Anda di halaman 1dari 2

FORUM MODEL PENGAJARAN

Emoginasi adalah gabungan emosi dan imaginasi. Menurut Dr. Azli bin Arifin, kurikulum
yang tiada perkaitan emosi akan cenderung kepada aktiviti pembelajaran yang lebih kepada
menghafal dan memuntahkannya semula sahaja. Begitu juga dengan imaginasi, manusia yang
tidak mampu lagi untuk berimaginasi akan mematikan proses pendidikan daripada terus
hidup dan berkembang kerana imaginasilah yang mendorong manusia untuk terus mencari
jawapan dan kebenaran melalui perkembangan ilmu dan pendidikan.
Dalam konteks model pengajaran, emoginasi adalah selari dengan model inkuiri.
Model inkuiri merupakan satu cara mengajar menggunakan naluri ingin tahu pelajar untuk
meneroka sesuatu ilmu. Pengajaran berdasarkan inkuiri dimulakan dengan menyediakan satu
situasi yang bermasalah dan pelajar didorong untuk menyelesaikan masalah tersebut. Oleh
yang demikian, guru haruslah berupaya untuk mengaitkan emosi, perasaan dan diri pelajar itu
sendiri dengan setiap perkara yang akan dipelajari. Ini selari dengan pandangan Dr. Azli bin
Arifin yang menyatakan bahawa guru tidak perlu lagi memaksa pelajar untuk belajar kerana
melalui pembelajaran emoginasi, minat pelajar akan dapat dirangsang dan seterusnya pelajar
itu sendiri yang akan berusaha untuk meneroka bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan
yang telah berjaya ditimbulkan oleh guru terhadap diri pelajar itu sendiri.

Komen
Piaget mengatakan tiap-tiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan mereka yang
bersendirian. Dengan sebab itu, kanak-kanak yang di dalam sesuatu darjah itu bukan sahaja
berlainan peringkat kebolehan mereka tetapi juga berlainan kecepatan perkembangan kognitif
mereka. Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif itu berlaku dengan berperingkat-
peringkat dan peringkat yang lebih awal adalah mustahak bagi perkembangan peringkat-
peringkat yang berikutnya kerana peringkat-peringkat yang lebih awal itu menjadi asas bagi
perkembangkan yang berikutnya. Bertitik tolak daripada pandangan kognitivisme ini maka
lahirlah satu pandangan tentang cara manusia belajar iaitu secara Konstruktif. Mengikut
Konstruktif, pengetahuan dibina secara aktif oleh murid yang berfikir. Murid ini tidak
menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya, sebaliknya
murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka
untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial
bersama rakan dan gurunya.
Strategi berpusatkan murid telah banyak digunakan oleh para guru dalam menyampaikan
prosespengajaran dan pembelajaran, malah telah menjadi tren utama dalam inovasi
kurikulum serata tempat. Bagi Manish Kishore Kumar (2016), berpusatkan murid memberi
peluang bagi murid untuk bercakap dan mendengarsecara bermakna, menulis, membaca, isi
kandungan, idea, isu dan menzahirkan kebimbangan kepada subjekyang diajar. Melalui PBM,
guru hendaklah memastikan murid belajar sesuatu dan membina pengetahuanmereka sendiri
melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan di dalam kelas. Antara kaedah-kaedah yang boleh
digunakan adalah pembelajaran koperatif, projek pelajar, kerja khusus, sesi penyiasatan di
makmal,persembahan pelajar, kajian kes dan pembelajaran melalui peyelesaian masalah.
Dalam melaksanakan pembelajaran berpusatkan murid, murid akan diberi tugasan
yang tertentu sama ada dalam bentuk kumpulan mahupun individu. Seterusnya murid perlu
mendapatkan maklumat dari pelbagaisumber untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.
Semasa proses penyiapan tugasan, murid perlu sentiasa berhubung dengan guru supaya guru
boleh memantau tugasan yang dibuat murid di dalam skop yang diberikan. Guru akan
berperanan sebagai fasilitator bagi memantau kerja yang dilakukan murid (Kamarul Azmi
Jazmi &Norhafizah Salleh, 2013). Sebelum guru memberi tugasan kepada murid, guru
hendaklah memastikan murid-murid belajar sesuatu dengan membina pengetahuan mereka
sendiri melalui aktiviti yang dilakukan. Guru hendaklah mengenalpasti faktor-faktor yang
mempengaruhi pembelajaran semasa menyediakan aktiviti. Selainitu, strategi ini juga dapat
meningkatkan kemahiran berfikir, menambahkan keyakinan diri, menggalakkan murid
membina ilmu dan mewujudkan amalan kerjasama dalam kalangan murid-murid.

Anda mungkin juga menyukai