Anda di halaman 1dari 17

TUGASAN 2 (KUMPULAN 2)

LAPORAN PEMETAAN KURIKULUM

PENGENALAN PEMETAAN KURIKULUM

Sistem pendidikan di Malaysia berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi


tumpuan kepada perkembangan emosi diri pelajar secara menyeluruh untuk melahirkan
individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Falsafah ini digunakan
bagi melahirkan individu yang berketerampilan dan bertanggungjawab serta mampu
menangani cabaran demi kemajuan negara. Kurikulum pendidikan masih berpegang kepada
Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana falsafah memainkan peranan sebagai dasar yang
menjadi arah tuju (Mok Soon Sang: 2010)

Kurikulum ialah segala rancangan pendidikan (akademik dan kokurikulum) yang


dikendalikan oleh sesebuah institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia
merupakan suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan
norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat yang diwariskan kepada ahli-
ahlinya.

Pemetaan kurikulum adalah suatu proses reflektif yang membantu guru memahami
apa yang telah diajar dalam kelas, bagaimana diajar, dan bagaimana hasil pembelajaran
dinilai. Proses pemetaan kurikulum menghasilkan dokumen yang dikenali sebagai peta
kurikulum. Dengan kata lain pemetaan kurikulum merupakan proses di mana semua guru
mendokumentasikan kurikulum mereka sendiri, kemudian berkongsi dan memeriksa satu
sama lain untuk mengisi jurang, pertindihan, pengurangan dan pembelajaran baharu,
mewujudkan kurikulum yang koheren, konsisten, akhirnya sejajar dengan standard dan
responsif. Pemetaan kurikulum merupakan satu rekod berasaskan realiti kandungan yang
sebenarnya diajar, berapa lama diajar, dan padanan antara apa yang diajar dengan program
penilaian daerah.

Selain itu, pemetaan kurikulum juga merupakan proses di mana setiap guru
merekodkan kandungan dan kemahiran yang diajar dan cara mereka menilai yang
diselaraskan dengan standard akademik. Data ini direkodkan mengikut bulan juga merupakan
komponen yang menyediakan soalan menyeluruh yang menyatukan kurikulum dan dapat
membimbing para guru untuk membantu pelajar memahami kandungan dengan lebih baik.

1
Selepas pengumpulan data, guru membaca peta satu sama lain, berkumpul dalam kumpulan
kecil dan besar untuk membincangkan perkara yang mereka temui semasa mereka membaca
peta, dan akhirnya menyumbangkan idea dan cadangan untuk pembaharuan kurikulum.
Proses reflektif dan perkongsian ini memaksa guru untuk berfikir, menulis, merenung,
membincangkan dan menyemak kurikulum dengan cara yang bertimbang rasa dan
kolaboratif. Ia adalah proses jangka panjang, berterusan, dan mencabar, tetapi mampu
memberi hasil yang luar biasa khususnya kepada semua murid dan pihak sekolah (Susan
Udelhofen, 2005)

Peta kurikulum yang dihasilkan adalah ilustrasi grafik yang terdiri daripada jadual
atau matriks. Hal ini membawa maksud, kurikulum tersebut haruslah dirancang dan
didokumenkan dalam bentuk maklumat dan prosedur pelaksanaan. Peta Kurikulum dapat
ditafsirkan sebagai alat pendidikan iaitu kandungan ditunjukkan secara visual. Menerusi peta
kurikulum terkandung elemen yang dapat membantu guru dalam pengembangan dan
pelaksanaan persekolahan sepanjang tahun. Alat ini sangat berguna kerana dapat membantu
guru mencari ketidaktentuan, lompang dan pertindihan dalam beberapa elemen yang telah
mereka rancang untuk pengajaran atau mencari aspek-aspek tertentu yang perlu diperbaiki.

Peta kurikulum boleh dibezakan dengan pelan pengajaran yang merupakan garis
panduan yang membincangkan perkara yang akan diajar, bagaimana ia akan diajar, dan apa
sumber yang akan digunakan untuk mengajarnya. Pelan pengajaran kebanyakannya meliputi
satu hari atau satu lagi tempoh masa yang singkat, seperti seminggu. Peta kurikulum,
sebaliknya, menawarkan gambaran jangka panjang tentang apa yang telah diajar. Malah, peta
kurikulum juga merangkumi pembelajaran sepanjang tahun. Bagi Bena Kallick (2009)
pemetaan kurikulum menyediakan forum untuk guru bertukar-tukar maklumat tentang
amalan berdasarkan data bilik darjah sebenar. Data ini boleh diambil kira sebagai data
penilaian yang boleh menjadi asas kepada keputusan termaklum untuk meningkatkan
pembelajaran pelajar. menerusi pentaksiran yang telah menjadi ikutan kepada kurikulum.

Peta kurikulum yang lengkap membolehkan guru menganalisis atau menyampaikan


arahan yang telah dilaksanakan oleh mereka sendiri atau orang lain. Peta kurikulum juga
boleh digunakan sebagai alat perancangan untuk memberitahu arahan pada masa depan.

