Anda di halaman 1dari 12

KERTAS KONSEP

KARNIVAL KEMAHIRAN DIGITAL KPM


TAHUN 2023

Anjuran:
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan Malaysia

EDARAN JPN SABAH 03 JULAI 2023

KERTAS KONSEP KARNIVAL KEMAHIRAN DIGITAL TAHUN 2023 | 1


PANDUAN AM PERTANDINGAN

1.0 PENDAHULUAN

Kemahiran digital merujuk kepada kemampuan penggunaan teknologi digital dan media
yang berkaitan untuk mencari, memproses, dan memproses maklumat secara efektif.
Kemahiran digital juga mencakupi kemampuan individu untuk berkomunikasi melalui
media digital, serta kemampuan untuk menyelesaikan masalah dengan bantuan
teknologi dalam kehidupan seharian kita.

I.R. 4.0 melibatkan penggunaan teknologi digital seperti Internet of Things (IoT), Big Data
Analytics, Artificial Intelligence (AI), robotik, dan 3D printing. Maka, individu yang mahir
dalam Kemahiran digital meningkatkan peluang untuk berjaya dalam persaingan
pasaran kerja.

Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) pada tahun 2023 akan
menganjurkan Karnival Kemahiran Digital Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Tahun 2023 sebagai platform kepada murid sekolah rendah dan menengah untuk
mengetengahkan bakat, kreativiti dan potensi mereka melalui pertandingan yang
diadakan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan secara dalam talian.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kemahiran digital dalam


kehidupan seharian dan dunia perniagaan.

2.2 Mempromosikan pembelajaran teknologi digital dan memberikan peluang


untuk mempelajari kemahiran digital melalui pertandingan.

2.3 Membina keupayaan murid untuk mengendalikan dan menggunakan


teknologi digital dengan lebih berkesan.

2.4 Mendorong keusahawanan di kalangan murid dengan menggalakkan


pembangunan aplikasi dan produk digital yang inovatif.

2.5 Mengukuhkan jaringan komuniti dalam bidang teknologi digital dan


membangun hubungan murid dengan organisasi yang berkaitan.

2.6 Membangkitkan minat dalam bidang teknologi digital dan menyediakan


platform untuk murid untuk berkongsi idea dan projek yang berkaitan.

3.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT AM PENYERTAAN

3.1 Pertandingan dijalankan secara dalam talian kepada murid sekolah bantuan
kerajaan persekutuan dan negeri.

3.2 Hasil projek yang diplagiat akan dibatalkan penyertaan dengan serta-merta.

KERTAS KONSEP KARNIVAL KEMAHIRAN DIGITAL TAHUN 2023 | 2


3.3 Bahan projek yang dihantar tidak akan dikembalikan kepada peserta. KPM berhak
menyiarkan rakaman video atau menggunakan bahan pertandingan di mana-
mana platform bagi tujuan hebahan atau pendidikan. Setiap peserta perlu mengisi
BORANG PERSETUJUAN DAN PELEPASAN kecuali peserta pertandingan
kuiz.

3.4 Format yang dibenarkan bagi rakaman video adalah WMV/ MP4/MOV. Resolusi
video yang ditetapkan adalah Full HD – 1080p. Video yang diambil dalam bentuk
lanskap.

3.5 Pertukaran peserta selepas pendaftaran adalah tidak dibenarkan.

3.6 KPM berhak membatalkan penyertaan lewat dan yang melanggar syarat-syarat
yang telah ditetapkan dalam kertas konsep.

3.7 Peserta tidak dibenarkan memaparkan identiti sekolah atau negeri pada semua
bahan projek yang dihantar untuk dinilai.

