Anda di halaman 1dari 10

Arahan: Jawab kesemua soalan di bawah.

1. Teknik Fuzzy Delphi membolehkan pakar-pakar untuk melahirkan idea dan pandangan
mereka ke atas sesuatu isu atau persoalan yang ditimbulkan berkaitan dengan
pembangunan kurikulum masa depan. Jelaskan secara terperinci proses pelaksanaan
Teknik Fuzzy Delphi berserta contoh. [10 markah]

Contoh proses pelaksanaan Teknik Fuzzy Delphi ini diambil daripada kajian Zarina Eshak dan Azizah
Zain (2020), Kaedah Fuzzy Delphi: Reka Bentuk Pembangunan Modul Seksualiti Pekasa Berasaskan
Latihan Mempertahankan Diri Untuk Prasekolah.

i) Langkah 1: Pemilihan pakar.


Dalam kajian ini, bilangan pakar adalah seramai 17 orang pakar yang dipilih dengan menggunakan
kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling) berdasarkan kepakaran dalam pelbagai bidang
yang terdiri daripada empat kategori pakar, seperti pakar awal kanak-kanak, ahli seni bela diri,
perubatan pediatrik dan guru kaunseling. Menurut Aziz (2017), seseorang yang mempunyai
pengalaman bekerja melebihi 10 tahun ke atas dan konsisten dalam bidang yang sama sudah layak
bergelar pakar. Pemilihan pakar ini sangat penting untuk memastikan pakar yang dipilih mampu
memberikan pandangan yang betul dalam konteks kajian yang dijalankan. Dalam kajian ini, pakar-
pakar adalah dalam kalangan guru prasekolah dan guru kaunseling di Kementerian Pendidikan
Malaysia, doktor perubatan kanak-kanak, dan ahli seni bela diri (Seni Silat Cekak Hanafi) yang
dipilih secara sukarela.

Maklumat pakar yang dikumpul oleh pengkaji adalah seperti jantina, tahap pendidikan,
pengalaman, jawatan dan bidang kepakaran. Kebanyakan pakar dalam kajian ini mempunyai
pengalaman selama lima hingga 26 tahun dan pernah terlibat secara langsung dalam pendidikan
seksualiti, perubatan kanak-kanak, kaunseling dan seni mempertahankan diri. Menurut Creswell dan
Creswell (2017), pakar yang telah berkhidmat antara lima hingga sepuluh tahun boleh dikategorikan
sebagai pakar. Jumlah pakar bagi kajian ini adalah bertepatan dengan Jones dan Twiss (1978) yang
menyatakan bilangan pakar bagi kajian Delphi adalah antara 10 hingga 50 pakar. Ini turut disokong
oleh Adler dan Ziglo (1996) yang menyatakan jumlah pakar adalah 10 hingga 15 pakar sekiranya
kesepakatan dan keseragaman pakar adalah tinggi. Jadual di bawah menunjukkan maklumat
demografi dan bilangan pakar yang terlibat dalam kajian ini.

Bidang Kepakaran Tahap Pendidikan Jantina

1
Diploma Sarjana Sarjana PhD Lelaki Perempuan
Muda
Pendidikan Awal Kanak-kanak 3 5 3 1 1 11
Seni Mempertahankan Diri 2 2
Perubatan 2 2
Kaunseling 1 1
Jumlah 17 17