2
Syarat-Syarat Pemetaan Kurikulum

1. Hanya memasukkan data sahih. Semua maklumat dalam peta kurikulum harus
mencerminkan apa yang sebenarnya berlaku dalam bilik darjah, bukan apa yang
sepatutnya berlaku atau apa yang anda mahu berlaku.
2. Memberi maklumat pada tahap makro. Tidak perlu memasukkan maklumat
terperinci atau spesifik mengenai rancangan pelajaran harian.
3. Pastikan hasil pembelajaran adalah tepat, terukur, dan jelas dikenal pasti.
4. Ia membantu menggunakan kata kerja berorientasikan tindakan daripada
Taxonomy Bloom untuk menggambarkan hasil pembelajaran. Sebagai contoh
termasuk menentukan, mengenal pasti, menerangkan, menilai, meramalkan, dan
merumus.
5. Menerangkan bagaimanakah hasil pembelajaran dicapai oleh pelajar dan dapat
dinilai.
6. Pertimbangkan menggunakan perisian atau jenis teknologi lain untuk menjadikan
proses pemetaan kurikulum lebih mudah dan kurang memakan masa

Kurikulum dibangunkan daripada mana-mana bahan yang diputuskan oleh guru seperti
berikut:

1. Buku teks
2. Panduan guru untuk buku teks
3. Arahan lembaga sekolah
4. Skop dan carta jujukan
5. Panduan kurikulum
6. Garis panduan jabatan yang dinyatakan
7. Garis panduan kebangsaan
8. Arahan pentadbir
9. Cadangan penyelia
10. Rancangan kerja
11. Bahan pendidikan yang dibeli
12. Minat peribadi/pengalaman perjalanan.

3
ASAS PEMETAAN KURIKULUM

1. Kerjasama

Kerjasama berlaku apabila semua guru mengambil bahagian dalam dialog yang aktif dan
bermakna tentang amalan pengajaran. Beberapa sekolah mempunyai sistem komunikasi yang
berkesan yang menyediakan struktur dan masa untuk guru berkongsi dan membincangkan
kerja mereka. Pemetaan kurikulum mewujudkan suasana tanggungjawab bersama di mana
semua guru percaya bahawa semua murid berada di bawah tanggungjawab mereka. Justeru,
pemetaan kurikulum menyediakan satu forum sebagai kaedah para guru berkongsi maklumat
secara kolaboratif untuk menambah baik persekitaran pembelajaran untuk semua murid.

2. Siasatan Reflektif

Para guru juga perlu membuat refleksi tentang latihan mengajar, secara individu atau semasa
pemantauan bagi membantu semua guru mencari makna dalam pengalaman kolektif mereka,
menjelaskan tindakan dan mendapatkan perspektif alternatif tentang amalan mengajar. Dalam
proses pemetaan kurikulum, refleksi berlaku secara individu apabila seseorang
mendokumentasikan kandungan, kemahiran, dan penilaian yang diajar setiap bulan.

3. Tujuan Dikongsi

Semasa guru berkumpul untuk membincangkan peta kurikulum, guru dapat meneroka nilai
dan sistem kepercayaan individu dan kolektif dalam peningkatan gred setiap kelas, sekolah
dan akhirnya daerah. Selalunya didapati bahawa kebanyakan kurikulum tidak konsisten, tidak
sejajar dengan standard, berulang dan berdasarkan keinginan individu. Apabila guru
membincangkan peta mereka, mereka mempunyai peluang untuk menganalisis bukan sahaja
apa yang mereka lakukan tetapi juga mengapa mereka mengajar sesuatu mata pelajaran
dengan cara tertentu, pada masa tertentu, atau memasukkannya ke dalam kurikulum sama
sekali. Perbualan profesional ini memberi peluang kepada guru untuk meneroka visi individu
mereka tentang pengajaran dan belajar tentang sudut pandangan orang lain dan cara falsafah

4
pengajaran peribadi tersebut bercampur dengan landskap besar pengajaran dan pembelajaran
untuk semua murid.

4. Pembelajaran pelajar

Kurikulum hendaklah berdasarkan minat dan keperluan terbaik pelajar. Walau


bagaimanapun, terdapat juga kurikulum yang dibina berdasarkan pilihan dan keutamaan guru.
Menempatkan pelajar di tengah-tengah pembaharuan kurikulum adalah asas penting dalam
pemetaan kurikulum. Guru mesti terus bertanya kepada diri mereka sendiri sama ada apa
yang mereka pilih untuk mengajar adalah untuk kepentingan terbaik pelajar, dan bagaimana
ia berkaitan dan berhubung dengan apa yang berlaku kepada pelajar di luar skop bilik darjah
individu. Apabila setiap guru menganalisis data kurikulum kolektif dan sahih daripada semua
guru dan menggunakan maklumat ini sebagai wadah untuk membuat perubahan yang positif
dan berkesan dalam persekitaran pembelajaran pelajar, pembelajaran pelajar yang lebih baik
akan berlaku. Sekiranya peta kurikulum dikongsikan dengan murid dapat memberitahu
kepada mereka berkaitan keperluan sesuatu mata pelajaran terhadap masa hadapan mereka,
mencetuskan rasa ingin tahu mereka dan meningkatkan motivasi murid. Menurut Bena
Kallick & Jeff Colosimo (2009) atas keperluan atau pilihan, para guru mereka bentuk semula
kurikulum agar sesuai dengan bilik darjah mereka sendiri dan keperluan murid mereka.