3.8 Keputusan penjurian/penghakiman adalah muktamad.

4.0 HADIAH PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN.

Pemenang akan mendapat pengiktirafan seperti berikut:

Johan : Trofi + sijil pencapaian + sijil penyertaan


Naib Johan : Trofi + sijil pencapaian + sijil penyertaan
Ketiga : Trofi + sijil pencapaian + sijil penyertaan
Keempat : Trofi + sijil pencapaian + sijil penyertaan
Kelima : Trofi + sijil pencapaian + sijil penyertaan

5.0 PANEL TEKNIKAL KEBANGSAAN

Panel Teknikal Kebangsaan bertanggungjawab membuat penilaian dan keputusan


berhubung keperluan teknikal dan keraguan yang timbul semasa pertandingan.
F

Keanggotaan Panel Teknikal Kebangsaan adalah seperti yang berikut:

5.1 Ketua Penolong Pengarah, Unit Pembangunan dan Kecemerlangan


Kokurikulum(UPKK), BSKK;

5.2 Penolong Pengarah UPKK, BSKK;

5.3 Wakil Pengelola Karnival Kemahiran Digital KPM;

5.4 Ketua Teknikal Kebangsaan Karnival Kemahiran Digital; dan

5.5 Pegawai Teknikal Kebangsaan Pertandingan.

KERTAS KONSEP KARNIVAL KEMAHIRAN DIGITAL TAHUN 2023 | 3


6.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang pengecualian
mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua perkara di luar jangka atau
mengenai tafsiran akan diputuskan oleh BSKK, KPM.

Kertas konsep ini sah untuk tahun 2023 sehingga makluman atau semakan lanjut
daripada pihak KPM. Pertandingan ini tertakluk kepada peraturan yang terkandung
dalam kertas konsep ini sahaja. Penggunaan atau penyesuaian oleh mana-mana entiti
di luar kementerian memerlukan kebenaran KPM terlebih dahulu.

Hak cipta terpelihara KPM.

Sebarang pindaan berkaitan kertas konsep dan pertandingan adalah tertakluk


kepada BSKK, KPM.

Dapatkan maklumat lanjut berkaitan STEMPreneur (Sabah) 2023 dengan mengimbas


kod bar berikut atau layari :

https://linktr.ee/STEMPreneurSabah2023

KERTAS KONSEP KARNIVAL KEMAHIRAN DIGITAL TAHUN 2023 | 4


KERTAS KONSEP PERTANDINGAN
STEMPreneur

1.0 PENGENALAN
PERTANDINGAN STEMPreneur adalah anjuran Bahagian Sukan, Kokurikulum dan
Kesenian (BSKK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama semua
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Pertandingan ini merupakan platform kepada murid-murid sekolah menengah untuk


menceburi bidang keusahawanan disamping mengetengahkan inovasi yang dapat
diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kemahiran yang dapat dikembangkan melalui
pertandingan ini meliputi penyelesaian masalah, membuat penyelidikan, kreativiti,
analisis kritis, kerja berpasukan, komunikasi, literasi digital dan kaedah pemasaran
produk.

2.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT KHUSUS PENYERTAAN


2.1 Tiga (3) projek terbaik bagi setiap kategori daripada setiap negeri layak
untuk bertanding pada peringkat kebangsaan.
2.2 Pertandingan ini terbuka kepada dua (2) kategori:
2.2.1 Sekolah Menengah (Tingkatan 4 hingga 5)
2.2.2 Tingkatan 6
2.3 Setiap penyertaan terdiri daripada tiga (3) orang murid dan seorang (1) guru
pembimbing.
2.4 Peserta mestilah daripada sekolah yang sama.
2.5 Peserta tidak dibenarkan memaparkan identiti sekolah atau negeri pada semua
bahan projek yang dihantar untuk dinilai.

2.6 Produk yang telah dipertandingkan pada tahun sebelum adalah tidak dibenarkan.

3.0 MAKLUMAT PERTANDINGAN


3.1 Peserta perlu menghasilkan video pemasaran bagi produk inovasi peserta yang
berdurasi tidak lebih daripada tiga (3) minit. Selain itu, peserta juga perlu
menghantar satu Rancangan Perniagaan.
3.2 Tema produk inovasi adalah bebas tetapi mestilah berelemenkan STEM. Inovasi
jenis makanan tidak digalakkan. Namun, produk berkaitan pembungkusan
makanan dibenarkan. Produk yang dihasilkan perlu dipasarkan dan mendapat
maklumbalas daripada pelanggan.