ii) Langkah 2: Membuat soal selidik untuk pakar


Dalam proses ini, pembinaan soal selidik boleh dilakukan melalui beberapa kaedah iaitu temu bual
dan tinjauan literatur. Powell (2003) menyatakan kaedah Delphi merupakan kaedah yang sangat
fleksibel untuk mendapatkan kesepakatan pakar. Ini kerana pusingan pertama Delphi diadakan untuk
mengenal pasti sesuatu isu dengan temu bual pakar. Walau bagaimanapun, untuk mengenal pasti dan
mendapatkan sesuatu isu boleh dilakukan melalui soalan terbuka. Terdapat juga kaedah lain untuk
memperoleh isu-isu berkaitan dengan menggunakan soal selidik dari sorotan literatur (Dullfield,
1993). Dalam fasa reka bentuk dan pembangunan modul Seksualiti PEKASa, asas bagi pembinaan
kajian adalah berdasarkan kombinasi analisis pemetaan kajian literatur dan temu bual pakar dalam
analisis keperluan pada fasa satu. Sejumlah 31 item untuk setiap lima komponen utama telah
dibangunkan untuk soal selidik bagi reka bentuk dan pembangunan modul Seksualiti PEKASa.

iii) Langkah 3: Mengedar borang soal selidik.


Pengkaji mengedarkan soal selidik untuk mengutip data melalui e-mel dan menggunakan google form
berserta Uniform Resource Locator (URL) dan dipanjangkan melalui Whatsapp dan Telegram.

iv) Langkah 4: Menukar pemboleh ubah linguistik.


Proses ini melibatkan penukaran semua skala pemboleh ubah linguistik kepada penomboran segi tiga
Fuzzy (Triangluar Fuzzy Numbers). Triangular Fuzzy Number adalah diwakili nilai 𝑚1, 𝑚2, dan 𝑚3.
Nilai 𝑚1 mewakili nilai minimum, nilai 𝑚2 mewakili nilai paling munasabah dan nilai 𝑚3 adalah
merujuk kepada nilai maksimum. Seterusnya, Triangular Fuzzy Number digunakan untuk
menghasilkan skala Fuzzy yang menggunakan skala Likert bagi tujuan menterjemahkan pemboleh
ubah linguistik kepada nombor Fuzzy. Bilangan tahap bagi skala Fuzzy adalah dalam bilangan ganjil.
Lebih tinggi skala Fuzzy, lebih tepat data yang diperoleh. Rajah di bawah menunjukkan graf segi tiga
min melawan nilai Triangular iaitu ketiga-tiga nilai dalam Triangular Fuzzy Number.

2
Rajah di atas menunjukkan graf segi tiga min melawan Triangular dengan 𝑚1=𝑛𝑖𝑙𝑎𝑖 𝑚𝑖𝑛𝑖𝑚𝑢𝑚,
𝑚2=𝑛𝑖𝑙𝑎𝑖 𝑠𝑒𝑑𝑒𝑟ℎ𝑎𝑛𝑎, dan 𝑚3=𝑛𝑖𝑙𝑎𝑖 𝑚𝑎𝑘𝑠𝑖𝑚𝑢𝑚. Data skala Likert yang diperoleh dianalisis
dengan menggunakan program Microsoft Excel. Semua data ditukarkan ke dalam bentuk Triangular
Fuzzy Number. Skala Fuzzy tujuh mata digunakan dalam kajian ini.

v) Langkah 5: Menganalisis data.


Analisis data adalah berdasarkan penomboran Triangular Fuzzy Numbers yang bertujuan
mendapatkan nilai Threshold (d). Menurut Thomaidis et al. (2006), proses mengenal pasti nilai
Threshold (d) adalah amat penting bagi mendapat tingkat kesepakatan dalam kalangan pakar. Bagi
tujuan mendapatkan kesepakatan pakar untuk setiap item, syarat pertama yang perlu dipatuhi ialah
nilai Threshold (d) adalah tidak melebihi atau sama dengan 0.2, maka ianya dikira kesepakatan pakar
telah dicapai (Cheng & Lin, 2002). Penggunaan kaedah vertex dijalankan untuk mengira jarak antara
purata rij. Jarak bagi setiap nombor Fuzzy m= (𝑚1, 𝑚2, 𝑚3) dan n=(𝑚1, 𝑚2, 𝑚3) dikira dengan
menggunakan rumus berikut;

𝑑(𝑚̃,𝑛̃)=√13[(𝑚1−𝑛1 )2+(𝑚2−𝑛2 )2+(𝑚3−𝑛3 )2]

vi) Langkah 6: Penentuan nilai peratus kesepakatan pakar.