5. Kesepaduan Program

Kurikulum yang berkesan boleh menjadi dokumen hidup sekolah yang menerangkan
kandungan, kemahiran dan penilaian secara mendatar dalam peringkat gred atau kawasan
kandungan dan menegak merentas peringkat gred. Peta kurikulum dinamik berasaskan realiti
semasa mewakili ketekalan dan keselarasan program. Pemetaan kurikulum berorientasikan
proses membantu para guru memahami tindakan pengajaran mereka dan memberikan
gambaran untuk semua pihak yang berkepentingan. Kesemua prinsip ini dapat disatukan
apabila guru dapat mencipta, menganalisis peta mereka sendiri dan peta lain, bersetuju diberi
pelbagai peluang untuk bekerjasama, mencerminkan amalan mereka menyedari visi
pendidikan mereka, dan yang paling penting adalah peka terhadap keperluan murid. (Susan
Udelhofen : 2005)

5
CIRI -CIRI PEMETAAN KURIKULUM

Pemetaan kurikulum juga dikenali sebagai peta kurikulum. Peta kurikulum biasanya
dijelmakan dalam bentuk visual sama ada jadual atau hamparan mengikut kesesuaian. Secara
umumnya, pemetaan kurikulum mungkin berbeza-beza bagi setiap keperluan mengikut
sekolah, guru,pelajar dan pihak-pihak berkepentingan seperti ibu bapa. Namun begitu, ciri-
ciri umum peta kurikulum mesti dipatuhi untuk memastikan semua maklumat penting dalam
dokumen kurikulum dapat diterjemahkan secara ringkas dalam bentuk visual.

Terdapat beberapa ciri pemetaan kurikulum dalam sistem pendidikan di negara kita.
Ciri peta kurikulum yang pertama ialah, peta kurikulum biasanya dijelmakan dalam bentuk
pemetaan jadual atau visual. Struktur pemetaan kurikulum akan dibina dalam bentuk jadual
yang mengandungi lajur dan baris. Pemetaan kurikulum dibina dengan membahagikannya
kepada beberapa bahagian mengikut kriteria yang berbeza atau menjadi beberapa bahagian
pelengkap. Contohnya;

1. Lajur – mengandungi jangka masa kursus atau kandungan


2. Baris – mengandungi tahap pendidikan pelajar dan topik yang akan diajar

Selain itu, ia juga mengandungi tahun,tahap, kursus atau subjek. Contohnya, bagi
pembahagian tahap merujuk kepada tahap pendidikan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan di Malaysia yang dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu:

1. Pendidikan Rendah (Prasekolah, Pendidikan Khas, Tahun 1 hingga Tahun 6)


2. Pendidikan Menengah (Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5)
3. Pendidikan Tinggi (Pra-U (Tingkatan 6), Diploma, Matrikulasi dan Ijazah

Melalui pembahagian tahap atau tahun ini, guru dapat merancang, melaksanakan dan
menilai semula apa yang telah diajar, bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan terhadap pelajar dan bagaimanakah hasil pembelajaran itu dinilai untuk
mengetahui tahap pencapaian atau penguasaan pelajarnya melalui dokumen kurikulum yang
telah ditetapkan dan digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang merangkumi
pengetahuan, kemahiran dan nilai. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dijelmakan dalam bentuk Dokumen

6
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang dahulunya dikenali sebagai Sukatan
Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran mengikut mata pelajaran yang terdapat di sekolah.

Selain itu, peta kurikulum juga dapat membantu memudahkan guru untuk merancang
dan membina objektif kurikulum yang dihasratkan mengikut kandungan kursus atau subjek.
Pembinaan peta kurikulum ini sekali gus akan memudahkan guru merancang gaya pengajaran
yang memenuhi dan bersesuaian dengan tahap keupayaan pelajar mereka yang pelbagai.

Hal ini demikian kerana setiap guru sudah pasti mempunyai ramai pelajar di dalam
sesebuah kelas. Tambahan pula, di sesebuah institusi pendidikan, guru tidak hanya mengajar
pelajar dalam sebuah kelas sahaja. Melalui peta kurikulum, guru dapat mencari dengan
mudah data yang merujuk kepada kelas atau pelajar tertentu. Seterusnya, melalui peta
kurikulum juga guru dapat menilai sejauh mana keberkesanan perancangan dalam pemetaan
kurikulum dapat dicapai. Berdasarkan penilaian tersebut guru dapat bertindak dengan
mengubah atau menambah baik pendekatan pengajaran terhadap kelas dan pelajarnya.

