Anda di halaman 1dari 15

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN

KARNIVAL STEM 2021


PERINGKAT NEGERI PERLIS

BRIDGE BUILDING
COMPETITION

Unit Pembangunan Bakat Murid


Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Perlis

I1
BRIDGE BUILDING COMPETITION
SEKOLAH RENDAH

1.0 PENGENALAN

Bridge Building Competition adalah pertandingan anjuran Unit Pembangunan


Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.
Pertandingan ini merupakan platform dalam mengetengahkan serta
mencungkil bakat, kreativiti dan memberi pendedahan kepada murid-murid
sekolah rendah tentang ilmu reka bentuk, teori-teori dalam kejuruteraan fizik
(konsep asas pembinaan) dan memupuk minat murid dalam mata pelajaran
sains serta reka bentuk dan teknologi. Pertandingan ini juga bertujuan
menggalakkan kreativiti serta percambahan minda dalam menghasilkan
inovasi yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kemahiran yang
dapat dikembangkan melalui pertandingan ini meliputi penyelesaian masalah,
membuat penyelidikan, kreativiti, analisis kritis, kerja berpasukan,
komunikasi, dan literasi digital.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memberi peluang kepada murid untuk meneroka pembelajaran di luar


bilik darjah dan meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT).

2.2 Untuk meningkatkan kemahiran praktikal murid dan mendorong


kreativiti dalam menghasilkan projek binaan.

2.3 Mengasah kemahiran murid dalam membuat penyelidikan saintifik


konsep binaan mengikut kaedah dan prosedur yang betul.

2.4 Memupuk minat murid dalam mata pelajaran Sains dan Rekabentuk &
Teknologi (RBT) berunsurkan STEM.

2.5 Meningkatkan dan mengembangkan minat murid dalam bidang Sains,


Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

2.6 Meningkatkan peratus penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum


dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

2.7 Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial dalam


proses pembangunan projek.

I2
3.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

3.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah rendah bantuan


kerajaan persekutuan. Murid dari sekolah bantuan kerajaan negeri
dibenarkan menyertai pertandingan ini di peringkat daerah dan negeri
atas dasar jemputan.

3.2 Pertandingan ini terbuka kepada murid tahun 4, 5 dan 6 atau


gabungan tahun 4, 5 dan 6 pada tahun 2021 dan peserta mestilah
warganegara Malaysia.

3.3 Satu pasukan terdiri daripada tiga (3) orang murid dan seorang (1)
guru mentor (pembimbing).

3.4 Ahli pasukan mestilah dari sekolah yang sama.

3.5 Sijil penyertaan disediakan kepada setiap peserta pertandingan.


Nama yg tertera pada sijil berdasarkan ejaan sewaktu pendaftaran
dalam talian.

3.6 Pertukaran ahli kumpulan selepas pendaftaran tidak dibenarkan.

3.7 Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 30 Jun 2021 pada jam 6.00
petang.

4.0 KAEDAH PERTANDINGAN

4.1 Penilaian Pertandingan:

a) Rekabentuk Jambatan – 40%


• Persembahan Projek (Appearance Of Project),
• Kerja Kumpulan (Teamwork)
• Soal Jawab Lisan (Oral Q & A)
• Bahan ( Materials)

b) Ujian Daya Ketahanan Jambatan – 60%

4.2 i. Peringkat Negeri Secara Dalam Talian

A) Penilaian Rekabentuk Jambatan

i) Video pembinaan jambatan bermula dengan paparan bahan


dan peralatan yang digunakan, proses pembinaan sehingga
siap dibina ditunjukkan dalam video time-lapse berdurasi 3-5
minit dan dihantar menggunakan pautan yang disediakan oleh
penganjur. Jambatan yang dibina hendaklah mengikut
spesifikasi yang telah ditetapkan seperti di lampiran 1.

I3
ii) Peserta perlu menghantar gambar jambatan yang telah siap
dibina dari pelabagai sudut sekurang-kurangnya lima (5).
Contoh pelbagai sudut adalah dari hadapan atau belakang, kiri
dan kanan, atas dan bawah jambatan. Semua gambar perlu
dihantar semasa membuat pendaftaran secara atas talian.