Syarat kedua bagi menentukan nilai peratus kesepakatan pakar ialah keseluruhan kesepakatan (group
consensus) harus melebihi 75.0% untuk setiap item. Jika tidak, pusingan kedua perlu dilaksanakan
semula (Chu & Hwang, 2008; Murray & Hammons, 1995).

vii) Langkah 7: Penganalisisan data menggunakan average of Fuzzy numbers @


average respon (Defuzzification process).
Proses penganalisisan ini adalah bertujuan mendapatkan nilai skor Fuzzy (A). Syarat ketiga yang
perlu dipatuhi, untuk mendapatkan nilai skor Fuzzy (A), mesti melebihi atau sama dengan nilai
median (nilai α-cut) iaitu 0.5 (Tang & Wu, 2010; Bodjanova, 2006). Ini menunjukkan elemen tersebut
diterima oleh kesepakatan pakar. Antara fungsi lain nilai skor Fuzzy (A) adalah boleh digunakan
sebagai penentu kedudukan dan keutamaan sesuatu elemen mengikut pandangan kesepakatan pakar.
Rumus yang terlibat dalam mendapat nilai skor Fuzzy (A) adalah seperti berikut;

i. Amax = 1/3 * (a1 + am + a2)


ii. Amax = 1/4 * (a1 + 2am + a2)
iii. Amax = 1/6 * (a1 + 4am + a2)

3
Nilai α-cut = nilai median bagi ‘0’ dan ‘1’, iaitu α-cut = (0+1)/2 = 0.5. Sekiranya nilai A terhasil
kurang dari nilai α-cut = 0.5, item akan ditolak kerana ia tidak menunjukkan kesepakatan pakar.
Menurut Bojdanova (2006) dan Tang dan Wu (2010), nilai α-cut perlu melebihi 0.5.

2. ‘Kecerdasan masa depan' adalah merupakan salah satu kecerdasan yang penting dalam
melahirkan masyarakat yang bukan sekadar mampu bersaing malah memiliki sifat kalis
masa depan. Bincangkan bagaimanakah kecerdasan tersebut dapat diterjemahkan oleh
guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. [10 markah]

Kecerdasan masa depan dapat diterjemahkan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah melalui kaedah menggalakkan perbincangan, memberi tugas pembentangan kepada pelajar,
mewujudkan peluang pembelajaran koperatif, kaedah kajian kes dan menggalakkan pemikiran kritis.

i. Menggalakkan Perbincangan Dalam Kelas


Untuk menghidupkan suasana dalam kelas atau pelbagai, kadang-kadang guru akan mempelawa
pelajar-pelajar dan memberi peluang untuk berbincang mengenai kursus atau bidang yang berkaitan.
Perbincangan juga membantu pelajar untuk berfikir, mengenal dan memberikan pendapat atau
pandangan mengenai sesuatu yang mungkin belum mereka ketahui. Seperti kemahiran yang lain, cara
untuk menggalakkan perbincangan secara spontan juga memerlukan latihan.

Jika guru merasakan perbincangan perlu diadakan dalam sesi pembelajaran, guru harus
merancang hal itu. Di sini disertakan beberapa garis panduan untuk menubuhkan dan menjalankan
perbincangan di dalam kelas yang cemerlang. Pertama, jika guru bercadang untuk membuat
perbincangan kelas mengenai topik yang sangat berguna, hendaklah memaklumkan pelajar pada kelas
yang lepas untuk menyediakan bahan bacaan yang diperlukan. Perbincangan yang sudah dirancang
adalah sangat penting, maka guru mesti menyenaraikan tarikh dalam sukatan pelajaran sekali dengan
persediaan mengajar. Guru juga mesti menyenaraikan soalansoalan atau isu-isu dan
memaklumkannya kepada pelajar-pelajar supaya mereka boleh memikirkan pandangan mereka
mengenai topik perbincangan dan membuat perkaitan dengan tugasan. Ada guru yang menyuruh
pelajar untuk memberikan pendapat atau fikiran mereka dalam ujian “one minute” atau membuat
karangan ringkas dengan segera sebelum perbincangan bermula. Strategi ini digelar “writing to learn”
iaitu menulis untuk belajar.