Ciri pemetaan kurikulum yang kedua adalah mengandungi semua maklumat penting
berdasarkan dokumen kurikulum. Guru haruslah meringkaskan semua maklumat penting
yang terdapat dalam dokumen kurikulum dengan cekap agar semua maklumat penting dapat
dipecahkan kepada bahagian-bahagian kecil dan membina perancangan kurikulum untuk
dilaksanakan dalam tempoh persekolahan mengikut penggal yang merangkumi hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu mengembangkan potensi murid secara menyeluruh
dan bersepadu meliputi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta pembangunan murid secara
seimbang dan harmoni.

Hal ini dapat diilustrasikan dalam peta kurikulum melalui penyerapan pelbagai bidang
ilmu dan kemahiran seperti sains dan teknologi, kemahiran berfikir aras tinggi, kerohanian
dan estetika. Oleh sebab ruang dalam jadual yang digunakan dalam pemetaan kurikulum agak
terhad, guru hendaklah memastikan ringkasan semua maklumat dalam dokumen kurikulum
disusun semula secara terancang, sistematik dan bertepatan dengan aras pelajarnya.

Selain itu, ciri pemetaan kurikulum yang ketiga ialah peta kurikulum biasanya
dibahagikan kepada beberapa bahagian. Contohnya, bahagian peta kurikulum dibahagikan
mengikut tiga kriteria iaitu bidang yang akan diajar, kelas dan tahun kurikulum itu diajar. Di
negara kita, berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pemetaan kurikulum akan dibuat
berdasarkan dokumen kurikulum iaitu Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran

7
(DSKP) mengikut subjek contohnya, Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan
beberapa mata pelajaran yang lain di sekolah.

Secara umumnya, peta kurikulum hendaklah dirancang dan didokumenkan dalam


bentuk maklumat dan prosedur pelaksanaan. Di peringkat sekolah, peta kurikulum dapat
dilihat melalui Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) yang telah diringkaskan oleh guru
daripada dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) untuk dijelmakan dalam
bentuk prosedur pelaksanaan yang melibatkan bidang atau topik, jangka masa mengikut
minggu atau penggal dalam setahun, perancangan kaedah linear atau modular, strategi
pengajaran dan penilaian.

KEPENTINGAN PEMETAAN KURIKULUM

Pembinaan peta kurikulum mempunyai banyak kepentingan dan manfaat untuk para guru.
Antaranya adalah ia dapat memudahkan guru merancang dan menentukan apakah tujuan
kurikulum yang harus pelajar mereka capai semasa mengikuti pembelajaran di sekolah.
Selain itu, ia juga dapat memudahkan guru melihat data yang merujuk kepada
kandungan,kelas atau pelajar tertentu.

Bukan itu sahaja, melalui peta kurikulum juga, guru dapat meneliti jika terdapat
kelompongan atau pertindihan elemen dalam mata pelajaran yang melibatkan pelajar mereka
di dalam bilik darjah. Hal ini membolehkan guru bertindak dengan berbincang dengan guru-
guru lain agar tidak berlaku pengulangan kandungan kurikulum. Kaedah modular boleh
digunakan untuk memastikan kandungan, kemahiran atau nilai yang sama dapat disatukan
dalam satu mata pelajaran dan diajar oleh seorang guru sahaja untuk mengelakkan
pertindihan kandungan dalam dokumen kurikulum tersebut.

Selain itu, peta kurikulum juga berfungsi sebagai panduan untuk mengukur hasil
pembelajaran, sama ada mencapai keputusan yang diinginkan pada awal tahun persekolahan
iaitu pada peringkat perancangan hasil. Guru dapat menggunakan peta kurikulum yang telah
dirancang dan telah dilaksanakan untuk membandingkan hasil yang telah dicapai dengan
hasil yang sepatutnya dicapai dalam tempoh persekolahan pelajar pada tahun tersebut. Peta
kurikulum boleh menjadi bukti atau bahan untuk guru memperbaiki tingkah laku atau
pendekatan pengajaran bagi menyusun semula kandungan yang diajar di setiap kelas jika
pelajar tidak mencapai keputusan yang diharapkan.

8
Akhir sekali, peta kurikulum sangat penting sebagai rujukan bagi pihak-pihak
berkepentingan seperti pengarah, pegawai pendidikan atau ibu bapa yang ingin memantau
dan mengetahui tahap pencapaian kurikulum pelajar atau anak-anak mereka di sekolah.