3.3 Produk inovasi adalah berbentuk maujud dan bukan prototaip sahaja.

3.4 Produk perlu dipasarkan secara jualan langsung ataupun melalui platfom jualan
(boleh dipasarkan melalui akaun guru pembimbing atau penjaga).
KERTAS KONSEP KARNIVAL KEMAHIRAN DIGITAL TAHUN 2023 | 5
4.0 FORMAT PERTANDINGAN

4.1 Semua penyertaan perlu:


4.1.1 dimuatnaik ke channel YouTube (unlisted) peserta sebelum dihantar
kepada penganjur; dan
4.1.2 menghantar pautan link yang mengandungi video pemasaran dan
Rancangan Perniagaan melalui google form yang disediakan oleh
pengelola.
4.1.3 menggunakan akaun YouTube(channel) persendirian tanpa
mempamerkan logo, nama mahupun alamat sekolah.
4.2 Pertukaran dan penambahbaikkan video pemasaran dan Rancangan Perniagaan
tidak dibenarkan selepas tarikh tutup penghantaran.
4.3 Format rakaman video pemasaran;

4.3.1 Durasi pembentangan mestilah tidak melebihi tiga (3) minit.

4.3.2 Peserta perlu menerangkan proses pemasaran secara terperinci.


Peserta perlu menunjukkan produk mereka semasa proses
pemasaran; (video mestilah menarik / berbentuk iklan / to sell product).
Setiap peserta (3 orang) perlu ada dalam rakaman video pemasaran.

4.3.3 Video berbentuk persembahan slaid berserta voice over adalah tidak
dibenarkan. Video boleh disunting mengikut kreativiti tanpa
menggunakan voice over.

4.3.4 Peserta dibenarkan menggunakan hanya satu bahasa sahaja iaitu


Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dalam penyediaan video
berdasarkan Rancangan Perniagaan yang disediakan.

4.3.5 Pautan video sahaja yang perlu dihantar kepada penganjur.

4.4 Format Rancangan Perniagaan

4.4.1 Kandungan Rancangan Perniagaan

4.4.1.1 Pengenalan
4.4.1.2 Latar Belakang Produk
4.4.1.3 Rancangan Operasi
4.4.1.4 Rancangan Pemasaran
4.4.1.5 Analisis SWOT
4.4.1.6 Analisis Pasaran
4.4.1.7 Rancangan Kewangan
4.4.1.8 Penutup
4.4.1.9 Lampiran
4.4.1.9.1 Gambar Produk
4.4.1.9.2 Poster Iklan

KERTAS KONSEP KARNIVAL KEMAHIRAN DIGITAL TAHUN 2023 | 6


4.4.2 Murid dibenarkan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
dalam penulisan laporan. Paparkan nombor muka surat di bahagian
bawah setiap helaian. Kiraan muka surat bermula pada bahagian
'Pengenalan' ; maksimum 25 muka surat.

4.4.3 Peletakan tajuk pada laporan, boleh menggunakan saiz font yang lebih
besar daripada saiz 12. Namun, saiz tatahuruf bahagian isi haruslah
saiz font 12.

4.4.4 Penyediaan Rancangan Perniagaan mestilah mengikut spesifikasi yang


ditetapkan:

4.5.3.1 jenis font: Arial


4.5.3.2 saiz font: 12
4.5.3.3 single spacing
4.5.3.4 helaian muka surat tidak melebihi 25 muka surat
4.5.3.5 Rancangan Perniagaan perlu dihantar dalam
4.5.3.6 format .pdf

5.0 PROSES PENILAIAN

Penilaian video pemasaran dan Rancangan Perniagaan akan dilaksanakan oleh tiga (3)
orang hakim bagi setiap kategori. Sekiranya terdapat jumlah markah yang sama antara
dua pasukan, keutamaan berpihak kepada pasukan/produk yang mempunyai modal
permulaan yang lebih rendah dengan keuntungan yang lebih tinggi serta relevan. Selain
itu, penilaian semula pada produk inovasi dan RP (Rancangan Perniagaan), khususnya
pada bahagian Lampiran.