B) Ujian Daya Ketahanan Jambatan

i) Menguji ketahanan jambatan menggunakan botol berisi air


minuman (drinking water) 1.5 liter sebagai pemberat dan
dipertontonkan dihadapan juri secara dalam talian semasa sesi
soal jawab. Ujian ditunjukkan sehingga jambatan mengalami
kerosakan pada binaan. Tambahan pemberat (botol berisi air
minuman (drinking water - 1.5 litre ) perlu ditambah selepas
sepuluh (10) saat sehingga jambatan mengalami kerosakan.
Alatan dan cara menguji hendaklah mengikut spesifikasi yang
telah ditetapkan seperti di lampiran 2.

C) Pusingan Penentuan

i) 5 pasukan terbaik akan dipilih (berdasarkan jumlah markah


Rekabentuk Jambatan 40% dan Ujian Daya Ketahanan
Jambatan 60%) bagi dinilai dan diuji semula secara
bersemuka di lokasi yang akan ditentukan oleh penganjur.
(Pembinaan semula jambatan perlu dilaksanakan sebelum
membuat pengujian daya ketahanan jambatan). Peserta akan
diberikan tempoh masa empat (4) jam bagi membina jambatan
dan tiada sesi soal jawab. Pihak penganjur akan
menyediakan dua (2) orang penjaga masa bagi kiraan tempoh
sepuluh (10) saat untuk setiap pemberat . Bahan lidi sate (30
batang berukuran 46cm) disediakan oleh penganjur. Hanya
peralatan yang dibenarkan sahaja dibawa oleh pasukan
masing-masing (seperti di lampiran 1).

ii) Ujian daya ketahanan jambatan akan dibuat dihadapan tiga (3)
orang juri yang dilantik. Alatan ujian akan disediakan oleh
penganjur mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan di
peringkat kebangsaan seperti di lampiran 3.

iii) Kedudukan tempat akan diputuskan selepas semua 5 pasukan


diuji. Johan akan dipilih mewakili negeri (sekiranya Johan
bukan dari sekolah bantuan kerajaan persekutuan, pemenang
seterusnya akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan).
** Sekiranya jambatan tidak runtuh pada pemberat yang
ke-10, pasukan akan mendapat markah penuh 100
(60%).

Sekiranya terdapat lebih daripada 1 pasukan yang


melepasi pemberat ke-10, maka ujian jambatan
diteruskan dengan penambahan 2.5 kg sehingga
jambatan rosak. Pemenang kategori ini ditentukan
I4
dengan bilangan pemberat yang paling banyak
ditampung oleh jambatan selepas pemberat ke-10.

Bagi pemenang keseluruhan, markah kategori


Rekabentuk Jambatan (40%) dan kategori Ujian Daya
Ketahanan Jambatan (60%) akan dicampur menjadi
markah penuh 100.

Sekiranya terdapat markah sama, markah Ujian Daya


Ketahanan Jambatan yang paling tinggi dijadikan
keutamaan.

ii. Peringkat Negeri Secara Bersemuka

A) Penilaian Rekabentuk Jambatan

i) Setiap pasukan akan ditempatkan dilokasi khas dan


diasingkan daripada guru pembimbing.

ii) Tempoh masa 4 jam diberikan bagi pembinaan jambatan.


Jambatan yang dibina hendaklah mengikut spesifikasi yang
telah ditetapkan seperti di lampiran 1.

ii) Sesi soal jawab secara bersemuka (5-10 minit) mengikut


jadual yang ditetapkan oleh penganjur.