Kaedah perbincangan yang efektif juga adalah dengan bertanyakan soalan yang provokatif
seperti contoh “apa yang akan kamu katakan kalau pemerintah mengeluarkan cadangan supaya setiap
ibu bapa mesti mengikuti kelas keibubapaan dan mengambil lesen yang sah sebelum mempunyai
anak?”. Kebiasaannya pelajar suka dan gemar memberi tindak balas pada soalan yang bersifat andaian
ini. Secara hakikatnya, perbincangan seperti ini amat berjaya dan tugas guru adalah memastikan

4
supaya perbincangan dijalankan dalam keadaan penuh penumpuan dan produktif.

Sama ada perbincangan itu dirancang atau muncul sebab tindak balas daripada diri guru
sendiri atau pelajar di dalam kelas, guru perlu menggalakkan pelajar untuk menyertai perbincangan
dengan memberi ganjaran bagi siapa yang pertama kali memulakan bercakap. Sentiasa memastikan
hubungan mata dan anggukkan kepala guru bila mereka bercakap, ulang apa yang mereka telah
katakan kepada seluruh kelas dan tanyakan kepada seluruh kelas sebagai tindak balas terhadap apa
yang telah mereka katakan.

Sebagai seorang guru, guru adalah contoh yang ideal dalam perbincangan iaitu harus bijak
memilih, mengetuai, menjelaskan dan memberi ulasan atau soalan retorik untuk mengikut arus
perbincangan dengan tujuan memperkuatkan nilai pengalaman. Dalam kata lain, cabar pelajar ketika
perbincangan, tapi jangan buat mereka merasa terancam. Apabila perbincangan diadakan, mulakan
dengan sebuah kumpulan yang kecil. Sebagai contoh, guru boleh mengarahkan pelajar untuk
meluangkan masa berbincang pada satu topik, soalan, kes atau isu-isu dalam kumpulan seramai 3-6
orang, kemudian arahkan setiap kumpulan mewakilkan salah seorang dari mereka untuk merumuskan
perbincangan atau kesimpulan.

Sebelum kelas berakhir, guru mempunyai masa untuk meringkaskan perkara-perkara yang
penting supaya pelajar tahu mana yang salah dan mana yang betul, terutamanya dalam konsep dan
maklumat-maklumat penting. Selain itu, guru harus mencadangkan bahan bacaan tambahan atau web
supaya pelajar dapat mengetahui maklumat lanjut mengenai apa yang telah dipelajari.

ii. Memberi Tugas Pembentangan Kepada Pelajar


Kebanyakan guru menganggap mereka adalah sumber ilmu pengetahuan di dalam kelas, tetapi ada
banyak cara yang membolehkan pelajar belajar dengan usaha mereka sendiri atau sesama mereka. Di
sini akan dihuraikan pembentangan pelajar yang bernilai. Pembentangan bukan sahaja berpandukan
kepada bahan yang terkandung dalam buku teks tetapi ia merangsang pelajar untuk membuat kajian
yang mendalam mengenai topik yang hendak dibentangkan. Pelajar yang akan membentang juga akan
membuat latihan dan akan meningkatkan kemahiran pengucapan umum dalam suasana yang tidak
mengancam.

