Anda di halaman 1dari 5

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK

‘WMAM ECO YOUTH CHALLENGE 2018’

A. MAKLUMAT PERTANDINGAN

1. Pertandingan ini TERBUKA kepada semua sekolah yang menyertai


pertandingan ‘WMAM Eco Youth Challenge 2018’
2. Pertandingan bermula dari 1 Februari 2018 dan tarikh akhir menghantar
video adalah pada 30 Jun 2018
3. Tema untuk video pendek ini ialah ‘Kitar Semula Dan Alam Sekitar’

B. TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

1. Setiap sekolah hanya dibenarkan untuk menghantar SATU penyertaan


sahaja.
2. Penyertaan adalah berbentuk kumpulan yang tidak melebihi 5 orang
termasuk ketua kumpulan. Peserta perlu mengisi borang penyertaan yang
dilampirkan (Sila rujuk LAMPIRAN A)
3. Ahli kumpulan perlu disertai sekurang – kurangnya seorang guru atau
kakitangan sokongan sekolah.
4. Kos penyediaan video adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta.
5. Durasi karya adalah tidak melebihi 3 minit. Tempoh ini termasuk montaj dan
kredit (penghargaan).
6. Peserta boleh menggunakan:
 Bahasa Melayu, dengan sarikata Bahasa Inggeris; atau;
 Bahasa Inggeris, dengan sarikata Bahasa Melayu.
7. Hasil karya hendaklah sesuai untuk diterbit dan dipapar dalam segala bentuk
media video. Format yang dibenarkan adalah MOV & MP4.
8. Resolusi minima video yang dihantar adalah video Full HD – 1080p (1920 x
1080 pixel resolution).
9. Pastikan semua gambar individu / imej / muzik yang digunakan perlu
mendapat persetujuan dan kebenaran bertulis. Pihak penganjur tidak
bertanggungjawab atas segala tuntutan royalti atau bayaran kepada pihak
ketiga.
10. Peserta hendaklah menyediakan sinopsis / ringkasan isi kandungan video.
Format sinopsis / ringkasan haruslah menggunakan font Arial, saiz tulisan 11
dan single spacing (Sila rujuk LAMPIRAN B).
11. Setiap video yang dihasilkan perlu menggunakan beberapa elemen produk
di bawah jenama Coca Cola seperti logo atau tin minuman yang tidak
melibatkan elemen negatif.
12. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan
akibat perlanggaran hasil hak cipta.
13. Karya yang dihasilkan adalah manifestasi kreativiti peserta, mengandungi
nilai - nilai murni dan tidak boleh mengandungi unsur - unsur yang
menyentuh sensitiviti perkauman, kebudayaan, keagamaan, politik dan
pemimpin.
14. Setiap penyertaan mestilah merupakan hasil kerja asal / asli.
15. Semua penyertaan tidak boleh dimuat naik ke mana-mana portal atau
media sosial sebelum mendapat kebenaran penganjur.
16. Setiap hasil karya juga mestilah tidak pernah menyertai mana - mana
pertandingan video.
17. Peserta/ pihak sekolah perlu memuat naik video yang ingin dipertandingkan
di platform Google Drive atau we transfer dan kongsikan pautan video (link
video) tersebut ke alamat emel
Negeri Sembilan - Daniel Sahrill Bin Abdul Hadi
daniel.sahrill@swmsb.com

Melaka - Muhammad Afiq Ahlami Bin Azman


ahlami.azman@swmsb.com

Johor Selatan - Mohd Aizad Bin Osman


Aizad.osman@swmsb.com

Johor Utara - Muhamad Bakhtiar Bin Azni


bakhtiar.azni@swmsb.com

dan salinan cc ‘cc copy’ kepada eco@wmam.org

18. Kapsyen untuk video tersebut mestilah dalam format Negeri_Nama


Sekolah_tajuk video
Contoh:
JHR_SMK Seri Pinang_Marine Litter.
MLK_SMK Seri Pinang_Marine Litter.
NS_SMK Seri Pinang_Marine Litter.

19. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang


dikemukakan tidak asli / diciplak.
20. Sebarang perlanggaran syarat-syarat di atas akan membatalkan
penyertaan.
21. Sijil penyertaan hanya diberikan kepada peserta yang menghantar
penyertaan lengkap dan memenuhi syarat sahaja.
22. Markah dikira daripada penyampaian peserta-peserta daripada bidang-
bidang berikut;

a. ketetapan tema dan infomasi tetap tentang tema.


b. Kreativiti
c. Nilai-nilai pembelajaran
d. Keaslian
e. populariti

C. TUNTUTAN HAK CIPTA

1. Pihak penganjur memiliki hak cipta sepenuhnya terhadap karya yang


dihasilkan.
2. Pihak penganjur berhak menggunakan karya penyertaan untuk tujuan
promosi dan kempen.
3. Pihak penganjur berhak untuk membuat suntingan terhadap video
penyertaan bagi tujuan pendidikan, penyiaran dan promosi serta kempen.

Pihak penganjur berhak untuk meminda dan menambah baik terma serta syarat
pertandingan mengikut kesesuaian dari masa ke semasa.
LAMPIRAN A

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN


VIDEO PENDEK
’WMAM ECO YOUTH CHALLENGE 2018’

NAMA SEKOLAH :
ALAMAT SEKOLAH :
NAMA GURU PENYELARAS :
EMEL & NO. TELEFON :
NAMA KUMPULAN :
SENARAI AHLI KUMPULAN :
BIL NAMA NO. KAD PENGENALAN
1.
2.
3.
4.
5.

PERAKUAN : Dengan ini, saya mengesahkan bahawa penyertaan yang


disertakan ini adalah hasil karya asal saya. Saya bersetuju dengan semua
syarat- syarat pertandingan ini.

....................................................
Tandatangan Guru Penyelaras
Nama :
Tarikh :
LAMPIRAN B

SINOPSIS / ISI KANDUNGAN VIDEO

TAJUK VIDEO :

NAMA KUMPULAN :

NAMA SEKOLAH :

Anda mungkin juga menyukai