B) Ujian Daya Ketahanan Jambatan

i) Ujian daya ketahanan jambatan akan dibuat dihadapan juri


yang dilantik. Alatan ujian akan disediakan oleh penganjur
mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan di peringkat
kebangsaan. Pengujian dilaksanakan sendiri oleh peserta.
Pihak penganjur akan menyediakan dua (2) orang penjaga
masa bagi kiraan tempoh sepuluh (10) saat untuk setiap
pemberat.

ii) Pemberat pertama satu (1) unit weight plate 2.5kg akan
diletakkan diatas penimbang / alat ujian dan tambahan satu (1)
unit weight plate 2.5kg untuk pemberat kedua. Sekiranya
jambatan masih kukuh dan tidak mengalami kerosakan,
tambahan satu (1) unit weight plate 1.25kg akan diletakkan
dan akan ditambah sehingga jambatan mengalami kerosakan.
Penambahan setiap unit weight plate perlu dibuat selepas
tempoh sepuluh (10) saat. Jambatan yang dapat menampung
pemberat yang paling berat dan mengambil tempoh paling
lama akan mendapat markah yang paling tinggi berdasarkan
jadual markah yang disediakan oleh penganjur. Alatan menguji
hendaklah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan seperti di
lampiran 3.
I5
C) Pusingan Penentuan

i) Kedudukan tempat akan diputuskan selepas semua pasukan


diuji dengan mengambil kira jumlah markah Penilaianan
Rekabentuk Jambatan (40%) dan Ujian Daya Ketahanan
Jambatan (60%). Johan akan dipilih mewakili negeri (sekiranya
Johan bukan dari sekolah bantuan kerajaan persekutuan,
pemenang seterusnya akan mewakili negeri ke peringkat
kebangsaan).

** Sekiranya jambatan tidak runtuh pada pemberat yang


ke-10, pasukan akan mendapat markah penuh 100
(60%).

Sekiranya terdapat lebih daripada 1 pasukan yang


melepasi pemberat ke-10, maka ujian jambatan
diteruskan dengan penambahan 2.5 kg sehingga
jambatan rosak. Pemenang kategori ini ditentukan
dengan bilangan pemberat yang paling banyak
ditampung oleh jambatan selepas pemberat ke-10.

Bagi pemenang keseluruhan, markah kategori


Rekabentuk Jambatan (40%) dan kategori Ujian Daya
Ketahanan Jambatan (60%) akan dicampur menjadi
markah penuh 100.

Sekiranya terdapat markah sama, markah Ujian Daya


Ketahanan Jambatan yang paling tinggi dijadikan
keutamaan.

JPN juga digalakkan untuk menyediakan sijil


pencapaian dan hadiah kepada pemenang mengikut
kategori iaitu kategori Rekabentuk Jambatan dan
kategori Ujian Daya Ketahanan Jambatan secara
berasingan. Wakil negeri mestilah daripada pasukan
yang mendapat jumlah markah tertinggi daripada
jumlah kedua-dua kategori.

5.0 KRITERIA PENILAIAN

Penilaian akan dibuat berdasarkan kriteria berikut (fokus penilaian : rujuk


rubrik yang disediakan):

5.1 Rekabentuk Jambatan – 40 markah


• Persembahan Projek (Appearance Of Project) – 10 markah
• Kerja Kumpulan (Teamwork) – 10 markah
• Soal Jawab Lisan (Oral Q & A) – 10 markah
I6
• Bahan (Materials) – 10 markah

5.2 Ujian Daya Ketahanan Jambatan – 60 markah

5.3 Penjurian oleh 3 orang hakim


(peringkat negeri : JPN Sektor Pembelajaran / Pensyarah IPTA /
agensi swasta)

5.4 Dua (2) orang penjaga masa bagi pengujian daya ketahanan
jambatan untuk setiap alat ujian.

6.0 PROSEDUR PENYERTAAN

Proses pendaftaran mesti mengikut prosedur berikut:

7.1 Semua pendaftaran mesti dibuat melalui dalam talian.

7.2 Semua butiran dalam borang pendaftaran dalam talian mesti diisi
dengan lengkap dan betul.

7.3 Pautan projek (video) mesti hantar melalui google form yang
disediakan oleh penganjur.

7.4 Peserta diminta untuk menggunakan ID DELIMa atau akaun Gmail


peribadi untuk mengakses borang dalam talian.

7.5 Pengelola peringkat negeri berhak untuk menolak mana-mana


penyertaan yang tidak lengkap atau lewat.

