Anda di halaman 1dari 50

FAKULTI PENDIDIKAN

Faculty of Education
DASAR 60:40 SAINS DAN SASTERA : SEJAUH MANA TERCAPAI
KRITERIA PEMILIHAN PELAJAR, HALANGAN DAN INTERVENSI
PENYELESAIAN , DASAR DAN PELAKSANAAN.
(PPPM 2013 - 2025)/STEM

ISI KANDUNGAN
1.0

PENGENALAN

2.0

KONSEP

3.0

KAJIAN KEPUSTAKAAN / SOROTAN


LITERATUR

4.0

ISU, CABARAN & INTERVENSI

5.0

KESIMPULAN

FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
Misi KPM
Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia
bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi
aspirasi negara Malaysia.
Matlamat Pendidikan
Melahirkan bangsa Malaysia yang taat, setia dan bersatupadu.
Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berketrampilan dan
sejahtera.

Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan


negara.
Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

Jawatankuasa Perancangan
Pelajaran Tinggi (1967)
Dalam usaha mencapai Wawasan 2020, Sains dan Teknologi merupakan
teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosio ekonomi
yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan
dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya
sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi
perindustrian moden (Wawasan 2020).

Jawatankuasa Perancangan Pelajaran Tinggi (1967) telah menetapkan


peralihan nisbah unjuran enrolmen pelajar dalam bidang sains/teknikal
kepada sastera secara beransur-ansur mulai tahun 1970 dari nisbah 45
peratus pelajar dalam bidang sains/teknikal dan 55 peratus pelajar
dalam bidang sastera kepada 60 peratus pelajar dalam sains/teknikal
dan 40 peratus dalam sastera mulai tahun 1980. Jawatankuasa tersebut
telah mengesyorkan supaya unjuran enrolmen pelajar terutama di
peringkat pendidikan menengah atas dan peringkat tinggi mengikut
nisbah 60 peratus dalam sains dan teknikal dan 40% dalam bidang
sastera. (Hussin dan Zakuan, 2009).

PENGENALAN
Dasar 60 : 40
Sains dan Sastera/Pengukuhan STEM

Apakah perspektif pertama


anda mengenai frasa ini?

KUALA LUMPUR Kementerian Pendidikan


menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 melaksanakan:
pelbagai strategi pengukuhan bagi mata pelajaran
Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik
(STEM)
dalam usaha melahirkan lebih ramai pakar dalam
bidang itu untuk kepentingan negara.
Timbalan Menteri Pendidikan P.Kamalanathan
berkata antara strategi itu termasuk:

meningkatkan minat murid melalui pendekatan


pembelajaran yang baharu,
pemantapan kurikulum serta
menggabungkan kemahiran berfikir aras tinggi.

.
Inisiatif lain ialah meningkatkan
kemahiran guru termasuk melatih mereka
di sekolah rendah dan menengah
untuk mengajar kurikulum yang disemak
semula selain

meningkatkan kesedaran ibu bapa


berkenaan STEM,
katanya dalam sesi soal jawab di Dewan
Rakyat hari ini.

Kamalanathan berkata inisiatif pengukuhan STEM


merupakan satu daripada 100 inisiatif utama dalam
PPPM 2013-2025 dan mengambil kira Laporan Strategi
Mencapai Dasar 60:40 iaitu Aliran
Sains/Teknikal:Sastera.