ELEMEN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN

Terdapat 11 elemen dalam falsafah Pendidikan iaitu pendidikan secara berterusan,


memperkembang potensi individu, perkembangan potensi secara menyeruluh dan bersepadu,
insan yang seimbang dan harmonis, kepercayaan kepada Tuhan, rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, rakyat Malaysia yang berketrampilan, rakyat malaysia yang berakhlak
mulia, rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, rakyat Malysia yang berkeupayaan
menikmati kesejahteraan diri dan rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan.

Merujuk huraian elemen falsafah Pendidikan di atas, maka penulis ingin meneruskan
perbincangan mengenai tahap persekolahan, tahun perkembangan, subjek dan kelompangan
atau pertindihan yang berlaku dalam kurikulum yang telah dirancang dan dilaksanakan di
peringkat sekolah.

TAHAP PERSEKOLAHAN
PRASEKOLAH TAHAP 1 TAHAP 2
Fokus perkembangan Fokus penguasaan 3M & Fokus pengukuhan dan
sosioemosi, kerohanian, Menaakul, kemahiran asas aplikasi 3M, & menaakul,
fizikal, kognitif, sahsiah, ICT, perkembangan kemahiran asas ICT,
persediaan ke sekolah sosioemosi, kerohanian, perkembangan sosioemosi,
rendah serta pendedahan fizikal, kerohanian, fizikal, sikap
kemahiran 4M kognitif, sikap, dan nilai dan nilai

Jadual 1: Tahap Persekolahan

Merujuk jadual di atas, hasil pembelajaran yang difokuskan untuk murid prasekolah
dari aspek perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke
sekolah rendah serta pendedahan kemahiran 4M adalah sesuai dengan tahap umur murid. Hal
ini demikian kerana menurut Gesel kanak-kanak pada usia 4-6 tahun sudah mula mahu
bersosialisasi dan berupaya mengemukakan soalan berperingkat-peringkat. Kanak-kanak usia
ini juga sudah boleh membezakan di antara yang betul dan yang salah serta sedia mendengar
pendapat orang lain. Maka pemilihan hasil pembelajaran yang difokuskan kepada murid
prasekolah dilihat memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan iaitu “Memperkembang potensi
individu”. Murid diharapkan dapat menguasai kemahiran asas 3M, menjaga kesihatan tubuh
badan diri dan memiliki perasaan jiwa yang sihat dan kuat serta mempunyai perasaan

9
menyedari dan mengingati adanya Pencipta, justeru dapat membina disiplin kendiri serta
membentuk akhlak yang mulia.

Seterusnya hasil pembelajaran yang difokuskan kepada murid tahap satu adalah
penguasaan 3M dan menaakul, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian,
fizikal, kognitif, sikap, dan nilai. Manakala murid tahap dua pula fokus kepada pengukuhan
dan aplikasi kepada hasil pembelajaran murid tahap satu. Hasil pembelajaran yang
difokuskan kepada murid tahap satu dan dua dilihat memenuhi kemampuan murid pada usia
mereka. Hal ini demikian kerana menurut Teori Havighurst, pada peringkat ini kanak-kanak
sudah boleh menguasai kemahiran-kemahiran asas iaitu kemahiran membaca, menulis,
mengira (3M). Kanak-kanak juga mula berkawan dengan orang lain dan mampu memahami
konsep hidup serta moral. Selain itu, mereka mula memahami dan belajar membentuk sikap
yang mengakui hak, keupayaan dan kelemahan pada setiap individu. Menurut Piaget pula,
pada peringkat sekolah rendah, pemikiran kanak-kanak lebih fleksibel, dapat berfikir melalui
peraturan lojik atau melakukan operasi mental dengan tersusun. Kanak-kanak hanya boleh
melaksanakan pemikiran lojik dalam keadaan yang konkrit atau menggunakan bahan
maujud. 

KLSR (1957) KBSR (1993) KSSR (2011)


REKA Kurikulum bersifat  Berasaskan 3 Bidang: Berasaskan 6 Tunjang: -
BENTUK umum dan lebih - Komunikasi - Komunikasi - Kerohanian,
KURKULUM kepada hafalan. Manusia dan Alam Sikap & Nilai -
Kelilingnya - Kemanusiaan -
Perkembangan Diri Perkembangan Fizikal dan
Individu Estetika - Sains dan
 Linear Teknologi - Keterampilan
Diri
 Modular
BAHAN Silibus yang statik Sukatan Pelajaran (SP) Dokumen Standard Kandungan
KURIKULUM dan perlu dan Huraian Sukatan (DSK)
diselesaikan untuk Pelajaran (HSP)
peperiksaan.
ORGANISASI Mata pelajaran yang  Tahap 1  Tahap 1
KURIKULUM membebankan murid - Mata pelajaran - Modul Teras Asas, Modul
dengan bidang yang Teras, Wajib & Teras Tema & Modul Elektif
kurang jelas. Tambahan  Tahap 2
 Tahap 2 - Mata pelajaran Teras &
- Mata pelajaran Elektif
Teras, Wajib &
Tambahan
FOKUS Kurikulum bersifat  3M  4M
umum dan lebih
10
kepada hafalan. - Membaca, menulis dan - Membaca, menulis, mengira
mengira dan menaakul
PENILAIAN Sumatif Sumatif dan formatif Pentaksiran Bilik Darjah
(berterusan)