Guru juga harus memberitahu pelajar tentang pembentangan mereka akan dinilai dalam lima
perkara: masa, kandungan, gaya penyampaian, penglibatan penonton, dan penggunaan audiovisual. Di
samping itu juga setiap pembentangan perlu ada kertas edaran untuk dijadikan nota bagi pelajar-
pelajar lain. Setiap pembentangan juga mesti menarik perhatian penonton dan persembahan pelajar
juga harus penuh bertenaga supaya pelajar lain boleh melibatkan diri dalam persembahan. sesetengah

5
persembahan ini tidak dapat mengelak dari pandangan yang bercanggah, mereka bertindak sebagai
rangsangan untuk membincangkan mengenai apa yang dilihat seolah-olah mempunyai bukti yang baik
sebagai sokongan, apa maklumat tambahan yang mungkin diperlukan sebelum membuat kesimpulan
akhir, dan sebagainya. Anda juga mungkin menetapkan pelajar untuk mendapatkan maklumat
tambahan itu, dan membawanya pada sesi kuliah akan datang.

Guru hendaklah menghabiskan masa lima minit pertama menerangkan tiga konsep yang harus
pelajar kuasai. Kemudian melantik beberapa pelajar untuk menghuraikan setiap konsep dengan
membuat kumpulan-kumpulan kecil dan menghabiskan masa selama 25 minit untuk menggambarkan
konsep tersebut. Setiap kumpulan akan membentang kesimpulan dari apa yang telah mereka
bincangkan.

iii. Mewujudkan Peluang Untuk Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran koperatif bermaksud pembelajaran yang terjadi antara pelajar yang mana dalam
pembelajaran ini mereka dapat bekerjasama, biasanya dalam kelas (Mok Soon Sang, 2011). Aktiviti
kumpulan kecil yang membawa kepada pembentangan kelas tetapi ada contoh aktiviti pembelajaran
kolaboratif dan koperatif. Pembelajaran kolaboratif dan koperatif adalah satu istilah umum yang
merujuk kepada pengalaman pembelajaran kumpulan yang boleh terjadi di antara rakan sebaya dalam
tutor dan pelajar-fakulti dari penyelidikan projek-projek untuk jangka pendek bagi setiap kumpulan di
dalam kelas. Pembelajaran koperatif adalah jenis dari pembelajaran kolaboratif dan ia merujuk dengan
lebih khusus kepada aktiviti-aktiviti di mana 2 hingga 15 orang pelajar bekerjasama ke arah matlamat
yang sama.

Kumpulan ini boleh formal atau tidak formal. Jika formal, kumpulan pembelajaran koperatif
menghabiskan semua atau sebahagian daripada istilah kerja akademik pada percubaan, satu kaji
selidik atau penyelidikan jangka panjang atau projek bertulis. Kumpulan pembelajaran koperatif tidak
formal boleh terjadi untuk tempoh yang lebih singkat, kadang-kadang hanya untuk beberapa
minit,untuk bekerja bersama-sama pada tugasan yang mudah.

Kerjasama kumpulan pembelajaran perlu mempunyai dua sifat utama untuk berjaya. Pertama,
mereka perlu mewujudkan sifat saling bergantung antara satu sama lain yang positif, bererti pelajar
perlu bekerjasama untuk melakukan tugasan mereka. Ciri-ciri ini membantu untuk menggalakkan
suasana di mana tidak ada insentif untuk ahli-ahli kumpulan untuk bersaing dengan satu sama lain.
Kedua, kumpulan perlu menggalakkan sifat bertanggungjawab bagi setiap individu, bermakna
sumbangan setiap ahli untuk usaha kumpulan mesti diukur. Apabila ianya dijalankan dengan betul,
kumpulan pembelajaran secara koperatif memberi pelajar peluang untuk menangani bahan-bahan

6
kursus dalam cara yang baru dan menarik di samping memberi pengalaman berharga bekerja dengan
orang lain untuk mencapai kejayaan. Kumpulan-kumpulan ini juga membantu pelajar untuk
membangunkan kepimpinan, komunikasi dan kemahiran sosial yang lain.

iv. Kaedah Kajian Kes


Dalam pendidikan Islam, kaedah kajian kes dilihat dapat membantu menarik minat pelajar untuk
berbincang mengenai teori akidah yang dipelajarinya, seterusnya mengaplikasikannya terhadap kes
yang dibentangkan di dalam kelas (Kamarul Azmi Jasmi dan Ab. Halim Tamuri, 2007). Dari
pembacaan, analisa dan berbincang mengenai kes-kes akan membuka peluang bagi pelajar untuk
mengikuti pembelajaran aktif, dan dalam bekerjasama dalam kumpulan yang akan menggunakan
kaedah koperatif secara tidak langsung.