6.0 KRITERIA PENILAIAN

6.1 Penilaian Rancangan Perniagaan

BIL KOMPONEN DAN KRITERIA MARKAH

1.0 PENGENALAN
Nama produk, visi dan misi produk, modal permulaan, dan
prospek masa depan perniagaan yang dijalankan (nama syarikat 4
perlu dinyatakan)
2.0 LATAR BELAKANG PRODUK
Tujuan, target pengguna, kegunaan produk, kelebihan produk 4
3.0 RANCANGAN OPERASI
3.1 Carta alir proses pembuatan 3
3.2 Jadual kerja dalam bentuk carta Gantt 3
3.3 Spesifikasi tugas operasi 3
KERTAS KONSEP KARNIVAL KEMAHIRAN DIGITAL TAHUN 2023 | 7
BIL KOMPONEN DAN KRITERIA MARKAH

3.4 Keperluan perniagaan 3


3.5 Keperluan bahan, kos peralatan, kos overhead dan kos lain 3
4.0 RANCANGAN PEMASARAN
4.1 Analisis SWOT
4.1.1 kekuatan dan kelemahan produk 3
4.1.2 strategi promosi 3
4.1.3 perbandingan/ kelebihan produk 3
4.1.4 strategi harga pesaing 3
4.1.5 sambutan pengguna 3
4.1.6 penentuan harga 3
4.2 Analisis pasaran
4.2.1 Menghitung sasaran jualan peningkatan 3
4.2.2 Menghitung sasaran untung peningkatan maksimum DRA
3
4.3 Sasaran pelanggan 3
5.0 RANCANGAN KEWANGAN
5.1 Menghitung keperluan modal 6
5.2 Menghitung kos pengeluaran 6
5.3 Menghitung kos jualan 6
5.4 Menghitung sasaran anggaran untung 6
5.5 Menghitung kos seunit 6
6.0 PENUTUP
6.1 Sebab-sebab perniagaan akan berjaya 2
6.2 Penggunaan teknologi/ICT dalam perniagaan yang dipilih. 2
6.3 Menggunakan khidmat agensi yang membantu usahawan
2
dalam memulakan perniagaan.
6.4 Menjalankan tanggungjawab sosial terhadap pekerja dan
2
masyarakat
6.5 Cadangan penambahbaikan masa depan 2
7.0 LAMPIRAN
7.1 Gambar produk 5
7.2 Iklan/Poster pemasaran 5
JUMLAH 100

KERTAS KONSEP KARNIVAL KEMAHIRAN DIGITAL TAHUN 2023 | 8


6.2 Penilaian video pemasaran

MARKAH
KOMPONEN KRITERIA MAKSIMUM
Pengenalan 10

Latar belakang produk 10

Kelebihan produk 10

Persembahan Harga jual / promosi 10

Sambutan pengguna 10

Cara untuk membeli/tempahan 10

Penutup 10

Susun atur / kelancaran 10


penyampaian

Penyampaian Kreativiti dan Inovasi dalam 10


penyampaian
Bahasa/Pertuturan/ekspresi/gaya 10

JUMLAH 100

6.3 Pengiraan jumlah markah

Jumlah Markah (Rancangan Perniagaan + Video Pemasaran)