Jadual 2: Perkembangan Kurikulum di Malaysia


Perubahan kurikulum di peringkat sekolah rendah daripada KLSR kepada KBSR dan
seterusnya KSSR memperlihatkan beberapa ciri yang jelas untuk dibandingkan.
Perbandingan antaranya boleh dibuat berkaitan reka bentuk kurikulum, bahan kurikulum,
organisasi kurikulum, kemahiran berfikir dan fokus kurikulum. Daripada aspek reka bentuk
kurikulum, pelaksanaan KBSR adalah melibatkan tiga bidang utama iaitu bidang
Komunikasi; Manusia dan Alam Kelilingnya; dan Perkembangan Diri Individu. Pelaksanaan
KSSR pula melibatkan enam tunjang iaitu tunjang Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai;
Kemanusiaan; Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi; dan Keterampilan
Diri. Reka bentuk kurikulum dalam KBSR dan KSSR adalah lebih jelas dinyata dan
didokumentasi berbanding dalam KLSR.
Daripada aspek bahan kurikulum pula KLSR banyak memberi tumpuan kepada yang
terdapat dalam buku teks. Dalam KBSR, selain bahan-bahan daripada buku teks, bahan-
bahan lain yang relevan difikir dan disediakan oleh guru sebagai bahan pembelajaran di
dalam kelas. Bahan pembelajaran yang dipilih adalah untuk memperkembangkan secara
harmonis potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pelaksanaan KSSR pula melibatkan
pembelajaran secara modular. Bahan-bahan pembelajaran yang menggiatkan pelajar belajar
secara interaktif dan hands-on digunakan ke arah pembelajaran yang berkesan dan
menyeronokkan (learning is fun).
Seterusnya KBSR dan KSSR diorganisasikan mengikut tahap, iaitu Tahap 1 dan
Tahap 2. Di Tahap 1 dan Tahap 2 KBSR mata pelajaran dikategori kepada mata pelajaran
Teras, mata pelajaran Wajib dan mata pelajaran Tambahan. Organisasi kurikulum dalam
KSSR pula memberi tumpuan kepada Teras Asas, Teras Tema dan Elektif. Selain akademik
KBSR dan KSSR juga memberi penekanan kepada kokurikulum dan pembangunan insaniah
selaras dengan FPK. Dalam KLSR kurikulum secara mudahnya diorganisasikan kepada
akademik dan kokurikulum sahaja.
Fokus kurikulum dalam KLSR adalah lebih kepada akademik. Kemahiran asas 3M
adalah secara umum sahaja dan secara relatifnya kurang diberi penegasan berbanding dalam
KBSR. Sehubungan itu kadar buta 3M dalam KLSR adalah lebih tinggi. Pembangunan diri
pelajar secara seimbang, menyeluruh dan bersepadu melibatkan secara harmonis potensi

11
intelek, rohani, emosi dan jasmani seperti dalam KBSR juga kurang berlaku dalam KLSR.
Dalam KSSR selain konsep kesepaduan, fokus kepada 3M terus berlangsung. Kemahiran
asas 3M ditegaskan semula dengan tambahan satu lagi kemahiran iaitu kemahiran menaakul,
menjadikannya 4M.
Konsep penilaian bentuk sumatif banyak berlangsung dalam KLSR. Murid-murid
dinilai pada setiap hujung penggal yang mana terdapat tiga penggal dalam setahun. Dalam
KBSR, selain penilaian bentuk sumatif, penilaian bentuk formatif banyak dilakukan.
Penilaian bentuk formatif dilakukan bagi mengenal pasti pencapaian murid dalam menjalani
proses pembelajaran mereka. Cara pengajaran guru akan diubahsuai berasaskan hasil
penilaian tersebut supaya pembelajaran murid berkesinambungan. KSSR pula lebih memberi
penekanan kepada penilaian atau pentaksiran yang berterusan; iaitu pentaksiran ke atas
murid-murid berlangsung dari semasa ke semasa. Selain itu pentaksiran secara holistik
melibatkan aspek-aspek berkaitan seseorang murid akan dilakukan. Jadual di bawah
menunjukkan perbandingan antara subjek yang diajar kepada murid prasekolah, tahap satu
dan tahap dua.