I7
LAMPIRAN 1
1. Spesifikasi Pembinaan Jambatan

Rajah 1
Spesifikasi :
i. Panjang : 40cm – 45cm
ii. Lebar : 5cm-10cm
iii. Tinggi : <40cm
iv. Jarak tengah antara tiang dibawah jambatan 30cm
v. Ruang tengah diatas jambatan dikosongkan 3 – 5cm
vi. Tapak base hendaklah disusun dengan maksimum 7 batang lidi sate
dan 7 batang sahaja untuk tulang pengikat (support) seperti rajah 2.
vii. Tapak base juga tidak dibenarkan disusun berlapis atas bawah seperti
rajah 3.

Rajah 2

Rajah 3

I8
2. Bahan / Peralatan yang dibenarkan

BIL PERALATAN
1 Gam perekat panas (Hot Glue) / gam air
2 Gunting
3 Pembaris
4 Pensel / pen
5 Marker pen
6 Playar pemotong
7 Kertas pasir
8 Pelapik pemotong (Cutting mat) – bersesuaian
9 Sarung tangan – bersesuaian
10 Kertas Manila / Kertas (kosong tanpa sebarang lakaran) (disediakan oleh
penganjur jika bersemuka)
11 lidi sate berukuran 46cm panjang (maksimum 30 batang lidi) (disediakan oleh
penganjur jika bersemuka)

I9
LAMPIRAN 2

2. Pengujian Jambatan : botol air minuman 1.5 liter sebagai pemberat

Gambar hanya ilustrasi sahaja. Gambaran sebenar boleh dilihat melalui video yang
disediakan.

I 10
LAMPIRAN 3

3. Pengujian Jambatan : weight plate sebagai pemberat

Gambar hanya ilustrasi sahaja. Gambaran sebenar boleh dilihat melalui video yang
disediakan.

I 11
BORANG PENJURIAN BRIDGE BUILDING COMPETITION
A. REKABENTUK JAMBATAN (40%)
Pembera 4 3 2 1
Bil Aspek Penilaian JUMLAH
t Sangat Baik Baik Memuaskan Kurang Memuaskan
Keseluruhan, projek amat cemerlang Keseluruhan, projek menarik ( bentuk, rekaan Projek mempunyai nilai estetika yang Projek tidak mempunyai nilai estetika
(bentuk, rekaan dll) dll) terhad
Persembahan Kesemua hasil kerja dilihat kemas serta teliti. Kebanyakan hasil kerja dilihat kemas Hasil kerja yang kemas, ada bahagian Hasil kerja tidak kemas
Projek - FOKUS : tertentu tidak kemas
NILAI ESTETIKA, Reka bentuk sesuai, menarik serta praktikal Reka bentuk dilihat kemas, sesuai Reka bentuk dilihat sesuai Reka bentuk tidak menarik / kosong
1 10%  
KONSEP SAINS Aplikasi konsep sains dalam binaan projek Aplikasi konsep sains yang jelas dalam Aplikasi konsep sains yang terhad dalam Tidak menunjukkan aplikasi konsep
(APLIKASI DALAM yang dilihat begitu jelas, meluas -mencapai projek projek sains dalam binaan
PROJEK) objektif pertandingan
       

Kerjasama ditunjukkan dengan jelas. Setiap Menunjukkan Kerjasama yang baik, namun Sebahagian kumpulan menunjukkan Pasukan tidak menampakkan
ahli memainkan peranan yang tersendiri ada ketika tergangu dengan kerja projek - kerjasama kerjasama kumpulan
Kerja Berkumpulan sedikit menjejaskan kepada Kerjasama).
- FOKUS : SIKAP Respek yang tinggi antara ahli pasukan Respek antara ahli dilihat dengan jelas. Kerjasama berkumpulan ditunjukkan Hanya berorientasikan individu
2 DAN NILAI MURNI 10% tetapi tidak konsistens  
KERJA “Champ Rules” dilihat dengan jelas dan Mempraktikkan “Champ Rules” dengan baik. Ada ketika mempraktikkan “Champ Tidak bercirikan “Champ Rules"
BERPASUKAN terbukti Rules”
       