Dari sudut pelaksanaan kurikulum pula, beliau berkata


kementerian mengambil beberapa langkah antaranya
menambah bilangan soalan yang memerlukan
kemahiran aras tinggi dalam peperiksaan mulai tahun
2013.
Selain itu penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi meluas dalam bilik darjah, menambah
bilangan waktu mengajar mata pelajaran Sains Tulen
daripada empat waktu kepada lima waktu serta
memperuntukkan satu waktu seminggu untuk guru
Sains dan Matematik berkongsi amalan terbaik
pengajaran, katanya. BERNAMA

Kepentingan dasar 60:40


menjayakan matlamat dasar sains dan teknologi iaitu
memastikan pembangunan saintifik bagi
menyokong dan mengekalkan kadar pertumbuhan
ekonomi yang tinggi, mempercepat pembangunan
perindustrian secara menyeluruh dan menyediakan
asas bagi mewujudkan masyarakat yang maju dari
segi sains dan teknologi menjelang tahun 2020
untuk melahirkan lebih banyak para saintis, jurutera, doktor
dan juruteknik
yang berkepakaran tinggi bagi
pembangunan pelbagai sektor ekonomi dan sosial,
sejajar dengan pertambahan penduduk dan kualiti hidup
masyarakat.

Cetusan awal paradigma


Dasar 60:40 ini adalah
memperkatakan
tentang penetapan
bilangan penyertaan
pelajar dalam bidang
Sains dan Teknologi
berbanding bidang
sastera.

Dasar ini telah


diwujudkan sejak tahun
1967 ..aspirasi
wawasan 2020 untuk
mencapai taraf Negara
maju.

,melahirkan lebih
banyak saintis,
jurutera, doktor dan
juruteknik yang
berkepakaran tinggi

bagi pembangunan
pelbagai sektor
ekonomi dan sosial,
sejajar dengan
pertambahan
penduduk dan kualiti
hidup masyarakat.

Dasar Pendidikan
Kebangsaan
Dasar Pendidikan Menengah
Dasar 60 : 40
Memperluas Tingkatan 6
Pengambilan murid SBP
Pembinaan modal insan
..Dasar Pendidikan Teknik dan Vokasional
Mewujudkan golongan murid yang berorientasikan
kemahiran teknik dan vokasional bagi memenuhi
keperluan guna tenaga negara

Education in Malaysia: Towards Excellence, KPM


(2009: 39)
The provision of science and technology education
is part of a continuing effort to create a scientific,
progressive and knowledgeable society as well as
critical, creative and competent students.
Pedagogical
innovations
such
as
the
implementations of F1 Technology Challenge and
Robotics programmes were introduced to attract
more students

Inisiatif mendapatkan
nisbah 60:40

10 buah Sekolah Menengah Sains telah dibina (Jabatan


Pendidikan Teknik, 1996) untuk menampung pelajar aliran
sains
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) (BPPDP, 2000)
sekolah diperuntukkan RM30 setiap tahun bagi setiap orang
pelajar yang memilih satu matapelajaran elektif sains
(BPPDP, 2000) ~dikaji semula menjadi RM14 per kapita per
matapelajaran (KPM, 2010)
menempatkan pelajar yang mendapat C6 dan ke atas dalam
SRP dan PMR ke dalam aliran sains secara mandatori
biasiswa kepada pelajar cemerlang aliran sains untuk
melanjurkan pelajaran ke luar negara
bilangan makmal sains tulen ditambah ~ Dasar Pendidikan
Kebangsaan (KPM, 2004b)

Isu berkaitan & faktor pencapaian yang


belum mencapai target dalam menjayakan
dasar 60:40

1. Faktor bajet,
2. masalah prasarana di sekolah luar
bandar,
3. kesan PPSMI dan
4. kecenderungan pelajar dalam kursus
Sains dan Teknologi.

2.0 KONSEP
Menurut Phang et. al (2010), polisi nisbah 60:40 (sains :

sastera) telah diamalkan dalam sistem pendidikan negara


dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan, perkara 4.9,
apabila sebuah jawatankuasa di Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) (1962),
melakukan kajian ke atas hala tuju pembangunan
sumber manusia.

Jawatankuasa Perancangan Pelajaran Tinggi (1967)


melaporkan bahawa 4% daripada pelajar sekolah
bakal meneruskan ke peringkat pengajian tinggi.