PRA SEKOLAH TAHAP 1 TAHAP 2


Modul 1. Bahasa Malaysia 1. Bahasa Malaysia 1. Bahasa Malaysia
Teras 2. Bahasa Inggeris 2. English Language 2. English Language
Asas 3. Pendidikan Islam / 3. Bahasa Cina/ Bahasa 3. Bahasa Cina/
Moral Tamil Bahasa Tamil
4. Bahasa Cina / 4. Pendidikan Islam/ 4. Pendidikan Islam/
Bahasa Tamil Pendidikan Moral Pendidikan Moral
(untuk SJK) 5. Pendidikan Jasmani & 5. Pendidikan
5. Aktiviti Luar Pendidikan Kesihatan Jasmani &
Matematik Matematik Pendidikan
Kesihatan
6. Matematik
7. Sains

Modul Modul bertema yang  Dunia Sains dan  P. Muzik/P. Seni


Teras menyepadukan elemen- Teknologi Visual
Tema elemen dalam 6 tunjang  Seni Visual dan Muzik  Sejarah/Malaysia
dan unsur kreatif, kritis  Malaysia Negaraku Negaraku
dan inovatif  Reka Bentuk &
Teknologi / TMK
Aktiviti  Rutin pagi  BCSK/BTSK/B. Arab  BCSK/BTSK/B.
Rutin/ (pengurusan diri,  Perhimpunan Arab/B.
MODUL nyanyian lagu Kadazandusun/B.
ELEKTIF Negaraku, mencatat Semai/B. Iban
kehadiran)  Perhimpunan
 Perbualan pagi

12
 Rehat - Doa,
makan, gosok gigi,
permainan bebas
(Free Play)
 Refleksi

Jadual 3: Subjek yang diajar di Sekolah Rendah

Berdasarkan jadual subjek di atas, lompang yang dapat dikenal pasti dalam kurikulum
yang dibentuk adalah pada (1) elemen masa depan. Hanya subjek tertentu sahaja yang
menggunakan aspek ini sedangkan kemahiran ini merupakan keperluan untuk semua. (2)
Bahan sokongan kurikulum tiada disediakan. Bahan P&P perlu disediakan oleh Bahagian
yang berkaitan bagi membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. (3) Penggabungan beberapa mata pelajaran menggunakan satu buku teks namun
diajar oleh dua hingga tiga orang guru. Pada masa akan datang mungkin pihak IPG boleh
sediakan kursus khas yang menggabungkan subjek muzik dan Pendidikan seni. (4)
Kewangan. PCG perlu dikaji semula untuk semua mata pelajaran. Peruntukan kewangan
perlu disediakan bagi keseluruhan pelaksanaan KSPK dan KSSR. (5) Berlaku keciciran bagi
murid di luar bandar yang kurang mempunyai akses internet. Manakala pertindihan yang
dikenal pasti dalam kurikulum ini ialah Pendidikan sivik tidak perlu diselitkan kerana dalam
tema subjek Bahasa Melayu, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral terutamanya sudah
banyak penekanan kemahiran sivik.

PERKAITAN ANTARA ELEMEN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN DENGAN


HASIL PEMBELAJARAN DAN BIDANG

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) memainkan peranan penting dalam memastikan


perkembangan pendidikan di negara kita terus maju seiring dengan peredaran semasa. Selain
itu, FPK juga merupakan panduan utama dalam melaksanakan pemetaan kurikulum yang
dilaksanakan dan digunakan oleh keseluruhan pegawai dalam bidang pendidikan. FPK
menekankan beberapa elemen penting dalam memastikan hasil pembelajaran dapat
dilaksanakan dengan lebih optimum.

13
Rajah 1: Proses Pendidikan
Rajah 1 di atas menunjukkan proses pendidikan berdasarkan kepada elemen-
elemen yang ditekankan dalam FPK. FPK memberikan penekanan kepada pendidikan
merupakan satu usaha berterusan iaitu proses pendidikan ini berterusan sepanjang hayat
bermula dari sejak dilahirkan sehinggalah ke akhir hayat kita. Pendidikan ini bermula
dengan pendidikan tidak formal yang diajarkan di rumah pada peringkat awal kanak-
kanak dan seterusnya pendidikan formal di prasekolah sehingga ke peringkat pendidikan
di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Ini membuktikan bahawa FPK menjadi teras dalam
mengembangkan lagi pendidikan di Malaysia.

Di samping itu, pendidikan dilaksanakan ke arah mengembangkan lagi potensi


murid. Berdasarkan kepada kajian, setiap individu memiliki pelbagai keupayaan, bakat
dan potensi tersendiri sejak mereka dilahirkan. Kebanyakan potensi tersebut terpendam
dalam diri seseorang itu. Justeru, pendidikan memainkan peranan penting dalam
memperkembangkan dan meningkatkan potensi individu secara menyeluruh supaya
mencapai tahap cemerlang. Pelbagai aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang boleh
dirancang oleh guru terutamanya dalam membantu mencungkil bakat dan potensi setiap
murid seperti melaksanakan aktiviti pembelajaran becerita, penyelesaian masalah,
aktiviti kokurikulum, bersukan dan sebagainya. Dalam pada itu, mendidik murid juga
haruslah secara menyeluruh dan bersepadu. Hal ini kerana bakat, potensi dan kebolehan
tidak boleh dikembangkan secara berasingan tetapi secara bersepadau kerana
perkembangan dan peningkatan seseorang individu merangkumi empat aspek iaitu
intelek, rohani, emosi dan jasmani yang perlu disepadukan.