Cara penggunaannya di dalam pembelajaran ialah guru bertindak sebagai pemberi arahan
akan membacakan kes di dalam kelas, kemudian meminta pelajar untuk berbincang secara meluas
dalam kelompok yang kecil. Ada juga di kalangan guru yang memberi kertas edaran mengenai kajian
kes dan meminta pelajar untuk membincangkannya pada kuliah yang akan datang. Ada juga yang
menyertakan senarai soalan untuk membantu pelajar berfikir mengenai kes berkenaan dan meminta
pelajar untuk menghantar maklumat yang ringkas mengenai analisis yang dibuat pada kes. Dari
maklumat ini, guru akan memberi penilaian dan menggalakkan pelajar untuk meluangkan masa untuk
membaca dan belajar mengenai kes-kes.

Mencari, mencipta dan menggunakan kajian kes di dalam kelas memerlukan banyak masa dan
tenaga, tetapi keputusan cukup berbaloi. Berurusan dengan kes-kes juga memeriahkan suasana bilik
darjah dan meningkatkan penglibatan pelajar dengan bahan bidang subjek dan antara satu sama lain,
semua ini amat berharga dalam kelas yang besar (Lucas dan Bernstein, 2005).

v. Menggalakkan Pemikiran Kritis


Pemikiran kritis merujuk kepada situasi yang memerlukan pelajar untuk membuat keputusan
berpandukan analisa serta penilaiannya pada masalah yang dihadapinya (Mok Soon Sang, 2011).
Hampir semuanya menggunakan kuliah, perbincangan kelas, demonstrasi, kajian kes, pembentangan
pelajar, dan pengalaman perkhidmatan-pembelajaran untuk menggalakkan pelajar anda untuk berfikir
secara kritis tentang Islam, dan tentang kehidupan secara umum. Pemikiran kritikal merupakan proses
menilai tuntutan dan membuat pertimbangan berdasarkan bukti yang disokong. Diluaskan lagi takrif
itu, pemikiran kritikal adalah penggunaan kemahiran kognitif atau strategi yang boleh meningkatkan
kemungkinan hasil yang diingini. Ia adalah jenis pemikiran yang terlibat dalam menyelesaikan
masalah, merumuskan kesimpulan, mengambil kira kemungkinan, dan membuat keputusan. Pemikir
yang kritikal menggunakan kemahirankemahiran yang sesuai dan biasanya dengan niat sedar dalam

7
pelbagai tetapan. Apabila kita berfikir secara kritis, kita menilai hasil proses pemikiran kita baik pada
keputusan atau masalah yang hendak diselesaikan. Pemikiran kritikal juga melibatkan proses menilai
pemikiran mengenai hujah yang masuk ke dalam kesimpulan yang kita telah capai atau faktor yang
dipertimbangkan dalam membuat sesuatu keputusan.

Menggunakan kemahiran pemikiran kritikal pada setiap hari mengambil masa, amalan, dan
motivasi untuk memerlukan usaha tambah yang diperlukan. Dengan tumpuan mereka pada pelbagai
aspek tingkah laku dan proses mental yang mentadbir segala urusan manusia, kursus psikologi
terutamanya menjadi tempat-tempat yang sesuai dalam membantu pelajar untuk memperbaiki kualiti
dan kemahiran pemikiran kritikal mereka. Sebagai guru, anda boleh menjadi ejen aktif dalam
memotivasikan mereka untuk berbuat demikian. Terdapat banyak cara di mana anda boleh
menggalakkan dan memberi ganjaran kepada pemikiran kritikal. Pemikiran kritis juga amat berfaedah
dalam memberikan peluang kepada pelajar untuk meneroka cabaran sehingga membawa kepada
perubahan dalam diri mereka (Suppiah Nachiappan, et. al., 2009).