Oleh yang demikian, untuk memastikan negara


mempunyai sumber manusia dalam bidang sains, 60

peratus pelajar sekolah harus mengikuti aliran sains.

Kementerian Pelajaran mengelaskan


seseorang pelajar (Tingkatan 4 dan Tingkatan
5) sebagai pelajar jurusan sains atau sastera

adalah mengikut klasifikasi yang ditetapkan


BPPPD berikut :

1. Dua kumpulan mata pelajaran Sains dan Teknologi


digolongkan sebagai murid Sains dan Teknologi.

2. Dua kumpulan matapelajaran itu ialah mata

pelajaran teras (sains teras) dan mata pelajaran


elektif (kumpulan Vokasional dan teknik, Kumpulan

Sains dan Teknologi Maklumat).

Pemilihan pelajar ke atas aliran-aliran ini turut

dipengaruhi oleh polisi nisbah 60:40 yang


telah diamalkan dalam sistem pendidikan

negara sejak 48 tahun yang lalu sehinggalah


hari ini.

Polisi ini adalah berdasarkan dasar yang telah


diwujudkan oleh kerajaan dalam Laporan
Jawatankuasa Perancang Pelajaran Tinggi 1967
yang dikenali sebagai Dasar 60:40

(Sains:Sastera).

Kerajaan telah menetapkan matlamat dasar ini

bagi melahirkan lebih ramai sumber manusia yang


berkepakaran tinggi dalam bidang Sains dan

Teknologi sebagaimana yang diilhamkan dalam


Wawasan 2020 iaitu Malaysia mencapai taraf

sebuah negara maju menjelang tahun tersebut.

Menurut Hussin dan Zakuan (2009) dalam Razali


Hassan et. al. (2013), Jawatankuasa Perancangan
Pelajaran Tinggi (1967) telah menetapkan peralihan

nisbah unjuran enrolmen pelajar dalam Aliran Sains


dan Aliran Sastera secara beransur-ansur.

Unjuran Enrolmen ini turut disyorkan oleh


jawatankuasa tersebut di peringkat pendidikan
menengah atas dan di peringkat pengajian tinggi.

Ini seperti yang termaktub dalam Dasar Pendidikan


Kebangsaan, perkara 4.9, menyatakan bahawa

sekolah menengah perlu mencapai nisbah tersebut.

Pelaksanaan dasar ini mampu membantu negara


melahirkan lebih ramai rakyat yang membudayakan
sains dan teknologi dalam kehidupan seharian.

Ini secara tidak langsung akan mewujudkan


kesedaran tentang kepentingan sains dan

teknologi selaras dengan cabaran ke-6


Wawasan 2020.

Dewasa ini, dapat dilihat bahawa pendidikan


sains

semakin

membantu

penting

negara

kerana

dalam

ia

mencapai

mampu
status

sebagai negara maju.


Apabila lebih ramai tenaga mahir dan kepakaran

dapat dibentuk, Malaysia mampu membina


kekuatan untuk berdaya saing setaraf dengan

negara-negara maju yang lain.

Usaha untuk menguasai sains dan teknologi


bukan sahaja terus dipergiat malahan ia sering
menjadi agenda utama dalam belanjawan sektor

pendidikan bagi negara-negara seperti Amerika


Syarikat, United Kingdom, Jerman dan Jepun

yang telah jauh kehadapan dalam bidang Sains


dan Teknologi.

Ini menunjukkan betapa negara-negara tersebut


menyedari penguasaan dalam bidang sains dan

teknologi ini membolehkan mereka menerokai,


menguasai dan bahkan memonopoli pelbagai

disiplin ilmu dan kekayaan alam.

Tambahan lagi, menurut Azmi Zakaria (1999)


dalam Razali Hassan et. al. (2013) pada era
ledakan

teknologi

sempadan ini,
canggih

dan

maklumat

dunia

tanpa

dengan kehidupan yang serba


mencabar,

penguasaan

dalam

bidang sains dan teknologi seringkali menjadi satu


kayu ukur kepada ketinggian martabat sesuatu

negara bangsa.