Respon peserta amat cemerlang, proaktif Respon peserta dilihat jelas Respon peserta kadangkala tidak jelas Respon tidak jelas daripada peserta
Soal Jawab - serta bernas.
FOKUS : Peserta menguasai projek secara Peserta menguasai projek Peserta menguasai sebahagian projek Peserta tidak menguasai projek
PEMBENTANGAN keseluruhan.
3 LISAN PESERTA / 10% Pembentangan lancar, jelas serta tidak Pembentangan projek dilihat lancar Pembentangan projek tidak lancar, Pembentangan projek dilihat  
PENGUASAAN mempunyai sebarang isu atau perkara yang namun peserta mencuba sehingga tamat terganggu
TERHADAP menganggu pembentangan
PROJEK        

Penggunaan bahan yang optimum, dilihat Penggunaan bahan yang sesuai dengan Penggunaan bahan yang minimum, Penggunaan bahan yang terlalu
Bahan - FOKUS : sesuai, tahan dan kukuh. rekaan, rekaan kukuh tetapi dilihat boleh rekaan dilihat tidak kukuh. minimum sehinggakan rekaan nampak
PENGUNAAN ditambah baik. tidak kukuh
4 BAHAN UNTUK 10% Bijak menggunakan / mengeksploitasikan        
PENGHASILAN bahan
PROJEK        

Rumusan Hakim:

Tandatangan Hakim: Nama Hakim:

12
BORANG PENJURIAN BRIDGE BUILDING COMPETITION
B : UJIAN KETAHAHAN JAMBATAN (60%)

A B MASA (SAAT) / MARKAH


BOTOL AIR MINUMAN
WIEGHT PLATE 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
1.5 LITER
PEMBERAT PERTAMA 2.5 kg 2 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
PEMBERAT KE-2 5.0 kg 4 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
PEMBERAT KE-3 7.5 kg 5 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
PEMBERAT KE-4 10.0 kg 6 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
PEMBERAT KE-5 12.5 kg 7 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
PEMBERAT KE-6 15.0 kg 8 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
PEMBERAT KE-7 17.5 kg 9 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
PEMBERAT KE-8 20.0 kg 10 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
PEMBERAT KE-9 22.5 kg 11 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
PEMBERAT KE-10 25.0 kg 12 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
MARKAH  
Nota :
Sekiranya jambatan tidak runtuh pada pemberat yang ke-10, pasukan akan mendapat markah penuh 100 (60%).
Sekiranya terdapat lebih daripada 1 pasukan yang melepasi pemberat ke-10, maka ujian jambatan diteruskan dengan penambahan 2.5 kg / 2 botol air minuman 1.5 liter
sehingga jambatan rosak. Pemenang kategori ini ditentukan dengan bilangan pemberat yang paling banyak ditampung oleh jambatan selepas pemberat ke-10.
Bagi pemenang keseluruhan, markah kategori Rekabentuk Jambatan (40%) dan kategori Ujian Daya Ketahanan Jambatan (60%) akan dicampur menjadi markah penuh
100. Sekiranya terdapat markah sama, markah Ujian Daya Ketahanan Jambatan yang paling tinggi dijadikan keutamaan.

Rumusan Hakim:

Tandatangan Hakim: Nama Hakim:

BORANG PENJURIAN BRIDGE BUILDING COMPETITION

13
C : TAMBAHAN UJIAN KETAHAHAN JAMBATAN (40%)

A B MASA (SAAT) / MARKAH

BOTOL AIR
WIEGHT PLATE 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
MIMUMAN 1.5 LITER

PEMBERAT KE-11 27.5 kg 14 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1


PEMBERAT KE-12 30.0 kg 16 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
PEMBERAT KE-13 32.5 kg 18 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
PEMBERAT KE-14 35.0 kg 20 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
PEMBERAT KE-15 37.5 kg 22 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
PEMBERAT KE-16 40.0 kg 24 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
PEMBERAT KE-17 42.5 kg 26 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
PEMBERAT KE-18 45.0 kg 28 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
PEMBERAT KE-19 47.5 kg 30 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
PEMBERAT KE-20 50.0 kg 32 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1
MARKAH  

Rumusan Hakim:

_________________ ________________________
Tandatangan Hakim: Nama Hakim:

14
Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM 2021 I 15

Anda mungkin juga menyukai