X 100
200

KERTAS KONSEP KARNIVAL KEMAHIRAN DIGITAL TAHUN 2023 | 9


BORANG PENILAIAN STEMPreneur

A. PENILAIAN RANCANGAN PERNIAGAAN

MARKAH
BIL PERKARA MAKSIMUM MARKAH
1.0 PENGENALAN
Nama produk, visi dan misi produk, modal permulaan, dan
prospek masa depan perniagaan yang dijalankan(nama syarikat 4
perlu dinyatakan)
2.0 LATAR BELAKANG PRODUK
Tujuan, target pengguna, kegunaan produk, kelebihan produk 4
3.0 RANCANGAN OPERASI
3.1 Carta alir proses pembuatan 3
3.2 Jadual kerja dalam bentuk carta Gantt 3
3.3 Spesifikasi tugas operasi 3
3.4 Keperluan perniagaan 3
3.5 Keperluan bahan, kos peralatan, kos overhead dan kos 3
lain
4.0 RANCANGAN PEMASARAN
4.1 Analisis SWOT
4.1.1 kekuatan dan kelemahan produk 3
4.1.2 strategi promosi 3
4.1.3 perbandingan/ kelebihan produk 3
4.1.4 strategi harga pesaing 3
4.1.5 sambutan pengguna 3
4.1.6 penentuan harga 3
4.2 Analisis pasaran
4.2.1 Menghitung sasaran jualan peningkatan 3
4.2.2 Menghitung sasaran untung peningkatan maksimum 3
4.3 Sasaran pelanggan 3
5.0 RANCANGAN KEWANGAN
5.1 Menghitung keperluan modal 6
5.2 Menghitung kos pengeluaran 6
5.3 Menghitung kos jualan 6
5.4 Menghitung sasaran anggaran untung 6
5.5 Menghitung kos seunit 6
6.0 PENUTUP
6.1 Sebab-sebab perniagaan akan berjaya 2
6.2 Penggunaan teknologi/ICT dalam perniagaan yang dipilih. 2
6.3 Menggunakan khidmat agensi yang membantu usahawan
dalam memulakan perniagaan. 2
6.4 Menjalankan tanggungjawab sosial terhadap pekerja dan
masyarakat 2
6.5 Cadangan penambahbaikan masa depan 2
7.0 LAMPIRAN
7.1 Gambar produk 5
7.2 Iklan/Poster pemasaran 5
JUMLAH 100

KERTAS KONSEP KARNIVAL KEMAHIRAN DIGITAL TAHUN 2023 | 10


B. PENILAIAN VIDEO PEMASARAN

MARKAH MARKAH
KRITERIA PENERANGAN MAKSIMUM
Pengenalan 10

Latar belakang produk 10

Kelebihan produk 10

PERSEMBAHAN Harga jual/promosi 10

Sambutan pengguna 10
Cara untuk membeli/tempahan 10

Penutup 10
Susun atur/kelancaran penyampaian 10

Kreativiti dan Inovasi dalam


PENYAMPAIAN penyampaian 10

Bahasa/Pertuturan/ekspresi/gaya 10

JUMLAH 100

RUMUSAN :

MARKAH :

+
X 100 =
200

TANDATANGAN : NAMA HAKIM :

KERTAS KONSEP KARNIVAL KEMAHIRAN DIGITAL TAHUN 2023 | 11


BORANG PERSETUJUAN DAN PELEPASAN

Saya (nama ibu/bapa/penjaga) .................................................................................................


kepada (nama anak) .....................................................................................................................
No. Kad Pengenalan/Surat Beranak ....................................................................... dari sekolah
............................................................................................ Negeri ...........................................
untuk menyertai aktiviti ..............................................................................................................
......................................................................................................................................................

2. Saya faham bahawa segala langkah keselamatan telah dan akan diambil oleh pihak
penganjur. Walaupun demikian, saya mengaku bahawa anak saya perlu mematuhi
peraturanperaturan dan arahan sepanjang program dijalankan.

3. Saya juga dengan ini memberi kebenaran kepada pihak penganjur untuk merakam imej
dan/atau suara dan menggunakan karya seni dan/atau karya bertulis anak/jagaan saya, pada
rakaman video, pada filem, pada gambar, dalam media digital dan dalam apa jua bentuk
medium elektronik atau cetak dan untuk mengedit atau merekod mengikut budi bicara mereka.

Nombor telefon saya untuk dihubungi ialah (HP) : ..............................................


(R) : ............................................... (P) : ..............................................

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

.................................................................
(Nama : ) Tarikh: ......................
(No. KP : ..................................................)

Pengesahan Pengetua/Guru Besar Cop Sekolah :

.................................................................
(Nama: )
Cop Jawatan: Tarikh: ........................
No. KP:

(Satu (1) salinan dihantar kepada penganjur melalui pautan yang akan diberikan dan satu (1) salinan simpanan sekolah ).

KERTAS KONSEP KARNIVAL KEMAHIRAN DIGITAL TAHUN 2023 | 12

Anda mungkin juga menyukai