Bagi mencapai status negara maju menjelang


tahun 2020, kuantiti dan kualiti tenaga kerja yang
menguasai dan mampu menyesuaikan diri dalam
bidang

sains

dititikberatkan.

dan

teknologi

terkini

amatlah

Oleh yang demikian, dengan adanya dasar


60:40 ini dijangka mampu untuk mengatasi
masalah kekurangan sumber manusia dalam

kepakaran bidang sains dan teknologi di negara


Malaysia.

3.0 Kajian Kepustakaan


Kajian berkaitan permasalahan:
1. Minat, sikap, persepsi dan kerisauan
pelajar
2. Pengajaran dan pembelajaran
3. Pemilihan bidang kajian
4. Persekitaran makmal dengan tahap
kepuasan pembelajaran pelajar

kajian berkaitan minat, persepsi dan


kerisauan pelajar
Kajian mendapati pelajar yang layak tetapi tidak menyertai
aliran sains adalah :
Faktor berkaitan persepsi dan kerisauan terhadap
pencapaian yang rendah dan kesukaran menguasai
konsep sains.
Pengaruh rakan sebaya dan ibubapa yang tidak kondusif
terhadap sains dan matematik.

Tanggapan bahawa peluang melanjutkan pelajaran di


peringkat tertiari yang lebih kecil bagi pelajar aliran sains.
Kajian ( syed Abd Hakim 2007 ; Ghandiswari 2009; TIMSS 2007 dalam Phang
(2012)

Kajian berkaitan pembelajaran dan pengajaran konsep

Amalan penyoalan lisan guru dalam proses


pengajaran masih berada pada tahap kognitif
yang agak rendah. (Daniel 1999 ; Noor Rohana
Mansor 2009 ;Nor Razah & Zamri 2007 ;
Zanaton et. al 2012)

Keadaan ini boleh mengakibatkan pemahaman


terhadap sesuatu tajuk belum dikuasai kerana
pemahaman konsep asas masih lemah.
Oleh itu, kekurangan pemahaman terhadap
konsep asas pada peringkat rendah boleh
membawa kepada berlakunya salah konsep
diperingkat berikutnya (Zanaton et. al 2012)

Classen et al (2009):
menegaskan bahawa strategi pengajaran yang
paling berkesan dalam menggerakkan pelajar
berfikir , mencetuskan kreativiti dan
pemikiran aras tinggi adalah soalan -soalan
yang diberi oleh pengajar.

Kajian pemilihan bidang kajian


Kajian ke atas pelajar matrikulasi yang
mendalami bidang Fizik, Sains Hayat, Teknikal
dan Perakaunan yang menunjukkan faktor
minat (34%) untuk meneruskan pengajian
dalam bidang kejuruteraan berbanding
bidang perniagaan.
(Norbahiah Misran 2012). Pemilihan jurusan
merupakan penentu hala tuju kerjaya mereka
e

kajian kemudahan pembelajaran di makmal


sains
Dapatan kajian menujukkan pelajar tidak diberi
kebebasan untuk pelajar menjana dan mengeluarkan
pendapat sendiri (Rodziah 2004) . Aktiviti amali hanya
untuk mengesahkan teori sahaja. Pelajar
mempersepsikan persekitaran pembelajaran makmal
kurang memberi peluang menjana idea, kekurangan
bahan sokongan seperti yang mereka harapkan
(Santiboon 2006).Persepsi pelajar terhadap
persekitaran pembelajaran psikososial mempunyai
hubungan langsung dengan tahap kepuasan pelajar
terhadap PdP dalam makmal sains.

