Anda di halaman 1dari 2

SOALAN

1. Berapa lamakah perkhidmatan cikgu sebagai seorang guru pendidikan jasmani?

 Setahun

2. Apakah akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru pendidkan jasmani?

 Sebagai tenaga pengajar yang bertanggungjawab dalam menyampaikan ilmu jasmani


dan kesihatan yang betul berdasarkan sukatan pembelajaran KPM.
 Sebagai contoh model hidup di mana tingkah laku guru menjadi contoh teladan
kepada pelajar.
 Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab dalam mendisiplinkan para pelajar.

3. Pada pendapat cikgu, adakah penting kod etika perguruan sebagai seorang guru
pendidikan jasmani?
 Penting kerana itu menunjukkan keperibadian dan disiplin sebagai seorang pendidik.
Bayangkan mampukah seorang guru yang tidak berdisiplin ingin membentuk
keperibadian mulia dan mendisiplinkan seseorang budak?

4. Sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani yang cemerlang, bagaimanakah cara untuk
mengaplikasikan falsafah Pendidikan kebangsaan dan falsafah Pendidikan guru semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran?

Jika kita faham dari konteks FPK iaitu melahirkan individu seimbang dari segi Jasmani,
Emosi, Rohani dan Intelek berdasarkan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha-usaha ini dilakukan
untuk lahirkan individu berilmu, berketerampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.
 Bagi melahirkan individu bertanggungjawab guru boleh menjalankan aktiviti yang
membolehkan murid menjadi seorang ketua dalam sesuatu kumpulan, contohnya
futsal berpasukan. Setiap pasukan memilih seorang wakil sebagai ketua pasukan dan
menyusun strategi kumpulan supaya kumpulannya menang.
 Bagi melahirkan individu berilmu, guru mestilah menyampaikan ilmu dan
pembelajaran dengan ikhlas dan amanah. Bukan hanya baling bola di padang, tetapi
guru pergi minum di kantin.
 Bagi melahirkan individu yang berakhlak mulia dan berketerampilan, guru mesti
menetapkan syarat dan tatacara yang baik dalam pemakaian murid. Mestilah
berpakaian sukan yang lengkap dan bersesuaian dan tidak menjolok mata.

5. Apakah aktiviti atau program yang dijalankan oleh guru Pendidikan jasmani untuk
melahirkan atlet yang berkualiti di sekolah?

 Memperkasakan program 1 Murid 1 Sukan.


 Melakukan bentuk pertandingan kecil dalam kelas bagi mengenalpasti bakat dan
kemampuan murid.
6. Apakah kesan inovasi yang telah dijalankan oleh guru pendidikan jasmani terhadap
pencapaian murid dalam bidang sukan?

 Sedikit sebanyak telah menunjukkan kesan positif terhadap minat dan kemampuan
sukan murid.
 Murid juga menunjukkan kefahaman mereka terhadap sukan yang mampu
mempromosikan kesihatan yang baik.

7. Apakah kekangan semasa menjalankan aktiviti atau program sukan di sekolah?

 Kekurangan alat dan kemudahan


 Keselamatan murid ( musim COVID-19)

8. Bagaimanakah cara guru Pendidikan jasmani mengatasi masalah semasa pelaksanaan


aktiviti atau program sukan dijalankan?

 Menggunakan kreativiti dalam mengolah bahan sedia ada kepada bahan yang
diperlukan untuk melakukan sebarang aktiviti. Contohnya, sewaktu kelas Sofbal
tetapi tiada bola sofbol yang mencukupi. Guru menggunakan inisiatif menggunakan
bola tenis.

9. Apakah penambahbaikan atau cadangan bagi meningkatkan atau menambahbaik


aktiviti atau program sukan yang telah dijalankan di sekolah?

 Menambah kuantiti dan bilangan alatan yang diperlukan bagi sesuatu aktiviti yang
dilakukan.

10. Apakah perasan atau refleksi guru tentang aktiviti atau program yang dijalankan bagi
meningkatkan pencapaian murid dalam bidang sukan di sekolah?

 Saya merasakan program yang dilakukan di sekolah dalam meningkatkan pencapaian


murid dalam bidang sukan sedikit kurang berkesan kerana tiada tenaga profesional
yang betul-betul mempunyai ilmu tentang aktiviti yang dilaksanakan. Sekolah-
sekolah di Malaysia perlukan ramai lagi guru-guru opsyen Pendidikan Jasmani demi
meningkatkan kemampuan sukan dan ilmu tentang pentingnya penjagaan kesihatan
dan kesan sukan terhadap tubuh badan.

Anda mungkin juga menyukai