Anda di halaman 1dari 2

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

Struktur organisasi yang baik akan membina sebuah sekolah yang cemerlang
dan sejahtera. Oleh itu, setiap jawatan yang utama seperti di bawah ini perlu
memainkan peranan masing-masing supaya matlamat sekolah dapat dicapai.
Di samping itu, pentadbiran dan pengurusan sekolah adalah lebih terjamin dan
sistematik.

1. Guru besar / pengetua

 Sebagai pentadbir, pemimpin dan pengurus sekolah.


 Merancang pembangunan sekolah, perancangan strategik sekolah dan
pengurusan sekolah.
 Pengurusan sumber manusia iaitu penempatan, kenaikan pangkat,
tindakan disiplin, pertukaran dan lain-lain.

2. Guru Penolong Kanan pembangunan akademik dan profesioalisme / Hal


Ehwal Murid.

 Bertanggungjawab terhadap pelaksanaan kurikulum.


 Merancang program pembangunan profesionalisme guru secara
berterusan.
 Bertanggungjawab terhadap pengurusan pusat sumber.
 Bertanggungjawab terhadap pentaksiran dan penilaian.
 Bertanggungjawab terhadap pengurusan rekod akademik pelajar.
 Bertanggungjawab terhadap perancangan dan pelaksanaan program
tuisyen atau kelas tambahan untuk pembangunan akademik.

3. Guru Penolong Kanan Pentadbiran.

 Menjalankan tugas guru besar / pengetua semasa ketiadaannya.


 Mengajar beberapa waktu mengikut arahan guru besar / pengetua.
 Bertanggungjawab kepada guru besar / pengetua dalam hal kurikulum,
pentadbiran, hubungan masyarakat dan keselamatan.
 Membantu guru besar / pengetua menyelia dan menilai proses
pengajaran.
 Membantu guru besar / pengetua dalam semua aspek perancangan dan
pengurusan sekolah.
4. Guru Penolong Kanan Kokurikulum

 Menjalankan tugas guru besar / pengetua semasa ketiadaannya guru


besar/ PK pentadbiran/ PK HEM.
 Mengajar beberapa waktu mengikut arahan guru besar / pengetua.
 Bertanggungjawab kepada guru besar / pengetua dalam aspek
pengurusan kokurikulum.
 Menyelia dan menilai aktiviti kokurikulum sekolah.
 Membantu guru besar / pengetua dalam semua aspek perancangan dan
pengurusan kokurikulum sekolah.

5. Guru bimbingan dan kaunseling

 Menubuhkan sistem perkhidmatan kaunseling yang berwibawa.


 Merancang dan melaksanakan kaunseling kerjaya.
 Kadar kaunselor 1:300 pelajar.

6. Pembantu tadbir dan data ( tugas-tugas perkeranian )

 Membantu tugas-tugas guru daripada segi;penyediaan bahan dan


sumber pengajaran, menyediakan semua keperluan-keperluan guru.
 Multi-tasking ( menjalanakan pelbagai tugas merentas subjek/kluster )
termasuk tugas-tugas perkeranian dan pengurusan data.

Anda mungkin juga menyukai