Kajian menunjukkan kepuasan mempengaruhi


tahap motivasi pelajar (Chute, Thompson &
Hancock 1999) , yang mana merupakan
faktor psikologi yang penting dalam kejayaan
akademik. Tahap kepuasan mempengaruhi
kadar ingatan (Astin 1993) dan merupakan
faktor utama dalam menentukan kejayaan
sesebuah program (Askar & Altun 2008)
dalam (Che Nidzam et.al 2010).

Rumusan
Semua pihak terlibat dalam penyertaan
pelajar dan pencapaian dasar 60:40 .
Faktor yang mempengaruhi adalah
saling berkait dan telah dibuktikan
melalui kajian kajian yang telah
dijalankan.

4.0 DASAR PENDIDIKAN DAN


KEPERLUAN SEMASA
4.1

ISU PENCAPAIAN DASAR

1. Teori perkembangan modal insan


2. Kejayaan pendidikan dan negara bukan semata-mata
bergantung kepada nisbah bilangan
3. Kepentingan menyusun disiplin penting dalam pendidikan
untuk mencapai kemajuan negara
4. Struktur kursus dan latihan dalam pendidikan dalam
menjana kemajuan pelajar, pendidikan dan mencapai
negara maju

4.2 Transformasi Pendidikan


1. Transformasi dalam pendidikan dalam
membangunkan pelajar dan negara
2. Kaedah pengukuran tahap pelajar
3. PPPM dan perkembangan potensi
pelajar

4.3 CABARAN
1. Membina asas kukuh untuk pelajar
2. Kurang faham kepentingan kewujudan
sekolah teknik dan vokasional
3. Isu kebolehan dan prestasi guru
4. Perkembangan teknologi yang pesat
5. Memahami situasi semasa dan saingannya
6. Menjadikan pelajar lebih kreatif, kritis dan
inovatif
7. Kekurangan infrastruktur
8. Penyertaan pelajar sains selepas

4.4 Intervensi Penyelesaian


1. Menyusun pelan tindakan
2. Penglibatan Kementerian dan Badan
Kerajaan yang lain
3. Penglibatan pihak swasta dan industri
4. Pertambahan bilangan dan kualiti
pusat latihan( pusat penyelidikan
untuk melahirkan saintis eg Lembah
Bio )

5.0

KESIMPULAN

Kemerosotan jumlah pelajar aliran sains


yang semakin kritikal mencetuskan satu
polemik baru dunia pendidikan negara
yang selama ini mensasarkan hala tuju
sebuah negara maju.

Pelajar
drastik
menukar
pemilihan pengajian.

corak

Faktor kemerosotan aliran sains:


Menganggap
aliran
sastera
mempunyai lebih peluang dalam
kejayaan akademik.

Rasa ingin bebas daripada belenggu


aliran sains yang sukar.

Nilai prestij aliran tidak memainkan


peranan penting sebaliknya jaminan
yang mampu diberikan menjadi faktor
tarikan utama.
Pelan Hala Tuju Modal Insan Sains dan
Teknologi 2020 mensasarkan 60 peratus
pelajar aliran sains malangnya ia
merosot dengan bidang sains dan
matematik hanya 37 peratus dan 29

Melalui kajian, didapati ramai pelajar


lebih berminat menjadi ahli perniagaan,
usahawan, petani, kontraktor, bidang
perkhidmatan dan bidang hospitaliti.
Jumlah pelajar aliran sains di institusi
pengajian tinggi tempatan kini hanya
sekitar
35,000
orang
setahun
berbanding sasaran 100,000 pelajar
setahun.

Malaysia memerlukan sekurang kurangnya 500,000 tenaga kerja dalam


aliran sains dan teknologi menjelang
2020 untuk mencapai status negara
maju berpendapatan tinggi.

Kalau ada jarum yang patah,


Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

Sekian, terima kasih....

Bincangkan dalam kumpulan


Sejauh mana isu perlaksanaan nisbah 60:40 ini
berjaya dalam menggerakkan negara ke arah
pencapaian taraf negara maju menjelang tahun
2020?

Anda mungkin juga menyukai