3. Perubahan teknologi dan sosial boleh mempengaruhi hala tuju masa depan pendidikan
negara. Bincangkan berserta contoh. [10 markah]

Perubahan teknologi dan sosial boleh dikaitkan dengan istilah globalisasi. Globalisasi menurut kamus
dewan edisi keempat ialah proses yang membolehkan sesuatu aktiviti contohnya ekonomi,
kebudayaan dan lain-lain disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia,
terutamanya dengan adanya kemudahan sistem komunikasi dan dasar terbuka kepada pengaruh luar.
Manakala pendidikan menurut kamus dewan ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan
pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Selain itu
mengikut Plato, pendidikan ialah suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia.

Manakala globalisasi pendidikan menurut kamus dewan edisi keempat ialah usaha untuk
mengubah suai atau memperbaharui sistem jentera pentadbiran daripada kurang cekap kepada yang
lebih cekap dan berkesan. Dror (1976) menyifatkan reformasi atau pembaharuan ini sebagai satu
usaha untuk membuat pembaharuan yang disengajakan, yang berkaitan dengan beberapa aspek dalam
sistem pentadbiran. Biasanya, reformasi diperlukan untuk menyelaraskan kehendak persekitaran
semasa yang sentiasa berubah-ubah di samping mempertingkatkan dinamika organisasi serta
mengambil peluang daripada kemajuan yang berlaku. Antara faktor penyebab berlakunya reformasi
ialah taraf pendidikan yang semakin meningkat, pertambahan bilangan penduduk, desakan awam,
peningkatan teknologi, era globalisasi, persaingan ekonomi dan sebagainya.

Walaupun Globalisasi membawa faedah kepada setiap Negara namun kesan globalisasi amat
dirasai oleh Negara-Negara membangun dan sedang membangun seperti Malaysia kerana Negara
tersebut perlu bersaing dengan Negara yang maju dalam pelbagai bidang contohnya ekonomi, sosial,
pendidikan dan sebagainya. Globalisasi pendidikan banyak mempengaruhi pembangunan sumber
manusia. Glabalisasi dalam dunia pendidikan sekarang ini memang diperlukan untuk menghadapi

8
tentangan global. Namun demikian globalisasi pendidikan hendaklah tidak meminggirkan masyarakat
kita yang termasuk dalam golongan yang lemah agar kemajuan bangsa dapat dinikmati bersama.

Mengikut pandangan lain, globalisasi merujuk kepada satu cara hidup tanpa sempadan dan
saling berkaitan antara satu sama lain. Walaupun secara umumnya globlisasi ini lebih memberi kesan
kepada ekonomi dunia, namun dalam bidang pendidikan, globalisasi juga tidak terkecuali. Di samping
itu, globolisasi dalam pendidikan menyumbang kepada peningkatan mutu pendidikan di Malaysia
seterusnya mewujudkan sistem pendidikan yang cemerlang di seluruh dunia. Selain itu, impak
globalisasi kepada bidang pendidikan ialah pendidikan menjadi sejagat atau luas iaitu dimana semua
individu boleh mendapat pendidikan yang sama tanpa mengira taraf ekonomi, sosial dan sebagainya.

            Dalam era globalisasi, isu dan cabaran globalisasi yang sentiasa dibincangkan ialah pengaruh
perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang memberi kesan kepada semua
masyarakat terutama dalam bidang pendidikan. Kemajuan dunia globalisasi telah menukar cara
pemikiran kita dalam mengikut arus pembangunan. Ledakkan maklumat yang berkaitan dengan
perkembangan TMK telah meningkatkan mutu pendidikan di Negara kita secara meluas tanpa
batasan. Di samping itu juga, pengaruh TMK telah mempengaruhi gaya hidup rakyat Malaysia secara
amnya dan pelajar secara khususnya dalam bidang pendidikan.

