867

13.0 PENUTUP
Kertas Konsep STEMPreneur Peringkat Negeri Sarawak 2022 sah digunakan
mulai Mei 2022 sehingga pemberitahuan lanjut oleh Unit Pembangunan Bakat
Murid (Kokurikulum) Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri
Sarawak.

10
Lampiran 1
BORANG PENYERTAAN

Pertandingan STEMPreneur
KARNIVAL eMAS 3.0
Sekolah Menengah Rendah/ Sekolah Menengah Atas
Peringkat Negeri Sarawak

PPD

Nama Sekolah

Alamat
Sekolah

No. Tel E-mel


Sekolah Sekolah

Maklumat Bil Nama No. Kad Pengenalan


Murid 1.

Nama Guru

No. Telefon
Guru
Pengesahan Sekolah:
Dengan ini, saya/kami mengesahkan bahawa penyertaan ini adalah hasil karya asal murid
berkenaan. Saya/kami bersetuju dengan semua syarat-syarat pertandingan ini.

………………………………… Tarikh: ……………………


(Tandatangan Guru Pembimbing)

Pengesahan Pengetua/ Guru Besar: ……………………………. Cap Rasmi Sekolah

11

Anda mungkin juga menyukai