14
Selain itu, perkembangan dan peningkatan komponen intelek, rohani, emosi dan
jasmani merupakan perkara yang diberi penekanan dalam pendidikan. Bagi aspek
intelek, pendidik haruslah memastikan setiap individu mempunyai kemahiran asas 4M
iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Bagi aspek rohani pula, pendidik
haruslah memberikan fokus pembelajaran berkaitan akhlak dan tanggungjawab
seseorang individu serta memahami tanggungjawab mereka sendiri. Bagi aspek emosi
pula, pendidik haruslah menyediakan ruang pembelajaran yang membolehkan seseorang
individu dapat bertingkah laku dan bertindak mengikut kesesuaian semasa atau
sekeliling. Akhir sekali aspek jasmani memberikan fokus kepada perkembangan
kesihatan dan fizikal melalui aktiviti seperti bersukan, kokurikulum dan bermain yang
dilaksanakan. Tuntasnya, pembangunan individu berdasarkan kepada keempat-empat
komponen tersebut dapat melahirkan individu yang mampu hidup secara harmonis iaitu
individu yang telah memiliki sahsiah yang bersepadu, menikmati keseimbangan dan
kesejahteraan dalam jiwanya.

Dalam pada itu, FPK juga mempunyai banyak perkaitan atau implikasi dalam
pelbagai bidang supaya elemen-elemen yang terdapat dalam FPK dapat diterapkan
sepenuhnya. Justeru, bagi mencapai matlamat FPK, bahan kurikulum iaitu dokumen
yang berkaitan seperti DSKP, RPT, RPH dan sebagainya perlu disediakan sebagai
panduan dalam melaksanakan kurikulum di sekolah. Selain itu, bahan sokongan
kurikulum juga perlu disediakan bagi membantu guru melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan. Kemudahan prasarana sekolah perlu disediakan bagi
memastikan murid-murid dapat menuntut ilmu dengan lebih selesa. Bagi merealisasikan
FPK, pihak dalam bidang pendidikan perlulah membudayakan ilmu dengan
menganjurkan program-program akademik yang bersesuaian. Pendedahan elemen social
juga perkara yag penting supaya dapat mendedahkan kepentingan bersosial dengan cara
yang betul sesama murid, guru, ibu bapa, keluarga dan sekolah.

Di samping itu, aktiviti kokurikulum perlu dilaksanakan di sekolah mengikut


ketetapan kurikulum. Murid-murid diwajibkan untuk menyertai aktiviti kokurikulum
supaya dapat meningkatkan potensi mereka dalam pelbagai bidang. Aspek disiplin juga
merupakan perkara utama yang perlu diberi penekanan supaya dapat membentuk
tatatertib yang baik dalam kalangan murid supaya mereka dapat menjalani kehidupan
seharian dengan memahami tanggungjawab dan tingkah laku yang sesuai diamalkan.
Dalam pada itu, aspek-aspek ajaran agama yang baik perlu diterapkan dalam pendidikan

15
di sekolah sama ada secara langsung atau tidak langsung. Hal ini dapat membentuk
keperibadian murid kerana mereka merupakan generasi harapan untuk memimpin negara
pada masa akan dating.

Kesimpulannya, FPK merupakan kayu ukur utama dalam melakukan pemetaan


kurikulum yang sesuai dan dinamik selaras dengan perkembangan semasa. Pemetaan
kurikulum haruslah merangkumi semua aspek secara keseluruhan dan perlulah dirancang
dan dilaksanakan dengan secara teliti. Pendidik haruslah memahami dan menghayati
FPK supaya dapat merancang dana melaksanakan pembelajaran dan pengajaran dengan
lebih berkesan.

RUJUKAN

Abdul Fatah Hasan. (2007). Mengenal Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Rahman Aroff & Zakarian Kasa (1994). Falsafah dan Konsep Pendidikan (Edisi 2).
Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Bena Kallick & Jeff Colosimo (2009). Using Mapping & Assessment Data to Improve

Learning. Thousand Oaks, CA: Corwin Press.

Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2001 ). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan


Misi, Pusat Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Mok Soon Sang (2010). Falsafah Pendidikan di Malaysia. Selangor: Penerbitan Multimedia

Sdn Bhd.

Ornstein, A.C & Hunkins F.P. (1998). Curriculum: Foundation, Principles and Issues (4th
Edition). Boston: Allyn and Bacon

Susan Udelhofen (2005). Keys to Curriculum Mapping Strategies and Tools to Make It
Work.

Thousand Oaks, CA: Corwin Press.

https://gurubesar.my/rpt-bahasa-melayu-kssm-tingkatan-2-2021

16
https://ms1.warbletoncouncil.org/mapa-curricular-15788#menu-15

https://www.scribd.com/document/441491172/RPH-BM-menengah-atas-KSSM

17

Anda mungkin juga menyukai