            Pengaruh TMK di era globalisasi ini dalam bidang pendidikan menyediakan peluang
pendidikan yang luas kepada semua individu dengan menyediakan kemudahan contohnya komputer
untuk proses pembelajaran. Selain daripada itu, kemudahan-kemudahan bagi tujuan pendidikan juga
akan terus bertambah bagi tujuan pembelajaran. Bersesuaian dengan dunia tanpa sempadan, kita
seharusnya didedahkan dengan ilmu pengetahuan yang mencukupi supaya kita tidak ketinggalan.
Justera, kemudahan-kemudahan inilah yang akan membantu kita dalam mencapai matlamat untuk
menjadi sebuah Negara yang maju dalam arus globalisasi.

Kepesatan arus gloablisasi ini juga akan membuatkan pemikiran generasi muda kita pada
masa hadapan akan lebih jauh ke hadapan dalam pelbagai bidang terutama bidang pendidikan dengan
bantuan pelbagai kemudahan yang disediakan. bekas Perdana Menteri pernah berkata ketika
membentang rancangan Malaysia Ke Sembilan bahawa dalam kontek dunia global, modal insan
bermutu tinggi adalah satu keperluan, bukan lagi kemewahan. Oleh itu bekas Perdana Menteri
berharap agar Negara kita akan mencapai hasrat dan aspirasi dan seterusnya menjadi Negara yang
maju menjelang 2020 seiring dengan barisan Negara yang maju yang lain dalam pelbagai bidang
terutama bidang pendidikan.

Pengaruh TMK dalam bidang pendidikan mengubah corak dan sistem pendidikan di Malaysia
dimana pelbagai peluang-peluang pendidikan terbuka luas tanpa batasan kepada semua pelajar dengan
adanya pelbagai kemudahan seperti institusi pengajian tinggi awam atau swasta. Di samping itu juga,
dengan adanya pengaruh TMK dalam era globalisasi ini membolehkan para pelajar melanjutkan
pelajaran malalui sistem pendidikan jarak jauh yang lengkap apabila pelajar mempunyai kemahiran
untuk menggunakan TMK. Pembelajaran sepanjang hayat tanpa mengira masa, tempat dan

9
sebagainya boleh dilakukan sendiri di era globalsiasi sehingga mewujudkan pembelajaran tanpa
sempadan.

Namun kesan negatif globalisasi terhadap pendidikan memberikan tekanan kepada para guru
untuk merancang program kurikulum agar dapat menangani keperluan globalisasi dalam pendidikan.
Ini bersesuaian dengan hasrat kerajaan bagi menghasilkan modal insan yang inovatif dan berdaya
saing menjelang Wawasan 2020. Kesan globalisasi dalam pendidikan juga akan memingirkan bahasa
Malaysia sebagai bahasa ilmu. Ini terjadi apabila murid mendapatkan maklumat menggunakan
internet dimana sebahagian besar maklumatnya dalam bahasa Inggeris. Jika hal ini berlaku, mungkin
bahasa Malaysia akan menjadi bahasa kedua dalam kehidupan masyarakat.

            Kesimpulannya, globalisasi dalam pendidikan sangat penting dalam meningkatkan mutu
pendidikan Negara kita setaraf dengan Negara maju yang lain. Semua pihak harus menyedari kesan
globalisasi ini dan bersedia dengan langkah-langkah komprehensif bagi mencapai kemajuan bersama
dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya. Kita tidak boleh mengelak
daripada menghadapi globalisasi kerana tanpanya kita akan terus ketinggalan. Dengan globalisasi
dalam pendidikan diharapkan semua masyarakat terutama dalam bidang pendidikan dapat bersaing
dengan dunia luar. Oleh itu, kita perlu bersedia untuk mengatasi sebarang cabaran yang wujud
daripada fenomena globalisasi ini.

10

Anda mungkin juga menyukai